Selasa, 14 Disember 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Zaid - Presiden AKIM

Posted: 14 Dec 2010 11:03 PM PST

Beginilah akhirnya nasib si Zaid. Dari seorang yang dianggap berperinsip apabila beliau meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri kerana tidak bersetuju dengan penggunaan ISA terhadap YB Teresa Kok dan akhirnya ditendang keluar dari UMNO kepada seorang yang dianggap tidak mempunyai apa-apa pegangan.
Kalau dilihat semua komen terhadap beliau daripada pembaca-pembaca Malaysiakini tidak ada seorang pun yang memberikan tahniah atau menyanjung beliau melainkan kesemuanya memberikan kata-kata hina terhadap beliau.
Saya sendiri tidak mahu memberikan apa-apa komen terhadap tindakan Zaid ini kerana takut merugikan kata-kata sahaja.
Saya saya ingin nyatakan: Beginilah akhirnya nasib si Zaid.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden

Posted: 14 Dec 2010 08:37 PM PST


Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan. Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya. Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut. Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum. Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat. KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi. Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Sumber: Malaysiakini

Pemaju diarah jangan roboh rumah penduduk

Posted: 14 Dec 2010 08:37 PM PST

GEORGETOWN, 15 Dis: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi amaran kepada Pemaju KL Metro Development agar tidak merobohkan rumah 15 penduduk Pekan Teluk Kumbar sehingga satu perbincangan dibuat untuk memastikan kedua-dua belah pihak mendapat keuntungan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mansor Othman (gambar) semasa sidang media di pejabatnya di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam berharap ia diselesaikan dengan baik dan tidak timbul pertelingkahan yang berpanjangan.

"Kerajaan Negeri memberi amaran kepada pemaju supaya tidak meroboh rumah di Pekan Teluk Kumbar kerana ia begitu hampir dengan Sambutan Tahun Baru Cina. Dulu kita sempat campurtangan kerana terlalu dekat dengan Hari Raya Aidil Adha, " tegasnya.

Katanya, KL Metro haruslah bertimbang rasa dan tidak bersikap rakus kerana penduduk yang ada bukan menolak pembangunan sebaliknya sekadar mahukan keadilan pampasan.

Pemaju jangan mengambil sebarang tindakan perobohan kerana Keraaan Negeri cuba berusaha mendapatkan jalan terbaik, tambah beliau.

Walaupun pemaju ada hak melaksanakan pembangunan di situ tetapi Kerajaan Negeri juga mempunyai hak menentukan mahu atau tidak pembangunan di situ.

Pada 20 Disember ini pemaju KL Metro sekali akan bertindak meroboh kediaman penduduk dengan alasan tanah tersebut sudah menjadi miliknya dan boleh melaksanakan apa pun projek di situ tanpa sebarang sekatan.

Berapa minggu lalu KL Metro telah dihalang daripada bertindak demikian oleh ramai pihak termasuk penduduk, campur tangan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Ahli Majlis Perbandaran, Penyelaras Dun Bayan Lepas dan sebagainya.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Penyelaras Dun Bayan Lepas, Asnah Hashim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan Pembantu Khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Martin Lim Huat Poh.

Sumber: Harakah Daily

Pegawai Pulau Pinang RM1,300, pusat hanya RM500

Posted: 14 Dec 2010 08:36 PM PST

IPOH, 15 Dis: Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terkini melibatkan semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

"Pemberian elaun tambahan dari kerajaan negeri ini merupakan insentif galakan yang bakal memacu lagi moral kerja bermutu di kalangan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang," kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, seluruh kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa jabatan menikmati tambahan pendapatan mereka, ini adalah hasil dari keputusan bijak rakyat negeri Pulau Pinang yang memilih pemimpin mereka dengan betul, syabas beliau ucapkan.

Sebelum ini bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu, kata beliau lagi.

Sedangkan hanya RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan, katanya

"Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini

"Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.

"Tindakan ini dikira suatu yang amat wajar, kerajaan yang mempunyai kakitangan yang bermotivasi akan akan memberi impak positif terhadap mutu kerja untuk memenuhi keperluan serta tuntutan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan Pulau Pinang dalam soal menjaga kebajikan seluruh kakitangannya, ini adalah suatu tindakan yang amat wajar, malangnya, rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang.

"Saya menyarankan agar negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, khususnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat turut mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang memberi berbagai bantuan kepada kakitangannya, " katanya.

"Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng lebih efisyen daripada Kerajaan Persekutuan dalam soal menjaga kebajikan kakitangan, rakyat sepatutnya memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti kerana UBN gagal setelah setengah abad memerintah," ujarnya.


Sumber: Harakah Daily

Sekatan polis, namun ribuan dengar Anwar

Posted: 14 Dec 2010 08:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks.

Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, "Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat."

"Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu.

Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan.

Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.

Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.

"Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini," kata Tian.

Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.

Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang.


Sumber: Harakah Daily

Pendedahan Wikileaks :Anwar Cabar Najib Sangkal Kaitan Dengan Altantuya

Posted: 14 Dec 2010 08:28 PM PST


KUALA LUMPUR 15 DIS : Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyangkal pendedahan WikiLeaks yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh empat tahun lalu.

Ketua Pembangkang malam tadi mencabar Najib Razak melawan dakwaan itu sebagaimana dilakukan oleh beliau tanpa hanya mengetepikan pendedahan tersebut atas alasan ia perkara kecil.

Anwar menyatakan perkara demikian pada ceramahnya di Taman Melati di sini dengan kehadiran ribuan orang ramai walaupun pihak polis mengenakan pelbagai sekatan.

"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah anda boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar.

Dalam ceramahnya, Anwar beberapa kali mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang turut didedahkan oleh kabel-kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang dibawa oleh WikiLeaks.

Najib telah berkali-kali menafikan dakwaan yang mengaitkan wanita itu dengan beliau.

Ceramahnya di Taman Melati malam tadi merupakan yang pertama selepas pendedahan WikiLeaks yang dihebahkan melalui media-media arus perdana.

Anwar dijadual mengadakan ceramah di Melaka, Negeri Sembilan selepas ini, sebelum mengakhiri jelajah ceramahnya di Pulau Pinang sempena konvensyen Pakatan Rakyat.

"Apa itu WikiLeaks? Anda ada bukti? OK, saya akan menjawab dan saya telah meminta peguam saya menjawab. Adakah anda ada bukti? Adakah anda ada bukti teknikal?

"Jika Lee Kuan Yew mahu pergi ke mahkamah, sila teruskan dan bawa dia ke mahkamah. Biar beliau jadi saksi, saya tiada masalah. Bukan masalah saya sama ada anda percaya atau tidak," kata Anwar lagi yang merujuk kepada laporan akhbar Australia.

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan.

Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, "Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang."

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

"ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat," kata kabel itu.

Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.

Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.

"Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini," kata Tian.

Petang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.

Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri ceramah perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang.


Sumber: TVSNEWS

Bajet 2011 Perlis : Defisit 12 Peratus Dijangka

Posted: 14 Dec 2010 08:26 PM PST


KANGAR 15 DIS : Kerajaan Negeri Perlis dijangka mengalami bajet defisit RM85 juta pada tahun depan dengan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM262 juta berbanding anggaran hasil RM89 juta.

Defisit itu merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus pada 2011 berbanding RM76 juta pada 2010. Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata sebanyak RM174 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus iaitu tambahan RM31 juta berbanding 2010 dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM88 juta iaitu tambahan RM33 juta.

"Kutipan hasil kerajaan negeri pada 2011 dianggarkan sebanyak RM89 juta berbanding RM67 juta tahun ini," katanya ketika membentangkan bajet negeri tahun2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis penggal ketiga yang bermula semalam.


Sumber: TVSNEWS

Bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, katanya, sejumlah RM34.8 juta atau 20 peratus untuk emolumen dan RM40.1 juta (23 peratus) untuk perkhidmatan dan bekalan manakala RM55.67 juta (55.6 peratus) untuk pemberian bayaran tetap.

Bagi pembelian aset pula, sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan dan baki sebanyak RM400,000 untuk perbelanjaan lain. Md Isa berkata sektor pelancongan adalah antara yang membantu membangunkan ekonomi negeri apabila seramai 421,157 pelancong melawat negeri itu hingga September lalu.

Justeru itu, katanya, pelbagai projek akan dilaksanakan bagi membangunkan sektor pelancongan negeri termasuk di bandar diraja Arau, Kuala Perlis, bandar sempadan Wang Kelian dan Padang Besar, Taman Negeri, Empangan Timah Tasoh, Gua Kelam, Gua Wang Burma, ladang anggor, ladang harumanis dan Rimba Herba Perlis.

Sumber: TVSNEWS

Shahidan Kassim Dakwa Pengurusan Banjir Di Perlis Gagal

Posted: 14 Dec 2010 08:25 PM PST


KANGAR 15 DIS : Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis (Dun) semalam menyaksikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa pengurusan bencana banjir di Perlis baru-baru ini sebagai gagal.

Beliau yang juga Adun Tambun Tulang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menipu ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakannya lapor portal Harakah Daily Online.

Pada sesi soalan lisan pagi semalam, Md Isa menjawab serentak enam soalan yang dikemukakan oleh Shahidan dan empat orang lagi ahli dewan berkaitan banjir yang melanda Perlis baru-baru ini.

Soalan panjang yang dikemukakan Shahidan memohon jawapan dari pihak kerajaan nama pengelola di 25 pusat pemindahan banjir.

Shahidan yang bangun membuat soalan tambahan berkata, jawapan Menteri Besar ada yang benar dan ada yang bohong.

"Mengapa ada nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang tidak disebutkan namanya. Pengurusan banjir pada kali ini totally failed, banjir dah berlaku beberapa hari tapi mengapa pada 3 November baru dapat bantuan, sebelum itu siapa yang keluarkan bantuan?" soalnya.

Md Isa kemudiannya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikannya tadi adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya.

Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) kemudiannya turut memberikan pandangan dengan menyatakan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Menteri Besar perlu juga menyebut pihak-pihak tertentu yang turut membantu mangsa banjir seperti Yayasan Pok dan Kassim (milik Shaidan) dan parti-parti politik.

Md Isa menjelaskan bahawa, semua yang memainkan peranan semasa banjir tempohari telah dirangkumi dalam jawapannya di bawah kategori 'sukarelawan'.

Selepas dewan berehat sesi pagi, Md Isa membentangkan bajet kerajaan negeri Perlis bagi tahun 2011.

Keseluruhan bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM262 juta yang merangkumi RM 174 juta perbelanjaan mengurus dan RM88 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Bajet 2011 ini meningkat berbanding tahun lalu di mana perbelanjaan mengurus dan pembangunannya masing-masing sebanyak RM143 juta dan RM55 juta.

Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2011 ialah sebanyak RM89 juta, meningkat sebanyak RM21.9 juta berbanding RM67 juta pada tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan terus mengalami defisit sebanyak RM85 juta, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding 76 juta pada tahun 2010.

Sumber: TVSNEWS

Wikileaks : Singapura Kata Pendedahan Tidak Sama Dengan Rekodnya

Posted: 14 Dec 2010 08:22 PM PST


SINGAPURA 15 DIS : Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLeaks dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri.

Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam tadi sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura semalam, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi semalam.

Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran."

Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.

WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia.

Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

-BERNAMA-

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


A Black Day for the voters of SUBANG

Posted: 14 Dec 2010 09:25 PM PST

YB SIVARASA telah dihalau keluar dewan parlimen semata-semata kerana mempertahankan hak uintuk bersuara bagi rakyat.
Beliau cuba membuat penjelasan dan meminta penjelasan daripada Yang Dipertua Speaker mengenai peraturan mesyuarat bersangkutan keputusan Speaker menolak Usul Tergempar yang dibawa beliau. Namun Speaker enggan memberi peluang kepada beliau untuk membuat demikian dan apabila YB Sivarasa cuba mempertahankan hak beliau sebagai Ahli Parlimen untuk bersuara, Speaker membuat keputusan untuk beliau digantung kehadiran dalam dewan selama sehari.

http://www.malaysiakini.com/news/150837

Ara Damansara Link and Jalan Tanjung Issue

Posted: 14 Dec 2010 05:21 PM PST

WikiLEAKS - Sivarasa Submits Emergency Motion in Parliament

Posted: 14 Dec 2010 04:40 PM PST

to watch the press conference:
http://www.malaysiakini.tv/video/20688/sivarasa-debate-wikileaks-cables.html

"Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case"
"Najib's political fortunes continue to be haunted by the ... murder scandal" 

Ini adalah antara dua petikan daripada WikiLeaks yang dilapurkan dalam akhbar Australia -  The Sydney Morning  Herald - yang menjadi asas bagi Isu Tergempar yang dipohon oleh YB Sivarasa.
14hb Disember 2010

YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Saya , Sivarasa Rasiah [ Subang ] mohon mencadangkan:

"Bahawa Dewan Rakyat membincangkan kenyataan-kenyataan yang sangat serius yang dibuat oleh En Bilahari Kausikan dan Peter Ho ( pada masa itu pegawai-pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri di Singapura ) yang dilaporkan di surat khabar Australia "Sydney Morning Herald" baru-baru ini pada 12hb Disember 2010 yang berbunyi saperti berikut:
"A lack of competent leadership is a real problem in Malaysia, Mr Kausikan said,citing the need for Najib - now Malaysia's Prime Minister – to "prevail politically in order to avoid prosecution" in connection with a 2006 murder investigation linked to one of Razak's aides
"Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case" Mr. Kausikan said.

"Najib's political fortunes continue to be haunted by the ... murder scandal"


Yang Di-Pertua,
Pada 12hb Disember 2010, surat khabar Australia Sydney Morning Herald telah menerbitkan isu kandungan beberapa kabel-kabel sulit yang ditulis oleh pegawai kanan daripada State Department, Amerika Syarikat di 2008 dan 2009 yang dibocor kepada surat khabar tersebut secara eksklusif daripada laman web "Wikileaks". Kabel-kabel tersebut, antara lain, menerangkan kandongan perbualan diantara pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan tiga pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh.
Antara kenyataan-kenyataan yang dilaporkan yang dibuat oleh Bilahari Kausikan dan Peter Ho adalah saperti yang disebut di atas.

Ada juga penerbitan di surat khabar tersebut yang berpunca daripada satu kabel pada November 2008 yang melapurkan perbualan di antara pegawai Amerika Syarikat dengan pegawai perisik Australia di mana pegawai Australia menceritakan pandangan pegawai perisik Singapura dan Menteri Kanan Lee Kuan Yew tentang tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan-kenyataan tersebut di atas oleh En Kausikan dan En Peter Ho dengan jelas membawa maksud bahawa kedua-dua pegawai kanan Singapura tersebut mempercayai bahawa Perdana Menteri Najib adalah terbabit dalam skandal pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Impak yang sangat berat kepada imej Perdana Menteri dan Malaysia tidak dapat dinafikan.

Setakat sekarang, kabel-kabel tersebut tidak dapat dikesan di dalam koleksi kabel-kabel yang telah didedahkan kepada umum di laman "Wikileaks". Ini bermaksud rakyat Malaysia masih tidak boleh menilai kandongan kabel-kabel ini secara terus dan memutuskan asas laporan di Sydney Morning Herald.

Yang di Pertua
Oleh kerana tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah sangat berat dan membangkitkan, pertamanya, perkaitan penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dan, keduanya, kes liwat Ketua Pembangkang (kedua2nya pemimpin tertinggi negara), memang menjadi kepentingan negara untuk menghentikan perkara ini secepat mungkin dan mengelakkan spekulasi dengan mendapatkan kabel-kabel tersebut.

Saya berpendapat adalah wajar untuk Dewan yang Mulia ini membincangkan serta merta sama ada perlunya kita meminta jasa baik State Department Amerika Syarikat untuk mendedahkan semua kabel-kabel yang berkaitan Malaysia untuk tempoh berkenaan termasuk yang dipetik oleh Sydney Morning Herald.
Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.
Sekian.

Yang benar,
R.SIVARASA
AHLI PARLIMEN SUBANG

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Majlis Penghargaan pelajar cermelang UPSR 2010 dan Penyampaian bantuan persekolahan DUN Batu Maung

Posted: 14 Dec 2010 11:22 AM PST












Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Surat Rasmi KEADILAN Kepada Kedutaan Besar Singapura Mengenai Isu ‘Wikileaks’

Posted: 14 Dec 2010 01:44 AM PST

Ref no: MISC/PAR/10/10/yh

H.E. T Jasudasen
High Commissioner
The Republic of Singapore

Dear Sir,

Greetings. The latest exposure in WikiLeaks has triggered a serious and alarming signal for Malaysia-Singapore relations. While I agree that the confidentiality of diplomatic correspondence must be respected, I also hold that a healthy friendship with neighbouring countries must be based on trust and mutual respect.

The cables released by WikiLeaks contain the opinions of Singapore’s senior politicians and diplomats. Their comments show, despite being our close neighbour, Singapore Government leaders view Malaysia with contempt and disdain. For example, Malaysian developmental decline was simplistically attributed to “incompetent” leadership. Besides the defamatory remark by Lee Kuan Yew that the Opposition Leader was “set-up”, Singapore’s Government senior leaders also described Malaysian Prime Minister Najib Razak as an “opportunist” and asserted that he was involved in a murder case.

These comments, coming from Singapore Government officials, were not expressed in private conversations or within a close circle. Instead, the cables revealed that Singapore’s political leaders and diplomats had been actively communicating such damaging remarks to the international community. From the nature of these communications, one can not help but to interpret that Singapore is actively engaging in a covert exercise to undermine Malaysia’s international standing. As a Malaysian, despite my differences with the ruling parties, I find it extremely offensive when a foreign government deliberately spreads unverified information to tarnish my country’s image.

For decades, Malaysia-Singapore relationship has been marred by suspicion and mistrust. I personally believe that there is room for improvement in the relationship between our two countries. We place high hope in professional diplomats to play an important role in promoting positive relations between countries.

But unfortunately, in spite of our proximity and long-term cross-border exchanges, Singapore diplomats have still failed to assess Malaysia accurately. It is particularly insulting when Singapore informs other countries that Malaysia was on the brink of ethnic riots, and Singapore risked having to face a flood of refugees of ethnic Chinese from Malaysia.

I believe I am not the only Malaysian who feels disturbed by the patronizing and arrogant attitude of Singapore’s leaders. I hereby, seek your clarification on the above-mentioned issues. I hope the Singapore High Commission on behalf of the Singapore Government will explain to the Malaysian public whether the opinions of its officials as revealed on WikiLeaks reflect the government’s official view on Malaysia.

Finally, I would like to reiterate that as a Malaysian Member of Parliament, I value a good relationship with our neighbour Singapore and have no intention to create a diplomatic brawl over the leaked information. However I seek an honest explanation so that our future relations can again be placed on a sound footing.

Thank you.

Yours Sincerely,

TIAN CHUA
Vice President of the People's Justice Party
Member of Parliament Malaysia [Batu]
14 December 2010

Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 14 Dec 2010 01:02 AM PST

permit ceramah utk program di Wangsa Maju mlm ni telah diperolehi. Polis benar sehingga jam 10.30mlm. DSAI akan berucap jam 9mlm.

1) 14 Disember 2010 ( Selasa) – Wilayah Persekutuan

Masa – 9.00 – 12.00 malam

Lokasi – Ceramah Perdana
Tapak Pasar Malam Taman Melati,

Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan


Penceramah:
i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Khalid Samad
iii) YB Teresa Kok
iv) YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
v) YBhg Dato' Dr Tan Kee Kwong
vi) YBhg Ibrahim Yaacob

===

2) 16 Disember 2010 (Khamis) – Negeri Sembilan & Melaka

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Lokasi 1 – Ceramah Perdana 1
Dataran Muhibah, Kampong Ismail,
Ampangan, Negeri Sembilan

Penceramah:
i) YB Dato Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Azmin Ali
iii) YB Saifuddin Nasution
iv) YB Loke Siew Fook
v) YBhg Zulkifli Omar Muhammad

Lokasi 2 – Ceramah Perdana 2
Markas PAS Paya Dalam,
Air Molek, Melaka

Penceramah:
i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Sallehudin Ayub
iii) YB Goh Leong San
iv) YBhg Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
v) YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
vi) YBhg Ustaz Dr Badrul Amin

===

3) 17 Disember (Jumaat) – Pahang

Masa – 7.00 – 8.30 malam

Lokasi 1 – Tazkirah Maghrib oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Markas PAS Cegar Medang,
Jalan Benus, Bentong, Pahang

Masa: 9.00 – 12.00 malam

Lokasi 2 – Himpunan Perdana Peneroka Felda
Markas PAS Kawasan Bera,
Mengkarak, Bera, Pahang

Penceramah:
i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
iii) YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
iv) YBhg Hanipa Maidin
v) YBhg Mazlan Aliman
vi) YBhg Suhaimi Said

===

4) 18 Disenber 2010 (Sabtu) – Perak & Pulau Pinang

Masa: 7.00 – 8.30 malam

Lokasi 1 – Tazkirah Maghrib oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning,
Changkat Jering, Bukit Gantang

Masa : 8.30 – 12.00 malam

Lokasi 2 – Majlis Makan Malam KeADILan
Dewan Cina Perkampongan Juru,
Batu Kawan, Pulau Pinang

Penceramah:
i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Dato' Mansor Othman
iii) YB Tien Chua
iv) YB Dr Lee Boon Chye
v) YB Elizabeth Wong

Masa: 9.00 – 12.00 malam

Lokasi 3 – Ceramah Perdana
Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang

Penceramah:
i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) YAB Lim Guan Eng
iii) YB Dato' Abdul Halim Hussein
iv) YB Yusmadi Yusof
v) YBhg Ustaz Idris Ahmad

===

5) 19 Disember 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Lokasi – Konvensyen Pakatan Rakyat
Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang

Siri Jelajah DSAI Tetap Diteruskan

Posted: 13 Dec 2010 10:34 PM PST

Dari Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke seluruh negara bermula hari ini hingga 19 Disember ini bagi memberi penjelasan berhubung pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa beliau terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang dihadapinya.

Anwar dijadualkan berkongsi pentas bersama pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam ini di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Mengulas larangan polis kepada orang awam untuk tidak menghadiri ceramah malam ini, Anwar dalam twitternya berkata “Polis tidak benarkan – tanda Umno gentar dengan penjelasan. Saban hari diserang, mahu jawab dilarang.”

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah umum itu. Polis juga katanya tidak meluluskan permohonan penganjur kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan. Laporan Bernama itu memetik pegawai polis itu sebagai berkata pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur meneruskan majlis tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/150719

Pemangku ketua cabang Wangsa Maju Mazlan Abdul Jalil berkata segala persiapan untuk menjalankan majlis itu termasuk hebahan di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju, telah dibuat sebelum ini.

“Kita cuba menjaga keselamatan malam ini. Seramai 50 hingga 60 petugas daripada PAS dan PKR akan menjaga keselamatan.

“Kita juga memaklumkan kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan persatuan peniaga memaklumkan penggunaan padang pada majlis ini.

“Tidak ada apa-apa gangguan. Ia tidak mengganggu lalu lintas dan tidak para peniaga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya mengenai sama ada pihaknya memohon permit polis untuk mengadakan ceramah tersebut, Mazlan berkata pihaknya “ada memohon permit” dan “baru mengetahui ceramah itu tidak dibenarkan” selepas dimaklumkan kepadanya hari ini.

“Saya merayu supaya ceramah ini (boleh) diteruskan seperti mana yang dirancang. Kita berjanji akan menjaga hadirin yang hadir dengan sebaik mungkin daripada sebarang provokasi,” katanya.

Selain itu, beliau juga merayu kepada hadirin supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan memberikan kerjasama kepada penganjur untuk menyelesaikan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

Majlis tersebut bermula jam 9 malam ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


14 December 2010: Forensic Reports on Sime Darby’s losses of over RM2 billion will be kept a secret!

Posted: 14 Dec 2010 03:54 AM PST

DARIPADA                 : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU) PERTANYAAN            : LISAN TARIKH                      : 14.12.2010 SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana objektif NKRA boleh dicapai apabila laporan [...]

13-12-2010 Questions Time: On National Service

Posted: 13 Dec 2010 06:09 PM PST

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU) SOALAN: Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan punca kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semenjak bulan Disember 2003 dan apa tindakan yang diambil untuk mencapai kemalangan sifar bagi peserta dan apakan bagi tujuan untuk menggalakkan persahabatan dan kesefahaman antara pelbagai bangsa berjaya yang dicapai. JAWAPAN: Antara punca kematian [...]

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


14 December 2010: Forensic Reports on Sime Darby’s losses of over RM2 billion will be kept a secret!

Posted: 14 Dec 2010 03:54 AM PST

DARIPADA                 : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU) PERTANYAAN            : LISAN TARIKH                      : 14.12.2010 SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana objektif NKRA boleh dicapai apabila laporan [...]

13-12-2010 Questions Time: On National Service

Posted: 13 Dec 2010 06:09 PM PST

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU) SOALAN: Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan punca kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semenjak bulan Disember 2003 dan apa tindakan yang diambil untuk mencapai kemalangan sifar bagi peserta dan apakan bagi tujuan untuk menggalakkan persahabatan dan kesefahaman antara pelbagai bangsa berjaya yang dicapai. JAWAPAN: Antara punca kematian [...]

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Sambutan Deepavali Kuala Kubu bharu (7 Nov 2010) bersama Exco Angkat YB Ean Yong Hian Wah

Posted: 14 Dec 2010 07:13 AM PST




FELDA MASIH BELUM TERBAIK, BANYAK LAGI KELEMAHAN - ANAK

Posted: 13 Dec 2010 09:38 PM PST

Dakwaan Felda sebagai agensi pembangunan tanah yang terbaik, disangkal kerana masih wujud banyak kelemahan dan kegagalan agensi tersebut terutama dalam pelaksanaan tanam semula, lapor Harakahdaily.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mendedahkan beliau menemui bukti kegagalan Felda yang membantu peneroka yang menyerahkan ladang kepada agensi berkenaan.
Menurut Mazlan, apa yang ditemuinya di Felda Chiku 1 dan Felda Prasu amat memeranjatkanya.
"Bukti yang saya temui itu amat memeranjatkan kerana tidak menyangka Felda yang didakwa agensi terbaik dalam kerja perladangan tetapi gagal melakukan penanaman semula terbaik malah merugikan peneroka.
"Satu masa dulu Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Felda menahan wang tabung tanam semula (TTS) kerana ada peneroka tanam sendiri beli barang lain dan ladang semak dipenuhi babi hutan. Sekarang saya nak tunjukkan, ladang Felda yang dipenuhi babi hutan," katanya.
Mazlan berkata demikian dalam sidang medianya di di Temerloh baru-baru ini selepas pulang daripada melawat Felda berkenaan sesudah menerima aduan daripada peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula ladang mereka kepada agensi kerajaan berkenaan.
Dalam lawatan itu, Mazlan telah dibawa meninjau ladang kendalian Felda yang bermasalah termasuk belum ditanam, semak yang merimbun dan tanaman kelapa sawit yang terbantut kerana tiada pemuliharaan.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, kegagalan berkenaan sudah tentu akan membebankan peneroka kerana kos sulaman menyebabkan jumlah hutang dan pinjaman sara hidup mereka akan meningkat.
"Bagi Felda pula, peningkatan hutang peneroka tidak menimbulkan masalah kerana ia yang memberi hutang sebaliknya penerokalah yang akan menanggung hutang yang makin lama semakin tinggi kadar faedahnya sekalipun Felda gagal menjayakan penanaman semula itu.
"Apa yang dibimbangkan, mana-mana peneroka yang ladangnya gagal dimajukan Felda akan menanggung kos dan bunga hutang yang tinggi berbanding peneroka lain sedangkan peneroka berkenaan tidak mempunyai kuasa menuntut Felda menanggung kos kegagalan penanaman itu, " katanya.
Menurut Mazlan lagi, melalui perjanjian Felda dengan peneroka, peneroka tidak mempunyai apa-apa hak di atas kelewatan Felda menjayakan penanaman semula. Malah, peneroka juga tidak diberi penyata kewangan pengurusan ladang mereka oleh Felda - mkini

Permalink