Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Tak Patriotik tak jadi tentera, tak guna Proton, minum Coke?
- Di Johor sekolah pun tak siap siap, bukan masjid je
- Projek perumahan rakyat N.Sembilan tidak utama?
- Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N9 12 Dis 2010
- Wanita Melayu tanpa segan silu kunjungi kedai judi di N.Sembilan
- Buang bayi salah, jaga bayi salah, curi salah, RASUAH?
Tak Patriotik tak jadi tentera, tak guna Proton, minum Coke? Posted: 16 Nov 2010 01:19 AM PST Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO kata bukan Melayu kurang patriotik kerana tak ramai sertai tentera. Macamana pula Melayu yang tak guna Proton? Melayu yang tak melancong dalam negeri? Melayu bila ditemuramah tak tahu cakap Bahasa Melayu dalam TV? Melayu yang makan di McDonald? Melayu yang gunting rambut di kedai bukan Melayu? Melayu yang celup rambut warna merah? Adakah Melayu Melayu ini kurang patriotik? Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Selasa yang dilihat oleh sesetengah pihak seolah-olah menggambarkan "bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera kerana kurang semangat patriotik". http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm&arc=hive MUNGKIN apa yang dikatakan baru-baru ini di Parlimen oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bangsa bukan Melayu yang kurang patriotik kerana tidak ramai menyertai tentera telah menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai yang mempertikaikan kenyataan itu. Kontroversi itu juga menyebabkan Kabinet mendesak Zahid menjelaskan isu ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive |
Di Johor sekolah pun tak siap siap, bukan masjid je Posted: 16 Nov 2010 12:10 AM PST Siapalah wakil rakyat yang buat janji nak buat sekolah kat Taman Scientex di Johor ni dah enam tahun tak nampak bayang lagi. Nampaknya bukan masjid sahaja yang tak siap-siap di Johor tapi sekolah pun tak siap-siap di Johor. Apakan daya, Johor kan kawasan selamat UMNO, UMNO sedang sibuk di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, Najib sendiri kata tak perlu banyak dampingi rakyat di kawasan selamat. (Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010) Cerita masjid tak siap-siap di Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/di-johor-pun-masjid-tak-siap-siap-mana.html Cerita masjid tak siap-siap di Terengganu di http://amkns.blogspot.com/2010/09/masjid-projek-bn-di-terengganu-tak-siap.html Janji enam tahun belum dikota TAMAN SCIENTEX - Penduduk sekitar taman perumahan di sini menuntut janji yang ditaburkan pihak bertanggungjawab untuk membina Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama sejak enam tahun lalu. Pengerusi Rukun Tetangga Jalan Pelanduk, Sarjana Mohd Sharif berkata, janji untuk membina sekolah tidak sepatutnya ditangguhkan sehingga enam tahun sekiranya pihak bertanggungjawab kerana kemudahan itu sangat diperlukan penduduk. Menurutnya, tapak sekolah yang dicadangkan bersesuaian dengan kepadatan penduduk kini mencecah sehingga 35,000 orang yang menghuni tujuh taman perumahan sekitar Taman Scientex. "Kami sudah menghantar surat kepada beberapa pihak untuk menggesa mereka mempercepatkan pembinaan sekolah seperti yang dijanjikan, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk menamatkan pertanyaan penduduk. "Anak-anak kami terpaksa berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok dan SK Cahaya Baru lebih kurang lima kilometer dari rumah, manakala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Masai lebih kurang tujuh kilometer setiap hari," katanya. Sarjana berkata, melalui tinjauan yang dibuat kebanyakan pelajar yang bersekolah tidak selesa berikutan kepadatan murid dalam setiap kelas. Menurutnya, dianggarkan sehingga 400 murid tidak ke Sekolah Agama kerana kurang selesa dengan keadaan kelas yang dimuatkan hampir 90 murid sekali gus. "Sesetengah ibu bapa tidak mahu menghantar anak ke Sekolah Agama berikutan jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu kelas sehingga menyukarkan sesi pembelajaran. "Kami meminta pihak berkenaan agar segerakan projek membina sekolah seperti yang dijanjikan sejak enam tahun lalu memandangkan tapak sudah ada dan menjadi keperluan penduduk di sini," katanya. Seorang penduduk, Norazrin Abd Rahman berkata, kebanyakan penduduk yang menetap di taman perumahan ini bukan dalam kalangan keluarga senang, sebaliknya ada yang mempunyai sehingga tujuh orang anak. "Bayangkan sekiranya sebuah keluarga mempunyai tujuh anak yang bersekolah, begitu besar kos yang terpaksa disediakan untuk bayaran tambang bas sekolah sahaja. "Sekiranya sekolah di tapak ini dibina, anak-anak kami dapat ke sekolah dengan basikal dan kami juga boleh menghantar mereka dengan motosikal kerana dekat dengan kediaman," katanya. Norazrin berkata, penduduk hairan kenapa tapak sekolah yang sesuai dibina sekolah terbiar begitu sahaja sehingga enam tahun lamanya, sedangkan sekolah baru boleh dibina di Taman Nusa Damai. Menurutnya, walaupun taman itu bersebelahan dengan perumahan yang didiami, tetapi kedudukan sekolah itu agak jauh ke dalam sehingga tujuh kilometer dari rumah penduduk. Pengerusi Biro Pelajaran Pasir Gudang, Ahmad Daud yang menerima memorandum daripada penduduk untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjanji akan memberikan sebarang keputusan bersabit perkara itu dalam masa sebulan. Beliau menyokong supaya kerajaan mempercepatkan pembinaan sekolah di tapak yang disediakan di kawasan itu memandangkan kepadatan penduduk yang mencecah sehingga 35,000 orang. Menurutnya, jarak dari rumah ke sekolah yang agak jauh dan keadaan sekolah yang sedia ada mengalami kepadatan pelajar memang wajar projek membina sekolah di kawasan itu dipercepatkan. "Saya akan menyerahkan memorandum yang menjadi harapan penduduk ini kepada Ahli Parlimen agar dapat diketengahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sebarang keputusan dalam masa sebulan," katanya. Sementara itu, satu lagi memorandum diserahkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad yang akan disampaikan terus kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7757870.asp |
Projek perumahan rakyat N.Sembilan tidak utama? Posted: 15 Nov 2010 07:03 PM PST Pada tahun 2009 kerajaan Negeri Sembilan hanya membelanjakan sebanyak RM 1.94 juta berkaitan Projek Rumah Rakyat sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM 4.02 juta telah dibelanjakan iaitu menurun sebanyak RM 1.35 juta. Ini dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009. Kenapa berlaku begini? Adakah Projek Rumah Rakyat satu yang bukan keutamaan? Ingat lagi Majlis Makan Malam BESAR-BESARAN tak pernah buat dalam sejarah sebelum ini sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan di Padang MPS pada 26 Jun 2010 dengan jemputan 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan di mana ada guru-guru wanita berebut-rebut bergambar dengan Mawi? Agak-agak berapa belanja majlis tersebut? Kalaulah katakan satu kepala kosnya RM100 kalau 15,000 dah jadi RM 1.5 juta. Mana lebih utama, Projek Rumah Rakyat atau Sambutan Hari Guru? Kisah Mawi semasa Sambutan Hari Guru Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html Hutang Negeri Sembilan bertambah tahun 2009 ke RM 2.4 billion di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html |
Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N9 12 Dis 2010 Posted: 15 Nov 2010 06:32 PM PST JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad) Masa : 8 pg – 11 pg Tempat : Taman Matahari Height, Senawang Kupon : RM5 sahaja Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan Hubungi : Nazri 013-3098775 Izamri 013-2124086 Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526 Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Layari laman blog Unit Amal Negeri Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com |
Wanita Melayu tanpa segan silu kunjungi kedai judi di N.Sembilan Posted: 15 Nov 2010 04:43 PM PST Negeri Sembilan perlu tambah anggota penguatkuasa jabatan agama, tambah pendakwah, banyakkan ceramah agama di masjid dan pasaraya, banyak edar risalah dakwah dan cegah maksiat, banyak gantung banner dakwah dan cegah maksiat. Bukannya cabut banner ucapan raya wakil rakyat PAS dan PKR. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 hanya belanja RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%. Fakta Ketua Audit Negara ini di http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-baru-jelebu-tertangguh-20-tahun.html Anak terpinga-pinga lihat bapa kena cekup Berita Harian 16 Nov 2010 SEBAHAGIAN daripada beberapa lelaki beragama Islam termasuk seorang bapa yang membawa anak ditahan ketika membeli nombor ekor di Pekan Bahau.HEINS tahan 18 'tahi judi tegar' di Bahau BAHAU: Beberapa umat Islam termasuk seorang wanita berusia 30-an hanya tersenyum kelat dan berpura-pura tidak mendengar apabila ditanya mengenai hukum berjudi ketika ditahan membeli nombor ekor di sebuah premis di pekan ini. Lebih memalukan, seorang bapa berusia 40-an tergamak membawa anak lelakinya yang masih kecil masuk ke premis berkenaan untuk membeli nombor ekor tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran kanak-kanak itu mengenai perbuatan haram yang dilakukannya itu. Lelaki terbabit hanya tersengih apabila dimarahi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), manakala anaknya yang berusia empat tahun terpinga-pinga melihat bapanya diarahkan duduk mencangkung beramai-ramai dalam premis berkenaan. Dalam operasi membanteras perjudian di kalangan umat Islam itu, JHEINS menahan 18 'tahi judi tegar' termasuk seorang wanita di tujuh premis perjudian berasingan sekitar pekan Bahau di sini, dalam operasi empat jam diketuai Ketua Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEINS, Ahmad Zaki Hamzah. Terdahulu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang baru membeli nombor ekor cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran JHEINS yang turut disertai anggota Cawangan Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan serta Majlis Keselamatan Negara. Dia cuba melepaskan diri dengan berlari ke arah motosikalnya yang diletak berhampiran premis berkenaan, tetapi tindakan pantas penguat kuasa mengejarnya menggagalkan usahanya walaupun berlaku sedikit pergelutan. Penyelaras Operasi JHEINS, Mohd Zol Sidek berkata, pihaknya menahan 18 individu beragama Islam iaitu 17 lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 50-an yang ketika itu leka membeli nombor ekor di premis perjudian berasingan. "Selain cubaan seorang daripada mereka untuk meloloskan diri, seorang lelaki berusia 60-an iaitu penjaga sebuah premis perjudian turut berdegil enggan menunjukkan lesen perniagaannya ketika diminta anggota penguat kuasa. "Perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap pemilik premis seharusnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas," katanya. Beliau berkata, semua kaki judi berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk tindakan selanjutnya. "Kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah 2003 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda sebanyak RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya. Sementara itu, orang ramai yang ditemui meminta pihak berkuasa membuat pemantauan lebih ketat terhadap umat Islam yang terbabit dalam kegiatan sedemikian. Zuriyani Mat Zain, 28, berkata imej agama tercemar apabila orang Islam tanpa segan silu masuk dan membeli nombor ekor di premis perjudian yang selalunya berada di tempat terbuka. "Jika diperhatikan, mereka bukan saja tidak ada perasaan malu memasuki premis perjudian, malah kelihatan yakin seolah-olah tidak bimbang ditangkap pihak berkuasa. "Ini menunjukkan kurangnya pemantauan dan tindakan pihak berkuasa kerana sehingga kini perasaan takut ditangkap tidak wujud dalam diri mereka," katanya. Sementara itu, Azmawati Aidi, 26, berkata orang Islam perlu lebih prihatin dan menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa apabila melihat rakan seagama mengunjungi premis perjudian. "Mungkin pihak berkuasa tidak dapat memantau sepanjang masa, menyebabkan kita perlu bertanggungjawab membuat aduan supaya tindakan dapat diambil bagi menghalang kegiatan haram itu terus berleluasa," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Anakterpinga-pingalihatbapakenacekup/Article |
Buang bayi salah, jaga bayi salah, curi salah, RASUAH? Posted: 15 Nov 2010 04:42 PM PST Semakin banyak berita kedengaran akhir-akhir ini bapa mencuri duit tabung masjid untuk beli susu anak, datuk mencuri untuk beli makanan keluarga dipenjara 10 hari, lelaki merompak untuk beli susu bayi dipenjara 12 bulan. Inikah keadilan dunia moden namanya ? Kita marah bila ada kes buang bayi. Tapi bila ada bapa, ada datuk, ada teman lelaki mencuri, merompak untuk menyelamatkan bayi, mahkamah cepat menjatuhkan hukuman. Inikah keadilan ? Mencuri dan merompak memang salah dalam mana-mana mahkamah pun. Tetapi mengapa kenapa mereka yang sebegini yang diburu ? Mengapa kes rasuah melibatkan billion dan jutaan ringgit tiada yang menerima hukuman akhirnya ? Mengapa mereka yang menyebabkan kerugian berbillion ringgit tidak dihadapkan ke muka keadilan ? Kisah bapa curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/curi-duit-tabung-masjid-untuk-beli-susu.html Kisah datuk 64 tahun di Kuala Lumpur mencuri untuk dapatkan makanan keluarga dipenjara 10 hari di http://amkns.blogspot.com/2010/09/kesian-pakcik-hindu-ini-dipenjara.html PEMUDA MEROMPAK BELI SUSU BAYI KENA 12 BULAN Berita Harian 16 Nov 2010 Tertuduh ditahan sehari sebelum nikah dengan teman wanita KUALA LUMPUR: Seorang penjual baju yang merompak akibat terdesak kerana ingin membeli susu untuk bayi perempuan berusia dua bulan yang dilahirkan teman wanitanya, dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shairol Anuar Zainudin, 26, selepas dia mengaku salah dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan, 3 November lalu. Ketika menjatuhkan hukuman, Zainal menasihati tertuduh: "Kamu kena bersabar, gunakan akal dan bukan mengikut kata hati kerana orang lain pun ada tanggungan juga. Sekarang siapa yang susah?" Teman wanita Shairol, yang turut hadir di mahkamah, memberitahu mahkamah beliau menerima tertuduh dan tahu tindakannya itu disebabkan terdesak kerana bakal suaminya itu tidak pernah melakukan jenayah sebelum ini. Sementara itu, Shairol yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dan menyatakan dia ditangkap polis sehari sebelum dia dijadualkan bernikah dengan teman wanitanya. "Saya mencuri kerana ingin membeli susu anak, saya tidak cukup duit," katanya. Shairol berkata, dia menjual baju di bazar larut malam dan mempunyai pendapatan RM800 sebulan. Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkipli bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana ia kesalahan serius dan membabitkan kepentingan masyarakat. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemudamerompakbelisusubayikena12bulan/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan