Selasa, 16 November 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


SALAM 'EIDUL ADHA

Posted: 16 Nov 2010 02:45 AM PST


Bicara 'Eidul Adha

Labbaikallah humma malabbaik
Labbaikallah syari kala kalab baik
innal hamda
wanni' mata
lakawalmulk
laa syarii kalak

Hamba Mu datang menyahut pangglian Mu ya ALLAH
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu ya ALLAH
Yang tidak ada sekutu bagi Mu
Sesungguhnya segala pujian dan ni'mat
adalah kepunyaan Mu
yang tidak ada sekutu bagi Mu

Tazkirah buat umat Melayu
kita punya satu Tuhan
kita punya satu Rasul
kita punya satu Kitab
kita punya satu kiblat
kita punya satu matlamat

Satu wajah pelbagai wadah
kita bangsa yang berpecah
umpama buih yang diratah
kafir harbi dok satu sejadah
sesama muslim kita haramjadah
hilang ghaib segala hibbah
tinggal tunggul untuk dibelasah

Ambil iktibar kesatuan Arafah
kesatuan tawaf di Ka'bah
kesatuan sa'ie Safa Marwah
kesatuan lontaran di jamrah
kesatuan umat di Muzdalifah
kesatuan saf Imam Makkah

Bersatulah wahai ummah
dibawah naungan Al Quran & Sunnah

Salam 'eidul adha

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Zulhijjah 1431
16 Nov 2010

*Alhamdulillah tahun ini teman dapat melaksanakan 'ibadah qurban di tiga tempat dengan hibah 3 ekor lembu iaitu di Masjid Bandar Bharu, Kampung Terap dan Taman Jati Kulim. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan, termasuk tidak mendapat sebarang agihan lembu Kerajaan PAS Kedah, namun ALLAH memberi jalan rezeki untuk teman menyumbang 3 ekor lembu bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, termasuk sumbangan untuk qurban di Gaza dan Sarajevo. Moga ALLAH memberi keampunan dan keberkatan. Wassalam.

KAU PERGI JUA!!

Posted: 15 Nov 2010 11:11 PM PST


(Pak Jangoat sedang berehat didalam lori ke Putrajaya)


Salam 2 all.

Pengumunan Zaid Ibrahim bahawa beliau akan meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara yang dimainkan kepimpinan PKR selama ini. Kecundangnya Zaid sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas telah dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun-Firaun Kecil yang mendokong falsafah politik "matlamat menghalalkan cara, "Putrajaya at all cost", menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.

Dengan pengunduran Zaid, kita sudah boleh membaca susunan kepimpinan PKR akan datang yang jelas membuktikan amalan "Kakane-KKN" (dalam bahasa Jakarta pak), iaitu "kronisma, korupsi & nepotisma" yang cukup hebat:

Ketua Umum - Anwar Ibrahim. Suami Presiden dan bapak kepada bakal Naib Presiden! Inilah dia "mujahiddin demokrasi" yang begitu "taksub" kononnya kepada amalan demokrasi barat, tetapi mahukan jawatan yang bukan sahaja tak payah bertanding dan tidak boleh ditandingi, tetapi tak ujud pun dalam perlembagaan PKR. Entah siapa lantik Anwar jadi Ketua Umum pun teman tak tau, sebab tidak pernah ada mesyurat perwakilan yang buat keputusan. Lagipun jawatan yang takde dalam perlembagaan, macam mane perwakilan nak buat keputusan!

Presiden - Wan Azizah. Isteri Ketua Umum dan mak bakal Naib Presiden. Jawatan yang kata Zaid Ibrahim sekadar penghias majalah. Tanpa kuasa dan tanpa martabat. Dan bila Zaid membuka manifestonya antara lain untuk mengembalikan maruah dan martabat kepada jawatan Presiden, Zaid pula yang kena musibat!

Timbalan Presiden - Azmin Ali. Bekas Setiausaha Sulit Anwar zaman sebagai Timbalan Perdana Menteri UMNO. Dari kecik sampai tua Azmin sentiasa melekat dengan Anwar, yang Nallakarupan kata mereka berdua ini punya hubungan yang sangat istimewa. Zaid kata Anwar-Azmin punca kepada segala penyakit dalam PKR. Anwar bertungkus lumus bekerja keras memastikan Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden sehingga hero hindustan PKR Zaid Ibrahim pun kena tendang keluar. Dan untuk memastikan warna demokrasi kekal, Mustafa Kamil Ayub dipujuk supaya jangan menarik diri. Apa yang dijanjikan kepada Mus teman pun tak tahu. Mus yang pada satu ketika cukup garang macam rimau lapar, bersama dengan Zaid memberi ultimatum dan kata dua kepada PKR, tiba-tiba jadi macam kucing sakit gigi. Bayang yop kalau Mus tarik diri, malulah kat Azmin menang free pulak!!

Naib Presiden 1 - Nurul Izzah. Semua orang tau dia anak Ketua Umum dengan Presiden. Dengar cerita nak buat pact dengan Zaid, tau-tau tak jadi. Papa hebat kata Nurul, dipetik dimuka hadapan akhbar Sinar Harian! Anak bapak yop..anak bapak!

Naib Presiden 2 - Tian Chua. Mamat sorang ni ketaksuban dia kepada Anwar hingga sanggup dok bawah lori FRU. Sehingga sanggup mereka foto palsu PM bersama Altantuya, dan sikit pun tak rasa malu atau bersalah dengan perangai hodoh tu. Disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menggigit polis!!

Naib Presiden 3 - Mansor Othman. Bekas Setiausaha Sulit Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan. Sekarang jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Bertanding pilihanraya dahulu semua kalah, kemudian entah macam mane dema pusing tau-tau Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairuz kena tendang dan Mansor ambil alih kerusi Penanti dan bertanding sorang-sorang sebab UMNO malas nak layan politik sempit PKR. Lepas menang ambil tempat Fairuz, jadi TKM dan dah pun dapat Datuk!

Ketua AMK - Shamsul Iskandar Akin. Mula-mula patut bertanding jawatan Naib Presiden. tetapi bila calun pilihan Anwar mendapat jumlah pencalunan yang sangat memalukan, kalah kepada Chegu Bard, Shamsul tetiba buat u-turn dan bertanding jawatan Ketua AMK. Kerana Anwar tidak boleh kontrol orang macam Chegu Bard. Chegu Bard ni walaupun kawin dengan anak sedara Anwar, tetapi otak dia macam Zaid, Anwar tak boleh nak kontrol. Dia ni ada pendirian sendiri dan sangat berani. Kiblat Chegu Bard kepada Reformasi bukan kepada Anwar. Jadi Anwar akan gerun kalau sayap muda dikuasai oleh orang yang dia tak boleh kontrol.

Ketua Wanita - Zuraida. Walaupun Zuraida ni jenis mengaji kat ustad dan bertudung lipat, dan cukup rajin mengikut kelas Dr. Asri, tetapi ketaksuban dia kepada Anwar cukup hebat. Walaupun saingan beliau Puan Anima Ferer membuat pelbagai aduan salahlaku dan penipuan serta manipulasi didalam perebutan jawatan Ketua Wanita, malah Anima minta pemilihan digantung, namun suara Anima jadi macam suara Zaid aje, walaupun Anima adalah pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR!

Macam tu lah lebih kurang barisan kepimpinan kakane yang akan ujud dalam PKR tidak lama lagi. Cuma yang teman kesal sedikit ialah tindakan terburu-buru Zaid untuk keluar PKR dan mengumumkan kemungkinan menubuhkan parti politik lain.

Pada teman Zaid sepatutnya meneruskan perjuangan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun Zaid merasakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan sekadar menjadi tunggul untuk "calun impian Anwar", walaupun Zaid melihat banyak penipuan, pembohongan, putar belit dan lain-lain semasa proses pemilihan, beliau tdiak sepatutnya menarik diri dan keluar PKR.

Sebaliknya dengan meneruskan pertandingan dan kekal didalam PKR, Zaid akan dapat mendedahkan lebih banyak kepalsuan dan kepincangan didalam PKR.

Itu yang teman buat semasa dikenakan tekanan supaya keluar daripada mewakili PKR sebagai Ahli Parlimen. Teman tau puak-puak Firaun Kecil didalam PKR sudah tidak sabar melihat teman meninggalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen PKR. Kerana suara Islam, perjuangan Islam yang teman bawa sebagai MP PKR sangat dibenci oleh DAP dan yang sewaktu dengannya. Dan para Firaun Kecil dan sekutunya DAP merasakan perjuangan Islam itu akan menggagalkan impian mereka ke Putrajaya. Maka mereka lakukan pelbagai perkara untuk memaksa teman keluar.

Tetapi teman bertekad, walaupun teman tahu pada masa itu teman sedang menongkah arus mungkar yang deras, bahawa teman perlu bertahan untuk terus membongkar topeng kepalsuan didalam PKR. Sehingga mereka memberi tekanan kepada teman dengan melantik panel jawatankuasa disiplin kafir untuk membicarakan teman dalam isu kalimah ALLAH. Satu penghinaan besar kepada Islam. Dan alhamdulillah umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya dapat melihat kepalsuan perjuangan mereka.

Kepada Zaid, nasihat teman ialah jangan berganjak. Biarkan mereka pecat. Mike pun tahu Firaun-Firaun Kecil yang ada dalam PKR akan cari jalan memecat mike. Jangan beri mereka bola percuma. Let them pay for their "crime", so to speak! Biar rakyat dapat melihat kepalsuan dan kepura-puraan mereka. Teruskan pendedahan, bongkarkan kepalsuan mereka.

Tindakan Zaid untuk menubuhkan parti baru akan hanya memberi mereka bola tanggung. Mereka akan canangkan mike sebagai orang gila kuasa dan kedudukan. Mereka akan kata tak dapat jadi presiden PKR dia pegi buka parti baru dan jadi presiden! Masuk bakul angkat sendiri! Dengan sejarah mike yang pernah melompat dari UMNO dan merajuk bila kalah pertandingan Ketua Bahagian di Kota Bharu, ruang untuk mereka serang mike terbuka luas. Mike nanti akan disamatarafkan dengan Ibrahim Ali. Begitu cara mereka akan perlekekhkan mike.

Dan Zaid, bila mike memilih untuk melawan mereka, bersedialah dengan segala macam maki hamun, caci maki, fitnah, pembohongan, putarbelit, penipuan dan lain-lain cacamerba. Ni belum mike bagi surat rasmi pun dema dah tuduh mike dah siap dengan parti baru sebenarnya. Nanti mike akan dituduh sebagai barua BN didalam PKR, sebagai Trojan horse UMNO. Jangan terkejut kalau mike dituduh taik judi, kaki botol, kaki betina! Malah teman tak terkejut kalau mike didakwa sebagai punca kekalahan PKR di PRK Hulu Selangor. Semua jentera dan balatentera balaci mereka, termasuk akhbar, media portal, dan para penceramah akan diguna untuk mengganyang mike. Malah mike akan diperkartunkan nanti. Teman dah boleh bayang gambar kartun mike di MalaysiaKini, Suara Keadilan dan MalaysiaKini. Apa boleh buat yop, memang itu cara dema!

Namun jika mike rasa sudah tiada pilihan, dah terlajak kata nak keluar, teman nasihatkan mike menerima tawaran yang disebut oleh Husam Musa semalam bahawa PAS bersedia menerima mike. Pintu PAS sudah terbuka untuk mike. Eloklah mike pertimbangkan tawaran Husam itu. Cuma nasihat teman jangan mike terima terus, cume kata akan pertimbangkan. Sebab badut ingusan Anwar masih ada didalam PAS. Pak-pak jangoat ini akan segera mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran Husam itu bersifat peribadi, ataupun lebih teruk mereka akan kata akhbar misquote Husam.

Mereka akan lakukan sedaya upaya menghalang mike daripada menyertai PAS, sebab paduka tuanku Anwar yang mereka sembah akan murka. Dan pak jangoat takkan biarkan kemurkaan Anwar, kerana mereka dah terliur nak ke Putrajaya jadi menteri, macam mike pernah rase. Bukan senang yop dari budak jual cendol tau-tau dapat pakai kot & tai, tiba-tiba pulak jadi menteri dengan siren sana sini. Dah lama dema ngidam tu yop. Jadi daripada mereka jatuh pokok kelapa tengah sedap berangan nak ke Putrajaya, baik dema terajang mike dulu yop. So be tactful, but maintain your fight.

Last but not least, teman ucap selamat pada mike Zaid. Moga mike berjaya mengharungi onak duri yang akan makin tebal dihadapan nanti.

Adios amigos. Grasias senor.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Zulhijjah 1431
16 Nov 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


100 Tingkat Beza Dengan 100 Keluarga

Posted: 16 Nov 2010 07:20 PM PST

Oleh dragsuperstar.blogspot.com

Najib dengan angkuh mengatakan kerajaan akan membina Menara Warisan yang bernilai RM 5 Billion. Menara yang kononnya akan menjadi kembar kepada KLCC. Menara yang dikatakan akan menjadi tarikan pelancong.

Tapi pernahkah Najib memikirkan nasib keluarga – keluarga miskin yang berada di negeri – negeri yang bernaung di bawah bendera Malaysia ini. Pernahkah Najib melawat negeri – negeri yang masih punyai kemiskinan tegar di negara ini. Najib tidak pernah merasai kesusahan orang kampung terpaksa menoreh getah dan membuat bermacam – macam kerja untuk menyara anak bini mereka.

5 Billion jika digunakan secara telus dan jujur, sudah pasti ramai keluarga – keluarga yang susah dapat manfaat tersebut. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung yang masih punyai jalan merah. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung tidak punyai signal syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan lain – lain. Jangan nafikan. Ini adalah fakta yang boleh kita perolehi jika kita rajin merantau di negeri – negeri yang berada dalam Malaysia ini. Saya orang Semenanjung boleh melihat kemiskinan tegar tersebut. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.

Apa salahnya 5 Billion itu disalurkan kepada makanan ruji. Kebanyakkan rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja sektor swasta. Masih ramai diantara mereka jika adanya kenaikan harga gaji, sudah pasti teramat sedikit. Sedangkan harga barang semakin naik menggila. Harga makanan semakin naik. Poket kami semakin kering. Jika benar Belanjawan ini untuk rakyat, salurkan 5 Billion itu kepada makanan ruji.

Ini bukan mental subsidi, tapi sebuah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang memikirkan masalah rakyat. Subsidi jika kena pada tempatnya mampu melahirkan rakyat yang sihat dan tidak kebuluran. Bagi mereka yang sudah kaya – raya pasti akan menganggap subsidi makanan mentaliti yang kuno. Tapi cuba teropong ke bawah, lihatlah orang kampung yang masih ada lagi yang makan makanan yang tidak sihat. Kerana apa? Kerana makanan yang sihat tidak mampu mereka beli kerananya semua sudah mahal.

5 Billion jika disalurkan kepada kos perubatan sudah pasti ianya menyenangkan hati rakyat. Hanya ini mampu membuatkan mereka merasa selesa. Hanya ini mampu membuatkan mereka yakin bahawa kerajaan ini sememangnya mahu melihat rakyatnya sihat. Perbanyakan klinik kesihatan desa. Hanya ini cara mereka mendapat rawatan yang kualiti. Tingkat servis atau perkhidmatan di klinik – klinik desa agar mereka yang sedang sakit demam atau sebagainya tidak menunggu lama. Ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

5 Billion jika disalurkan kepada bangunan 100 tingkat hanyalah pembaziran nyata. Jika dibuat pada ketika ekonomi kita sedang gagah dan kuat tidak mengapa. Dalam waktu sekarang, disaat masih ramai lagi yang menagih bantuan kepada 5 Billion itu tidak disalurkan kepada mereka. Kita orang bandar jangan angkuh. Sila lihat apa yang terjadi kepada saudara – mara kita yang berada di kampung. Baik yang Melayu, Cina, India, Iban dan lain – lain.

5 Billion jika disalurkan kepada 100 orang keluarga yang susah. Sudah pasti nilainya lebih bermakna daripada bangunan 100 tingkat. Bangunan yang boleh dibina kemudian hari. Yang penting adalah rakyat. Rakyat yang menjadi aset penting kepada negara. Tanpa rakyat hilanglah Malaysia. Tanpa rakyat siapalah Rosmah?
Malu jika sebuah kerajaan negeri mampu memberi pelbagai bantuan. Kerajaan pusat sepatutnya mampu buat lebih daripada itu.

Buat rakyat Malaysia yang punya otak dan akal. Berfikirlah dengan baik. Kita sebagai rakyat Malaysia semakin terdesak. Kita semakin kurang duitnya dalam poket kita. Apa yang perlu kita buat. Ubah sebelum parah!!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sempena Hari Raya Korban Di Permatang Pauh

Posted: 16 Nov 2010 07:09 PM PST

18 November 2010 (Khamis)

1. 11.00 pg – Masjid Tok Kun
Agihan Daging Qurban

2. 12.00 tgh – Surau Mak Sulong
Kenduri Qurban

3. 12.30 tgh – Masjid Padang Ibu
Kenduri Qurban

4. 1.30 tgh – Bandar Perda – Kenduri Qurban (AMK)

5 .2.00 ptg – Taman Pauh Damai – Kenduri Qurban

6. 2.30 ptg – Kg Belah Dua – Kenduri Qurban

7. 3.00 ptg – Tenggiri – Kenduri Qurban

8. 3.30 ptg – Ampang Jajar – Kenduri Qurban

9. 4.00 ptg – Sama Gagah – Kenduri Qurban

10. 7.00 mlm – Solat Maghrib, Tazkirah dan Kenduri Qurban
Surau Kampong Petani

11. 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Sempena Hari Raya Qurban
Lokasi – Dataran Rakyat Kg Guar Perahu

Penceramah-
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Dato' Mansor Othman
3) YBhg Mat Sabu

Social Justice and Political Change: The Malaysian Experience

Posted: 16 Nov 2010 04:18 AM PST

Lecture by Anwar Ibrahim at the Australian National University, Canberra, Monday, 15th November 2010

I would like to take a moment to express our joy on the release of Aung San Su Kyi. As we all know, her right to political office was denied through the most repressive of means. But driven by her conviction for freedom and democracy, Aung San Suu Kyi soldiered on from strength to strength against all odds. This long overdue freedom will nevertheless give renewed hope for the people of Burma and she will continue to inspire freedom fighters and champions of democracy and justice throughout the world.

Speaking of democracy and justice, I see a clear nexus with the topic at hand. Here in Canberra, no doubt a shining symbol of democracy in Asia, it is apt that I begin my talk on social justice with a clear statement of what democracy entails. Apart from the fundamental requirements of freedom and the rule of law, democracy is also presumed to be defined by the conditions of a free market. And this is where the founding fathers of the French Revolution with their clarion call for liberty, equality and fraternity missed their mark.

This is because a free market is based on competition, and competition, being a zero-sum game has no truck with equality. On the contrary, free market engenders inequality so much so that even the bastions of capitalism such as America and Britain no longer ask whether states ought to intervene in order to reduce these inequities.

The question is to what extent? The invisible hand has remained invisible so often that governments in the free world have not only intervened but have in some cases staked out their territory in areas which were once considered totally off-limits.

Various explanations have been given. The most defensible at least in theory is social justice. According to one view, state intervention is advocated by a "soft-hearted majority" while a "hard-boiled minority" would willingly accept or even rejoice in the inequality.1 This seems to suggest that at least for a certain segment of society, inequality is not seen to be unjust. Defenders of the French Revolution claim that equality has less to do with wealth than with equal treatment before the law. But we all know that deprived of the basic necessities of living, the law is a luxury that the poor man cannot afford. Hence, the need for social justice.

But this begs the question: is there an objective standard of social justice? Philosophers have locked horns on this and I don't intend to reinvent the wheel here. Nevertheless, to put the issue in proper perspective, from John Locke we are told that "every man has by nature the right to possess property as his own." We may therefore reasonably deduce that social justice is not in the equation here. John Rawls talks about 'justice as fairness' and advocates the notion of distributive justice. Libertarians such as Robert Nozick contend that justice can only be attained through a minimalist state. In other words, there is no room for distributive justice let alone social justice.

In Christianity, particularly under Catholic social teaching, life and dignity of the human person is predicated on the belief that the state must play a moral role to ensure social justice. This is not far from the essence of Mencius's teachings in advocating that actions are to be judged by their moral correctness, not mere economic benefit. And Islam enjoins that while society may pursue commerce to its fullest, justice and fairness in dealings must remain the chief criterion. Social justice is enjoined in order to establish a humane economy. The point is that advocates of social justice today are in good company and need not feel that they have to be unshaven Bohemian leftists or disgruntled anti-globalization activists to show that they are genuine.

However, you can't be calling for social justice without expecting political change. Inequalities of wealth, power and status are certainly not the privilege of nations practicing free markets though it is true that in theory socialist states have more egalitarian policies. That's only the theory because reality bites hard and we know the enormous price that people under socialist regimes have had to pay for the so-called egalitarian lifestyle. To be equally poor is of no consolation. As Martin Luther Jr. once said: "The curse of poverty has no justification."

Political change is therefore a condition precedent to attaining social justice if it is shown that a society is heading down the road to greater social perdition under its present government. There must be political will to change its socio-economic policies. In this regard, the Economic Transformation Program that was recently unveiled by the Najib administration bears analysis. The numbers are impressive, if not altogether mindboggling. All told, we are looking at more than RM1 trillion in so-called expansionary development and projects calculated at transforming a middle-income economy to a high-income economy.

On closer analysis, however, we are unable to connect the dots to see that critical mass in poverty reduction programs that would be needed to narrow the current gap between the rich and the poor. To seriously address the growing GINI coefficient, general and vague expressions of targeting for higher per capita income simply won't do. We don't see concrete plans to address the housing problems of the poor and a blue print for universal free education. We don't see any comprehensive health care for those who can't afford private medication and hospitals.

What we see is a frenzied conviction to outdo the megalomaniacal visions of the Mahathir era. We see grandiose designs, humongous structures, buildings taller than the KLCC Twin Towers and other mega projects that are destined to make crony companies outperform others in the share market and the rich and powerful, richer and more powerful. On balance, we see monumental wastage at the expense of the people and the environment. We see the future of our children and the generations to come being sacrificed on the altar of greed and the illegitimate amassing of wealth.

The rent-seeking culture will continue with the manner in which multi-million ringgit contracts are doled out. The issues of governance, transparency and accountability are not addressed even as the indices on transparency and corruption continue to drive investors away. Transforming an economy cannot be done through mere theory –the litmus test is implementation. The condition precedent to passing this test is to put an end to the culture of corruption, rent-seeking, and power abuse.

Now, at this juncture one may well accuse me of being a socialist advocating a welfare state. The answer to that is simple: I make no apology for calling for a more equitable distribution of wealth in as much as I make no apology for maintaining that the safeguarding of fundamental liberties is also one of the main ends of political and social justice. These liberties are of paramount importance but as Amartya Sen has argued, other considerations including that of economic needs are just as vital.

To my mind, he has posed a stunningly simple but compelling question: "Why should the status of intense economic needs, which can be matters of life and death, be lower than that of personal liberties?"2

In my humble view, some basic formulations for the attainment of social justice may be advanced. Governments must be committed to the principle that a more equitable distribution of income is a fundamental precept for the realization of social justice. It is on this platform that I urge my government to undertake integrated plans for poverty reduction in the long run while ensuring a comprehensive support system for the poor and economically marginalized. Economic power must be checked by the principles of governance and accountability. Are we supposed to sit idly by as politicians in public office continue to renege on their promises of social justice while scandalizing the institutions of power with abuse and corrupt practices?

Finally, the discourse on social justice and political change in the context of Malaysia must also be seen in the light of our multi-cultural make up where communal tensions run the risk of being exploited by "sectarian demagoguery".3 We must therefore reject ideological rigidity and the politics of hate and exclusiveness in all its forms. Politics of this kind engenders divisive barriers whether they are founded on ethnicity, language or religion.

When communal violence erupts and innocent lives are lost, a nation is jolted into the realization that peace and harmony among the people is always a transient phenomenon. One day, it's there and the next day, it may just come tumbling down under the weight of sectarian strife, or religious conflict or class wars arising from social inequities and economic deprivation.

It is often only after the fact, when events of a cataclysmic nature unfold, that the policy makers and social pundits get jolted to the reality that freedom could be meaningless without food on the table or that the rule of law may still discriminate on grounds of caste, wealth and status.

This is the caveat, the mental construct we should bear in mind when we talk about social justice and political change in Malaysia. It is a stark reminder that peace in our time must be more important than just material progress. In a multi-cultural society like Malaysia's it is therefore incumbent on leaders to shoulder the responsibility as protectors of this fragility.

In this regard we must condemn in the strongest terms the racist chanting of modern day demagogues. Playing to the gallery is well and good if all we're looking for is just a good round of applause. But when you have at your disposal the organs of state power and the entire state controlled electronic and print media, the propagation of supremacist doctrines backed by the threat of violence is not only immoral and utterly irresponsible but blatantly criminal.

At the very least, we would expect such leaders to urge for inclusiveness and greater understanding and respect among the communities and not to stoke the fire of racial discord.

To paraphrase Macbeth, they should against the murderer shut the door, not bear the knife themselves.

Thank you.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


SALAM EIDUL ADHA

Posted: 15 Nov 2010 08:12 PM PST


Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Pengorbanan yang ikhlas terbit dari hati yang suci...

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431 H

Posted: 16 Nov 2010 02:02 AM PST

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Adil  Adha kepada sahabat-sahabat yang beragama Islam terutamanya mereka-mereka yang kini sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah, semoga mereka berada dalam keadaan sihat dan dapat menyempurnakan ibadah haji dengan selamat. Kepada rakan yang bukan beragama Islam selamat bercuti bersama-sama keluarga serta musim cuti persekolahan ini dan [...]

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431 H

Posted: 16 Nov 2010 02:02 AM PST

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Adil  Adha kepada sahabat-sahabat yang beragama Islam terutamanya mereka-mereka yang kini sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah, semoga mereka berada dalam keadaan sihat dan dapat menyempurnakan ibadah haji dengan selamat. Kepada rakan yang bukan beragama Islam selamat bercuti bersama-sama keluarga serta musim cuti persekolahan ini dan [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tak Patriotik tak jadi tentera, tak guna Proton, minum Coke?

Posted: 16 Nov 2010 01:19 AM PST

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO kata bukan Melayu kurang patriotik kerana tak ramai sertai tentera. Macamana pula Melayu yang tak guna Proton? Melayu yang tak melancong dalam negeri? Melayu bila ditemuramah tak tahu cakap Bahasa Melayu dalam TV? Melayu yang makan di McDonald? Melayu yang gunting rambut di kedai bukan Melayu? Melayu yang celup rambut warna merah? Adakah Melayu Melayu ini kurang patriotik?

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Selasa yang dilihat oleh sesetengah pihak seolah-olah menggambarkan "bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera kerana kurang semangat patriotik".
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm&arc=hive


MUNGKIN apa yang dikatakan baru-baru ini di Parlimen oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bangsa bukan Melayu yang kurang patriotik kerana tidak ramai menyertai tentera telah menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai yang mempertikaikan kenyataan itu. Kontroversi itu juga menyebabkan Kabinet mendesak Zahid menjelaskan isu ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

Di Johor sekolah pun tak siap siap, bukan masjid je

Posted: 16 Nov 2010 12:10 AM PST


Siapalah wakil rakyat yang buat janji nak buat sekolah kat Taman Scientex di Johor ni dah enam tahun tak nampak bayang lagi. Nampaknya bukan masjid sahaja yang tak siap-siap di Johor tapi sekolah pun tak siap-siap di Johor. Apakan daya, Johor kan kawasan selamat UMNO, UMNO sedang sibuk di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, Najib sendiri kata tak perlu banyak dampingi rakyat di kawasan selamat.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Cerita masjid tak siap-siap di Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/di-johor-pun-masjid-tak-siap-siap-mana.html

Cerita masjid tak siap-siap di Terengganu di http://amkns.blogspot.com/2010/09/masjid-projek-bn-di-terengganu-tak-siap.html

Janji enam tahun belum dikota

TAMAN SCIENTEX - Penduduk sekitar taman perumahan di sini menuntut janji yang ditaburkan pihak bertanggungjawab untuk membina Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama sejak enam tahun lalu.

Pengerusi Rukun Tetangga Jalan Pelanduk, Sarjana Mohd Sharif berkata, janji untuk membina sekolah tidak sepatutnya ditangguhkan sehingga enam tahun sekiranya pihak bertanggungjawab kerana kemudahan itu sangat diperlukan penduduk.

Menurutnya, tapak sekolah yang dicadangkan bersesuaian dengan kepadatan penduduk kini mencecah sehingga 35,000 orang yang menghuni tujuh taman perumahan sekitar Taman Scientex.

"Kami sudah menghantar surat kepada beberapa pihak untuk menggesa mereka mempercepatkan pembinaan sekolah seperti yang dijanjikan, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk menamatkan pertanyaan penduduk.

"Anak-anak kami terpaksa berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok dan SK Cahaya Baru lebih kurang lima kilometer dari rumah, manakala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Masai lebih kurang tujuh kilometer setiap hari," katanya.

Sarjana berkata, melalui tinjauan yang dibuat kebanyakan pelajar yang bersekolah tidak selesa berikutan kepadatan murid dalam setiap kelas.

Menurutnya, dianggarkan sehingga 400 murid tidak ke Sekolah Agama kerana kurang selesa dengan keadaan kelas yang dimuatkan hampir 90 murid sekali gus.

"Sesetengah ibu bapa tidak mahu menghantar anak ke Sekolah Agama berikutan jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu kelas sehingga menyukarkan sesi pembelajaran.

"Kami meminta pihak berkenaan agar segerakan projek membina sekolah seperti yang dijanjikan sejak enam tahun lalu memandangkan tapak sudah ada dan menjadi keperluan penduduk di sini," katanya.

Seorang penduduk, Norazrin Abd Rahman berkata, kebanyakan penduduk yang menetap di taman perumahan ini bukan dalam kalangan keluarga senang, sebaliknya ada yang mempunyai sehingga tujuh orang anak.

"Bayangkan sekiranya sebuah keluarga mempunyai tujuh anak yang bersekolah, begitu besar kos yang terpaksa disediakan untuk bayaran tambang bas sekolah sahaja.

"Sekiranya sekolah di tapak ini dibina, anak-anak kami dapat ke sekolah dengan basikal dan kami juga boleh menghantar mereka dengan motosikal kerana dekat dengan kediaman," katanya.

Norazrin berkata, penduduk hairan kenapa tapak sekolah yang sesuai dibina sekolah terbiar begitu sahaja sehingga enam tahun lamanya, sedangkan sekolah baru boleh dibina di Taman Nusa Damai.

Menurutnya, walaupun taman itu bersebelahan dengan perumahan yang didiami, tetapi kedudukan sekolah itu agak jauh ke dalam sehingga tujuh kilometer dari rumah penduduk.

Pengerusi Biro Pelajaran Pasir Gudang, Ahmad Daud yang menerima memorandum daripada penduduk untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjanji akan memberikan sebarang keputusan bersabit perkara itu dalam masa sebulan.

Beliau menyokong supaya kerajaan mempercepatkan pembinaan sekolah di tapak yang disediakan di kawasan itu memandangkan kepadatan penduduk yang mencecah sehingga 35,000 orang.

Menurutnya, jarak dari rumah ke sekolah yang agak jauh dan keadaan sekolah yang sedia ada mengalami kepadatan pelajar memang wajar projek membina sekolah di kawasan itu dipercepatkan.

"Saya akan menyerahkan memorandum yang menjadi harapan penduduk ini kepada Ahli Parlimen agar dapat diketengahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sebarang keputusan dalam masa sebulan," katanya.

Sementara itu, satu lagi memorandum diserahkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad yang akan disampaikan terus kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7757870.asp

Projek perumahan rakyat N.Sembilan tidak utama?

Posted: 15 Nov 2010 07:03 PM PST

Pada tahun 2009 kerajaan Negeri Sembilan hanya membelanjakan sebanyak RM 1.94 juta berkaitan Projek Rumah Rakyat sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM 4.02 juta telah dibelanjakan iaitu menurun sebanyak RM 1.35 juta. Ini dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009. Kenapa berlaku begini? Adakah Projek Rumah Rakyat satu yang bukan keutamaan?

Ingat lagi Majlis Makan Malam BESAR-BESARAN tak pernah buat dalam sejarah sebelum ini sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan di Padang MPS pada 26 Jun 2010 dengan jemputan 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan di mana ada guru-guru wanita berebut-rebut bergambar dengan Mawi?

Agak-agak berapa belanja majlis tersebut? Kalaulah katakan satu kepala kosnya RM100 kalau 15,000 dah jadi RM 1.5 juta. Mana lebih utama, Projek Rumah Rakyat atau Sambutan Hari Guru?

Kisah Mawi semasa Sambutan Hari Guru Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html

Hutang Negeri Sembilan bertambah tahun 2009 ke RM 2.4 billion di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N9 12 Dis 2010

Posted: 15 Nov 2010 06:32 PM PST

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pg – 11 pg
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan

Hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Layari laman blog Unit Amal Negeri Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Wanita Melayu tanpa segan silu kunjungi kedai judi di N.Sembilan

Posted: 15 Nov 2010 04:43 PM PST


Negeri Sembilan perlu tambah anggota penguatkuasa jabatan agama, tambah pendakwah, banyakkan ceramah agama di masjid dan pasaraya, banyak edar risalah dakwah dan cegah maksiat, banyak gantung banner dakwah dan cegah maksiat. Bukannya cabut banner ucapan raya wakil rakyat PAS dan PKR.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 hanya belanja RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%. Fakta Ketua Audit Negara ini di http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-baru-jelebu-tertangguh-20-tahun.html

Anak terpinga-pinga lihat bapa kena cekup
Berita Harian 16 Nov 2010

SEBAHAGIAN daripada beberapa lelaki beragama Islam termasuk seorang bapa yang membawa anak ditahan ketika membeli nombor ekor di Pekan Bahau.HEINS tahan 18 'tahi judi tegar' di Bahau

BAHAU: Beberapa umat Islam termasuk seorang wanita berusia 30-an hanya tersenyum kelat dan berpura-pura tidak mendengar apabila ditanya mengenai hukum berjudi ketika ditahan membeli nombor ekor di sebuah premis di pekan ini.

Lebih memalukan, seorang bapa berusia 40-an tergamak membawa anak lelakinya yang masih kecil masuk ke premis berkenaan untuk membeli nombor ekor tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran kanak-kanak itu mengenai perbuatan haram yang dilakukannya itu.

Lelaki terbabit hanya tersengih apabila dimarahi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), manakala anaknya yang berusia empat tahun terpinga-pinga melihat bapanya diarahkan duduk mencangkung beramai-ramai dalam premis berkenaan.

Dalam operasi membanteras perjudian di kalangan umat Islam itu, JHEINS menahan 18 'tahi judi tegar' termasuk seorang wanita di tujuh premis perjudian berasingan sekitar pekan Bahau di sini, dalam operasi empat jam diketuai Ketua Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEINS, Ahmad Zaki Hamzah.

Terdahulu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang baru membeli nombor ekor cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran JHEINS yang turut disertai anggota Cawangan Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan serta Majlis Keselamatan Negara.

Dia cuba melepaskan diri dengan berlari ke arah motosikalnya yang diletak berhampiran premis berkenaan, tetapi tindakan pantas penguat kuasa mengejarnya menggagalkan usahanya walaupun berlaku sedikit pergelutan.

Penyelaras Operasi JHEINS, Mohd Zol Sidek berkata, pihaknya menahan 18 individu beragama Islam iaitu 17 lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 50-an yang ketika itu leka membeli nombor ekor di premis perjudian berasingan.
"Selain cubaan seorang daripada mereka untuk meloloskan diri, seorang lelaki berusia 60-an iaitu penjaga sebuah premis perjudian turut berdegil enggan menunjukkan lesen perniagaannya ketika diminta anggota penguat kuasa.

"Perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap pemilik premis seharusnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata, semua kaki judi berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk tindakan selanjutnya.

"Kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah 2003 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda sebanyak RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui meminta pihak berkuasa membuat pemantauan lebih ketat terhadap umat Islam yang terbabit dalam kegiatan sedemikian.

Zuriyani Mat Zain, 28, berkata imej agama tercemar apabila orang Islam tanpa segan silu masuk dan membeli nombor ekor di premis perjudian yang selalunya berada di tempat terbuka.

"Jika diperhatikan, mereka bukan saja tidak ada perasaan malu memasuki premis perjudian, malah kelihatan yakin seolah-olah tidak bimbang ditangkap pihak berkuasa.

"Ini menunjukkan kurangnya pemantauan dan tindakan pihak berkuasa kerana sehingga kini perasaan takut ditangkap tidak wujud dalam diri mereka," katanya.

Sementara itu, Azmawati Aidi, 26, berkata orang Islam perlu lebih prihatin dan menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa apabila melihat rakan seagama mengunjungi premis perjudian.

"Mungkin pihak berkuasa tidak dapat memantau sepanjang masa, menyebabkan kita perlu bertanggungjawab membuat aduan supaya tindakan dapat diambil bagi menghalang kegiatan haram itu terus berleluasa," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Anakterpinga-pingalihatbapakenacekup/Article

Buang bayi salah, jaga bayi salah, curi salah, RASUAH?

Posted: 15 Nov 2010 04:42 PM PST

Semakin banyak berita kedengaran akhir-akhir ini bapa mencuri duit tabung masjid untuk beli susu anak, datuk mencuri untuk beli makanan keluarga dipenjara 10 hari, lelaki merompak untuk beli susu bayi dipenjara 12 bulan. Inikah keadilan dunia moden namanya ?

Kita marah bila ada kes buang bayi. Tapi bila ada bapa, ada datuk, ada teman lelaki mencuri, merompak untuk menyelamatkan bayi, mahkamah cepat menjatuhkan hukuman. Inikah keadilan ? Mencuri dan merompak memang salah dalam mana-mana mahkamah pun. Tetapi mengapa kenapa mereka yang sebegini yang diburu ? Mengapa kes rasuah melibatkan billion dan jutaan ringgit tiada yang menerima hukuman akhirnya ? Mengapa mereka yang menyebabkan kerugian berbillion ringgit tidak dihadapkan ke muka keadilan ?

Kisah bapa curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/curi-duit-tabung-masjid-untuk-beli-susu.html

Kisah datuk 64 tahun di Kuala Lumpur mencuri untuk dapatkan makanan keluarga dipenjara 10 hari di http://amkns.blogspot.com/2010/09/kesian-pakcik-hindu-ini-dipenjara.html


PEMUDA MEROMPAK BELI SUSU BAYI KENA 12 BULAN

Berita Harian 16 Nov 2010

Tertuduh ditahan sehari sebelum nikah dengan teman wanita

KUALA LUMPUR: Seorang penjual baju yang merompak akibat terdesak kerana ingin membeli susu untuk bayi perempuan berusia dua bulan yang dilahirkan teman wanitanya, dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shairol Anuar Zainudin, 26, selepas dia mengaku salah dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan, 3 November lalu.

Ketika menjatuhkan hukuman, Zainal menasihati tertuduh: "Kamu kena bersabar, gunakan akal dan bukan mengikut kata hati kerana orang lain pun ada tanggungan juga. Sekarang siapa yang susah?"

Teman wanita Shairol, yang turut hadir di mahkamah, memberitahu mahkamah beliau menerima tertuduh dan tahu tindakannya itu disebabkan terdesak kerana bakal suaminya itu tidak pernah melakukan jenayah sebelum ini.

Sementara itu, Shairol yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dan menyatakan dia ditangkap polis sehari sebelum dia dijadualkan bernikah dengan teman wanitanya.

"Saya mencuri kerana ingin membeli susu anak, saya tidak cukup duit," katanya.
Shairol berkata, dia menjual baju di bazar larut malam dan mempunyai pendapatan RM800 sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkipli bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana ia kesalahan serius dan membabitkan kepentingan masyarakat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemudamerompakbelisusubayikena12bulan/Article

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Kertas Undi habis di Cabang Pendang

Posted: 16 Nov 2010 06:16 AM PST

60 Anggota Kempunan Undi

PENDANG – Dianggarkan lebih 60 ahli PKR Cabang Pendang tidak dapat mengundi ketika pemilihan Pusat PKR yang diadakan serentak kelmarin di beberapa daerah berikutan kertas undi tidak mencukupi.

Sinar Harian difahamkan lebih 60 ahli pulang tanpa membuat undian itu kelmarin apabila kertas undian yang dihantar Pusat hanya 100 berbanding ahli PKR yang layak mengundi di cabang itu sebanyak 535 ahli.

Ketua Cabang PKR Pendang, Rashdan Ismail berkata, pihak Pusat hanya menghantar 100 kertas undi di cabang undi kerana PKR Cabang Pendang menganggarkan jumlah itu sahaja ahli yang datang mengundi.

"Ahli yang datang mengundi lebih daripada yang dianggarkan menyebabkan kertas mengundi tidak mencukupi dan lebih 60 ahli pulang tanpa mengundi.

"Walaupun jumlah ahli yang layak mengundi tidak datang seratus peratus namun bagi Cabang Pendang mendapat sambutan kerana mencapai anggaran ahli yang keluar mengundi," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beliau juga sedar banyak lagi ahli PKR cabang ini yang masih tidak tahu bahawa mereka dikehendaki mengundi untuk pemilihan Pusat yang diadakan berkonsep pilihan raya umun.

Rashdan berkata, ahli PKR masih keliru dengan konsep pemilihan ini menyebabkan banyak ahli tidak datang membuat undian.

"PKR adalah satu-satunya parti yang membuat pilihan dari akar umbi melalui cabang-cabang PKR agar ahli dapat memilih sendiri kepimpinan parti mereka.

"Bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Cabang Pendang dianggarkan hanya satu per tiga yang datang mengundi berbanding ahli AMK yang layak mengundi, iaitu 281 ahli," katanya.

Beliau berkata, keputusan yang diperoleh dalam pemilihan itu kelmarin, menunjukkan Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali yang menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden memperoleh undian sebanyak seratus peratus daripada ahli Cabang Pendang.

Selain itu, antara yang menerima undi bagi jawatan Naib Presiden ialah Nurul Izzah Anwar dengan undi sebanyak 92, Fauziah Salleh (91 undi), Datuk Mansor Othman (91 undi) dan Tian Chua sebanyak 54 undi.

Antara yang bertanding Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Abdul Malik Kassim dan Badrul Amin, Senator Zamri masing-masing memperoleh 100 undi, diikuti Abdul Halim Hussin (99 undi), Rohani Bakar (99 undi), Wan Salleh (98 undi), Datuk Johari Abdul (98 undi), Faris Musa (94 undi), Zamri Arif (77 undi), Hee Loy San (62 undi), Zaid Hamid Ali (40 undi) dan Dr Krishnan (60 undi).