Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden
- Pemaju diarah jangan roboh rumah penduduk
- Pegawai Pulau Pinang RM1,300, pusat hanya RM500
- Sekatan polis, namun ribuan dengar Anwar
- Pendedahan Wikileaks :Anwar Cabar Najib Sangkal Kaitan Dengan Altantuya
- Bajet 2011 Perlis : Defisit 12 Peratus Dijangka
- Shahidan Kassim Dakwa Pengurusan Banjir Di Perlis Gagal
- Wikileaks : Singapura Kata Pendedahan Tidak Sama Dengan Rekodnya
AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden Posted: 14 Dec 2010 08:37 PM PST Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan. Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya. Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut. Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum. Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat. KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi. Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat. Sumber: Malaysiakini |
Pemaju diarah jangan roboh rumah penduduk Posted: 14 Dec 2010 08:37 PM PST GEORGETOWN, 15 Dis: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi amaran kepada Pemaju KL Metro Development agar tidak merobohkan rumah 15 penduduk Pekan Teluk Kumbar sehingga satu perbincangan dibuat untuk memastikan kedua-dua belah pihak mendapat keuntungan. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mansor Othman (gambar) semasa sidang media di pejabatnya di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam berharap ia diselesaikan dengan baik dan tidak timbul pertelingkahan yang berpanjangan. "Kerajaan Negeri memberi amaran kepada pemaju supaya tidak meroboh rumah di Pekan Teluk Kumbar kerana ia begitu hampir dengan Sambutan Tahun Baru Cina. Dulu kita sempat campurtangan kerana terlalu dekat dengan Hari Raya Aidil Adha, " tegasnya. Katanya, KL Metro haruslah bertimbang rasa dan tidak bersikap rakus kerana penduduk yang ada bukan menolak pembangunan sebaliknya sekadar mahukan keadilan pampasan. Pemaju jangan mengambil sebarang tindakan perobohan kerana Keraaan Negeri cuba berusaha mendapatkan jalan terbaik, tambah beliau. Walaupun pemaju ada hak melaksanakan pembangunan di situ tetapi Kerajaan Negeri juga mempunyai hak menentukan mahu atau tidak pembangunan di situ. Pada 20 Disember ini pemaju KL Metro sekali akan bertindak meroboh kediaman penduduk dengan alasan tanah tersebut sudah menjadi miliknya dan boleh melaksanakan apa pun projek di situ tanpa sebarang sekatan. Berapa minggu lalu KL Metro telah dihalang daripada bertindak demikian oleh ramai pihak termasuk penduduk, campur tangan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Ahli Majlis Perbandaran, Penyelaras Dun Bayan Lepas dan sebagainya. Hadir sama dalam sidang media itu ialah Penyelaras Dun Bayan Lepas, Asnah Hashim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan Pembantu Khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Martin Lim Huat Poh. Sumber: Harakah Daily |
Pegawai Pulau Pinang RM1,300, pusat hanya RM500 Posted: 14 Dec 2010 08:36 PM PST IPOH, 15 Dis: Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang. Sumber: Harakah Daily |
Sekatan polis, namun ribuan dengar Anwar Posted: 14 Dec 2010 08:30 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Dis: Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks. Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, "Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat." "Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya. Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu. Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan. Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok. Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu. "Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini," kata Tian. Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu. Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang. Sumber: Harakah Daily |
Pendedahan Wikileaks :Anwar Cabar Najib Sangkal Kaitan Dengan Altantuya Posted: 14 Dec 2010 08:28 PM PST KUALA LUMPUR 15 DIS : Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyangkal pendedahan WikiLeaks yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh empat tahun lalu. Ketua Pembangkang malam tadi mencabar Najib Razak melawan dakwaan itu sebagaimana dilakukan oleh beliau tanpa hanya mengetepikan pendedahan tersebut atas alasan ia perkara kecil. Anwar menyatakan perkara demikian pada ceramahnya di Taman Melati di sini dengan kehadiran ribuan orang ramai walaupun pihak polis mengenakan pelbagai sekatan. "Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah anda boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu. "Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar. Dalam ceramahnya, Anwar beberapa kali mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang turut didedahkan oleh kabel-kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang dibawa oleh WikiLeaks. Najib telah berkali-kali menafikan dakwaan yang mengaitkan wanita itu dengan beliau. Ceramahnya di Taman Melati malam tadi merupakan yang pertama selepas pendedahan WikiLeaks yang dihebahkan melalui media-media arus perdana. Anwar dijadual mengadakan ceramah di Melaka, Negeri Sembilan selepas ini, sebelum mengakhiri jelajah ceramahnya di Pulau Pinang sempena konvensyen Pakatan Rakyat. "Apa itu WikiLeaks? Anda ada bukti? OK, saya akan menjawab dan saya telah meminta peguam saya menjawab. Adakah anda ada bukti? Adakah anda ada bukti teknikal? "Jika Lee Kuan Yew mahu pergi ke mahkamah, sila teruskan dan bawa dia ke mahkamah. Biar beliau jadi saksi, saya tiada masalah. Bukan masalah saya sama ada anda percaya atau tidak," kata Anwar lagi yang merujuk kepada laporan akhbar Australia. Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia. Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden. Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis. Ia menyebut, "Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang." Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu. "ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat," kata kabel itu. Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok. Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu. "Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini," kata Tian. Petang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu. Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri ceramah perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang. Sumber: TVSNEWS |
Bajet 2011 Perlis : Defisit 12 Peratus Dijangka Posted: 14 Dec 2010 08:26 PM PST KANGAR 15 DIS : Kerajaan Negeri Perlis dijangka mengalami bajet defisit RM85 juta pada tahun depan dengan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM262 juta berbanding anggaran hasil RM89 juta. Defisit itu merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus pada 2011 berbanding RM76 juta pada 2010. Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata sebanyak RM174 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus iaitu tambahan RM31 juta berbanding 2010 dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM88 juta iaitu tambahan RM33 juta. "Kutipan hasil kerajaan negeri pada 2011 dianggarkan sebanyak RM89 juta berbanding RM67 juta tahun ini," katanya ketika membentangkan bajet negeri tahun2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis penggal ketiga yang bermula semalam. Sumber: TVSNEWS Bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, katanya, sejumlah RM34.8 juta atau 20 peratus untuk emolumen dan RM40.1 juta (23 peratus) untuk perkhidmatan dan bekalan manakala RM55.67 juta (55.6 peratus) untuk pemberian bayaran tetap. Bagi pembelian aset pula, sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan dan baki sebanyak RM400,000 untuk perbelanjaan lain. Md Isa berkata sektor pelancongan adalah antara yang membantu membangunkan ekonomi negeri apabila seramai 421,157 pelancong melawat negeri itu hingga September lalu. Justeru itu, katanya, pelbagai projek akan dilaksanakan bagi membangunkan sektor pelancongan negeri termasuk di bandar diraja Arau, Kuala Perlis, bandar sempadan Wang Kelian dan Padang Besar, Taman Negeri, Empangan Timah Tasoh, Gua Kelam, Gua Wang Burma, ladang anggor, ladang harumanis dan Rimba Herba Perlis. Sumber: TVSNEWS |
Shahidan Kassim Dakwa Pengurusan Banjir Di Perlis Gagal Posted: 14 Dec 2010 08:25 PM PST KANGAR 15 DIS : Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis (Dun) semalam menyaksikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa pengurusan bencana banjir di Perlis baru-baru ini sebagai gagal. Beliau yang juga Adun Tambun Tulang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menipu ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakannya lapor portal Harakah Daily Online. Pada sesi soalan lisan pagi semalam, Md Isa menjawab serentak enam soalan yang dikemukakan oleh Shahidan dan empat orang lagi ahli dewan berkaitan banjir yang melanda Perlis baru-baru ini. Soalan panjang yang dikemukakan Shahidan memohon jawapan dari pihak kerajaan nama pengelola di 25 pusat pemindahan banjir. Shahidan yang bangun membuat soalan tambahan berkata, jawapan Menteri Besar ada yang benar dan ada yang bohong. "Mengapa ada nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang tidak disebutkan namanya. Pengurusan banjir pada kali ini totally failed, banjir dah berlaku beberapa hari tapi mengapa pada 3 November baru dapat bantuan, sebelum itu siapa yang keluarkan bantuan?" soalnya. Md Isa kemudiannya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikannya tadi adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya. Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) kemudiannya turut memberikan pandangan dengan menyatakan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Menteri Besar perlu juga menyebut pihak-pihak tertentu yang turut membantu mangsa banjir seperti Yayasan Pok dan Kassim (milik Shaidan) dan parti-parti politik. Md Isa menjelaskan bahawa, semua yang memainkan peranan semasa banjir tempohari telah dirangkumi dalam jawapannya di bawah kategori 'sukarelawan'. Selepas dewan berehat sesi pagi, Md Isa membentangkan bajet kerajaan negeri Perlis bagi tahun 2011. Keseluruhan bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM262 juta yang merangkumi RM 174 juta perbelanjaan mengurus dan RM88 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Bajet 2011 ini meningkat berbanding tahun lalu di mana perbelanjaan mengurus dan pembangunannya masing-masing sebanyak RM143 juta dan RM55 juta. Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2011 ialah sebanyak RM89 juta, meningkat sebanyak RM21.9 juta berbanding RM67 juta pada tahun ini. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan terus mengalami defisit sebanyak RM85 juta, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding 76 juta pada tahun 2010. Sumber: TVSNEWS |
Wikileaks : Singapura Kata Pendedahan Tidak Sama Dengan Rekodnya Posted: 14 Dec 2010 08:22 PM PST SINGAPURA 15 DIS : Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLeaks dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri. Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat." Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam tadi sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura semalam, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks. Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi semalam. Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran." Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama. WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia. Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat. -BERNAMA- |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan