Pengikut

Nuffnang

Isnin, 22 November 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Bubar Semua Parti Komponen BN, Kata MP Bakri

Posted: 22 Nov 2010 11:26 PM PST


KUALA LUMPUR 23 NOV: Kesemua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang berasaskan perkauman harus dibubarkan bagi tujuan melenyapkan sentimen perkauman, cadang ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

Menurut Teck Hwa, tindakan BN memperkenalkan pendaftaran ahli BN secara terus, ahli-ahli parti, Rakan BN dan Kelab Sabahat BN, membuktikan kuasa Umno semakin berleluasa dalam BN, sekaligus menganaktirikan parti komponennya yang lain.

Beliau yang dipetik dari Harakahdaily berkata, Umno merupakan sebuah parti pemerintah yang tidak jauh bezanya dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mengamalkan perkauman.

"Kekuasaan mutlak Umno dalam BN telah meminggirkan peranan parti komponen lain dalam Barisan Nasional," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, parti komponen yang berasaskan sokongan orang Cina seperti MCA dan Gerakan telah dianggap sebagai penakut dan pengecut oleh pengundi kerana gagal untuk melawan keangkuhan Umno.

Lantaran itu katanya, adalah penting kepada BN menghapuskan polisi yang berasaskan perkauman sekiranya benar-benar mahu membawa kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Bagaimanapun ujarnya, jangka hayat politik Umno yang bergantung kepada perkauman, mengakibatkan parti itu tidak mungkin menghindari amalan perkauman yang sebati dengan jiwa mereka.

"Mereka masih perlu menggunakan isu perkauman untuk mencari populariti murahan. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN semakin mengikis dan merampas peranan parti komponen berasaskan orang Cina dalam BN," ujarnya.

Menurutnya, organisasi bukan kerajaan (NGO) 1Malaysia yang dilancarkan pada Pilihan raya kecil Dun Galas, baru-baru ini sekali lagi membuktikan Umno tidak memerlukan parti komponen berasaskan orang Cina untuk mencapai kejayaan.

"Hal ini akan membawa kepada situasi di mana Umno akan merampas kerusi dari parti komponen mereka kerana pencapaian parti komponen yang kurang memuaskan.

"Walaupun parti komponen menentang tindakan BN untuk membuka keahlian BN, namum hal ini telah berjaya dilaksanakan dan sesiapa pun tidak akan menjamin apa yang bakal berlaku pada masa depan," ujarnya.


Sumber: Suara Keadilan

Sikap Berat Sebelah : Hadi Tegur Kerajaan Malaysia

Posted: 22 Nov 2010 11:23 PM PST


KUALA LUMPUR 23 NOV: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mahu kerajaan Malaysia bersikap lebih berani dan menuntut keadilan terhadap layanan berat sebelah kuasa-kuasa besar dunia terutama terhadap dunia Islam.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang bercakap demikian sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar (Hubungan Dua Hala) semalam, lapor Harakahdaily.

Menurut Hadi, Malaysia masih tidak memainkan peranan sewajarnya dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

"Kerakusan Yahudi Israel sangat melampau sehingga halau rakyat Islam di sekitar Baitul Maqdis, merobohkan rumah-rumah mereka, membakar kampung halaman dan kebun-kebun mereka tanpa perhatian masyarakat antarabangsa.

"Perlu Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC dan negara berkecuali, mengambil sikap lebih proaktif agar masalah ini tidak terus meruncing," ujar Hadi.

Tambah Hadi, timbul kekhuatiran sekiranya gejala tersebut berterusan, bakal menyebabkan ancaman antarabangsa lebih besar berlaku.

Dalam isu nuklear Iran pula beliau mahu Malaysia bersikap adil dalam menyatakan pendirian.

"Kementerian Luar tidak tegas, kadang menyokong dan kadang-kadang menentang," katanya lagi.

Iran, katanya telah menjelaskan pengkayaan uranium mereka hanya sebagai sumber tenaga untuk kegunaan rakyat negara itu.

Malaysia katanya dilihat bersikap berat sebelah jika tidak menentang penggunaan nukler oleh kuasa besar lain termasuk Israel dan Amerika Syarikat yang digunakan untuk tujuan persenjataan.

"Kita perlu sedar, kuasa barat begitu tidak adil dalam hal ini. Mereka membenarkan Israel guna nuklear untuk persenjataan sejak tahun 60an.

"Terbukti mereka guna bahan radio aktif dalam peperangan di Lubnan dan Gaza," katanya.

Dalam isu penggunaan Dinar yang dicadang negara D8 pula, Malaysia katanya gagal berperanan mempertahan cadangan itu sehingga ianya gagal dilaksanakan.

Cadangan tersebut juga, katanya sebelum ini turut disokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu melihat ekonomi Islam diperkukuhkan.

"Saya tidak tahu mungkin ada tekanan dari kuasa barat dan kita tidak berani hadapi tekanan ini padahal anggota yang ramai dalam OIC.

"Kenapa kita tidak manfaatkan kedudukan kita dalam OIC untuk bergabung menjadi satu kekuatan?" katanya.


Sumber: Suara Keadilan

Masih Enggan Berikan Nota Perubatan, Anwar Buat Permohonan Esok Gugurkan Hakim

Posted: 22 Nov 2010 11:09 PM PST

saifulhklKUALA LUMPUR 23 Nov - Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan esok untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana gagal membekalkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur yang amat penting dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapi olkeh Ketua Oposisi itu.

Permohonan itu diputuskan oleh pihak pembelaan apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sekali menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota perubatan HKL.

Mohamad Zabidin memberi alasan mahkamah tidak boleh memaksa dokumen tersebut dikemukakan okeh pakar terbabit.

Ketua peguambela Karpal Singh membalas hujah yang diberikan hakim dengan mengata keputusan beliau tidak adil dan menyukarkan fungsi pihak pembelaan dalam menjalankan tugas mereka.

"Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.

"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?" tanya Karpal kepada hakim.

Hujah Karpal lagi tujuan dokumen yang dipohon adalah bagi membantu mahkamah mendapatkan pemahaman disegi keterangan sains dan tidak adil kepada pihak pembelaan jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Karpal Singh berkata Mohamad Zabidin telah menyalah tafsir Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.

Malah kata Karpal ini adalah keputusan Mahkamah Agung yang mengikat keputusan mahkamah yang lebih rendah daripadanya.

Tambah beliau langkah ini diambil bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana halim tersebut didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Terdahulu daripada itu keadaan menjadi tegang apabila
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Anwar serta beberapa individu lain galeri awam berhubung dakwaan Karpal bahawa keengganan saksi pendakwaan, Dr Siew Sheue Feng merujuk kepada nota perubatan adakah kerana beliau telah diprogram untuk mengikut 'skrip' yang telah 'diarahkan' oleh pihak tertentu.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot," kata Karpal.

Melihat situasi itu Anwar pula bangun lalu berkata, "ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti".

Yusof menjawab bahawa Anwar tidak tahu mengenai undang-undang yang disambut oleh beberapa individu di galeri awam membidas beliau.


Sumber: Suara Keadilan

PAS: Panduan siber untuk buta, pekakkan rakyat

Posted: 22 Nov 2010 12:45 AM PST

PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang mahu memperkenalkan garis panduan berkaitan hasutan dalam dunia siber sebagai satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar.

Ketua penerangannya Idris Ahmad mendakwa, tindakan itu lebih kepada usaha untuk membendung "maklumat penyelewengan" kerajaan BN daripada diketahui rakyat.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharu"Seperti yang kita sedia maklum Umno-BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat," katanya.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilaporkan berkata, garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam internet akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu ini.

internet media and print mediaTanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata, ia sedang diperhalusi.

Dalam kenyataan hari ini, Idris mempersoalkan, tidak cukup lagikah "kongkongan" terhadap rakyat melalui akta sedia ada seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan.

"Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini?" soalnya lagi.

Menurut Idris, jika maklumat yang didedahkan berkaitan dengan rahsian ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa, kerajaan masih boleh bertindak dengan akta sedia ada.


Sumber: Harakah Daily

Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?

Posted: 22 Nov 2010 12:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

"Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011.

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR.

Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah.

Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau.


Sumber: Harakah Daily

Pancing NGO : BN Gagal Bawa Aspirasi Rakyat

Posted: 22 Nov 2010 12:35 AM PST


KUALA LUMPUR 22 NOV: Langkah Barisan Nasional(BN) membuka keahlian pertubuhan bukan kerajaan(NGO) untuk bergabung dalam komponen itu adalah satu isyarat bahawa BN gagal membawa inspirasi rakyat.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Strategik PKR, Tian Chua di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata bahawa BN dengan bentuk dan rangka yang ada sekarang tidak boleh berterusan dan sebab itu mereka cadangkan satu perubahan.

"BN sekarang sudah menjadi badan 'penyambung' bagi Umno dan kesemua mereka yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen atau Menteri secara langsung boleh dipilih oleh Perdana Menteri atau Presiden Umno tanpa melalui mana-mana organisasi parti," ujar Tian ketika ditemui Tv Selangor di lobi Parlimen, petang tadi.

Tambah beliau, BN cuba merekacipta satu organisasi baru hanya bertujuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang tanpa memikirkan sama ada BN masih lagi relevan dan membawa cita-cita rakyat.

"Mereka hanya kumpulkan kekuatan bagi memastikan BN mendapat undi mengatasi Pakatan Rakyat.

Tian juga meramalkan, riwayat komponen BN seperti MCA, MIC Dan Gerakan dijangka tamat apabila badan gabungan yang dikepalai Umno itu menawarkan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) bergabung dengan parti itu.

Sementara itu, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dilaporkan berminat berhubung tawaran BN itu.

Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan berkata, beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar gabungan itu menyertai BN sebagai ahli bergabung.


Sumber: TVSNEWS

SPRM Limbang Tutup,Kerajaan Perlu Jelas Kepada Rakyat

Posted: 22 Nov 2010 12:30 AM PST


SHAH ALAM 22 NOV : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan secara terperinci punca pejabat SPRM cawangan Limbang ditutup setelah selesai penambahbaikan dilakukan.

Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor berkata, adalah tidak relevan sama sekali, pejabat suruhanjaya itu yang dibuka berdasarkan keperluan setempat, ditutup hanya setelah lapan bulan beroperasi.

"Ini melibatkan persepsi rakyat, rasuah adalah musuh nombor satu negara. Apakah tidak ada unsur-unsur atau kes-kes rasuah di Limbang? ujar Shamsul, yang hairan dengan perkara terbabit.

Menurut Shamsul, selain timbul pelbagai spekulasi dan persepsi tentang penutupan pejabat SPRM berkenaan, wang rakyat juga turut dibazirkan.

Malah timbul persoalan, apakah pembinaan pejabat SPRM di Limbang itu tidak ditimbang sewajarnya sehingga mengakibatkan ia ditutup walaupun baru sahaja beroperasi.

"Soalnya pada peringkat awal mesti ada rasional pejabat SPRM perlu dibuka di sana.

"Kita hairan kenapa setelah ratusan ribu wang rakyat dihabiskan tetapi pejabat ini pula tidak beroperasi?

"Kita tidak mahu pembaziran demi pembaziran terus berlaku akibat dari perancangan dan strategi pembangunan yang lemah daripada kerajaan Barisan Nasional," tambah Shamsul lagi.

Malah menurut Shamsul, Malaysia seharusnya mengamalkan sikap berjimat cermat sementelah negara berhadapan dengan masalah ekonomi. Ini harus dihentikan kerana kita harus memperakui bahawa Malaysia masih belum keluar dari masalah ekonomi yang masih membelenggu negara kita.

Justeru katanya, segala persoalan dan pertikaian rakyat itu haruslah dijawab agar tidak menimbulkan lebih banyak spekulasi yang tidak sepatutnya.

"Saya minta ketua pesuruhjaya SPRM menjelaskan perkara ini kerana SPRM ini harus menunjukkan pentadbiran mereka bebas daripada rasuah. Kita tidak mahu ada unsur penyelewengan dana dengan memberikan laporan-laporan yang tidak benar.

"Kita yakin di mana-mana pun masalah rasuah ini pasti ada. Kalau rasional di peringkat awal pembukaan pejabat itu untuk membendung masalah rasuah di Limbang, (kalau) ia ditutup pasti ada perkara yang tidak kena dan perkara ini harus dijelaskan oleh ketua pesuruhjaya SPRM Malaysia atau di peringkat negeri Sarawak," ujar Shamsul lagi.

Sebelum ini DAP Limbang, Sarawak kecewa apabila pejabat SPRM cawangan tersebut ditutup selepas projek penambahbaikan siap.

Menurut Pengerusinya, Leong Kwang Yew dalam satu kenyataan media pejabat itu ditutup hanya selepas lapan bulan beroperasi.


Sumber: TVSNEWS

Dasar Baru BN: AUKU Terbatal Secara Tidak Langsung

Posted: 22 Nov 2010 12:25 AM PST


SHAH ALAM 22 NOV : Mahasiswa di negara ini tidak perlu lagi takut dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sebelum ini menyekat kebebasan
mereka untuk menyertai pergerakan politik.

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razak Idris, dengan keputusan yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN)menerima kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung dengan parti itu, ia sekaligus membatalkan AUKU secara tidak langsung.

Pertubuhan NGO mendapat sambutan yang menggalakkan dari belia mahupun mahasiswa di negara ini termasuk ABIM sendiri.

"Walaupun secara bertulis AUKU itu menghalang pergerakan politik mahasiswa, tetapi dari segi amalan hari ini, ia sudah terbatal secara tidak langsung dengan pendirian baru kerajaan.

"Maka saya melihat mahasiswa pada hari ini tidak perlu merasa takut untuk membuat pendirian politik kerana dengan keputusan kerajaan ini, ia secara langsung membatalkan berpolitik oleh mahasiswa yang terlibat dalam pertubuhan NGO," ujar Razak kepada ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Melalui pindaan terhadap AUKU tahun lalu, kerajaan telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan bukan politik.

Jemputan untuk NGO-NGO ini bersama BN akan menyebabkan mahasiswa-mahasiswa yang aktif dalam Pertubuhan bukan kerajaan ini akan mengheret sama mahasiswa ke kancah politik biarpun jelas ia terlarang dalam AUKU yang dicipta kerajaan sendiri.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan dewan tertinggi BN meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan dan persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti.

Pengumuman Najib itu kemudiannya mendapat bantahan dari beberapa NGO antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang tidak sependapat dalam idea itu buat masa ini.

PKPIM bahkan menyelar tindakan BN itu dan menyifatkan tindakan itu bertentangan dengan norma masyarakat demokratik.

Sementara itu, Razak menambah, NGO tidak harus mensia-siakan peluang yang ada untuk menonjolkan kecenderungan masing-masing tanpa ada perasaan bersalah.

"Bagi saya ini memberi peluang kepada NGO untuk menentukan sikap politik mereka dengan lebih jelas lagi sama ada memihak kepada kerajaan atau pembangkang," beliau berkata.

Bahkan ujarnya, dengan sikap baru yang ditunjukkan oleh kerajaan ini, maka tidak ada sebab mahupun alasan kepada kerajaan untuk bersikap kritikal terhadap pandangan NGO termasuk dari mahasiswa.

"Pihak kerajaan selepas ini tidak boleh lagi menyalahkan mana-mana NGO yang sekiranya mereka menunjukkan sikap yang jelas terhadap fahaman politik yang bertentangan dengan mereka.

"Sebelum ini (kerajaan) agak kritikal atau melihat pendirian NGO yang bertentangan dengan dasar kerajaan sebagai sesuatu yang tidak baik, NGO lepas ini boleh lebih terbuka untuk membuat pendirian politik," tambah Razak lagi.

Katanya ABIM dan NGO lain akan mendesak kerajaan supaya merealisasikan pendirian kerajaan itu selari dengan keterbukaan mereka menyeru NGO bergabung dengan parti itu.

Beliau juga menyeru Pakatan Rakyat untuk turut serta menggubal dasar-dasar tertentu supaya boleh mendapat sokongan daripada NGO di negara ini.


Sumber: TVSNEWS

AMK Mahu Penambaikan Proses Pemilihan, Seru Anggota Rapatkan Saf

Posted: 22 Nov 2010 12:20 AM PST

Sam15KUALA LUMPUR 22 Nov - Angkatan Muda KEADILAN Malaysia mahu segala kelemahan yang wujud dalam perlaksanaan Pemilihan 2010 yang tamat semalam diperbaiki dan penambahbaikan dibuat agar pilihan raya parti akan menjadi lebih mantap dan efisien.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata lompong yang ada harus diteliti sepenuhnya agar ia dapat ditampung dengan penambahbaikan yang strategik di pemilihan akan datang.

Beliau mengingatkan pesta demokrasi dalam KEADILAN melalui pemilihan yang baru selelsai tidak wajar mematikan semangat anggota parti malah ia harus membulatkan tekad seluruh warga untuk kembali merapatkan saf untuk memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

"Di sebalik asakan dan kecaman media dari segenap penjuru, pemilihan ini berjaya diteruskan meskipun berhadapan dengan 1001 rintangan. Syabas buat warga KEADILAN seluruhnya!

"AMK percaya Pemilihan 2010 ini merupakan satu nafas baru buat KEADILAN. Sebagai parti pelopor kaedah "satu anggota satu undi", pastinya terdapat rencam masalah yang tidak terjangka oleh mana-mana pihak. Tetapi itu tidak harus mematahkan semangat kita untuk menoleh ke belakang.

"Menang atau kalah bukan menjadi titik noktah kepada semua pihak. Kepada yang tewas, tidak wajar untuk berpaling, sebaliknya perlu terus komited untuk mengukuhkan parti. Kepada yang menang, itu bukan anugerah untuk dirai, sebaliknya ia adalah amanah yang jelas sekali berat untuk dipikul dan dibuktikan kepada akar umbi dan rakyat untuk terus merealisasikan harapan yang telah kita laungkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas," kata Shamsul dalam kenyataannya hari ini.

Shamsul menasihatkan anggota AMK khususnya supaya tidak terpedaya oleh permainan sesetengah pihak yang mahu 'membunuh' KEADILAN dengan pelbagai dakyah rekaan.

Katanya inilah masanya untuk semua anggota menegaskan bahawa KEADILAN adalah parti yang komited kepada perjuangan rakyat dan sejarah 12 tahun jelas membuktikan ia sebuah institusi politik yang telah teruji.


Sumber: Suara Keadilan

Permohonan Nota Klinikal Pembelaan Ditolak, Keterangan Lisan Mencukupi Kata Hakim

Posted: 22 Nov 2010 12:15 AM PST

saifulhklKUALA LUMPUR 22 Nov - Seperti dijangka, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menolak permintaan pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan

Prosiding yang bersambung setelah sebulan ditanggukan mendengar alasan penolakan hakim bahawa pihak pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Kata Mohamad Zabidin pembelaan hanya membuat permohonan mendapatkan nota klinikal tersebut atas gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful.

"SP2 (Dr Razali Ibrahim) dipanggil oleh piha pendakwaan, apa yang penting bagi mahkamah adalah keterangan lisan beliau.

"Nota hanya digunakan untuk mengingatkan kembali ingatan SP2...ia tidak dibenarkan di segi perundangan, dan SP2 telah tegaskan beliau tidak perlukan nota untuk mengingatkan kembali ingatannya," Mohamad Zabidin.

Walaupun dibantah ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh, Hakim tetap menerima laporan perubatan daripada doktor HKL itu sebagai bahan bukti.

"Bukti oleh pakar tidak bermakna jika ia tidak disokong oleh bukti. Ini bukan sahaja persoalan sama dibenarkan atau tidak.

"Kami menerima keputusan Yang Arif dengan berat hati walaupun keputusan ganjil," kata Karpal.

Bagaimanapun Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan.

"Fungsi pakar ialah memberikan pandangan sebenar beliau dan membentangkan di hadapan mahkamah semua data yang mana beliau landaskan pandangannya, ini kerana pihak mahkamah yang akan membuat keputusan samada menerima atau menolak pandangan beliau.

"Dalam ketiadaan kenyataan alasan yang jelas dan tepat adalah sukar bagi mahkamah memahami pandangan seorang pakar. Ia juga tidak adil bagi pihak pembelaan yang akan menyoal balas pakar tersebut berhubung kesahihan pandangan beliau.

"Mana-mana pandangan tanpa menyatakan alasan (yang kukuh) adalah tidak bernilai dan tidak berguna sebagai bahan bukti," hujah beliau.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 tengahari.


Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Sabah Peruntuk RM1 Juta Setiap DUN, Tiga DUN Pembangkang Dinafikan

Posted: 22 Nov 2010 12:10 AM PST

006KUALA LUMPUR 22 Nov - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah Ronnie Klassen mengecam tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang memperuntukkan sejumlah RM62.7 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional serta seorang ADUN Bebas sambil menyifatkannya sebagai diskriminasi ke atas rakyat negeri itu.

Ini kerana tiga kawasan merangkumi Likas,Luyang dan Seri Tanjong yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008 dinafikan untuk menikmati peruntukan sebanyak RM1 juta setiap DUN tersebut.

"Atas kuasa apa Musa Aman membuat keputusan menggunakan wang rakyat untuk menaikkan peruntukan kepada wakil rakyat kepada RM62.7 juta? Kenapa pula peruntukan ini hanya kepada 56 ADUN Umno-BN dan seorang ADUN Bebas tetapi pada masa yang sama meminggirkan Likas, Luyang dan Seri Tanjong? Adakah tiga kawasan DUN ini diduduki oleh rakyat asing dan bukan warga Sabah?

"Pengundi berdaftar Sabah yang membayar cukai mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan daripad kerajaan negeri Umno-BN mengapa keputusan ini diambil dan untuk tujuan apa. Adakah janji-janji manis semasa PRU-12 dan juga di Batu Sapi baru-baru ini hanya satu helah untuk mengatakan hanya Umno-BN mampu membawa pembangunan di Sabah?," tanya Ronnie dalam kenyataannya.

Ronnie berkata dana awam adalah milik rakyat dan perlu diagihkan secara adil kepada golongan yang memerlukan.

Tindakan menafikan tiga DUN tersebut untuk mendapat sebarang peruntukan adalah satu bentuk diskriminasi dan peminggiran terhadap rakyat di kawasan terbabit.

Malah kata beliau tindakan Ketua Menteri itu lebih bersifat politik kerana gendang PRU-13 semakin kuat kedengaran dan bukannya untuk membantu rakyat Sabah.

Peruntukan khas itu diluluskan Ketua Menteri di bawah Bajet Negeri 2011 Jumaat lalu atas alasan peruntukan itu membolehkan wakil rakyat BN menyediakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau juga berkata penafian kerajaan negeri sabah terhada laporan terbaru Bank Dunia yang mengatakan negeri itu sebagai termiskin hanya menunjukkan sindrom penafian yang dialami oleh Umno-BN.

"Adakah Musa ingin menuduh Bank Dunia menipu? Status termiskin ini hanya disebabkan tidak lain tidak bukan penyelewengan dan rasuh yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN selama ini.

"Apa terjadi kepada ratusan juta ringgit yang dikutip daripada cukai 15 peratus ke atas aktiviti ramalan nombr 4D yang boleh digunakan untuk mengatasi kemiskinan?" ujar beliau lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Zaid Tiada Sifat Rendah Diri, Proses Pembersihan KEADILAN Bermula Selepas Kongres

Posted: 22 Nov 2010 12:05 AM PST

aaparlimenKUALA LUMPUR 22 Nov - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali menyifatkan bekas calon Timbalan Presiden yang keluar parti, Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang tidak boleh sebagai satu pasukan dan hanya tidak mempunyai sifat rendah diri.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak menganggap Zaid gagal memainkan peranan ahli parti yang setia sejak hari pertama menyertai KEADILAN.

Bagaimana pun Azmin yang bakal menduduki kerusi Timbalan Presiden setelah menang besar dalam pemilihanb pimpinan pusat yang berakhir semalam mengucapkan selamat berjaya kepada Zaid dalam menempa jalan politik barunya setelah keluar KEADILAN.

"(Tetapi) saya tidak pasti sama ada beliau boleh berjaya atau tidak," kata beliau di lobi Parlimen hari ini.

Azmin juga memberi jaminan parti akan mengambil tindakan tegas sejurus selepas kongres nasional nanti bagi membersihkan KEADILAN daripada elemen serta anasir pengkhianat yang bertindak sebagai musuh dalam selimut.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang," tegas beliau.

Bagi memantapkan konsep kesetiaaan kepada parti serta prinsip perjuangan KEADILAN Azmin menyarankan agar parti meningkatkan tahap latihan yang lebih intensif.


Sumber: Suara Keadilan

KEADILAN Ucap Selamat Jalan Kepada Zaid, Tak Payah Tunggu 16 Dis

Posted: 22 Nov 2010 12:00 AM PST

snpc221010PETALING JAYA 22 Nov - Walaupun bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ahli berkuatkuasa 16 Disember depan, parti hari ini menganggap beliau telah pun keluar serta merta dan mengesahkan keputusannya.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan KEADILAN adalah sebuah organisasi politik dan bukannya syarikat swasta yang memerlukan tempoh bersyarat sekiranya ingin berhenti kerja.

Lagi pun kata Saifuddin dengan menerima keputusan Zaid meninggalkan parti yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik semalam, ini memudahkan beliau untuk merancang masa depan politiknya tanpa sebarangan halangan atau kekangan

"Zaid hantar sepucuk surat (peletakan jawatan). Terpulang kepadanya untuk membuat rayuan, saya tidak boleh jawab soalan andaian," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata seseorang anggota itu hilang statusnya sebagai ahli apabila dipecat atau menghantar surat peletakan jawatan menurut perlembagaan parti.

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik. Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," sindir beliau.


Sumber: Suara Keadilan

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Tarik balik lesan SYABAS jika kutip wang subsidi air untuk Tabung Budi – Khalid

Posted: 22 Nov 2010 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

"Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan,  mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

"Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).


"Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

"Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang 'hypocrisy' untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat..itu bukan tujuannya. Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004," katanya.

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Surat Terbuka Kepada Tan Sri Ismail Omar

Posted: 22 Nov 2010 07:43 AM PST

SURAT TERBUKA

Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur. Melalui:Email dan Pos
Email:iho@rmp.gov.com

YDH Tan Sri,

LAGI MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.

Assalamualaikum wbt.,Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

1. Dengan segala hurmatnya saya menjemput Tan Sri merujuk kepada teks ucapan YB Lim Kit Siang, "Gani Patail stan

d accused of fabricating evidence in the Anwar Ibrahim "black-eye" investigation in 1998,which stands unrebutted although made by the police officer responsible for the investigation 12 years ago." ,ketika beliau mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM 10.00 di-Parlimen pada Selasa 9.11. 2010 yang tersebar dalam laman-laman blogs .

1.2. Setelah meneliti teks tersebut sepenuhnya,saya mengesahkan telah menghantar email kepada YB LKS pada 14.4.2010 yang beliau sebut itu, sebagai membalas/membetulkan komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata-lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15.4.2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan Surat Terbuka kepada YBhg.Datin Kalsom Taib bertarikh 8.10.2010(Surat Terbuka Pertama),yang salinannya saya email kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan original surat-surat berkenaan.Saya akan merujuk kepada kandungan surat- surat tersebut apabila, atau jika berkenaan.

1.3. Sehubungan hal sama,saya mendapat tahu menerusi media, bahawa YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ,Menteri di-JPM akan membawa isu diatas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat 12.11.2010.Beliau turut mengumumkan bahawa penjelasan akan diminta daripada Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) sebagai memberinya peluang untuk menjelaskan dirinya yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil. Saya menyokong sepenuhnya TSGP diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan),dan wajar dihurmati oleh semua pihak.

2. Bagaimanapun apa yang menjadi kemuskhilkan saya kini ialah,apabila penjelasan diberi oleh TSGP, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun,sama-ada secara lisan,atau kenyataan akhbar,atau representasi dan lain-lainnya,pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini, dan tidak hanya adil kepada TSGP seorang sahaja.Sesuai untuk saya nyatakan disini, bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu TSGP,Tan Sri Musa Hassan (TSMH),Dr.Abdul Rahman Yusof

(Dr.Rahman) dan saya sendiri. Malahan Jabatan Peguam Negara,PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (khususnya Hospital Kuala Lumpur) juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.Selain itu, Jemaah Menteri pada masa yang material itu juga adalah pihak dalam isu sama,jika apa yang akan saya bentangkan dalam perenggan-perenggan dibawah diambil pertimbangan.

3. Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya,maka pihak yang berkuasa

mengadili/menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3).(Perbekalan ini adalah digunapakai terhadap Peguam Negara bila dibaca bersama Artikel 145 Clause (6)).Precedent penggunaan Artikel ini telah dicipta oleh mantan Perdana Menteri YA Bhg.Tun Mahathir Mohamed, ketika menangani isu pemecatan YA Bhg.Tun Salleh Abas,mantan Ketua Hakim Negara.Oleh itu soal sama ada Artikel berkenaan tidak boleh atau sukar dilaksanakan tidak timbul.

4. Berkaitan dengan dakwaan DSAI yang beliau buat pada 1.7.2008 itu,izinkan saya memaklumkan kepada Tan Sri,bahawa saya telah dibawa menemui Yang Amat Berhormat Dato'Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak (YAB PM) persendirian pada 23 Oktober 2008 lebih kurang jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan.Ketika itu YAB PM masih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang baru diambil alih.Pertemuan ini diatur dipercayai terbit daripada pendedahan yang saya buat,menerusi Pernyataan Tuntutan saya yang disiarkan meluas olih media, apabila kandungan tuntutan tersebut dibacakan sepenuhnya olih pihak Pembelaan dalam prosiding kes liwat terhadap DSAI, ketika diperingkat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam bulan Ogos/ September 2008.

4.1. Saya harus menyatakan bahawa interaksi antara kami dilakukan dalam suasana yang sangat mesra, dalam semangat persahabatan dan saya sedikit pun tidak rasa tertekan walaupun itulah kali pertama saya mengenali YAB PM.Dalam pertemuan ini, saya telah menjelaskan kepada beliau peranan dimainkan masing-masing oleh TSGP,TSMH, Dr.Rahman dan saya sendiri dalam penyiasatan "kes mata-lebam".Saya menyentuh sedikit sebanyak butir yang terkandung dalam kertas siasatan kes tersebut dan mengenai keterangan yang telah saya berikan kepada SPRM.YAB PM ada membuat komen-komen tertentu, mengenai isu yang saya taklimatkan secara lisan kepada beliau.

4.2. Dalam perbualan sama ,saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu.Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya.Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya.Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar.Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM.

5. Sekembalinya dari pertemuan tersebut, saya mengambil sikap tunggu dan lihat.Seterusnya menjelang Februari 2009 saya mendapat maklumat, keputusan siasatan SPRM akan diumumkan sedikit hari lagi.Jesteru itu saya mengambil keputusan untuk mengemukakan satu laporan bertulis yang lengkap, kepada YAB PM.Laporan tersebut bertarikh 19 Februari 2009 (lebih kurang 3 minggu sebelum keputusan rasmi diumumkan di-Parlimen pada 11.3.2009)yang dialamatkan atas nama YAB PM persendirian dan dihantar dengan tangan serta disahkan penerimaannya oleh Pejabat Menteri Kewangan.Tanpa menyentuh butiran terperinci laporan tersebut, memadai jika saya menyatakan bahawa ianya boleh disifatkan sebagai "a no holds barred report".(Dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010 perenggan 12 ,saya ada setakat menyebut mengenai edaran surat kepada YAB PM ini.)

5.1. Untuk faedah Tan Sri,saya perturunkan perenggan 4 laporan kepada YAB PM tersebut seperti berikut;

"Para 4:
Dengan rendah diri saya memberi maklumat ini secara terus kepada YAB Dato Seri,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa YAB Dato Seri akan menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 menjelang akhir Mac atau April depan.

a)Ianya juga adalah,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa SPRM tidak dapat tiada akan merujuk hasil siasatan laporan DSAI berkaitan kes "mereka keterangan palsu" itu kepada YAB Dato Seri,memandangkan kedudukkan Gani Patail dan Musa Hassan sebagai orang nombor satu dalam Jabatan masing-masing.

b)Sesungguhnya dengan rendah diri,saya memohon agar YAB Dato Seri sudi menerima maklumat yang akan menyusul dibawah sebagai input mustahak dalam membantu YAB Dato Seri mempertimbangkan sesuatu keputusan yang terbaik,adil dan saksama dan "without fear or favour"berkaitan kes "mereka keterangan palsu"tersebut.
………….
………….
Ditandatangan oleh Mat Zain Ibrahim bertarikh 19.2.2009.
.
6. Seterusnya pada 11.3.2009, Dato Seri Nazri telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut.Antara perkara penting yang beliau umumkan ialah; bahawa siasatan dan keputusan tersebut telah selesai dua bulan daripada tarikh laporan DSAI,bermakna dalam minggu pertama bulan September 2008. Bagaimanapun hanya diumumkan pada hari tersebut kerana kes ini sangat sensitif.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG).Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman,Datuk Wira Mohd.Noor Ahmad dan Datuk Mohd.Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan. Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati TSMH tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majority (2-1) terhadap TSGP yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku.Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah.

6.1. Perkara penting yang boleh saya rumuskan mengenai ketususan ini ialah; maklumat yang saya berikan kepada YAB PM ketika menemuinya pada 23.10.2008,berkaitan dengan perlantikan Ahli Panel tersebut adalah betul. Dua nama Ahli Panel yang saya berikan kepada YAB PM ketika itu juga betul. Perkara yang lebih penting dari itu ialah;keputusan siasatan kes tersebut telah selesai dibuat pada awal September 2008 yang bermakna pada ketika saya menemui YAB PM, keputusan berkenaan sebenarnya telah selesai dibuat lebih kurang 6 minggu sebelum pertemuan itu. Sedangkan, YAB PM sendiri masih tidak tahu menahu mengenainya dan diletakkan dalam gelap berkaitan suatu perkara undang-undang yang sangat mustahak, yang melibatkan seorang Peguam Negara dan seorang Ketua Polis Negara.Walhal setahu saya adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menasihatkan Jemaah Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

6.2. Pegumuman Dato Seri Nazri pada 11.3.2009 itu, menyedarkan saya bahawa Peguam Negara telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa SG mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-Ahli Panel tersebut sebagai DPP mengikut peruntukkan dalam CPC, tetapi sebenarnya SG tidak mempunyai hak atau kuasa ini sepertimana jelas dalam Seksyen 376(4) CPC.Peguam Negara juga telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa kononya Ahli-Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dilantik sedemikian itu, mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili/menghakimi seorang Peguam Negara, padahal, hak dan kuasa untuk melantik Tribunal bagi maksud tersebut hanya terletak kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong seorang sahaja, setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri sendiri, sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

7. Saya sedikitpun tidak terkejut dengan perkembangan ini oleh kerana ini bukan kali pertama Peguam Negara memperdayakan (atau dalam terma yang digunakan dalam Kanun Keseksaan,"menipu") Jemaah Menteri, untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan menyebabkan Jemaah Menteri melakukan sesuatu,yang tidak akan dilakukan, sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.Beliau pernah lakukan perkara yang sama didalam proses siasatan kes mata-lebam.

7.1. Terbit daripada pengumuman oleh Dato Seri Nazri sedemikian itu,saya telah menghantar surat bantahan dan rayuan, Rujukan MZ/SUL/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,(LPPR),dan salinannya kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil LPPR dan Jawatankuasa Khas (Parlimen),Saya turut menulis laporan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Persendirian) pada 7.5.2009 dan mengedarkan kedua-dua salinan laporan diatas kepada SG yang masing-masing telah akui penerimaannya.Saya ada menyebut perkara ini dalam perenggan 13 dan 14 surat saya bertarikh 6.5.2010 kepada Tan Sri.

7.2. Dalam laporan saya kepada LPPR itu, saya telah menghuraikan dengan terperinci mengenai caramana pemalsuan keterangan tersebut telah dilakukan dan oleh siapa.Saya juga turut melampirkan dokumen-dokumen buktinya.Selain itu saya juga mempersoalkan berkaitan kesahihan perlantikkan Ahli-Ahli Panel bebas oleh SG demikian itu.(bekaitan hak dan kuasa yang wajib dilaksanakan oleh Pendakwa Raya secara sendiri, sudi Tan Sri merujuk kepada hujah yang dikemukakan oleh SG sendiri dihadapan Hakim YA Dato Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008 dalam perkara Pendakwa Raya lwn DSAI (Decision on Revision bertarikh 5.3.2009) berkaitan kuasa Pendakwa Raya menandatangani sendiri sijil dibawah Seksyen 418(1) CPC yang boleh dibaca bersama dengan kuasa Pendakwa Raya sendiri dalam melantik Timbalan Pendakwa Raya dibawah Seksyen 376(4)CPC.).

7.3. Selain daripada dua perkara utama dalam laporan tersebut saya telah memadatkan/meringkaskan maklumat mengenai insiden menipu Jemaah Menteri sepertimana terkandung dalam perenggan 41 hingga 42 (a) yang diperturunkan seperti dibawah;

"KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA.

41.Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 27.1.1999 bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,yang mendapat perkenan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 3.2.1999.(Jemput YA Bhg.Tun,merujuk lampiran N,iaitu salinan surat Kerajaan memohon perkenan tersebut).Terma rujukan Suruhanjaya Di Raja yang di-Titahkan adalah sepertimana perenggan 4(i)dan (ii).

42.Saya ada alasan untuk menegaskan bahawa Jemaah Menteri mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja ini setelah dibekalkan dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar (sepertimana kandungan Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999),berkaitan status siasatan kes mata-lebam ketika itu,serta maklumat kononnya mengenai ketidakupayaan dan/atau ketidakcekapan PDRM menangani siasatan kes ini.Saya percaya sekiranya Peguam Negara telah menasihatkan Kabinet bahawa siasatan PDRM telah mengesahkan sebab kecederaan mata-lebam tersebut serta mengenalpasti sejak 30.10.1998 lagi,orang yang bertanggung-jawab mencederakan Anwar Ibrahim,saya yakin Kerajaan tidak akan membuang masa dan dana Rakyat serta mengaibkan PDRM,dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,jika hanya untuk mencari jawapan yang sama yang telah PDRM bentangkan tanpa sebarang keraguan, kepada Gani Patail.
(a)Walaupun diakhir prosiding Suruhanjaya Di Raja tersebut,Yang Arif Pengerusinya telah sedaya upaya cuba menaikkan imej dan keyakinan rakyat terhadap PDRM dengan kata-kata pujian akan bagaimana tegas dan jujurnya Pegawai-pegawai dan anggota Pangkat Rendah PDRM memberikan keterangan masing-masing walaupun terhadap Ketua Polis Negara mereka,hakikatnya ianya telah terlewat kerana ketika itu intergriti dan imej PDRM telah dimusnahkan dengan hanya satu Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999 yang direka."

8. Saya percaya penerima-penerima laporan bertarikh 15.4.2009 itu tidak terlepas pandang maklumat diatas.Sungguhpun saya terdengar komen yang menyatakan maklumat tersebut adalah keterlaluan dan ada juga yang mempersendakannya sebagai maklumat mengarut,namun majoriti daripada mereka bersetuju maklumat tersebut adalah serious.Namun begitu, masa telah menentukan untuk saya merasa telah di-"vindicated" setelah 15 bulan mengemukakan maklumat tersebut, apabila pada 29.7.2010,Peguam Negara sendiri,yang mengetuai Pasukan Pendakwaannya yang terbaik, telah menuduh YA Bhg.Tun Dr.Ling Liong Sik (Tun LLS),bekas Menteri Kanan Persekutuan di-Mahkamah, dibawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, kerana menipu Jemaah Menteri.Maklumat yang dahulunya dikatakan sebagai keterlaluan dan mengarut dan tidak mungkin berlaku kepada Jemaah Menteri, kini terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.

8.1. Sekiranya Peguam Negara menuduh Tun LLS dalam apa pertuduhan lain pun, beliau dan keluarganya tetap akan merasa keaibannya.Malah mungkin banyak lagi kesalahan yang lebih berat yang beliau boleh dituduh berkaitan skandal PKFZ itu.Tetapi apabila Peguam Negara dengan sengaja memilih untuk menuduhnya kerana menipu Jemaah Menteri, maka bukan sahaja Tun LLS yang merasa aib, bahkan kesemua Ahli Jemaah Menteri dan rakyat telah diaibkan.Ianya boleh memberi gambaran negatif seolah-olah Jemaah Menteri Malaysia terdiri dari gulungan mereka yang dengan mudah ditipu.Siapa yang ada ekses untuk menipu Jemaah Menteri?, kalau tidak dikalangan Menteri sendiri atau orang-orang yang dipertanggung-jawabkan oleh Perlembagaan untuk menasihatkan Jemaah Menteri.Mesej apa yang ingin disampaikan oleh Peguam Negara dan kepada siapa, hanya beliau mengetahuinya.

8.2. Namun begitu,mungkin ada hikmahNya Peguam Negara berbuat begitu.Jika Bahagian Pendakwaan dapat mengesan "ingredients" yang diperlukan untuk membuktikan Tun LLS telah menipu Jemaah Menteri, sepertimana pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau,bagaimana pula mereka boleh terlepas pandang kesalahan menipu Jemaah Menteri yang dilakukan oleh TSGP sendiri?.Walhal maklumat mengenai kesalahan itu sepertimana perenggan 7.3 diatas adalah sangat jelas, dan telah diakui terima oleh SG.Lebih-lebih lagi kita ketahui SG dan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara adalah orang-orang yang sangat teliti apabila mengkaji sesuatu kertas siasatan dan pakar dalam undang-undang jenayah.Tidak mungkin mereka terlepas pandang.Lagipun "ingredients" untuk membuktikan kes tersebut, semuanya dimuatkan dalam maklumat berkenaan. Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS itu tidak adil kepada beliau,jika Peguam Negara pula tidak dituduh,kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali.

8.3. Baru-baru ini pula,ketika perbicaraan OC Phang, salah seorang tertuduh dalam skandal PKFZ ,seorang DPP daripada Jabatan Peguam Negara telah menyatakan persetujuannya di-Mahkamah, untuk perbicaraan kes Tun LLS diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologi kejadian, kes yang dihadapi oleh Tun LLS,telah berlaku terlebih dahulu daripada kes terhadap OC Phang.Saya tidak akan terkejut ,apabila perbicaraan kes Tun LLS dimulakan,Peguam beliau akan meminta pula, pendakwaan terhadap Peguam Negara diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologinya, Peguam Negara yang lebih dahulu menipu Jemaah Menteri daripada Tun LLS.Apa pula pendirian yang akan diambil oleh DPP ketika itu,kita tunggu dan lihat.Secara ikhlas,saya tidak berniat untuk mempersendakan perkara ini,tetapi hampa melihat Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Pentadbiran Keadilan kita dihalakan kelorong kemusnahan dan kehancuran oleh orang yang telah diberi kuasa mengawalnya, seolah-olah rakyat jelata semuanya buta undang-undang.

9. Saya juga tidak berhasrat untuk melebarkan perkara dalam persoalan ini dengan isu lain.Namun begitu,saya juga tidak dapat mengelakkan diri daripada bercakap mengenai Statutory Declaration(SD) palsu oleh Private Investigator Balasubramaniam (P.I.Bala).Jelas P.I.Bala telah melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya.Malah P.I.Bala sendiri mengaku bahawa SD keduanya itu, mengandungi kenyataan palsu serta dengan berani secara terbuka, mencabar TSGP menuduhnya di-Mahkamah.Rakyat jelata, malahan rakyat Malaysia diseluruh dunia pun tahu perkara ini.

9.1. Dari sudut keputusannya, kita harus terima hakikat bahawa apa juga keputusan yang dibuat mengenai kes ini,Peguam Negara adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan di-Mahkamah.Persoalannya, adakah Peguam Negara sendiri telah membuat keputusan yang adil kepada semua pihak?.Tentunya ia tidak adil kepada orang-orang yang telah dituduh kerana melakukan kesalahan yang sama seperti P.I.Bala,atau yang dituduh membuat afidavit palsu,atau memberi keterangan palsu di-Mahkamah, ataupun orang-orang yang telah dituduh kerana kesalahan-kesalahan berkaitan membuat, atau memberi keterangan palsu yang lain yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan juga.Malah lebih tidak adil lagi,kepada orang-orang yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara pula.Antaranya yang saya ingat, ialah dalam kes seorang Sharma Kumari Shukla, yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara bagi setiap satu daripada dua kes membuat kenyataan palsu, dalam afidavit, berkaitan dengan nama beliau sahaja,iaitu perbezaan diantara "Sharma Kumari" dan "Sharma Kumari Shukla" pada 26.4.2000.Malah ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Juliana Mohammad dilapor menyatakan "making false statement was like giving false evidence,which could undermine the country's justice system". Saya juga masih ingat betapa Peguam Negara begitu megah dengan kejayaan seorang DPP-nya yang berhujjah bersungguh-sungguh dalam prosiding rayuan, dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (mendiang) apabila Sharma Kumari dibebaskan, tanpa membela diri pada mulanya. Mungkin lebih tidak adil lagi kepada Sharma Kumari, apabila dalam rayuan kes kes yang lebih berat lagi daripada kes beliau, malah hingga ada kes yang menyebabkan kehilangan nyawa, Peguam Negara bertindak sambil lewa sahaja, malahan ada yang tidak dibuat rayuan langsung.

9.2. Disebalik itu pula, mungkin keputusan TSGP untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap P.I.Bala, dan menutup kes terhadapnya, adalah sangat adil kepada TSGP sendiri yang boleh dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan, atau kepada kenalan beliau atau orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan serupa tetapi dikecualikan daripada tindakan undang-undang.Antara yang saya ingat ialah dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (TSRTC)bekas Ketua Menteri Melaka. TSGP sendiri yang telah mengesahkan bahawa terdapat keterangan prima-facie berkaitan empat pertuduhan jenayah yang boleh dikenakan terhadap TSRTC, dan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut ialah kerana membuat Statutory Declaration palsu di-Pejabat Perdana Menteri,Jabatan Perdana Menteri ketika itu terletak di-Jalan Dato Onn Kuala Lumpur,suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya.(komen saya mengenai TSGP berkaitan perkara TSRTC dan beberapa yang lain adalah sepertimana perenggan 19,20 dan 21 dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010, khasnya perenggan 29).

10. Dalam hal diatas saya hanya mampu memberi pendapat peribadi saya untuk menyatakan, bahawa caramana Peguam Negara sampai kepada keputusan yang dibuatnya berkaitan kes P.I.Bala dan sebelum itu, dalam memilih pertuduhan sesuai terhadap Tun LLS, mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh Perlembagaan .Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa beliau telah sampai ketahap tidak lagi mampu berfikir secara rasional.Saya berpendapat bahawa TSGP telah hilang keupayaan untuk melaksanakan tanggung-jawab dan fungsi jawatannya, dengan betul dan adil selaku Peguam Negara.Saya juga berpendapat yang beliau tidak lagi mampu dan berupaya untuk menjadi pelindung Keadilan Awam dan hak asasi rakyat.Sebagai seorang individu, saya berhak untuk tidak membiarkan hak kebebasan individu saya,isteri dan anak-anak serta cucu-cucu saya ditentukan oleh seorang yang tidak waras dan rasional lagi.Mungkin ramai individu lain juga berpendirian sedemikian.

10.1. Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal,jika bekas Timbalan Perdana Menteri,Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS,Ahli-Ahli Parlimen,Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman,dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan.Apa istimewanya Peguam Negara? Walaupun kita wajar hurmati kuasa seorang Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun, tidak ada dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang melindungi beliau sekiranya, menyalahgunakan kuasanya atau melakukan jenayah.Beliau tidak ada hak atau kuasa untuk sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi jika jenayah itu adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dimana beliau sepatutnya menjadi pelindungnya.

YDH Tan Sri,

11. Sungguh pantas masa berlalu.Kini usia kes mata-lebam telah genap 12 tahun dan sedang melangkah pantas menuju tahun ke-13.Jika tidak ada penutupan sepenuhnya ("full and final closure") kepada episode ini,ia akan terus melangkah 12 tahun lagi dan tidak berkesudahan.Setiap hari ada sahaja peristiwa yang mengingatkan saya kepada insiden mata-lebam ini.Malahan di-Parlimen pun sejak insiden ini berlaku sehingga kehari ini tidak henti-henti membahaskannya,dan tidak nampak tanda-tanda untuk ia dihentikan dalam masa terdekat ini.Ketika saya mulakan menulis surat ini kepada Tan Sri dua hari lalu;mengingatkan saya tempoh 8.10.1998 hingga 20.11.1998 genap 12 tahun dalam sejarah,merupakan tempoh paling rumit yang PDRM lalui menangani kes mata-lebam ini,khasnya kepada diri saya sendiri.Saya sedar bukan tidak ada usaha PDRM dan Kerajaan untuk membawa kes ini kepada penutupan sepenuhnya.Malangnya terdapat halangan-halangan yang sengaja diujudkan olih pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini,dengan memutar belitkan fakta-fakta yang betul,malahan membenamkan keterangan sebenar daripada diketahui umum dan Jemaah Menteri,sehingga memburukkan lagi keadaan.

12. Saya percaya Tan Sri,pucuk pimpinan tertinggi dan warga PDRM keseluruhannya,berminat mengetahui apakah tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri ketika itu, untuk membawa penutupan segera kepada peristiwa tersebut sebelum didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya diadakan.Untuk faedah Tan Sri,saya ringkaskan seperti perenggan-perenggan berikut dibawah;

12.1. Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998.Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu,Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri.Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan TSRN mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata-lebam yang telah berlaku itu,dibuat secara sukarela dan tanpa pujukkan sebagai seorang gentleman. Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional,mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara "above board". Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas-siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan,termasuk menyediakan factor-faktor mitigasi (mitigating factors),yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh 2 hari.Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12.10.1998, jika ada sebarang rayuan keatas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22.10.1998.

12.2. Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi "body language" beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak.TSRN juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan.Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikkan "budak-budak" (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa TSRN kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah TSRN meninggalkan Pasukan;mengikut rancangan,dua hari selepas perjumpaan kami itu,bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.Begitulah antara suasana dalam bilik TSRN ketika itu,dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di-Melaka, saya telah meninggalkan Pejabat TSRN jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan.

12.3. Manusia hanya boleh merancang,tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu,Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail ,telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN.Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya "untuk meneruskan siasatan seperti biasa",dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian,saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini,tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

13. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengenepikan sebarang keraguan Tan Sri, kepada ketepatan kronologi yang saya huraikan diperenggan 12 diatas,saya menggesa Tan Sri mendapatkan Kertas Siasatan kes mata lebam IP No:8497/98 bersangkut Tun H.S.Lee Rpt:25223/98 yang mungkin masih tersorok di-Jabatan Peguam Negara;untuk menyemak Diari Penyiasatan saya dan juga Minit-Minit saya bertarikh 15.10.1998,29.10.1998 dan 27.1.1999 yang kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 muka surat, bagi tujuan verifikasi.Walaupun Diari Penyiasatan saya, tidak 100% lengkap seperti sebuah novel,namun tarikh,waktu dan rakaman ringkas peristiwa penting adalah cukup untuk menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa sebenar yang berlaku.

13.1. Sudi nanti Tan Sri merujuk Diari Penyiasatan bertarikh 8.10.1998 (Khamis) siri 75 hingga 78 muka surat 22 hingga 24 khasnya nombor siri 78 bertarikh 8.10.1998 mulai jam 2.30 petang berkaitan dengan persetujuan penutupan berkenaan.

13.2. Untuk peristiwa berkaitan sebelumnya,sudi juga merujuk siri no:73 bertarikh 7.10.1998 (Rabu)jam 8.45 malam hingga 1100 malam dirumah Tim.KPN, Tan Sri Norian.Saya juga ada merakamkan nama Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir sama.Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan pendirian PDRM dalam menangani siasatan ini dan cara terbaik menyelesaiknya segera, tanpa membelakangkan undang-undang.Saya juga telah diberi mandat untuk mengambil keputusan sendiri, asalkan nama baik dan imej Pasukan dipelihara.

13.3. Dalam siri No:74 pula saya ada merakamkan mengenai perbincangan menerusi telefon antara jam 1200 tengah malam(7.10.1998) hingga 1.00 pagi (8.10.1998)dengan KPN.

13.4. Mengenai pendirian TSRN sendiri berkaitan siasatan ini pula,sila Tan Sri rujuk siri No:15 jam 9.30 hingga 11 malam,Ahad 27.9.1998, bertempat di-Pejabat Komander Brigade Tengah,Ceras.Dalam perjumpaan ini beliau secara one-to-one dengan saya mengarahkan untuk siasatan dijalankan secara berkecuali dan "to leave no stone unturned".TSRN juga berpesan bahawa sebarang keputusan yang saya bakal ambil,hendaklah meletakkan imej Pasukan diatas segalanya.

14. Selanjutnya,sejak 9.10.1998 tempo dalam "gelanggang" siasatan bertukar menjadi tegang.Beberapa kali berlaku pertembongan secara "head-on" antara TSGP dan saya.Tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak pun jika saya menghuraikan apa yang terkeluar dari mulut TSGP dan apa pula yang terkeluar dari mulut saya.Mungkin hanya akan menimbulkan permusuhan dan benci membenci antara pihak-pihak yang tidak berkenaan.Namun begitu saya telah mengambil langkah-langkah yang terdaya oleh saya, sepertimana yang saya telah jelaskan terperinci dalam perenggan 10.9.1 Surat Terbuka Pertama.Selanjutnya,tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua dari beliau, TSGP terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.TSGP yang sebelum insiden mata-lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah,tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya 6 dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasaka keterangan,kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri.

14.1. Lebih lama kes mata-lebam ini kekal,lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta,dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus,terutamanya di-Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara.

15. Kita tidak dapat menafikan hakikatnya, bahawa kes mata-lebam itu dicetuskan oleh PDRM sendiri.Sewajarnyalah PDRM yang menyelesaikannya. Walaupun pihak Peguam Negara keberatan melepaskan kertas siasatan kes berkenaan sejak awal 1999 sehingga dirampas oleh pihak SPRM pada July 2008,atas sebab-sebab yang saya percaya TSGP dan TSMH ketahui,tidak bermakna PDRM kini terus menanggung beban mereka.Kita sedar hakikatnya bahawa Jemaah Menteri sendiri tidak mampu menyelesaikannya.Oleh kerana Jemaah Menteri tidak dibekalkan dengan kuasa menyiasat,atau kuasa membuat tangkapan,atau kuasa pendakwaan dan jauh sekali kuasa menjatuhkan hukuman.Yang ada dua daripada empat kuasa tersebut adalah Polis…

16. Saya memohon maaf jika penulisan saya kali ini membebankan Tan Sri.Saya ingin Tan Sri ketahui bahawa saya melakukan ini semata-mata sebagai memenuhi janji saya kepada pucuk pimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah saya perakukan secara bertulis apabila selesai siasatan kes mata-lebam tersebut.Jemput rujuk perakuan saya dalam muka surat 14 perenggan 9, Minit bertarikh 29.10.1998 dan muka surat 26 perenggan 9 juga, Minit bertarikh 27.1.1999.Tidak hairan jika Kertas Siasatan tersebut sengaja disorokkan akibat minit-minit ini.Malah kertas siasatan sama pernah "dihilangkan" antara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 yang menyebabkan heboh seluruh Negara kerana berita "kehilangan"ini disiarkan disemua akhbar dan siaran Buletin Utama TV dan dibahaskan juga dalam Parlimen.

17. Sebagai insan biasa yang lemah ,saya juga tidak terlepas daripada membuat salah dan kesilapan.Ada juga kegagalan saya semasa dalam perhidmatan. Terdapat juga hari-hari bodoh dan hari-hari malas saya ketika dalam Pasukan. Namun disebalik itu,saya boleh mendabik dada dan mengangkat kepala, bahawa saya tidak pernah sekali dalam khidmat saya, menganiaya sesiapa.Saya tidak pernah memalsukan fakta dan keterangan untuk mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana orang.Lebih daripada itu, saya tidak pernah menggadai atau melelong maruah Pasukan.

18. Akhir kata saya doakan YDH Tan Sri dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan, untuk memimpin barisan baru kepimpinan tertinggi PDRM yang kesemuanya dikenali dan diyakini dapat membantu Tan Sri, untuk membawa semula PDRM kezaman bilamana rakyat menaruh keyakinan dan penghurmatan yang tinggi terhadapnya, dan zaman kemegahan serta kemantapan semangat setia kawan, seperti yang pernah kita nikmati bersama, sepanjang dekad sembilan puluhan.Selamat maju jaya.

Wassalam.

Yang benar,
(Mat Zain Ibrahim)
22 November 2010.

Zaid Bukan Lagi Anggota PKR

Posted: 21 Nov 2010 11:53 PM PST

Dari Malaysiakini

PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja.

Katanya, sebagai “orang baik”, PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih “memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya”.

Keterangan ‘Luar Biasa’ Dari Dr Razali

Posted: 21 Nov 2010 11:48 PM PST

Dari TV Selangor

Pakar perubatan Dr Mohd Razali menegaskan bahawa dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan "kosong' walaupun Saiful mengadu tidak membuang air besar selama 48 jam.

Razali mendakwa bahawa walaupun seseorang tidak membuang air besar begitu lama, maka dubur beliau tidak boleh dalam keadaan kosong,

Peguam Anwar Sankara Nair menyifatkan keterangan Dr Razali sebagai "luar biasa."

Dr Razali berkata beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful pada 28 June 2008 atau 56 jam selepas pengadu mendakwa di liwat.

Pada pemeriksaan itu, Dr Razali mendakwa walaupun dubur pengadu tidak mengandungi najis, namun beliau menjumpai sampel air mani tertuduh.

Dr Razali bagaimanapun tidak yakin samada sampel itu diletakkan dalam balang kalis udara kerana tugas itu dijalankan oleh doktor lain.

Pada sebelah pagi, Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguambela Anwar mendapatkan laporan awal pemeriksaan doktor terhadap Saiful ini.

Alasan yang diberikan hakim ialah laporan itu hanya boleh diperolehi jika dikemukakan oleh pendakwaraya atau jika Dr Razali merujuk kepadanya semasa memberi keterangan.

Laporan itu penting kepada peguambela kerana ia mengandungi pelbagai maklumat mengenai pemeriksaan ke atas Saiful yang tidak dimasukan dalam laporan perubatan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Ketika memberi keterangan bulan lalu, Dr Razali enggan merujuk kepada laporan pemeriksaan awal itu walaupun gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan yang diajukan oleh peguam Karpal Singh.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan HKL yang muktamad diterima sebagai bahan bukti walaupun sebahagian daripada laporan itu tidak dikemukakan.

Program Rapat Setia PKR Pahang dan Terengganu

Posted: 21 Nov 2010 11:42 PM PST

Dato' Seri Anwar Ibrahim dan SU Agong Bersama

YB2, Ketua2 dan AJK2 MPN/Cabang/Wanita/AMK/Sri Kandi

Seluruh Negeri Pahang dan Terengganu

Tarikh: 23 November 2010 (Selasa)

Masa: 5.00 – 7.00 Malam

Lokasi – Restoran Tanjong (Kawasan Perindustrian Semambu)
Jalan Haji Ahmad, Indera Mahkota

2) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana

Lokasi – Markas PKR Negeri Pahang
Jalan Beserah, Kuantan

Penceramah:
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifuddin Nasution
3) YB Fauziah Salleh
4) YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
5) YBhg Rafizi Ramli
6) YBhg Abd Rahman Yusof

Laporan Perubatan: Hak Anwar Terus Dinafi

Posted: 21 Nov 2010 08:37 PM PST

Dari Malaysiakini

Perbicaraan kes sodomi melibatkan Datuk Seri Anwar bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan dengan satu keputusan oleh hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pembelaan.

Mohamad Zabidin berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful, saksi utama dalam kes berkenaan, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.

Permohonan berkenaan dibenarkan Mohamad Zabidin yang menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 petang.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang