Rabu, 13 Oktober 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PR Terus Mara ‘Galas’ Harapan Rakyat

Posted: 13 Oct 2010 06:33 PM PDT

Video Ihsan Tv PAS

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Galas: PKR, DAP Komited Menangkan Calon PAS

Posted: 13 Oct 2010 06:17 PM PDT

Dari Harakah

PKR dan DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam usaha mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.

Komitmen itu dinyatakan secara rasmi pada sidang media selepas masyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Berikutan itu, mereka akan membantu calon PAS sepanjang kempen PRK tersebut itu nanti.

“Kita bersetuju PAS meletakkan calon dan DAP, keADILan akan berikan seliruh kekuatan dan sokongan bagi mengekalkan calon PAS atas nama Pakatan Rakyat di Galas,” ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sidang media petang semalam

Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan barisan kepimpinan utama ketiga-tiga parti yang lain.

Pada masa sama, Anwar dan Kit Siang juga turut mengesahkan kehadiran pada majlis pengumuman calon PAS di Galas yang dijadual 22 Oktober ini

Menyentuh persedian PRK Batu Sapi pula, sidang media tersebut turut memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah akan bermesyuarat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya bagi Parlimen berkenaan.

Laporan mesyuarat tersebut kata Anwar akan dihantar kepada Pakatan Rakyat Pusat selewat lewatnya Isnin depan.

Dalam pada itu, media turut dimaklumkan bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 akan diadakan di Pulau Pinang pada 19 Disember akan datang.

Ianya akan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas.

Konvensyen tersebut antara lain akan menyentuh isu Felda dan Felcra, tanah Kampung Baru, isu pendidikan, pekerja wanita serta skandal BN dalam beberapa projek besar negara.

Sebelum konvensyen tersebut, satu Sidang Kemuncak Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat akan diadakan pada 29 November ini di Shah Alam.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pulau Pinang Tuan Rumah Konvensyen PR Ke-2

Posted: 13 Oct 2010 06:13 PM PDT

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat Pulau Pinang dipilih sebagai tuanrumah kepada konvesyen Pakatan Rakyat kedua pada 19 Disember ini.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat pembangkang di Parlimen petang semalam.

Menurutnya, konvensyen berkenaan akan diadakan di Dewan Millenium di Kepala Batas dan beberapa perkara penting membabitkan kepentingan rakyat akan dibincanglkan oleh Pakatan Rakyat di konvensyen itu nanti.

“Antara perkara yang akan disentuh di konvensyen itu nanti adalah mengenai isu Felda, Felcra, pengangkutan awam, pekerja dan juga pendidikan,” katanya dalam satu sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Anwar menambah, Pakatan Rakyat juga akan membincangkan mengenai skandal-skandal yang berlaku dalam kerajaan seperti PKFZ dan Yayasan 1Malaysia.

“Kami juga akan membincangkan mengenai konsep federalisme yang mahu dipertahankan oleh Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Beliau juga mengumumkan bahawa Sekretariat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat bersetuju untuk menagadakan sidang kemuncak Menteri Besar dan Ketua menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam.

Anwar menambah sidang kemuncak berkenaan akan diadakan pada 29 November depan. Menurutnya kertas kerja terperinci sidang kemuncak tersebut akan disediakan oleh sekretariat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Shah Alam

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara

Posted: 13 Oct 2010 01:46 AM PDT

Dari Mohd Rashidi Hasan

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012.

Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat.

Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen.

Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku ‘miracle’ seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar.

Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan ‘persepsi baik’ terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum.

Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya.

Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan.

Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan.

Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya.

Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN.

Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan.

Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat.

Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN.

Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk ‘deliver’ kepada kaum yang mereka wakili.

Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka.

Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili.

Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi.

Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya.

Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat.

Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat?

Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh.

Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato’ Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden.

Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato’ Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan.

Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib.

Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kunjungan ke Jakarta

Posted: 12 Oct 2010 07:59 PM PDT

Kelmarin, sebaik selesai menghadiri sesi Dewan Rakyat, saya berlepas ke Jakarta bagi memenuhi undangan sahabat lama, Goenawan Mohamad – pendiri Komunitas Salihara yang menjemput saya menyampaikan pidato falsafah berjudul “Kebebasan & Musuh-Musuhnya” sempena Festival Salihara Ke-3.

Selain mengupas tema kebebasan dari perspektif peribadi, saya turut menekankan peri pentingnya tuntutan terhadap kebebasan yang harus didukung atas prinsip moral dan keyakinan rohani.

Pada sebelah pagi semalam pula, saya diwawancara secara langsung oleh TVOne Indonesia dan antara lain mengulas soal kebebasan serta sekatan media, hubungan antara Malaysia-Indonesia dan juga isu-isu yang melibatkan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Sebelumnya saya bersarapan dengan sahabat lama, Mas Adi Sasono, Rachmat Ismail dan Sugiarto. Kami ngobrol panjang mengenai kerjasama ekonomi dan budaya serantau yang nyata sekali mengesankan.

Saya seterusnya memenuhi undangan bersama Bapak Din Syamsuddin, Ketua Umum Muhammadiyyah Indonesia yang turut disertai oleh wakil-wakil organisasi Islam di sini. Antara yang diputuskan termasuklah usaha meningkatkan kerjasama serta memperbaiki hubungan Malaysia-Indonesia. Turut serta dalam perjumpaan tersebut ialah Setiausaha Agung Nahdatul Ulama’, Wakil Ketua Dewan Daawah Islamiyah Indonesia dan Ketua Dewan Masjid Indonesia.

Kemudian saya bersama-sama dengan YB Azmin Ali, YB Datuk Kamaruddin Jaafar (MP PAS – Tumpat) dan YB Dr. Xavier ke Dewan Perwakilan Rakyat bagi memenuhi perjumpaan dengan Wakil Ketua dan Ahli Parlimen Komisi Luar Negara dan Pertahanan. Persetujuan dicapai agar kerjasama dua hala dipertingkat di kalangan Ahli-ahli Parlimen kedua belah negara.

Saya hargai keprihatinan mereka yang turut menuntut agar fitnah yang dilemparkan kepada saya dibawa dan diadili menurut lunas-lunas Syari’ah.

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: