Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anwar Ibrahim |
10 Perkara Asas 100 Hari Pakatan Rakyat Posted: 21 Dec 2010 10:44 PM PST Dari Harakah Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek. Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat. Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas. “Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah. “Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan. “Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya. Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini. “Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak,” tegasnya. Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat. “Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri. “Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya. “Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya. “Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan,” katanya. Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini. “Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri,” jelasnya. Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini. Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini. “Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu,” tegasnya. |
Gantung: Ekonomi Negara Jahanam, Apco Untung Posted: 21 Dec 2010 10:33 PM PST Dari Harakah Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara. “Pasaran dan masyarakat perniagaan tempatan dan antarabangsa melihat sendiri bagaimana penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan,” kata beliau. Menurut Mahfuz, perkara itu boleh mengakibatkan terancamnya rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini. “Jika penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan, ia boleh menyebabkan masyarakat perniagaan dan para pelabur dihantui kebimbangan bahawa mereka juga boleh dizalimi sedemikian dan perkara itu dengan sendirinya menghakis serta menjejaskan rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab. Umno dan Barisan Nasional (BN), katanya, sanggup mensabotaj ekonomi negara semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka. “Akhirnya, apabila ekonomi negara menghadapi krisis kepercayaan dan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap sistem keadilan negara ini jatuh merudum, Apco jugalah yang akan mendapat untung kononnya dengan melaksanakan usaha-usaha perhubungan awam dan komunikasi untuk memulihkan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa dan para pelabur,” katanya. Mahfuz yakin, rakyat negara ini akhirnya akan sedar bahawa kebanyakan tindak-tanduk Umno BN akhirnya hanya menguntungkan firma Yahudi Zionis itu |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
Kerajaan BN Juara tak bayar elaun Pegawai Banci Posted: 21 Dec 2010 05:16 PM PST MASIH TUNGGU DUIT BANCI PENDUDUK Utusan Malaysia 22 Dis 2010 - Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah pun berakhir pada Ogos lalu. Isteri saya telah terlibat sebagai seorang penyelia di kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Demi mencari pengalaman baru dan bagi tujuan menampung perbelanjaan di saat mendesak (musim perayaan, musim kembali ke sekolah) beliau sanggup menghadapinya. Setelah bertungkus lumus selama hampir tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos, akhirnya beliau telah berjaya menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis. Lebih manis lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengumumkan bahawa pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri. Aidilfitri dan Aidiladha telah pun berlalu namun isteri saya masih belum menerima sebarang bayaran walaupun satu sen. Kini musim kembali ke sekolah telah tiba. Justeru kami sangat berharap pihak berkenaan dapat melangsaikan pembayaran elaun agar kami dapat menampung perbelanjaan di saat yang mendesak ini. Bela Isteri Kuala Kangsar, Perak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm Juga kisah Pegawai Banci belum terima elaun sebelum ini : Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku http://amkns.blogspot.com/2010/11/kerajaan-bn-belum-bayar-elaun-pembanci.html Beribu Pegawai Banci Belum Dapat Elaun dijanjikan http://amkns.blogspot.com/2010/08/beribu-pegawai-banci-belum-dapat-elaun.html |
Posted: 21 Dec 2010 02:41 PM PST Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010 Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Pahang di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html *********************** MASJID HAMPIR ROBOH Berita Harian 22 Dis 2010 Sidek (kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan siling masjid yang terkopak dan uzur di kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling.Penduduk Kampung Kuala Sat minta rumah ibadat baru JERANTUT: Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk. Tinjauan Berita Harian mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar untuk mereka mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor. Selain itu, masjid itu yang terletak di pesisir Sungai Tembeling kini mengalami banyak kerosakan terutama pada dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor dan dikhuatiri tidak mampu menampung kira-kira 700 jemaah. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sat, Sidek Mahusin, 58, berkata kerajaan negeri sepatutnya menyediakan peruntukan membina masjid baru kerana penduduk sudah mewakafkan tanah seluas dua hektar. "JKKK Kuala Sat dan Jawatankuasa masjid ini pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hingga ke hari ini hasrat kami tidak kesampaian. "Sudah 15 tahun kami mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan," katanya. Beliau berkata, penduduk kecewa apabila permohonan tidak diendahkan sedangkan di kampung berdekatan sudah mendapat masjid baru pada tahun lalu sedangkan jumlah penduduknya kecil. Sidek yang akan bersara sebagai ketua kampung akhir bulan ini berkata pihak berwajib pernah berjanji untuk membantu membina masjid baru, tetapi sehingga hari ini sebatang tiang pun belum kelihatan dan mencetuskan tanda tanya kepada penduduk tempatan. Pengerusi masjid berkenaan, Shaharuddin Mat Taha, 42, berkata, struktur masjid lama itu sudah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan kerana ia boleh roboh pada bila-bila masa. "Awal bulan ini, sebahagian ruang masjid roboh selepas jemaah menunaikan solat akibat tiang dan rasuknya reput dimakan anai-anai," katanya. Penduduk, Siti Aminah Abdullah Hashim, 51, berkata, penduduk mengharapkan sebuah masjid baru yang selesa untuk melaksanakan solat dan program dakwah. Katanya, keadaan persekitaran dalam dan luar masjid yang tidak ceria juga mengundang ketidakselesaan pelawat dan musafir yang kerap singgah di kampung berkenaan. Seorang warga emas, Mahasan Awang Besar, 90, berkata, masjid itu kerap dibaiki hasil sumbangan kewangan dan kudrat penduduk sejak sebelum merdeka. "Sehubungan itu, saya harap kerajaan negeri membina masjid baru di tanah wakaf yang kami sediakan supaya jemaah lebih selesa beribadat kepada Allah," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masjidhampirroboh/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. |
PKR Christmas Walkabout in Lido & Donggongon Posted: 22 Dec 2010 03:33 AM PST PKR Central Supreme Council member Dr Roland Chia Ming Shen together with PKR Penampang Chief Darel Leiking did their Christmas greetings rounds in both the Doggongon Tamu & Lido market recently. Among the grouses in the Donggongon Tamu is the delay in rebuilding the burnt down market way back in May 2010. There seemed to be no signs of construction of the market much to the dismay of the local market traders. Many of them have yet to start their business, and the loss of income has caused great financial strain to their family livelihood. For some it has caused mush psychological anxiety also. Among the grouses in the Lido market was the impact of the reduction of fuel subsidy , that has reduce their profit margin of their sales, one was lamenting that, since the profit margin was small for market traders, the increase in fuel does not augur well with their meager income . Customers also tend to buy less volume than before in view of the tight budget on their part. |
You are subscribed to email updates from PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Gwo-Burne for Kelana Jaya |
Posted: 01 Dec 2010 08:20 PM PST JAWAPAN LISAN DEWAN RAKYAT TUAN GWO-BURNE LOH PADA 2 DISEMBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTEERI DALAM NEGERI menyatakan prosedur dan dasar terperinci polis mensyaki, menahan, memeriksa dan menangkap suspek berjalan kaki, motosikal dan kereta dengan kekerasan dan tanpa kekerasan. JAWAPAN: Tuan Yang Di Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan. Untuk [...] |
PARLIMEN: STATISTIK ANGGOTA POLIS DITEMBAK MATI Posted: 02 Nov 2010 09:59 PM PDT JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 3 NOVEMBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistic jumlah polis yang ditembak mati oleh penjenayah dari 2001 hingga 2010 dan dalam situasi bagaimana mereka ditembak mati. JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman [...] |
PARLIMEN: PARTI POLITIK MENCABAR SELAIN PETISYEN Posted: 12 Oct 2010 07:46 PM PDT JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 13 OKTOBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta PERDANA MENTERI menyatakan keperluan untuk meminda Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 agar calon-calon dan parti-parti politik semasa pilihan raya agar boleh mencabar di mahkamah selain petisyen. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang [...] |
PARLIMEN: KES PENANGKAPAN ANGGOTA BIRO ADUAN GUAMAN Posted: 26 Sep 2010 07:48 PM PDT JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 27 OKTOBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan akan mengambil kira laporan siasatan SUHAKAM pada 23 April 2010 berkaitan dengan penahanan lima peguam dari Biro Bantuan Guaman yang ditahan di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei 2009. JAWAPAN: Tuan Yang [...] |
You are subscribed to email updates from Gwo-Burne for Kelana Jaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Tengok niii...Bukti,Umno Semakin "Meroyan" Posted: 22 Dec 2010 03:10 AM PST ( YB Chang Lih Kang Adun Teja) Cari punya cari,kali ni baru wa dapat gambar yang ori,ada kawan wa yang suruh ambil dalam fb nya..TQ amoi..Kesimpulannya,Umno/BN memang dah "Meroyan" dan tak ketahuan. Cakap-cakap pimpinan mereka selama ini supaya parti politik tidak melibatkan para pelajar sekolah telah memakan dan menelan diri sendiri,Umno Umpama "Menjilat Najis Sendiri",itulah perigilabahasa yang sesuai untuk Umno Haprak masa kini. Benarlah sabda Rasullullah,salah satu ciri-ciri munafik"Apabila mereka bercakap mereka suka menipu,"maka inilah spesisnya!! sumber Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
KEDAH online |
Posted: 21 Dec 2010 07:43 AM PST |
Che’guBard dalam dilema antara prinsip dan jawatan Posted: 21 Dec 2010 07:13 AM PST |
Zaid yakin Kita nampak hebat nanti Posted: 21 Dec 2010 07:01 AM PST |
Posted: 21 Dec 2010 06:40 AM PST |
You are subscribed to email updates from KEDAH online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |