Pengikut

Nuffnang

Rabu, 13 Oktober 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Usah jadikan gaji minimum dalih politik BN dan kecewakan pekerja, kata kesatuan

Posted: 13 Oct 2010 10:08 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja tidak pasti sama ada minat secara tiba-tiba yang diperlihatkan oleh Barisan Nasional (BN) sebenarnya satu dalih dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum tergempar yang menjadi spekulasi sekarang.

Pentadbiran Najib akan membincangkan dasar gaji minimum pada mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini.

Rang undang-undang berkaitan akan dibentangkan pada sesi Parlimen Mac depan walaupun sebelum ini disebutkan bahawa ia akan dibawa pada persidangan semasa.

Dasar itu jika dilaksanakan dipercayai akan memanfaatkan kira-kira lima juta pekerja, dilihat sebagai usaha BN untuk mendapatkan semula sokongan majoriti yang ia kehilangan pada pilihan raya umum 2008.

BN dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganjurkan forum sehari semalam meskipun lebih 400 pemimpin kesatuan dan aktivis kelihatan kecewa dengan hujah-hujah yang lebih bersifat retorik.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia membantah dasar gaji minimum.

Pemimpin MTUC, A. Sivanandan memberitahu The Malaysian Insider berkata, beliau berharap kerjasama antara BN dan MTUC tidak bermotifkan politik semata-mata dengan hanya memanfaatkan beberapa individu.

"Saya berharap forum ini tidak menjadi agenda politik bagi sesetengah individu.

"Saya berharap semua bersikap ikhlas dalam mengangkat kehendak pekerja kerana gaji minimum sudah lama tertangguh... ini perlu dilaksanakan dengan segera," kata beliau.

"Kita bercakap isu ini sejak lebih 60 tahun lalu dan tiada apa-apa yang menjadi kenyataan. Cukuplah apa yang telah dilalui selama ini," kata setiausaha agung Kesatuan Pekerja-pekerja Tekstil Selangor ini.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak harus mempolitikkan gaji minimum sebab ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya.

"Saya berharap ini bukan agenda politik untuk tujuan akhir mereka. Kredit tidak harus pergi ke BN, tetapi para pekerja khususnya MTUC yang telah lama berjuang mendapatkan gaji minimum.

"Jangan mempolitikkan isu ini, ia menjadi tanggungjawab mereka (untuk melaksanakan)," kata Sivanandan.

Dalam pada itu, Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud menambah, kerajaan harus mengakhiri retorik atau ia akan kehilangan sokongan kesatuan-kesatuan sekerja.

"Apa yang menjadi perhatian kami ialah sejauh mana seriusnya kerajaan dalam gaji minimum," kata beliau.

Kata beliau, pihaknya tidak mahu lagi retorik, sebaliknya mahu kerajaan melaksanakan undang-undang gaji minimum.

"Yang penting ialah apakah kadarnya," kata beliau.

"Saya tidak pasti sama ada ini adalah langkah ke arah pilihan raya tetapi isu ini sesuatu yang dekat dengan (hati) pekerja dan kita tahu bahawa mereka memerlukan sokongan daripada semua parti khususnya pekerja-pekerja," kata Syed Shahir yang juga seorang pemimpin parti politik.

Rosli Majid mempersoalkan sama ada tindakan BN ini hanya satu gimik politik untuk mendapatkan sokongan popular.

"Kami bercakap mengenai gaji minimum sejak 1930-an, tetapi kami ragu-ragu kerana sudah pasti ada sebab tertentu kerana pilihan raya umum semakin dekat.

"Kami bimbang ini hanya agenda tersembunyi parti politik (BN) dan kerajaan untuk membawa isu demi imej mereka dan untuk mendapatkan sokongan para pekerja," kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Junior TNB.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Kebangsaan Bank, J. Solomon menambah, BN akan berhadapan dengan laluan sukar jika BN tidak memenuhi janji melaksanakan dasar ini.

"Jika mereka melengah-lengahkan, maka rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk memutuskan bahawa perkara ini bermotifkan politik dan mereka tidak berminat dalam isu ini.

"Saya merasakan perdana menteri dan jenteranya perlu membuktikan yang mereka ikhlas," beliau.

Bagaimanapun anggota Jawatankuasa Wanita MTUC, Christine Chee menekankan, kesemua pihak perlu positif dan bekerja keras untuk melaksanakan gaji minimum.

"Apa jua keadaannya, kita perlu positif agar impian kita menjadi kenyataan," katanya.

"Kita perlu mengetepikan rintihan ataupun apa juga tanggapan negatif," kata beliau sambil menambah, kesemua pihak perlu bekerjasama dan berfikiran positif dan kami berharap ia akan menjadi kenyataan Mac 2011," kata beliau.

Profesor Dr Durrishah Idrus dari UTM berkata, tidak terlalu lewat bagi kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum.

"Jika saya kerajaan, maka itu yang saya akan akan lakukan. Anda kerajaan, anda perlu melakukan sesuatu.

"Anda kena menerajui usaha ini. Jadi, saya tidak melihat apa-apa kekurangan dalam soal ini," katanya lagi.

Katanya, kemungkinan sekarang adalah masa yang sesuai selepas lima dekad isu ini dibahaskan.

"Lebih baik (kita) ada (dasar ini) daripada tiada langsung," katanya.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1974 yang didapati kurang sesuai untuk diaplikasikan dalam menetapkan gaji minimum ketika ini.

Katanya, perincian asas berhubung penggubalan akta baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

"Penetapan gaji minimum melalui akta sedia ada mengambil masa yang lama serta rumit malah ia juga tidak menyeluruh kerana pendekatannya adalah mengikut jenis pekerjaan dan subsektor tertentu.

"Dalam melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan, ia memerlukan penguatkuasaan undang-undang. Jadi, dicadangkan satu akta baru digubal bagi menggantikan akta sedia ada," katanya selepas merasmikan Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda BN bersama-sama dengan MTUC semalam.

Subramaniam berkata, kementerian itu juga sedang memperincikan sama ada untuk mengaplikasikan penetapan gaji minimum berdasarkan sektor, wilayah ataupun daripada segi kebangsaaan.

Katanya, jika dibuat daripada segi kebangsaan penetapan gaji minimum itu akan melibatkan semua sektor manakala dari sudut wilayah kadar penetapan gajinya mungkin berbeza mengikut tempat berpandukan kos kehidupan di kawasan berkenaan.

"Kalau kita memutuskan berdasarkan sektor, maka kita kena lihat semua sektor. Jadi, keputusan dari segi pelaksanaan dan caranya belum ditetapkan. Ini semua akan ditetapkan selepas membuat kajian lebih terperinci," katanya.

Beliau berkata, dalam membuat keputusan itu kementerian juga perlu melihatnya daripada segi undang-undang antarabangsa kerana kerajaan tidak boleh mempunyai diskriminasi gaji antara pekerja tempatan dan asing.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula berkata, forum tersebut bukan platform untuk menetapkan gaji minimum kerana pada dasarnya perkara itu telah dipersetujui oleh kerajaan tetapi lebih kepada perbincangan mengenai apa yang diharapkan pekerja dan majikan daripada kerajaan apabila dasar itu diputuskan kelak.

Katanya, forum itu lebih menumpukan kepada perincian dan perbincangan kepada persoalan bagaimana gaji minimum dilaksana sama ada secara umum atau berbeza mengikut sektor serta bagaimana ketetapan gaji dibuat dan tahap gaji minimum yang sesuai.

Forum sehari itu adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui makmal Pemuda BN.


Sumber: Malaysian Insider

Tiada sabotaj tiada konspirasi halang sesiapa tanding, tegas SU Agung PKR

Posted: 13 Oct 2010 10:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj dan konspirasi bagi menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Saifuddin yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu menegaskan, surat pekeliling yang dihantar pada 19 Julai lalu jelas menunjukkan semua pencalonan melibatkan pemilihan peringkat pusat harus diserahkan kepada ibu pejabat PKR sebelum 10 Oktober 2010.

"Saya tidak mahu komen mengenai kononnya wujud konspirasi tetapi ingin saya jelaskan bahawa dalam surat pekeliling yang dihantar kepada semua peringkat jelas tertulis senarai calon hendaklah dihantar pada 10 Oktober.

"Yang menjadi isunya adalah tarikh 10 Oktober kerana ramai orang yang tidak tahu.

"Tetapi jika lihat pada surat pekeliling yang dihantar kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, ketua-ketua wanita PKR negeri, ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, ketua-ketua cabang dan setiausaha-setiausaha cabang ia memang jelas tertulis tarikh akhirnya hantar senarai pencalonan itu," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Agung PKR yang bertarikh 19 Julai mengatakan tarikh akhir peneriman pencalonan pemilihan peringkat pusat daripada cabang-cabang adalah ditetapkan pada 10 Oktober 2010.

Kesemua 208 cabang PKR dikehendaki menghantar senarai pencalonan kepada ibu pejabat pada tarikh tersebut.

"Sebanyak 162 cabang telah mematuhinya dan hantar senarai pencalonan sebelum 10 Oktober.

"Jadi sebenarnya ia tidak wujud soal mahu sembunyikan tarikh atau sabotaj sesiapa dalam pemilihan parti," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

Semalam, pemimpin-pemimpin cabang PKR mempertikaikan kewujudan notis pencalonan dengan mendakwa seolah-olah ada usaha menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.

Berdasarkan maklumat semalam, Nurul Izzah dilaporkan tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden sebab hanya memperoleh satu pencalonan sedangkan seseorang yang hendak bertanding memerlukan minimum dua yang disyaratkan.

Mereka mendakwa tidak tahu-menahu keperluan semua pencalonan akhir perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu.

Dalam kenyataan berasingan dikeluarkan hari ini, Ketua Selangau Steven Epay Ganing dan rakan sejawatannya dari Semporna Lokma Uri berkata, tindakan pihak pengurusan parti tidak memaklumkan perkara itu adalah tidak wajar dan tidak adil.

"Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil sama ada oleh Setiausaha Agung atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat (DPP) adalah tidak wajar dan kami kecewa.

"Sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya," kata Steven Epay dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Lokman pula berkata tindakan tersebut seolah-olah satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat S. Manikavasagam mencadangkan JPP agar melanjutkan tarikh akhir sehingga 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

Nurul Izzah dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.

Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.


Sumber: Malaysian Insider

Wang penghargaan: Mana senarai nama warga emas

Posted: 13 Oct 2010 09:54 PM PDT


GEORGETOWN, 14 Okt: Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah.

"Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut.

"Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungei Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas.

Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut.

"Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi.


Sumber: Harakah Daily

Tangguh GST, Kejayaan Rakyat : PAS

Posted: 13 Oct 2010 09:50 PM PDT


KUALA LUMPUR 14 OKT : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) , sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan medianya berkata , "Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung".

Tegas Idris Ahmad lagi."Mereka juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihanraya akan datang."

Sebubungan itu, PAS mengharapkan kerajaan jangan mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang, dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Idris berkata lagi,"Kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu, supaya lebih telus dan memerangi rasuah. Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan".

Justeru Idris mengingatkan kerajaan agar jangan merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing.

Sumber: TVSelangor

PRK Galas : PAS Lancar Gerak Kerja 19 Oktober

Posted: 13 Oct 2010 09:49 PM PDT


KUALA LUMPUR 14 OKT: PAS Kelantan akan melancarkan gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 19 Oktober ini di Gua Musang Kelantan.

Menurut portal Harakahdaily.net,Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, senarai nama calon sudah ada dalam pengetahuan PAS Pusat dan Kelantan akur dengan keputusan itu.

"Bagi kita di dalam PAS, senarai nama yang dihantar tersebut adalah semuanya berkelayakan, namun ia terpaksa dibuat pilihan oleh Majlis Syura dan kita harap semua pihak akan menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi calon PAS di Galas nanti," Muhammad Fadzli dipetik berkata kepada Harakahdaily.

Fadzly ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Rumah Sri Kelantan, di sini malam tadi.

Mengulas mengenai persediaan jentera parti, Muhammad Fadzli berkata, PAS mempunyai banyak pengalaman sebelum ini dalam membantu kelancaran pilihan raya walaupun di tempat-tempat yang tidak ditandingi parti itu.

Setelah melalui 11 pengalaman selepas PRU-12 bersama-sama Pakatan Rakyat, PAS semakin yakin dengan kekuatan jentera parti itu.

"Kita juga yakin jentera PAS dari seluruh negeri akan turun sebaik mungkin dan ini memberi kekuatan semangat kepada PAS Kelantan dalam PRK Galas ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya tindakan masyarakat Orang Asli yang bercadang mahu menggunakan jentera mereka sendiri bagi membantu PAS pada pilihan raya kecil Galas, membuktikan bahawa golongan itu semakin matang dan memahami dasar yang dibawa oleh parti.

"Amat bagus saranan dari ketua masyarakat Orang Asli di Gua Musang tersebut dan di pihak kerajaan, tugas memberi penerangan dan menyebarkan maklumat perlu diteruskan sepanjang masa dan ia tidak hanya dalam musim pilihan raya saja," ujar beliau lagi.

Tambahnya, tanggapan orang ramai terhadap masyarakat Orang Asli yang masih tidak mempunyai pendidikan dan lemah, kini sudah tidak tepat lagi.

"Mereka kini sudahpun mempunyai pengetahuan terhadap dasar yang dibawa oleh kerajaan Kelantan.

"Ini terbukti dengan usaha pihak kerajaan yang telah melantik wakil mereka dalam Majlis Daerah Gua Musang dan wakil mereka ini sering memberi pandangan yang agak bernas dan boleh diterima pakai," katanya.

Sumber: TVSelangor

PR Desak Tarik Balik Pindaan Akta VAEA

Posted: 13 Oct 2010 09:47 PM PDT


KUALA LUMPUR 14 OKT : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Kementerian Kewangan menarik balik dari Parlimen cadangan pindaan kepada Akta Agen Hartanah, Pengukur dan Penilai 1981 (VAEA Act), yang diramal akan membebankan pemilik hartanah.

Selain itu, kata Ahli Parlimen PKR-Subang R Sivarasa, cadangan pindaan Akta itu akan mewujudkan monopoli oleh para penilai dalam pengurusan hartanah.

"Pindaan ini, jika dilaksanakan, akan memberi kesan buruk kepada dua juga pemilik strata rumah pangsa, apartmen dan kondominium di negara ini, yang akhirnya terpaksa membayar yuran tambahan di antara RM3 juta hingga RM4 juta setahun.

"Yuran sebanyak ini, hanya akan dikongsi di kalangan 800 penilai sahaja, yang berdaftar sekarang ini," terangnya kepada para pemberita di lobi Parlimen semalam.

Katanya, "malahan sekarang ini pun, pemilik-pemilik apartmen kos rendah dan sederhana sedang menghadapi masalah untuk membayar yuran penyelenggaraan.

Yuran penyelenggaraan tambahan "Dengan cadangan pindaan itu, para pemilik terpaksa membayar yuran penyelenggaraan tambahan sebanyak RM76 sebulan," terang beliau.

Adalah dilaporkan sebelum ini, pindaan yang dicadangkan oleh Lembaga Penilai, Pengukur dan Agen Hartanah itu meliputi ke semua jenis milikan hartanah dan memonopoli fungsi pengurusan hartanah. Pindaan itu akan memberi hak eksklusif kepada para penilai, termasuk pengurusan bangunan,

pengurusan pajakan, pengurusan penyelenggaraan am dan kemudahan serta seterusnya menafikan hak milik berasingan dan pengurusan.

Menurut Sivarasa, pindaan-pindaan ini adalah bercanggah dengan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). "Ini akan menggalakkan rasuah, pilih kasih dan aktiviti-aktiviti "dibelakang tabir" dalam industri pengurusan hartanah.

Kos yang ditanggung hasil dari kesan negatif ini akan disalurkan kepada para pemilik tanpa peningkatan nilai kepada perkhidmatan.

Katanya lagi, pindaan-pindaan ini juga bercanggah dengan Akta Bangunan dan Persamaan Hartanah (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 dan Akta Hak Milik Strata 1985 (Akta 318).

Free Malaysia Today

Tumpahan Bahan Kimia Merbahaya, Air Sungai Rejang Tidak Selamat Diminum?

Posted: 13 Oct 2010 09:45 PM PDT

R.R.4SIBU 14 Okt - Fenomena kebanjiran lebih 300,000 meter padu sisa kayu dan balak yang menyekat laluan air di Sungai Rejang sejak 7 Oktober lalu sudah berakhir namun persoalan paling penting yang tidak dijawab oleh kerajaan negeri Barisan Nasional Sarawak ialah samada air sungai tersebut selamat diminum.

Menurut sumber industri pembalakan di Putai, ratusan ribu penduduk yang tinggal disepanjang Sungai Rejang kini terdedah dengan bahaya keracunan dan pencemaran disebabkan bahan kimia yang hanyut bersama himpunan kayu kayan yang hanyut di dalam sungai tersebut.

Suara Keadilan difahamkan akibat banjir besar yang menjadi punca berlakunya himpunan kayu kayan tersebut, bahan kimia merbahaya seperti perawat kulat (fungicide), glue dan diesel dipercayai telah di bawa oleh arus banjir ke dalam sungai.

"Pembalak selalunya akan membina 'log pond' untuk menyimpan balak yang telah ditebang sebelum diangkut oleh jentera berat ke dalam 'tug boat' melalui jalan air. Tersimpan di dalam 'log pond' ini juga beratus-ratus tong yang menyimpan perawat kulat.

"Terdapat juga kilang-kilang papan lapis yang menggunakan bahan perekat dalam proses pembuatan dan bahan ini juga dipercayai turut memasukki sistem ekologi Sungai Rejang dalam banjir itu," kata sumber tersebut.

Sungai Rejang yang merupa sungai terpanjang di Malaysia dengan jarak 350 kilometer menjadi nadi kehidupan kepada beberapa bandar utama dan lebih 1,000 kampung dan desa yang menampung ratusan ribu penduduk negeri Sarawak.

Antara bandar penting yang mendapat bekalan air secara terus dari Sungai Rejang termasuk Pelabuhan Tanjung Manis, Sarikei (50,000 penduduk), Bintangor (30,755), Sibu (126,000), Kanowit (28,000), Ngemah (dalam Kanowit), Song (22,200) dan Kapit (100,000).

Air yang sedut dari bandar-bandar ini kemudiannya di salurkan ke Salim di Sibu untuk dirawat.

Sebarang pencemaran air di Sungai Rejang dikatakan akan menjejaskan bukan sahaja sumber air minuman di Sarawak malah memberi kesan kepada industri perikanan di kawasan itu.

"Kerajaan negeri mesti mengambil langkah segera untuk membuat kajian di makmal bagi memastikan air minuman dari sumber Sungai Rejang selamat diminum dan juga ikan yang dimakan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya," kata sumber itu lagi.

Terdapat dakwaan sisa kayu kayan yang sudah terkumpul di Putai itu hasil pembalakan haram di kawasan pendalaman Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan sejak 10 tahun dahulu.

"Banyak aktiviti pembalakan haram berlaku di kawasan pendalaman Sarawak tapi malangnya tidak ada pemantauan satu usaha untuk membanteras gejala ini.

"Kerosakan yang berlaku disebabkan himpunan kayu itu malah lebih besar berbanding statistik rasmi yang dilaporkan," ujar sumber itu.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan dua jambatan Bailey serta lima jeti rosak dalam kejadian itu mengakibatkan kerugian bernilai RM2.7 juta sahaja.

Sumber: Suara Keadilan

Peranan Saiful, Rahimi Dalam Konspirasi Tajaan Umno-BN

Posted: 13 Oct 2010 09:44 PM PDT

saiful2Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.

Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.

Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.

Jelas, ini kes politik

Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.

Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.

Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.

Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.

Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...

Buktikan liwat tanpa tusukan?

Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.

Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?

Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.

Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.

Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.

Politik menabur dendam

Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.

Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.

Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.

Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.

Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...

Bebas dari politik dubur

Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.

Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?

Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?

Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.

Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.

Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.

Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.

Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.

Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.

Sumber: Suara Keadilan

Kegagalan Muhyiddin Selesai Isu Pengetua Rasis Serlah Sikap Sebenar Terhadap 1Malaysia

Posted: 13 Oct 2010 09:42 PM PDT

lks5SHAH ALAM 14 Okt - Kegagalan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan isu tindakan disiplin terhadap dua pengetua rasis sejak dua bulan dahulu menyerlahkan sikap beliau yang tidak menunjukkan komitmen kepada gagasan 1Malaysia yang kononnya mendahulukan rakyat.

Malah menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang keadaan menjadi bertambah getir bagi Muhyiddin kerana beliau kini dipertanggunjawabkan oleh Perdana Menteri untuk memastikan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Ini didedahkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika melawat Melbourne bahawa beliau diserahkan tugas menjayakan pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui GTP.

"Di bawah Muhyiddin siapa yang akan menyakini GTP akan berjaya apabila beliau yang ditugaskan menjayakan GTP bersikap dingin terhadap 1Malaysia dengan mengatakan beliau "Melayu dahulu" dan tidak mampu mengambil tindakan ke atas dua pengetua terbabit," kata Kit Siang dalam kenyataan medianya Isnin lalu.

Beliau turut menyelar menteri dari MCA, MIC dan Gerakan yang dianggap tidak lagi relevan bilamana tidak mampu menyelesaikan isu tersebut.

Malah usul tergempar beliau untuk membahaskannya telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga tidak dapat memberikan bentuk tindikan disiplin yang telah diambil walaupun menolak usul itu atas alasan tindakan telah diambil pihak kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam.


Sumber: Suara Keadilan

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

0 ulasan
sumber :-

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Soalan Saya Di Parlimen - Khamis 14hb Oktober

Posted: 13 Oct 2010 07:53 AM PDT

29. PR-1233-L40218
Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ]
minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan boleh bersetuju meluluskan untuk setiap
Ahli Parlimen tanpa mengira parti satu elaun khas yang munasabah tetapi
cukup untuk membiayai kos pengendalian pusat khidmat-pusat khidmat
mereka dan juga gaji kakitangan untuk tugas kaji selidik dan
kesetiausahaan.

Pemilihan Cabang Subang

Posted: 13 Oct 2010 12:22 AM PDT

Pemilihan Cabang Subang

E-mail Cetak PDF
KENYATAAN MEDIA
13 OKTOBER 2010


Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 5 Oktober 2010 telah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan darihal Pemilihan Cabang Subang yang telah diadakan pada 26 September 2010.
Setelah dibincangkan, berikut adalah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat :
o Pemilihan Cabang Subang pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang 2010 dibatalkan berikutan ancaman dan ugutan yang diterima oleh pengawas-pengawas pemilihan dan petugas-petugas serta ahli JPP, Sdr Sabaruddin Mohd Yassin.
o JPP juga telah memutuskan dua individu iaitu Saudara Muhammad Najmi Samsudin (no ahli B160000934) dan Saudara Sivam a/l Veeramuthu (no ahli B160000800) telah hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Cabang Subang yang akan diadakan semula apakala tarikh baru ditentukan oleh sekretariat Ibu Pejabat Parti
o Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bilamana mereka akan dipanggil memberi keterangan. Sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuatkuasa sertamerta.
SAIFUDDIN NASUTION
Setiausaha Agung

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


PR Terus Mara ‘Galas’ Harapan Rakyat

Posted: 13 Oct 2010 06:33 PM PDT

Video Ihsan Tv PAS

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Galas: PKR, DAP Komited Menangkan Calon PAS

Posted: 13 Oct 2010 06:17 PM PDT

Dari Harakah

PKR dan DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam usaha mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.

Komitmen itu dinyatakan secara rasmi pada sidang media selepas masyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Berikutan itu, mereka akan membantu calon PAS sepanjang kempen PRK tersebut itu nanti.

“Kita bersetuju PAS meletakkan calon dan DAP, keADILan akan berikan seliruh kekuatan dan sokongan bagi mengekalkan calon PAS atas nama Pakatan Rakyat di Galas,” ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sidang media petang semalam

Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan barisan kepimpinan utama ketiga-tiga parti yang lain.

Pada masa sama, Anwar dan Kit Siang juga turut mengesahkan kehadiran pada majlis pengumuman calon PAS di Galas yang dijadual 22 Oktober ini

Menyentuh persedian PRK Batu Sapi pula, sidang media tersebut turut memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah akan bermesyuarat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya bagi Parlimen berkenaan.

Laporan mesyuarat tersebut kata Anwar akan dihantar kepada Pakatan Rakyat Pusat selewat lewatnya Isnin depan.

Dalam pada itu, media turut dimaklumkan bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 akan diadakan di Pulau Pinang pada 19 Disember akan datang.

Ianya akan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas.

Konvensyen tersebut antara lain akan menyentuh isu Felda dan Felcra, tanah Kampung Baru, isu pendidikan, pekerja wanita serta skandal BN dalam beberapa projek besar negara.

Sebelum konvensyen tersebut, satu Sidang Kemuncak Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat akan diadakan pada 29 November ini di Shah Alam.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pulau Pinang Tuan Rumah Konvensyen PR Ke-2

Posted: 13 Oct 2010 06:13 PM PDT

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat Pulau Pinang dipilih sebagai tuanrumah kepada konvesyen Pakatan Rakyat kedua pada 19 Disember ini.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat pembangkang di Parlimen petang semalam.

Menurutnya, konvensyen berkenaan akan diadakan di Dewan Millenium di Kepala Batas dan beberapa perkara penting membabitkan kepentingan rakyat akan dibincanglkan oleh Pakatan Rakyat di konvensyen itu nanti.

“Antara perkara yang akan disentuh di konvensyen itu nanti adalah mengenai isu Felda, Felcra, pengangkutan awam, pekerja dan juga pendidikan,” katanya dalam satu sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Anwar menambah, Pakatan Rakyat juga akan membincangkan mengenai skandal-skandal yang berlaku dalam kerajaan seperti PKFZ dan Yayasan 1Malaysia.

“Kami juga akan membincangkan mengenai konsep federalisme yang mahu dipertahankan oleh Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Beliau juga mengumumkan bahawa Sekretariat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat bersetuju untuk menagadakan sidang kemuncak Menteri Besar dan Ketua menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam.

Anwar menambah sidang kemuncak berkenaan akan diadakan pada 29 November depan. Menurutnya kertas kerja terperinci sidang kemuncak tersebut akan disediakan oleh sekretariat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Shah Alam

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara

Posted: 13 Oct 2010 01:46 AM PDT

Dari Mohd Rashidi Hasan

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012.

Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat.

Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen.

Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku ‘miracle’ seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar.

Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan ‘persepsi baik’ terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum.

Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya.

Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan.

Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan.

Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya.

Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN.

Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan.

Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat.

Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN.

Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk ‘deliver’ kepada kaum yang mereka wakili.

Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka.

Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili.

Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi.

Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya.

Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat.

Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat?

Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh.

Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato’ Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden.

Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato’ Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan.

Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib.

Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kunjungan ke Jakarta

Posted: 12 Oct 2010 07:59 PM PDT

Kelmarin, sebaik selesai menghadiri sesi Dewan Rakyat, saya berlepas ke Jakarta bagi memenuhi undangan sahabat lama, Goenawan Mohamad – pendiri Komunitas Salihara yang menjemput saya menyampaikan pidato falsafah berjudul “Kebebasan & Musuh-Musuhnya” sempena Festival Salihara Ke-3.

Selain mengupas tema kebebasan dari perspektif peribadi, saya turut menekankan peri pentingnya tuntutan terhadap kebebasan yang harus didukung atas prinsip moral dan keyakinan rohani.

Pada sebelah pagi semalam pula, saya diwawancara secara langsung oleh TVOne Indonesia dan antara lain mengulas soal kebebasan serta sekatan media, hubungan antara Malaysia-Indonesia dan juga isu-isu yang melibatkan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Sebelumnya saya bersarapan dengan sahabat lama, Mas Adi Sasono, Rachmat Ismail dan Sugiarto. Kami ngobrol panjang mengenai kerjasama ekonomi dan budaya serantau yang nyata sekali mengesankan.

Saya seterusnya memenuhi undangan bersama Bapak Din Syamsuddin, Ketua Umum Muhammadiyyah Indonesia yang turut disertai oleh wakil-wakil organisasi Islam di sini. Antara yang diputuskan termasuklah usaha meningkatkan kerjasama serta memperbaiki hubungan Malaysia-Indonesia. Turut serta dalam perjumpaan tersebut ialah Setiausaha Agung Nahdatul Ulama’, Wakil Ketua Dewan Daawah Islamiyah Indonesia dan Ketua Dewan Masjid Indonesia.

Kemudian saya bersama-sama dengan YB Azmin Ali, YB Datuk Kamaruddin Jaafar (MP PAS – Tumpat) dan YB Dr. Xavier ke Dewan Perwakilan Rakyat bagi memenuhi perjumpaan dengan Wakil Ketua dan Ahli Parlimen Komisi Luar Negara dan Pertahanan. Persetujuan dicapai agar kerjasama dua hala dipertingkat di kalangan Ahli-ahli Parlimen kedua belah negara.

Saya hargai keprihatinan mereka yang turut menuntut agar fitnah yang dilemparkan kepada saya dibawa dan diadili menurut lunas-lunas Syari’ah.

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Rahimi’s first SD did not implicate anyone but cannot be located

Posted: 12 Oct 2010 08:46 PM PDT

Now that Latheefa Koya has implicated me in the scandals surrounding the circumstances under which the Statutory Declaration (SD) of En Muhammad Rahimi bin Osman (Rahimi), one of the young former aides of YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, was obtained. I am compelled to respond to the immature and thoughtless acts of this desperate PKR [...]

anjung setiawangsa

0 ulasan
sumber :-

anjung setiawangsa


ADA CABANG YANG TAK MENYEDARI TARIKH AKHIR PENCALONAN?

Posted: 13 Oct 2010 02:04 AM PDT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Posted: 13 Oct 2010 12:02 AM PDT

LOMPAT LAGI...

Posted: 12 Oct 2010 11:57 PM PDT

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Rahimi’s first SD did not implicate anyone but cannot be located

Posted: 12 Oct 2010 08:46 PM PDT

Now that Latheefa Koya has implicated me in the scandals surrounding the circumstances under which the Statutory Declaration (SD) of En Muhammad Rahimi bin Osman (Rahimi), one of the young former aides of YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, was obtained. I am compelled to respond to the immature and thoughtless acts of this desperate PKR [...]

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang