Sabtu, 16 Oktober 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pemilihan 2010 : Patuhi Etika, Perjelas Agenda

Posted: 16 Oct 2010 10:08 AM PDT

Alhamdulillah selesai sudah Proses Penerimaan Pencalonan bagi Pemilihan KEADILAN 2010. Kelihatan semuanya berjalan dengan baik dan lancar hasil daripada komitmen Sekretariat Pemilihan dan calon-calon yang bersikap profesional. Nyatanya ini satu berita buruk buat musuh kerana tiada berita negatif yang boleh mereka muatkan dalam berita esok!

Ruang yang disediakan KEADILAN melalui kaedah demokratik ’1 Anggota 1 Undi’ ini harus dimanfaatkan semua dengan penuh tertib dan sopan. Menjadi tanggungjawab semua calon untuk mematuhi etika pemilihan dan menjelaskan agenda mereka kepada ahli dan rakyat umumnya. Kalangan anggota, ruang pemilihan harus disahut untuk memperkemaskan KEADILAN untuk menghadapi PRU-13 yang dijangka berlaku tahun hadapan.

ANWAR IBRAHIM

Is This Budget A Najibonomics’?

Posted: 16 Oct 2010 02:12 AM PDT

By Dr.Dzul

I was tweeting along as the Finance Minister, DS Najib Tun Razak, unfolded his second budget speech yesterday amidst the usual parliamentary 'hecklings'. My tweets and interviews sparingly found its way in the mainstream media and as well the alternative internet-based media-portals.

As I really have something to say rather than having to say something (that's a minister's job), it is perhaps best that I put it together in a piece. They say 'you could only scratch your back best, yourselves'.

Be that as it may, if fiscal prudence was what many might have been deluded to believe that the FM was committed to do, on the back of 13 consecutive years of fiscal deficit, the budget was everything except 'fiscally prudent'.

Clearly it was never his intention. Mention of reducing fiscal deficit to 5.4% was relegated to the last minute. His mentioning of reducing it to 5.4% of GDP compared with 5.6% in 2010 (still a suspect) is almost like a tongue in the cheek.

Yes, I understand the many vulgarities of global economic constraints and uncertainties. Yes, I understand that you can't be cutting back the stimulus packages abruptly or you will slow the economy. Yes, Najib has to juggle and harmonise at times, the many 'mutually exclusive constraints and demands'. But that's the defining criterion of a leader!

'Strategic Approach' more so in a developmental program, the budget being the most short-term one, is always top-down driven and not 'bottom-up'. You listen to the heart-beats of the rakyat insofar as getting feedbacks about how they respond to your programmes perhaps of their expectation and hopes as you are supposed to manage these.

But at the end of the day and in the final analysis, it's your call, as the buck stops at you! You can't blame the rakyat if it fails just because you consulted them and took their propositions. That's Strategic Planning 101. Leader leads and takes calculated risk!

Overall, it is a budget crafted to appease as many a constituency as possible. On that score Najib has done extremely well. He has not forgotten to give adequate 'goodies' to all as to inject the 'feel-good factor' required to turn around the diminished confidence especially of the lower-income groups of being shortchanged and marginalized. From that perspective, this conforms to an election budget.

There are promises for more money for JKKK, KAFA teachers, imams, Orang Asli, NGOs, youth and women as well as moratorium on PLUS tolls for 5 years, and various other 'carrots' dangled to the rakyat (read voters). But I hasten to add that moratorium on tolls for now doesn't mean that tax-payers money is spared from paying hefty compensation to Plus though.

While it may bring in a lot of immediate 'happiness', the rakyat are quite oblivious of the longer term economic impact on their lives of an irresponsibly crafted budget that will boomerang back to them when subsidies are reduced or eliminated to fund for the 'extravaganza' and the endless 'leakages' in the delivery system.

The last thing a politician should do is to try to appease everyone. Additionally, Najib has a penchant for that and this budget speaks all. After his admission of the era of 'Government Knows Best 'is over, his overly populist approach is at time, very worrying as this had aggravated his flip-flop predilection.

First thing first. So where is the GTP, the ETP, much less the NEM? If anything I could only see a few EPPs! But they are nonetheless very big ones.

Among large construction projects that will kick off under the 2011 Budget are the RM43 billion new KL MRT project; the RM5 billion 100-storey Warisan Merdeka tower; the RM26 billion KL International Financial district; the RM3 billion integrated eco-resort in Karambunai, Sabah; construction of multiple new highways; and the development of the 1,084-ha Malaysian Rubber Board land in Sungai Buloh.

The 2011 Budget was deemed a testimony for Najib's commitment to reform. Quite sadly, the highlights appeared to be largely big-ticket construction projects rather than commitments to drastically restructure the economy by revamping efficiency, productivity and innovation.

I'm not to deny the sprinkling of incentives in the other NKEAs like the Islamic Capital Market, Oil and Gas Industry and the advancing Green Technology. But budget allocation-wise they are relatively modest.

So it is after all, back essentially to 'centrally-planned-pump-priming' megalomaniac pursuit of 'bricks and mortars construction and in supposedly Public-Private Partnership initiatives, ending ostensibly and invariably in government undertaking all the risks of non-delivery.

Analysts noted that the source of funding for mega-projects remained unclear and added that the market is weary of too many federally-guaranteed semi-government entities raising money from the market. So what is New?

Besides, the expectation of further liberalization as espoused by the NEM of other sub-services, to improve competition while stimulating private-sector participation didn't get a boost at all.

The anticipation of the government selling down their stakes to raise revenue and create more liquidity and perhaps also avoiding the imminent 'over-crowding' effect in the equity market to encourage more foreign investors also didn't see the light of the day.

On the contrary, the talk of Khazanah Nasional and the EPF launching a general offer for PLUS for over RM20 billion, is rife. While I may not be necessarily against it, if it is good for the rakyat, the conflicting and confusing signals Najibonomics is sending to the market is baffling at best and laughable at its worst.

Little wonder that analysts' reaction to this Budget is mixed.

The prime minister most ironically insisted that the Budget was designed to meet the aspirations of the public and that the government would not take the easy way out or sacrifice the nation's long-term interest for short-term popularity.

"We are not dreamers," he said in his budget speech today. "We are realists. Our success is not mere coincidence but the result of clear and careful planning as well as firm implementation."

For all the admission of the decade of economic stagnation and the 'middle-income trap' that we are stuck in, I honestly have serious problem digesting those last words. Is this budget a Najibonomics'?

I rest my case!

Dr Dzulkefly Ahmad, MP for Kuala Selangor.

BN ‘Belanjawang’ Negara 2011

Posted: 16 Oct 2010 01:58 AM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Lim Hong Siang

Sesungguhnya ia Belanjawan yang mempersiap-sediakan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, mungkin sesetengah ahli Dewan Rakyat yang sarkastik akan menyindir bahawa ianya satu

belanjawan yang dihantui bayang isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Ia sudah terbukti dalam dewan itu sendiri, apabila nama “Rosmah” dilaungkan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak (gambar kiri) mencadangkan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5% hingga 30% -

antaranya, pewarna rambut. Malah, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta kepada PERMATA, sekali lagi dewan menjadi gempar dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program ini.

Belanjawan tahun 2010 yang bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” ini mencatat angka peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM212 bilion, 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukan Belanjawan tahun 2010. Defisit kerajaan persekutuan dijangka berkurangan kepada 5.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011, iaitu RM45.481 bilion.

Gula-Gula PRU

Beberapa peruntukan disalurkan kepada kawasan kampung atau desa, misalnya penambahan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800, berbanding RM450 sekarang. Bukan itu sahaja, malah elaun imam, guru KAFA turut dinaikkan.

Sasarannya jelas apabila Najib menyatakan “kerajaan tidak akan meminggirkan rakyat luar bandar” – lantas RM6.9 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar, meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tanpa pertikaian, Belanjawan tahun 2011 berbaur politik. Ia semakin terhidu apabila Najib mengambil kesempatan untuk mencuit Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (gambar kanan) tanpa menyebut nama, mendakwa bahawa kerajaan BN “bukan saudagar mimpi yang memperdagang dongengan”. “Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata,” katanya sambil meyakinkan rakyat dengan “kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi yang akan datang”.

Persoalannya, apakah Belanjawan tahun 2011 ini membawa Malaysia kembali ke landasan yang tepat untuk meluncur ke arah kejayaan?

Projek mega kembali

Antara yang paling dipertikaikan dalam Belanjawan 2011 ini adalah pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Projek bernama “Warisan Merdeka” yang menelan RM5 bilion ini dibangunkan Permodalan Nasinal Berhad, dan dijangka akan siap pada tahun 2015.

Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong (gambar kiri) mendedahkan bahawa bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.

Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada “projek mega” zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi.

Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan “projek mega” dengan “Semangat Malaysia Boleh”, tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.

Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia’s Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul “From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh”. Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.

Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi (gambar atas) pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya.

Tiada istilah “Rasuah”

Tanah air kita seolah-olah terkena sumpahan sumber (resource curse), dilimpahi sumber yang terlalu lumayan, tetapi berakhir dengan pertumbuhan ekonomi yang lembik berbanding negara yang kekurangan sumber. Cuba ambil Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index, HDI), Malaysia menduduki ranking dunia ke-59 pada tahun 1999, tetapi tergelincir ke tangga 63 pada tahun 2007, malah terus menjunam ke 66 pada tahun 2008.

Baru-baru ini, penganalisa politik-ekonomi, Soon Hoh Sing (gambar kiri, tengah) melancarkan bukunya yang berjudul “Ekonomi Malaysia yang kekok” (The Embarrassing Malaysian Economy). Beliau sempat memetik beberapa angka, yang pada pandangan beliau cukup menggusarkan. Pelaburan Malaysia di luar negara mencatat peningkatan dari RM22.1 bilion pada tahun 2006, RM38.2 bilion pada tahun 2007, kepada RM50.2 bilion pada tahun 2008.

Sebaliknya, kita dimaklumkan bahawa pelaburan asing langsung di Malaysia pula menjunam sebanyak 81%, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009. Lebih ketara, pelaburan yang mengalir keluar pada tahun 2008 (RM50.2 bilion) lebih tinggi daripada pelaburan asing yang mengalir ke dalam Malaysia (RM23.47 bilion).

Apakah yang berlaku pada hakikatnya? Sementara rakyat disuapkan dengan angka-angka yang memberangsangkan, jarang sekali tumpuan diberikan kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Malaysia menduduki tangga ke-56 daripada 180 buah negara pada tahun 2009, setelah pelbagai langkah pembaharuan cuba diketengahkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi selepas tsunami politik tahun 2008.

Apa yang menarik, istilah “rasuah” langsung tidak disebut dalam teks ucapan Najib Razak yang setebal 45 muka surat hari ini. Jadi, agak jelas untuk kita – sejauh manakah iltizam kerajaan Najib untuk membanteras rasuah, jikalau dinilai dari teks ucapan tersebut. Berbalik kepada persoalan, apakah ekonomi Malaysia akan meluncur semula di landasan yang betul dengan pembinaan menara 100 tingkat, pada masa yang sama enggan meneliti masalah rasuah yang berleluasa di Malaysia?

Tiada ulasan: