Rabu, 22 Disember 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan BN Juara tak bayar elaun Pegawai Banci

Posted: 21 Dec 2010 05:16 PM PST


MASIH TUNGGU DUIT BANCI PENDUDUK

Utusan Malaysia 22 Dis 2010 - Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah pun berakhir pada Ogos lalu. Isteri saya telah terlibat sebagai seorang penyelia di kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Demi mencari pengalaman baru dan bagi tujuan menampung perbelanjaan di saat mendesak (musim perayaan, musim kembali ke sekolah) beliau sanggup menghadapinya.

Setelah bertungkus lumus selama hampir tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos, akhirnya beliau telah berjaya menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Lebih manis lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengumumkan bahawa pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri.

Aidilfitri dan Aidiladha telah pun berlalu namun isteri saya masih belum menerima sebarang bayaran walaupun satu sen. Kini musim kembali ke sekolah telah tiba. Justeru kami sangat berharap pihak berkenaan dapat melangsaikan pembayaran elaun agar kami dapat menampung perbelanjaan di saat yang mendesak ini.

Bela Isteri
Kuala Kangsar, Perak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Juga kisah Pegawai Banci belum terima elaun sebelum ini :

Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku
http://amkns.blogspot.com/2010/11/kerajaan-bn-belum-bayar-elaun-pembanci.html

Beribu Pegawai Banci Belum Dapat Elaun dijanjikan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/beribu-pegawai-banci-belum-dapat-elaun.html

Pahang, Juara Masjid Roboh?

Posted: 21 Dec 2010 02:41 PM PST


Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Pahang di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

***********************
MASJID HAMPIR ROBOH

Berita Harian 22 Dis 2010


Sidek (kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan siling masjid yang terkopak dan uzur di kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling.Penduduk Kampung Kuala Sat minta rumah ibadat baru

JERANTUT: Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk. Tinjauan Berita Harian mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar untuk mereka mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor.

Selain itu, masjid itu yang terletak di pesisir Sungai Tembeling kini mengalami banyak kerosakan terutama pada dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor dan dikhuatiri tidak mampu menampung kira-kira 700 jemaah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sat, Sidek Mahusin, 58, berkata kerajaan negeri sepatutnya menyediakan peruntukan membina masjid baru kerana penduduk sudah mewakafkan tanah seluas dua hektar.

"JKKK Kuala Sat dan Jawatankuasa masjid ini pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hingga ke hari ini hasrat kami tidak kesampaian.
"Sudah 15 tahun kami mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan," katanya.

Beliau berkata, penduduk kecewa apabila permohonan tidak diendahkan sedangkan di kampung berdekatan sudah mendapat masjid baru pada tahun lalu sedangkan jumlah penduduknya kecil.

Sidek yang akan bersara sebagai ketua kampung akhir bulan ini berkata pihak berwajib pernah berjanji untuk membantu membina masjid baru, tetapi sehingga hari ini sebatang tiang pun belum kelihatan dan mencetuskan tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Pengerusi masjid berkenaan, Shaharuddin Mat Taha, 42, berkata, struktur masjid lama itu sudah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan kerana ia boleh roboh pada bila-bila masa.

"Awal bulan ini, sebahagian ruang masjid roboh selepas jemaah menunaikan solat akibat tiang dan rasuknya reput dimakan anai-anai," katanya.

Penduduk, Siti Aminah Abdullah Hashim, 51, berkata, penduduk mengharapkan sebuah masjid baru yang selesa untuk melaksanakan solat dan program dakwah.

Katanya, keadaan persekitaran dalam dan luar masjid yang tidak ceria juga mengundang ketidakselesaan pelawat dan musafir yang kerap singgah di kampung berkenaan.

Seorang warga emas, Mahasan Awang Besar, 90, berkata, masjid itu kerap dibaiki hasil sumbangan kewangan dan kudrat penduduk sejak sebelum merdeka.

"Sehubungan itu, saya harap kerajaan negeri membina masjid baru di tanah wakaf yang kami sediakan supaya jemaah lebih selesa beribadat kepada Allah," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masjidhampirroboh/Article

Tiada ulasan: