Sabtu, 16 Oktober 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pemilihan 2010 : Patuhi Etika, Perjelas Agenda

Posted: 16 Oct 2010 10:08 AM PDT

Alhamdulillah selesai sudah Proses Penerimaan Pencalonan bagi Pemilihan KEADILAN 2010. Kelihatan semuanya berjalan dengan baik dan lancar hasil daripada komitmen Sekretariat Pemilihan dan calon-calon yang bersikap profesional. Nyatanya ini satu berita buruk buat musuh kerana tiada berita negatif yang boleh mereka muatkan dalam berita esok!

Ruang yang disediakan KEADILAN melalui kaedah demokratik ’1 Anggota 1 Undi’ ini harus dimanfaatkan semua dengan penuh tertib dan sopan. Menjadi tanggungjawab semua calon untuk mematuhi etika pemilihan dan menjelaskan agenda mereka kepada ahli dan rakyat umumnya. Kalangan anggota, ruang pemilihan harus disahut untuk memperkemaskan KEADILAN untuk menghadapi PRU-13 yang dijangka berlaku tahun hadapan.

ANWAR IBRAHIM

Is This Budget A Najibonomics’?

Posted: 16 Oct 2010 02:12 AM PDT

By Dr.Dzul

I was tweeting along as the Finance Minister, DS Najib Tun Razak, unfolded his second budget speech yesterday amidst the usual parliamentary 'hecklings'. My tweets and interviews sparingly found its way in the mainstream media and as well the alternative internet-based media-portals.

As I really have something to say rather than having to say something (that's a minister's job), it is perhaps best that I put it together in a piece. They say 'you could only scratch your back best, yourselves'.

Be that as it may, if fiscal prudence was what many might have been deluded to believe that the FM was committed to do, on the back of 13 consecutive years of fiscal deficit, the budget was everything except 'fiscally prudent'.

Clearly it was never his intention. Mention of reducing fiscal deficit to 5.4% was relegated to the last minute. His mentioning of reducing it to 5.4% of GDP compared with 5.6% in 2010 (still a suspect) is almost like a tongue in the cheek.

Yes, I understand the many vulgarities of global economic constraints and uncertainties. Yes, I understand that you can't be cutting back the stimulus packages abruptly or you will slow the economy. Yes, Najib has to juggle and harmonise at times, the many 'mutually exclusive constraints and demands'. But that's the defining criterion of a leader!

'Strategic Approach' more so in a developmental program, the budget being the most short-term one, is always top-down driven and not 'bottom-up'. You listen to the heart-beats of the rakyat insofar as getting feedbacks about how they respond to your programmes perhaps of their expectation and hopes as you are supposed to manage these.

But at the end of the day and in the final analysis, it's your call, as the buck stops at you! You can't blame the rakyat if it fails just because you consulted them and took their propositions. That's Strategic Planning 101. Leader leads and takes calculated risk!

Overall, it is a budget crafted to appease as many a constituency as possible. On that score Najib has done extremely well. He has not forgotten to give adequate 'goodies' to all as to inject the 'feel-good factor' required to turn around the diminished confidence especially of the lower-income groups of being shortchanged and marginalized. From that perspective, this conforms to an election budget.

There are promises for more money for JKKK, KAFA teachers, imams, Orang Asli, NGOs, youth and women as well as moratorium on PLUS tolls for 5 years, and various other 'carrots' dangled to the rakyat (read voters). But I hasten to add that moratorium on tolls for now doesn't mean that tax-payers money is spared from paying hefty compensation to Plus though.

While it may bring in a lot of immediate 'happiness', the rakyat are quite oblivious of the longer term economic impact on their lives of an irresponsibly crafted budget that will boomerang back to them when subsidies are reduced or eliminated to fund for the 'extravaganza' and the endless 'leakages' in the delivery system.

The last thing a politician should do is to try to appease everyone. Additionally, Najib has a penchant for that and this budget speaks all. After his admission of the era of 'Government Knows Best 'is over, his overly populist approach is at time, very worrying as this had aggravated his flip-flop predilection.

First thing first. So where is the GTP, the ETP, much less the NEM? If anything I could only see a few EPPs! But they are nonetheless very big ones.

Among large construction projects that will kick off under the 2011 Budget are the RM43 billion new KL MRT project; the RM5 billion 100-storey Warisan Merdeka tower; the RM26 billion KL International Financial district; the RM3 billion integrated eco-resort in Karambunai, Sabah; construction of multiple new highways; and the development of the 1,084-ha Malaysian Rubber Board land in Sungai Buloh.

The 2011 Budget was deemed a testimony for Najib's commitment to reform. Quite sadly, the highlights appeared to be largely big-ticket construction projects rather than commitments to drastically restructure the economy by revamping efficiency, productivity and innovation.

I'm not to deny the sprinkling of incentives in the other NKEAs like the Islamic Capital Market, Oil and Gas Industry and the advancing Green Technology. But budget allocation-wise they are relatively modest.

So it is after all, back essentially to 'centrally-planned-pump-priming' megalomaniac pursuit of 'bricks and mortars construction and in supposedly Public-Private Partnership initiatives, ending ostensibly and invariably in government undertaking all the risks of non-delivery.

Analysts noted that the source of funding for mega-projects remained unclear and added that the market is weary of too many federally-guaranteed semi-government entities raising money from the market. So what is New?

Besides, the expectation of further liberalization as espoused by the NEM of other sub-services, to improve competition while stimulating private-sector participation didn't get a boost at all.

The anticipation of the government selling down their stakes to raise revenue and create more liquidity and perhaps also avoiding the imminent 'over-crowding' effect in the equity market to encourage more foreign investors also didn't see the light of the day.

On the contrary, the talk of Khazanah Nasional and the EPF launching a general offer for PLUS for over RM20 billion, is rife. While I may not be necessarily against it, if it is good for the rakyat, the conflicting and confusing signals Najibonomics is sending to the market is baffling at best and laughable at its worst.

Little wonder that analysts' reaction to this Budget is mixed.

The prime minister most ironically insisted that the Budget was designed to meet the aspirations of the public and that the government would not take the easy way out or sacrifice the nation's long-term interest for short-term popularity.

"We are not dreamers," he said in his budget speech today. "We are realists. Our success is not mere coincidence but the result of clear and careful planning as well as firm implementation."

For all the admission of the decade of economic stagnation and the 'middle-income trap' that we are stuck in, I honestly have serious problem digesting those last words. Is this budget a Najibonomics'?

I rest my case!

Dr Dzulkefly Ahmad, MP for Kuala Selangor.

BN ‘Belanjawang’ Negara 2011

Posted: 16 Oct 2010 01:58 AM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Lim Hong Siang

Sesungguhnya ia Belanjawan yang mempersiap-sediakan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, mungkin sesetengah ahli Dewan Rakyat yang sarkastik akan menyindir bahawa ianya satu

belanjawan yang dihantui bayang isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Ia sudah terbukti dalam dewan itu sendiri, apabila nama “Rosmah” dilaungkan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak (gambar kiri) mencadangkan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5% hingga 30% -

antaranya, pewarna rambut. Malah, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta kepada PERMATA, sekali lagi dewan menjadi gempar dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program ini.

Belanjawan tahun 2010 yang bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” ini mencatat angka peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM212 bilion, 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukan Belanjawan tahun 2010. Defisit kerajaan persekutuan dijangka berkurangan kepada 5.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011, iaitu RM45.481 bilion.

Gula-Gula PRU

Beberapa peruntukan disalurkan kepada kawasan kampung atau desa, misalnya penambahan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800, berbanding RM450 sekarang. Bukan itu sahaja, malah elaun imam, guru KAFA turut dinaikkan.

Sasarannya jelas apabila Najib menyatakan “kerajaan tidak akan meminggirkan rakyat luar bandar” – lantas RM6.9 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar, meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tanpa pertikaian, Belanjawan tahun 2011 berbaur politik. Ia semakin terhidu apabila Najib mengambil kesempatan untuk mencuit Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (gambar kanan) tanpa menyebut nama, mendakwa bahawa kerajaan BN “bukan saudagar mimpi yang memperdagang dongengan”. “Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata,” katanya sambil meyakinkan rakyat dengan “kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi yang akan datang”.

Persoalannya, apakah Belanjawan tahun 2011 ini membawa Malaysia kembali ke landasan yang tepat untuk meluncur ke arah kejayaan?

Projek mega kembali

Antara yang paling dipertikaikan dalam Belanjawan 2011 ini adalah pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Projek bernama “Warisan Merdeka” yang menelan RM5 bilion ini dibangunkan Permodalan Nasinal Berhad, dan dijangka akan siap pada tahun 2015.

Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong (gambar kiri) mendedahkan bahawa bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.

Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada “projek mega” zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi.

Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan “projek mega” dengan “Semangat Malaysia Boleh”, tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.

Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia’s Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul “From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh”. Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.

Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi (gambar atas) pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya.

Tiada istilah “Rasuah”

Tanah air kita seolah-olah terkena sumpahan sumber (resource curse), dilimpahi sumber yang terlalu lumayan, tetapi berakhir dengan pertumbuhan ekonomi yang lembik berbanding negara yang kekurangan sumber. Cuba ambil Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index, HDI), Malaysia menduduki ranking dunia ke-59 pada tahun 1999, tetapi tergelincir ke tangga 63 pada tahun 2007, malah terus menjunam ke 66 pada tahun 2008.

Baru-baru ini, penganalisa politik-ekonomi, Soon Hoh Sing (gambar kiri, tengah) melancarkan bukunya yang berjudul “Ekonomi Malaysia yang kekok” (The Embarrassing Malaysian Economy). Beliau sempat memetik beberapa angka, yang pada pandangan beliau cukup menggusarkan. Pelaburan Malaysia di luar negara mencatat peningkatan dari RM22.1 bilion pada tahun 2006, RM38.2 bilion pada tahun 2007, kepada RM50.2 bilion pada tahun 2008.

Sebaliknya, kita dimaklumkan bahawa pelaburan asing langsung di Malaysia pula menjunam sebanyak 81%, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009. Lebih ketara, pelaburan yang mengalir keluar pada tahun 2008 (RM50.2 bilion) lebih tinggi daripada pelaburan asing yang mengalir ke dalam Malaysia (RM23.47 bilion).

Apakah yang berlaku pada hakikatnya? Sementara rakyat disuapkan dengan angka-angka yang memberangsangkan, jarang sekali tumpuan diberikan kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Malaysia menduduki tangga ke-56 daripada 180 buah negara pada tahun 2009, setelah pelbagai langkah pembaharuan cuba diketengahkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi selepas tsunami politik tahun 2008.

Apa yang menarik, istilah “rasuah” langsung tidak disebut dalam teks ucapan Najib Razak yang setebal 45 muka surat hari ini. Jadi, agak jelas untuk kita – sejauh manakah iltizam kerajaan Najib untuk membanteras rasuah, jikalau dinilai dari teks ucapan tersebut. Berbalik kepada persoalan, apakah ekonomi Malaysia akan meluncur semula di landasan yang betul dengan pembinaan menara 100 tingkat, pada masa yang sama enggan meneliti masalah rasuah yang berleluasa di Malaysia?

AMK KLGT

AMK KLGT


ZAID Ibrahim

Posted: 16 Oct 2010 02:46 PM PDT

Hari ini 16hb Oktober saya akan menerima pencalonan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Saya harap borang diisi lengkap dan akan diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat. Walaupun cadangan saya supaya proses pemilihan diubah suai untuk memastikan tidak ada penipuan dan salah guna kuasa oleh pihak tertentu tidak dilayan (surat pun tak jawab), saya telah menerima desakan penyokong di seluruh negara bahawa biarlah apa berlaku, lawan tetap lawan. (Bukankah ini yang selalu kita dengar?)

Bila saya jadi Timbalan Presiden nanti, parti kita akan lebih bersepadu dan kukuh. Ahli di bawah akan mendapat layanan yang lebih daripada pemimpin di atas. Pemilihan parti tidaklah seperti sekarang. Mereka yang tidak setuju dengan pendapat saya tidak akan disisih. Kem dan puak akan berkurangan. Calon pilihanraya akan dibuat secara terbuka dan demokratik. Cabang-cabang akan menjadi lebih aktif dan suara demokrasi sebenar akan berkumandang di negara Malaysia.

Saya tidak mampu berjanji akan membawa kita semua ke Putrajaya seperti yang dilaungkan oleh calon-calon lain, kerana saya bukan Ketua Pakatan Rakyat. Cuma persediaan untuk kemenangan besar mestilah bermula dengan beberapa kemenangan kecil. Kemenangan seperti memupuk perpaduan ahli, kemenangan mencari dana yang cukup untuk jentera parti, kemenangan mencari calon yang direstui dan disokong oleh orang tempatan, dan bukan kerana mereka kenal orang kuat parti. Ini akan saya lakukan.

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Jom Pakat - pakat sokong Chegu Bard

Posted: 16 Oct 2010 06:58 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Mudah-mudahan dapat Tokek 1 Kilo

Posted: 16 Oct 2010 05:21 AM PDT

Kerja-kerja memburu tokek sedang dilakukan di pokok ipoh setinggi 100 kaki hari ini...namun kerja memasang memaku kayu di pokok ipoh setinggi 50 kaki dapat dilakukan sehingga jam 7.00 malam sahaja..sebab hari dah gelap. Esok kerja disambung semula sehingga sampai kemuncak pokok..moga-moga dapat tokek 1 kilo !!!!

Usaha tangga kejayaan


























Gambar sekitar demontrasi bantah roboh surau dan PASTI Bukit Katil..

Posted: 15 Oct 2010 10:48 PM PDT























Oleh: Pria Malaya

Cuba kalian bayangkan sejenak, sebuah surau dan tadika kanak-kanak muslim akan dirobohkan di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri..korang rasa apa yang bakal berlaku?..siapa yg akan menyalak dan memekik membabi-buta? apa pula tajuk2 di media2 ampu Umno/BN dan blogger fanatik mereka??

Sudah pastilah segala makihamun, sumpah seranah, fitnah dan isu perkauman dimainkan oleh penyokong rasis Umno dan PERKASA, dibantu beberapa 'ulama muda' mereka, dan sekutu2nya, isu ini dihangatkan dengan tujuan menaikkan sentimen benci rakyat kepada kerajaan DAP dan PR...

Namun, berita ini tidak berlaku di PP, tetapi ianya berlaku di negeri Melaka, negeri yg diperintah oleh Melayu/Islam..diberitakan semalam, satu demontrasi telah diadakan bagi membantah tindakan kerajaan Umno/BN merobohkan surau dan PASTI kepunyaan penduduk kawasan Bukit Katil..

Mana penyokong Umno, mana PERKASA, mana yb Zul? mana blogger fanatik Umno? semuanya senyap membisu kerana ia tidak melibatkan DAP, musuh no. 1 mereka..maka, tiada keperluan bagi mereka utk memperjuangkan isu ini walau Melayu dan Islam diinjak sekalipun..

Ternyata, segala drama2 yg dimainkan mereka sebelum ini dlm media massa khususnya di Pulau Pinang hanyalah lakonan semata-mata, tidak lebih dari itu..semuanya demi kelangsungan politik dan perjuangan asobiyah mereka...fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan rakan-rakan dari kaum Cina (DAP) turut menghadirkan diri memberi sokongan malah bersama penduduk mengunjuk rasa membantah tindakan zalim pihak kerajaan Umno/BN...siapa YB Khoo Poay Tiong?..baca di SINI..

Sumber gambar: FB 'Khoo Poay Tiong' dan Angakatan Muda Keadilan Melaka

Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


BAJET 2011 : BAJET SAUDAGAR ABU NUWAS VERSI ULUL ALBAB

Posted: 15 Oct 2010 08:16 PM PDT

Kalau dizaman mantan PM Tun, RM = Ringgit Mahathir, hari ini jika dilihat pada bajet yg dibentangkan khasnya Projek Permata, RM itu jelas menjurumus kepada Rosmah Mansor.
Walaupun begitu, ayuh marilah kita rakyat Malaysia mengambil dan memegang kata - kata PM didalam pembentangan bajet belanjawannya semalam, yang berbunyi " Berubah atau kita akan ketinggalan," kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini semasa membentangkan Bajet 2011. Ikutlah nasihat beliau. Berubahlah dalam PRU-13 nanti. Undilah PR kalau tidak, nescaya kita ketinggalan.
BAJET 2011 : BAJET SAUDAGAR ABU NUWAS VERSI ULUL ALBAB
1. Bajet : Menteri Kewangan Tingkat 4
Kalau dahulu Khairy selaku menantu Pak Lah dihentam sebagai 'budak tingkat 4" . Hari ini Mak Budak pula duduk dikerusi tersebut. Nampaknya 1st Lady Malaysia itu amat bertuah kerana buat kali kedua berturut-turut mendapat kelulusan bajet melebihi 100j. Kalau tahun 2010 mendapat kelulusan 100j tetapi dinaikkan peruntukan PERMATA kelolaan Rosmah Mansor, isteri Najib sebanyak 111j. program PERMATA mendapat bajet 'istimewa'. Berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi , Rosmah nampaknya mengalahkan Shahrizat, selaku Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Beliau sendiri mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau.
"Rosmah juga dikatakan memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting. Beliau dikatakan mencampuri urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan dan pemberian kontrak dan tender kerajaan
Ramai yang mempertuturkan bahawa bajet 2011 adalah Bajet BN (Bini Najib) atau Bajet RM (Rosmah Mansor). Sudah pasti beliau adalah orang yang paling gembira dengan bajet ini. Apatah lagi apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan membeli-belah dan pelancongan dimansuhkan. "Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut... "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu."" kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" dan disambut gelak ketawa. Semua rakyat juga maklum kesukaan 1st Lady Malaysia ini dengan aktiviti membeli-belah.
2. Bajet Pilihanraya.
Bajet yang merupakan chewing gum kepada rakyat. Takde apa-apa melainkan harapan buat rakyat agar terus mengundi UMNO-BN dalam pilihanraya ke 13. Bajet nampaknya banyak timbul disebelah Malaysia Timur. Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah. Itu belum masuk dana Zon Akuakultur Bersepadu juga di Sabah & Sarawak. Kot-kot nanti Pilihanraya, penduduk Sabah & Sarawak tak mengundi pimpinan UMNO-BN. Bagi negeri-negeri yang kuat UMNO, tersengih je lahh.. Projek tawan semula Selangor dengan kelulusan 10 billion bagi projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik di Sungai Buloh. Yang ketara kenaikan Elaun bulanan untuk JKKK sebagai Wak dogol UMNO-BN dinaikkan sehingga RM800 bermula 1 Jan 2011 termasuk Imam dan Tok Batin. Selaku ketua masyarakat untuk memastikan anak buah menyokong UMNO-BN. Tidak ketinggalan wang ehsang untuk pengundi muda dengan menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.
Bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi". Pendapatan yang dihitung berdasarkan KDNK. Pendpatan perkapita mencecah 8,000 dollar. Hakikatnya rakyat marhaen masih lagi berpendapatan rendah. Gaji dibawah tahap RM1,000. Barang-barang akan sentiasa meningkat harganya. Bagaimana pula yang tidak makan gaji? Kerja kampong, petani dan nelayan? Adakah kesimbangan? Gaji minimum pun belum selesai, bagaimana nak jadikan rakyat berpendapatan tinggi? Pembentangan tersebut gagal meyakinkan rakyat dengan tema yang hendak dicapai.
3. Bajet terbesar negara, Najib kata 'kita bukan saudagar mimpi'
Bajet 2011 merangkumi peruntukan berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Nampaknya Pengaruh Mahathir dengan Projek Meganya kembali semula. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
Pemimpin hanya ingin melakarkan kehebatan diatas kertas walaupun keperluan rakyat asasi masih lagi belum tertunai. Darimana sumber 5 billion itu hendak dikeruk? Itu belum diambil kira ketirisan dalam perbelanjaan kewangan Negara. Rasuah dan sebagainya. Yang sampai dan membasah ke bumi tinggal sedikit. Sebahagiannya ditiup angin entah kemana. UMNO-BN menjadikan khayal mat Jenin sebagai realiti tetapi siapa? Siapa lagi kalau bukan UMNOputera.
4. Bajet pemimpin berpendapatan tinggi, rakyat jadi kuli.
Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini untuk menjana pendapatan cukai tambahan bagi pembangunan nasional.
Tiada bonus yang diharapkan oleh kaki-tangan kerajaan. Hanya elaun khas sebanyak rm500.lebih teruk daripada Bajet paklah yang dikatakan lemah dan penidur itu. Busuk-busuk pun ada jugak bonus sebulan gaji.Peruntukan besar dicairkan kepada pembangunan Koridor dan projek mega. Bukan swasta tetapi pelaburan kerajaan sendiri. Realitinya kerajaan tidak berwang lagi. Apatah lagi dalam mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. FDI yang menjunam. Banyak syarikat asing bahkan tempatan yang lari keluar. Dalam suasana begini macamana hendak dijana Negara berpendapatan tinggi. Kot-kot pemimpin berpendapatan tinggi… rakyat menjadi kuli.
Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan. Nampaknya pakcik menjual nasi lemak, peniaga pasar malam dan para peniaga yang cuba mengelak cukai akan dicari sehingga ke lubang cacing.
Langkah-langkah liberalisasi akan dipertingkatkan lagi. Kita bimbang kalau kera dihutan disusukan anak sendiri terbiar kelaparan.Entah kemana dah PERKASA dan NGO Melayu ni. Dah tak larat ke? UMNO-BN dah nak gadai habis dah ni. Apa lagi yang tinggal?? Sejauh mana kepekaa rakyat kita? akhir jadi macam India. Rakyat ramai dan untuk mengelakkan kesedaran rakyat mereka melalikan rakyat dengan filem dan hiburan. Sepatutnya cukup sekadar pelaburan swasta tetapi bajet sendiri memperuntukkan RM200 juta untuk filem, drama dan dokumentari berkualiti tinggi. Mengalahkan peruntukan sekolah agama rakyat.
Bak saudagar Abu Nuwas yang sentiasa bijak tetapi untuk pasti kan keuntungan berpihak kepadanya diakhirnya. Bersama isterinya membuat strategi. Penuh seni berhelah. Rakyat pasti tergoda. Macam di Terengganu dengan Bajet Ulul albab. Sekarang Deris kan pengarah pilihanraya UMNO pusat. Akhirnya runtuh merudum. Bajet besar dan bunyi pun besar berdentum-dentum tetapi berlegar dilangit dan tak sampai kepada rakyat sebenar. Yang kaya adalah juak-juak dan pimpinan uMNO sebagai pemegang dana bagi menghadapi pilihanraya. Sapa sokong UMNO dapat, sapa sokong PR ketinggalan.
"Berubah atau kita akan ketinggalan," kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini semasa membentangkan Bajet 2011. Ikutlah nasihat beliau. Berubahlah dalam PRU-13 nanti. Undilah PR kalau tidak, nescaya kita ketinggalan.
Kerabu bersuara blogspot

KEDAH online

KEDAH online


BAJET SELUAR DALAM??

Posted: 16 Oct 2010 01:33 AM PDT