Selasa, 7 September 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Azmin Makin Mantap, Terima Sokongan 13 ADUN

Posted: 07 Sep 2010 01:33 AM PDT

Selepas disokong 20 anggota Parlimen dan Dewan Negara Parti Keadilan Rakyat, lebih ramai perwakilan PKR menyatakan sokongan terbuka kepada naib presiden parti, Azmin Ali yang mahu bertanding merebut jawatan timbalan presiden.

Pada sidang media di Shah Alam hari ini, 13 ADUN PKR meluahkan sokongan mereka kepada Azmin yang didakwa pemimpin paling sesuai memegang jawatan berkenaan.

Diketuai oleh Yaakob Sapari (Kota Anggerik), kumpulan itu terdiri daripada sembilan ADUN dari Selangor dan empat dari Negeri Sembilan.

Hadir pada sidang media ini adalah ADUN Dr Xavier Jeyakumar (Sri Andalas), Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Ahmad (Seri Setia) dan Shuhaimi Shafiei (Sri Muda).

ADUN PKR Selangor yang termasuk dalam kumpulan berkenaan tetapi tidak hadir adalah Roziah Ismail (Batu Tiga), Gan Pei Nei (Rawang), Lee Kim Sin (Kajang) dan Haniza Talha (Taman Medan).

Manakala perwakilan dari Negeri Sembilan pula terdiri daripada Aminuddin Harun (Sikamat), Rashid Latif (Ampangan), M Ravi (Port Dickson) and Chai Tong Chai (Chuah).

Yaakob berkata Azmin merupakan pemimpin paling layak menduduki kerusi nombor dua dalam parti itu kerana telah lama bersama dengan parti itu.

"Kami yakin Azmin calon yang terbaik kerana tabah dan pasrah ketika berjuang dalam wadah PKR dan menempuh pelbagai cabaran termasuk difitnah ahli keluarga sendiri," katanya.

Ditanya sama ada sokongan mereka itu merupakan cubaan menolak pencalonan Datuk Zaid Ibrahim bagi jawatan itu, Yaakob menafikannya sebaliknya berkata ia hanyalah proses demokrasi yang didukung PKR.

Timbalan Presiden PKR kini disandang oleh Syed Husin Ali yang dijangka tidak akan mempertahankan jawatannya meskipun belum membuat pengumuman rasmi berhubung parkara itu.



Sekitar Hari Penamaan Calon Bagi Pemilihan Cabang Kota Raja

Posted: 05 Sep 2010 03:30 AM PDT

Sg. Kandis, 5 September 2010 – Proses penamaan calon yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Sg. Kamdis pada hari ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru dari kumpulan yang diterajui Ketua Cabang YB Dr Xavier Jayakumar dengan dua kumpulan lain yang masing-masing dipimpini saudara Kottapan serta saudara Telai.

Terdahulu seawal pukul 9.30 pagi, kelihatan para penyokong kumpulan YB Dr Xavier Jayakumar telah berkumpul berhampiran dewan penamaan calon. Kira-kira pukul 10.30 pagi ratusan penyokong berarak bersama-sama barisan kepimpinan mereka yang terdiri daripada kepimpinan cabang yang diterajui oleh YB Dr Xavier Jayakumar serta YB Shuhaimi Mat Shafiei. Turut beriringan bersama mereka merupakan barisan kepimpinan AMK yang diketuai oleh saudara Azmizam Zaman Huri dan kepimpinan Wanita yang diketuai saudari Rozaina Hamzah.

Laungan "Reformasi" dan laungan "Hidup Xavier" serta "Hidup Shuhaimi" terus menerus dilaungkan para penyokong mengiringi barisan kepimpinan masuk menghantar borang pencalonan.

Menghampiri tengahari, kumpulan kedua yang dipimpini saudara Kottapan muncul dengan barisan calon kepimpinan cabang dan wanita untuk menyerahkan borang pencalonan mereka. Difahamkan pencalonan bagi kepimpinan AMK kumpulan ini akan dibuat pada sebelah petang.

Kumpulan ketiga yang diterajui saudara Telai kemudiannya menghantar borang pencalonan mereka. Kumpulan ini tidak membawa sebarang pencalonan bagi AMK mahupun Wanita.

Suasana lengang diantara pukul 1.30 petang hingga lewat 3 petang. Pengawas pemilihan yang bertugas pada hari itu merupakan saudara Ho Tze Long dan saudara Azizi Zazudi.

Berbaki sepuluh minit sebelum pukul 4 petang, beberapa pemuda yang dibawa saudara Kottapan bagi pencalonan AMK menyerahkan borang pencalonan mereka. Sedikit kekecohan berlaku apabila dikatakan terdapat masalah pada borang pencalonan yang dihantar oleh mereka. Namun, keadaan dapat dikawal oleh pengawas pemilihan.

Pada pukul 5.00 petang, pengawas pemilihan serta penyokong-penyokong yang masih berada disitu meninggalkan dewan.

Kehangatan pemilihan pada cabang yang mempunyai paling ramai keahlian ini sudah terasa walaupun hari pengundian akan berlangsung pada 26 September 2010. Daripada tinjauan yang diadakan, pilihan untuk memenangi pemilihan ini adalah dikatakan berpihak kepada kumpulan yang diterajui YB Dr xavier Jayakumar dan YB Shuhaimi Mat Shafiei

Diharapkan dengan pemilihan dan pengundian yang akan diadakan dapat membawa lebih banyak kebaikan kepada parti serta seterusnya kepada rakyat dan impian parti untuk menawan Putrajaya tercapai.


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pemilihan PKR -- Apa yang sama dengan UMNO?

Posted: 07 Sep 2010 07:36 PM PDT

Ada golongan-golongan tertentu cuba menyamakan kerancakan kempen untuk pemilihan jawatan-jawatan didalam PKR khususnya jawatan Timbalan Presiden dengan amalan-amalan yang berlaku didalam UMNO.


Saya sudah beberapa kali terlibat didalam pemilihan semasa berada didalam UMNO. Dan sehingga kini saya belum nampak wujudnya persamaan amalan yang berlaku didalam PKR dengan yang pernah berlaku didalam UMNO.


Kalau pun ada persamaan ialah kecenderungan pemimpin-pemimpin untuk bertanding dan kecenderungan anggota-anggota parti untuk menyokong calon-calon tertentu.


Didalam keadaan keributan pemilihan didalam UMNO, mereka menggunakan kuasa politik bagi mereka yang memegang jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO. Mereka memberikan tawaran yang tidak dapat diberikan oleh calon-calon lain.


Mereka yang mempunyai begitu banyak wang, ramai yang kaya didalam UMNO kerana mereka mendapat peluang yang begitu banyak kerana mereka sanggup menjadi kroni, menawarkan wang kepada perwakilan-perwakilan.


Sesetengah perwakilan dari sesetengah Bahagian mampu menukar 4 biji tayar baru dan merubahsuai kereta masing-masing setelah Perhimpunan Agung UMNO kerana begitu banyak wang yang mereka boleh bawa balik.


Mereka mendapat wang bukan dari satu punca tetapi berbagai punca, kadang-kadang dari calon-calon yang mereka tidak sokong, dan calon-calon itu mahukan sokongan. Kadang-kadang mereka menjualkan calon-calon mereka dengan "sistem barter trade", "engkau sokong calon tajaan aku, dan aku sokong calon tajaan kamu" dengan perkiraan wang yang sesuai.


Itulah politik wang, itulah rasuah politik. Itulah amalan didalam UMNO yang merosakkan parti itu, dan yang cuba diatasi oleh parti itu. Mungkinkah UMNO akan berjaya mengatasi masalah itu?


Pemilihan mereka yang terbaru menampakkan segala usaha mereka masih belum berjaya. Jawatankuasa Disiplin parti itu telah juga mengenakan disiplin yang kuat kepada mereka yang didapati mengamalkan politik rasuah, ada Menteri yang tersungkur. Ada pemimpin-pemimpin yang dibawa ke Mahkamah, tetapi ada juga yang didapati bersalah melakukan politik wang bukan sahaja tidak diambil tindakan bahkan dilantik kekal sebagai Ketua Menteri dan menjadi Anggota Majlis Tertinggi. Ini bermaksud bahawa tindakan UMNO terhadap pengamal-pengamal rasuah semasa pemilihan didalam parti mereka adalah bertujuan untuk mengekang sesetengah pihak dan menutup mata kepada sesetengah yang lain.


Politik wang atau rasuah politik tidak berlaku didalam PKR. Ada juga kempen yang cuba memburuk-burukkan calon-calon tertentu dengan fitnah-fitnah. Ini adalah gejala pertandingan yang tidak dapat membendung naluri-naluri negatif kepada penyokong-penyokong. Tetapi gejala itu adalah terhad kerana anggota-anggota PKR sendiri berjaya membuat teguran dan menyekat gejala-gejala buruk itu.


Walaupun penamaan calon belum lagi berlangsung untuk pemilihan pimpinan Pusat, tetapi calon-calon yang berhajat telah pun menyatakan hasrat masing-masing dan mereka sudah memulakan kempen.


Kempen pertama yang dijalankan adalah untuk mendapatkan pencalonan dari Cabang-Cabang. Tindakan sebegini adalah wajar. Jika seseorang calon itu ingin bertanding, beliau sudah pasti perlu berkempen untuk menyatakan hasratnya agar nama beliau dapat dicalonkan. Ini adalah demokrasi yang segar, dan kempen-kempen yang dijalankan membuatkan anggota-anggota parti merasakan bahawa mereka terlibat dengan sistem pemilihan yang diwujudkan, dan menjadikan mereka sebahagian dari proses kematangan berpolitik.


Didalam kempen peringkat awal ini belum ternampak lagi perbuatan amalan songsang seperti rasuah politik. Kempen utama yang dijalankan adalah melalui Fb, Twitter dan blog, dan kempen itu dijalankan oleh penyokong-penyokong tanpa melibatkan wang atau kuasa politik.


Kerancakan kempen akan meninggi apabila sudah dipastikan nanti calon-calon yang akan bertanding.


Sistem pemilihan yang diwujudkan oleh PKR adalah unik dan sistem ini tidak membolehkan permainan wang kerana pengundi-pengundinya melibatkan 400,000 anggota diseluruh Negara. Walaupun sesuatu Cabang menyokong seseorang calon, belum pasti lagi anggota-anggota didalam Cabang itu akan mengundi mengikut ketentuan Cabang. Hanya anggota-anggota di peringkat Cabang itu sendiri yang dapat menentukan, dan dimanakah jaminan bahawa anggota-anggota yang ramai itu boleh mengikut telunjuk pimpinan Cabang?


Pencalonan untuk pimpinan Cabang dan pencalonan untuk pimpinan Pusat dibuat pada hari yang berlainan, dan PKR mempunyai "SPR" sendiri untuk mempastikan pencalonan dapat berjalan dengan saksama dan pengundian dapat dijalankan dengan sempurna.


Setiap orang yang merasakan diri mereka layak untuk bertanding samada di peringkat Cabang mahu pun di peringkat Pusat boleh mengemukan pencalonan dengan syarat ada penyokong dan pencadang.


Maka amatlah demokratiknya sistem ini apabila Menteri Besar pun ditentang oleh anggota-anggota biasa, dan amalan ini tidak pernah berlaku kepada amalan-amalan didalam UMNO.


Menteri Besar Selangor adalah seorang Pentadbir negeri yang berwibawa dan berjaya membawa Selangor ke tahap yang lebih maju dengan pelbagai program sosio-ekonomi yang tidak pernah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini. Tetapi itu tidak menghalang anggota-anggota parti dari mencalonkan diri untuk menentangnya. Dan sudah tentu proses ini akan mematangkan parti dan calon-calon termasuk Menteri Besar itu sendiri setelah pemilihan sudah berlaku kelak.


Pertandingan yang sangat rancak kini adalah untuk Timbalan Presiden. Walaupun mungkin ada lebih dari dua orang calon, namun fokusnya nanti hanyalah kepada 2 orang calon sahaja iaitu YB Azmin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang juga Naib Presiden parti, dan Datuk Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan merangkap Anggota Majlis Pimpinan Pusat.


Kedua-dua calon ini sangatlah berwibawa. Azmin merupakan pimpinan yang setia dengan parti menjelma semasa zaman reformasi, mempertahankan parti didalam apa keadaan sekalipun, seorang pemimpin yang telah menjalani ujian getir dan beliau merupakan seorang pemimpin yang sudah terbukti. Manakala Zaid Ibrahim merupakan tokoh yang sangat disenangi kerana sifatnya yang tidak mementingkan diri apabila sanggup letak jawatan sebagai Menteri demi prinsip yang dipegangnya dan kepimpinan beliau boleh membawa kelainan kepada parti untuk membawa parti ke Putrajaya.


Persaingan ini nampak cemar sedikit apabila ada unsur-unsur fitnah yang tidak sepatutnya berlaku dan reaksi oleh sesuatu pihak terhadap unsur fitnah itu boleh merugikan parti dari segi pandangan umum, semoga reaksi berlebihan tidak lagi diungkit yang kelak nanti akan digunakan oleh media-media khususnya media yang menentang parti.


Ada pihak berpendapat bahawa kedua-dua kumpulan ini terlalu ghairah kerana jawatan Timbalan Presiden itu masih lagi disandang oleh Dr Syed Husin Ali, seorang pemimpin veteran yang dihormati didalam parti. Syed Husin adalah seorang tokoh politik yang tidak pernah memperjuangkan kepentingan diri sendiri, seorang yang penuh berdisiplin, dan tidak pernah mencari kepopularan diri. Beliau adalah pemimpin yang sangat berperinsip.


Beliau masih belum membuat pengumuman samada mahu mengekalkan jawatannya atau melepaskan jawatan itu. Setidak-tidaknya, calon-calon yang mahu merebut jawatan Timbalan Presiden itu perlulah menemui Dr Syed Husin bertanya khabar, menghormati beliau sebagai orang yang sangat disegani didalam parti, bertanyakan samada beliau mahu melepaskan jawatan atau pun tidak.


Ramai dari kalangan anggota-anggota parti masih mahu Dr Syed Husin mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden. Kombinasi Dato Seri Anwar Ibrahim/Dato Seri Wan Azizah/Dr Syed Husin Ali adalah mantap untuk kebaikan parti, dan kombinasi ini sangat diperlukan untuk berhadapan dengan PRU-13 nanti.


Ramai anggota sangat berharap agar mana-mana pihak yang mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden menunggu dulu keputusan Dr Syed Husin Ali, dan sewajarnya mereka menumpukan kepada jawatan Naib Presiden. Anggota-anggota turut memerhatikan gelagat mereka. Hanya mereka yang sabar sahaja akan diberikan keyakinan untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden.
Selain dari kerancakan ini, tidak langsung ada persamaan diantara pemilihan yang berlaku didalam PKR dengan apa yang berlaku didalam UMNO.
Kita berkeyakinan bahawa PKR akan menjelma sebagai sebuah parti yang lebih kukuh, kuat dan bersatupadu selepas pemilihan nanti.

Lokaliti pengundian didalam Pilihanraya untuk DUN Jenderak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau

Posted: 07 Sep 2010 02:23 AM PDT

Semasa perjumpaan dengan Suruhanjaya Pilihanraya beberapa minggu lepas di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang di Kuantan, saya telah memberitahu pihak SPR bahawa Kg Terbol, sebuah perkampongan Orang Asal di DUN Jenderak didalam kawasan Parlimen Kuala Krau didalam Daerah Temerloh mempunyai tempat pengundian bagi pengundi-pengundi kampong itu adalah di DUN Damak, kawasan Parlimen Jerantut.
Pegawai SPR yang ada di Majlis itu tangkas menyatakan bahawa wujud dua buah kampong, satu bernama Kg Terboi yang terletak di Daerah Jerantut dan kawasan mengundinya adalah DUN Damak dalam kawasan Parlimen Jerantut, dan satu lagi Kg Terbol yang terletak didalam Daerah Temerloh dan kawasan mengundinya adalah DUN Jenderak dalam kawasan Parlimen Temerloh.
Siasatan telah dibuat dan disahkan bahawa tidak ada kampong bernama Terboi samada di Daerah Temerloh atau di Daerah Jerantut. Yang ada hanyalah Kg Terbol yang terletak di Daerah Temerloh, didalam Mukim Jenderak dan kawasan pengundiannya ialah di Kg Pian, Kuala Krau, didalam DUN Jenderak didalam kawasan Parlimen Kuala Krau didalam Daerah Temerloh.
Pada hari ini saya telah menulis surat kepada SPR untuk membetulkan kawasan dan lokaliti pengundian bagai pengundi-pengundi Kg Terbol iaitu di Kg Pian, Kuala Krau, Temerloh.
Selama ini pengundi-pengundi Kg Terbol tidak keluar mengundi kerana untuk pergi ke DUN Damak adalah terlalu jauh bagi mereka, sedangkan parti-parti politik di DUN Damak juga tidak berminat membawa keluar pengundi-pengundi kampong itu ke Damak kerana jumlah pengundinya amatlah kecil dan memerlukan perbelanjaan besar untuk mengangkut mereka.
Oleh kerana pengundi-pengundi itu sememangnya didalam DUN Jenderak maka amatlah diharapkan agar SPR menukarkan lokaliti pengundian ke Kg Pian dalam kawasan DUN Jenderak didalam kawasan Parlimen Kuala Krau.
Saya juga mengemukakan cadangan agar pengundi-pengundi di dua buah kampong lain dialam DUN Jenderak didalam kawasan Parlimen Kuala Krau ditukar lokaliti pengundiannya.
Kg Rekoh (atau Paya Rekoh) dan Kg Berdut (atau Paya Berdut), dua buah kampong Orang Asal yang terletak dipinggir Felda Jenderak Selatan. Segelintir dari pengundi-pengundi di kampong itu mengundi di Sek. Keb. Felda Jenderak Selatan, manakala majoritinya mengundi di Balairaya Kg Paya Pelong.
Kampong Paya Pelong terletak lebih kurang 40 kilometer dari Kg Berdut dan Kg Rekoh iaitu melalui Felda Jenderak Selatan, melepasi Felda Jenderak Utara, melalui Pekan Kuala Krau membawa ke Pekan Kerdau dan masuk kedalam beberapa buah estet untuk sampai ke Kg Paya Pelong, lebih kurang 40 km dari kedua-dua kampong itu.
Maka adalah dicadangkan agar lokaliti pengundian bagi Rekoh dan Berdut ialah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Selatan.
Cadangan-cadangan praktikal ini dihantar kepada SPR Negeri Pahang untuk pembetulan lokaliti.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Pilihanraya PBT Dijangka Akan Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan

Posted: 07 Sep 2010 12:10 AM PDT


7 Sept - Kaji selidik yang dijalankan mendapati sebahagian besar penduduk bandar di Selangor mahu kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini akan merealisasikan cadangan untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli-ahli pihak berkuasa tempatan ataupun PBT di Selangor.

Pengerusi Exco Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri kerajaan Selangor, Teresa Kok percaya pelaksanaan cadangan itu akan menjadi bukti betapa kerajaan Selangor mengutamakan demokrasi dalam serba serbi pentadbirannya

Pilihan raya PBT adalah elemen penting dalam amalan demokrasi sebelum 1964 tetapi ia dimansuhkan walaupun kerajaan Umno Barisan Nasional berjanji untuk menyambung semula amalan itu.

Selepas beberapa dekad pimpinan Umno BN masih gagal menunaikan janji, sebaliknya Pakatan Rakyat yang membawa cadangan untuk menghidupkan semula pilihan raya PBT.

"Sebenarnya di kawasan Bandar atau di kawasan bandar kebanyakan penduduk memang mahu diadakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan" kata Teresa.

Kajian peringkat kebangsaan yang dijalankan Merdeka Centre sebelum ini mendapati 71 peratus mahu pilihan raya PBT diadakan semula.

Sebahagian besar respondan ialah masyarakat Cina - 75 peratus, India - 71 peratus dan Melayu - 68 peratus.

"Mereka mahu kerana mereka rasa adalah satu proses demokrasi dimana, yang mana mereka amat berharap ini dapat realisasikan" kata beliau lagi.

Berdasarkan kaji selidik, penduduk Selangor berpendapat kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian maklumat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan bertambah baik dengan adanya pilihan raya PBT.

"Selain daripada itu, mereka juga berpendapat bahawa kalau adanya pilihanraya PBT, ini akan menambah baikkan mutu perkhidmatan dan juga sistem penyampaian kerajaan tempatan" ujar Teressa mengakhiri perbualan.


Sumber: TVSelangor

Lagi 13 Wakil Rakyat Sokong Azmin, Sembilan Dari Selangor

Posted: 07 Sep 2010 12:09 AM PDT


Seramai 13 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Negeri Sembilan hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hadir pada sidang media yang bertujuan menyatakan sokongan kepada Pengerusi PKR Selangor itu, iaitu Yaacob Sapari, Amiruddin Shari, Suhaimi Shafei, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Xavier Jeyakumar.

Pada sidang media itu, mereka menyatakan seramai 13 ADUN termasuk kelima-lima mereka menyokong Azmin pada pemilihan yang berlangsung pertengahan 17 September hingga 21 November ini.

Selain mereka, ADUN yang didakwa menyatakan sokongan tetapi tidak hadir sidang media berkenaan ialah Rodziah Ismail, Lee Kim Sin, Gan Pei Nei dan Haniza Talha manakala ADUN dari Negeri Sembilan adalah Amiruddin Harun, Rashid Latif, Ravi Munusamy dan Chai Tong Chai.

ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata Azmin adalah calon terbaik untuk bergandingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengasaskan politik baru di negara ini.

"Ketokohan, kepimpinan dan ketahanan diri beliau sudah teruji. Sebagai pelopor kanan, bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan memperkemas dan memperteguh parti menuju ke mercu jaya," katanya.

Kerusi nombor dua hieraki parti itu kosong berikutan penyandangnya , Syed Hussin Ali, seorang senator Dewan Negara sebelum ini yang dijangka tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Bagaimanapub, Yaakob berkata sokongan yang dibuat hari ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa, sebaliknya menganggap menzahirkan sokongan adalah hak seseorang wakil rakyat.

Pada akhirnya, kata beliau, ahli akar umbi PKR yang akan membuat undi bagi memilih pemimpin.

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi pula menyifatkan proses menyatakan sokongan ini bukan amalan tidak sihat dalam sesuatu proses pemilihan parti, sebaliknya turut diaplikasi di negera maju termasuk United Kingdom.

"Proses menyatakan sokongan ini adalah persaingan yang sihat dalam membuat sebarang pemilihan pimpinan dalam mana- mana parti," katanya

Mereka turut menyatakan penghargaan kepada Syed Husin kerana banyak berjasa dan berkorban memantap dan mempertahankan parti dari serangan musuh tradisinya, Umno Barisan Nasional.

Proses pemilihan parti 2010 melibatkan 218 cabang dan setengah juta anggota pamrti yang kesemuanya layak mengundi dan memilih kepimpinan di peringkat cabang dan pusat.


Sumber: TVSelangor

KM Sarawak: Tiada Tanda Taib Sedia Berundur

Posted: 07 Sep 2010 12:08 AM PDT


7 Sept - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untuk menerajui BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri, walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan berundur apabila tiba masanya.

Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untuk Sarawak ketika ini.

Seorang penulis terkenal Amerika Denis Waitley pernah berkata: Ada dua pilihan utama dalam kehidupan, iaitu untuk menerima keadaan mengikut seadanya, atau mengambil tanggungjawab untuk mengubahnya.

Nampaknya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mahu menggoncang kestabilan, kerana mereka berpendapat hanya beliau sahaja yang mampu mengekalkan perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen dalam BN Sarawak.

Kriteria itu merupakan perkara penting untuk menerajui negeri dan mesej ini jelas disuarakan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching Ahad lalu, sekaligus menggambarkan kedudukan kukuh Taib dalam parti.

Menurut satu sumber parti, pemimpin-pemimpin penting PBB bimbang sekiranya Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri, ia mungkin menggugat kestabilan parti dan juga BN Sarawak.

"Ramai di kalangan anggota BN Sarawak bimbang sekiranya Taib tidak cukup mantap untuk menerajui pilihan raya. Apa sahaja pendapat anda tentangnya, dia mempunyai kepimpinan uang kukuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar semasa pilihan raya, dan jentera pilihan raya bersatu di bawah satu pentadbiran," katanya.

"Sekiranya Taib mengambil keputusan untuk berundur sekarang, bagaimana penggantinya dapat mengekalkan perpaduan dalam parti, terutama dalam menangani isu-isu seperti calon berpotensi dan permainan politik dalaman yang akan memberi kesan terhadap jentera semasa tempoh berkempen?" tambahnya.

Beliau berkata sebarang keputusan terlalu awal di pihak Taib untuk berundur ketika ini pastinya akan menggugat kestabilan parti.

Keadaan ini secara tidak langsung memberi penjelasan kepada tindakan timbalan presiden parti PBB Tan Sri Alfred Jabu yang mengumumkan bahawa 71 cawangan PBB menyuarakan ikrar taat setia kepada Taib untuk terus memimpin sebagai Ketua Menteri, Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB.

Katanya kepimpinan Taib amat penting dan diperlukan bagi mengekal kestabilan politik Sarawak, keamanan, keharmonian serta perpaduan yang tidak tergugat, dan kerajaan negeri memerlukan Taib untuk mengekalkan disiplin bagi memastikan kerjasama kukuh antara parti-parti komponen BN Sarawak, di samping menjanjikan prestasi yang cemerlang dan berintegriti dalam BN.

Satu lagi sumber dalaman parti berkata Taib sendiri memberi taklimat kepada anggota Majlis Tertinggi Ahad lepas mengenai rancangan bagi menggantikan tempatnya dan memberi penjelasan mengenai kontroversi yang timbul ekoran kenyataan beliau sebelum ini menegnai kesanggupannya untuk berundur.

Tidak ada anggota Majlis Tertinggi yang sanggup memberi komen mengenai rancangan itu kecuali berkata mereka memberi sokongan penuh kepada Taib untuk terus menerajui negeri dan parti.

Antara yang dilihat berpotensi menjadi pengganti Taib ketika ini selain Jabu ialah Timbalan Presiden II Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg, dan Naib Presiden kanan 1 Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan.

Bagaimanapun masih ada kemungkinan lain yang tidak boleh diketepikan.

Contohnya Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang baru dilantik sebagai penasihat khas kepada pejabat Ketua Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal awam pada 2 April lepas yang memberikan beliau setaraf dengan menteri, Datuk Seri Adenan Satem.

Pelantikan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu sebagai penasihat khas kepada Taib turut mencetuskan cakap-cakap politik dalam arena politik negeri.

Adenan sebelum ini pernah disebut-sebut untuk menggantikan Taib, namun beliau dikatakan tidak sefahaman dengan Ketua Menteri pada tahun 2006, dan sejak itu beliau 'menghilangkan diri' buat seketika.

Sebelum ini ada beberapa pemimpin PBB yang dikatakan berpotensi untuk mengambil alih teraju kepimpinan, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri Sulaiman Daud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Ulis dan Datuk Abang Abu Bakar Mustapha, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan.

Pada tahun 2006, Taib memberi petunjuk bahawa beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri untuk penggal semasa yang akan berakhir Jun tahun depan.

Bagaimanapun bagi pilihan raya berikutnya, ketika ini nampaknya Taib akan terus menjadi kata pemutus kepada kepimpinan negeri. - Bernama

Dakwaan Ke Atas Pembikin Video Bawah Pokok Ditangguh

Posted: 07 Sep 2010 12:07 AM PDT


7 Sept - Dakwaan ke atas ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow kerana memiliki DVD yang belum diluluskan oleh lembaga penapisan filem telah ditangguhkan.

Menurut Ong, dakwaan berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Mejistret Ipoh, pagi ini tetapi ditangguhkan atas arahan ketua pendakwa negeri.

"Mereka sedang menuju arahan lanjut dari Putrajaya," katanya ketika dihubungi.

Ong petang semalam diarahkan oleh polis untuk hadir di mahkamah berkenaan hari ini. Pihak pendakwaan juga hari hari ini.

Beliau dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002. Jika terbukti bersalah, Ong boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

DVD kontroversi itu memuatkan rakaman sidang tergempar dewan undang negeri Perak pada 3 Mac 2009 yang diadakan di bawah sebatang pokok yang dirakamkan oleh Ong.-MALAYSIA KINI

Wanita Dakwa Dimarahi Tidak Tahu Bahasa Malaysia Semasa Buat Laporan

Posted: 07 Sep 2010 12:07 AM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Sept - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Loh See Moi, wanita yang mendakwa dimarahi oleh seorang pegawai penyiasat kerana tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa Malaysia ketika membuat laporan di Balai Polis Kepong pada 28 Ogos lepas.

Wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu hadir ke balai polis itu pada kira-kira 11 pagi tadi bersama Nick Ong, pembantu khas Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Ong berkata, Loh memberitahunya bahawa anggota polis dari Bukit Aman datang ke rumahnya pada 3.30 petang semalam.

"Hari ini Loh See Moi turut dipanggil ke Balai Polis Kepong untuk hal yang sama," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pegawai penyiasat itu kini menjalankan tugas pentadbiran sementara menunggu siasatan dijalankan.-SINAR ONLINE

Musa Dedah KDN Campur Tangan Urusan Polis

Posted: 07 Sep 2010 12:05 AM PDT


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.

"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.

Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.

"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.

Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.

"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya.

- Bernama

Pandangan Nurul Izzah Kena Tepat Kepada Golongan Berpandangan Sempit

Posted: 07 Sep 2010 12:04 AM PDT


SHAH ALAM 7 Sept - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Senator Dr Syed Husi Ali menegaskan pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu dan 'ketuanan Melayu' tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi yang wujud hanya 'kedudukan istimewa', telah mengoncang pendapat golongan yang berfikiran sempit.

"Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yangdibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

"Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai telah menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

"Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," kata Dr Syed Husin dalam kenyataannya hari ini," tegas beliau.

Beliau berkata prinsip Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAkatan Rakyat ialah mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.


Sumber: Suara Keadilan

Johan Jaaffar, Farid Ridzuan Perlu Letak Jawatan

Posted: 07 Sep 2010 12:03 AM PDT


SHAH ALAM 7 Sept - Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Eksekutif, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan didesak meletakkan jawatan segera dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kecuaian membenarkan penyiaran iklan Aidilfitri yang berunsur syirik sejak seminggu lalu.

Walaupun iklan tersebut telah ditarik balik sejak dua hari lalu namun kesan dan pengaruh elemen syirik yang dianjur oleh iklan tersebut dijangka memberi kesan mendalam kepada golongan belia serta kanak-kanak.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang dimiliki oleh Media Prima dianggap tidak langsung mengambil berat tentang isu sensitiviti agama Islam apabila menyiarkan iklan Aidilfitri yang mirip kepada sambutan perayaan Hari Natal.

Beliau berkata penyiaran iklan tersebut telah menimbulkan bantahan dan kemarahan umat Islam di negara ini malah iklan itu seolah-olah menggalakkan unsur syirik ditengah-tengah masyarakat Islam di Malaysia.

"Tindakan TV3 menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan dapat menyelesaikan segala-galanya atau meredakan kemarahan umat Islam tetapi mereka yang berperanan seperti pengurusan tertinggi syarikat perlu mengambil seluruh tanggungjawab ke atas penyiaran iklan itu.

"Menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan satu jawapan kepada bantahan yang diterima daripada rakyat dan ia tidak tamat disitu sahaja, apa yang pasti dan paling penting adalah Johan Jaaffar serta Farid Ridzuan perlu tampil untuk membuat penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan memohon maaf bagaimana perkara tersebut boleh terlepas.

"Saya pasti bagi mengembalikan suasana tenang kedua-dua mereka perlu meletak jawatan, ini sebagai tanda mereka mengambil tanggungjawab atas segala apa yang berlaku," tegas Salahuddin kepada Suara Keadilan.

Salahuddin juga melontarkan persoalan samada firma komunikasi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide menjadi dalang disebalik penyiaran iklan dan adakah Apco juga mahu rencah 1Malaysia dicapai melalui iklan tersebut.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan memantau dengan tegas sebarang iklan yang mempunyai unsur syirik yang boleh memesong akidah umat Islam.

"Iklan tersebut jelas mempunyai unsur syirik yang mana boleh memesongkan akidah seseorang terutamanya kanak-kanak yang mempunyai sifat keinginan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Kita risau tanpa tindakan segera perkara yang memesongkan ini akan bersemadi di dalam diri kanak-kanak yang mengikuti iklan tersebut.

"Kita tidak mahu acuan yang digunakan untuk memastikan konsep 1Malaysia ini mendapat perhatian rakyat terus mencemar sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti," ujar beliau lagi.

Dalam iklan yang disiarkan sejak Khamis lalu, sempena sambutan Aidilfitri, TV3 menggambarkan seorang Pak Haji mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Penyiaran tersebut menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan itu juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau 'computer generated imaging' (CGI).


Sumber: Suara Keadilan

Kerajaan Pakatan Rakyat Tidak Rompak Harta Rakyat Seperti Umno-BN

Posted: 07 Sep 2010 12:03 AM PDT


BUKIT MERTAJAM 7 Sept - Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan sedikit daripadanya kepada rakyat seperti mana yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan disebabkan ketelusan Pakatan Rakyat, maka Umno-BN menyerang bertubi-tubi kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana memberi ancaman kepada agenda merompak harta rakyat.

"Jika mereka merompak wang rakyat, balak, tanah dan saham untuk diagihkan kepada kroni bagi memenuhi temolok mereka dan sebahagian daripada itu diagihkan kepada orang miskin bukanlah satu tindakan yang betul.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah jauh bezanya daripada Umno-BN. Kita tidak merompak hak orang lain. Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng memberikan wang penghargaan berdasarkan kepada perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat.

"Merompak, mengambil hak orang lain, mengagihkan kepada kroni dan penyokong sahaja bukan menjadi amalan dalam mana-mana kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat," tegas Anwar lagi semasa menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris warga emas yang meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam Ahad lalu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengiktiraf golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dengan syarat mereka telah mendaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang bagi menerima sumbangan RM100 seorang.

Sehingga ini seramai 107,625 warga emas telah pun menikmati wang penghargaan tersebut.

Ia juga menunjukkan peningkatan lebih 25,000 warga emas mendaftar dibandingkan seramai 83,000 warga emas sahaja yang mendaftar sebelum ini.

Manakala bagi waris kepada warga emas yang kematian ibu dan bapa akan menerima RM1,000 sebagai sumbangan mengurangkan beban yang ditanggung waris.

Sehingga 24 Ogos 2010, sejumlah 776 pewaris telah menerima sumbangan itu yang melibatkan kos sebanyak RM776,000 yang salurkan melalui sistem i-sejahtera yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.

"Dalam tempoh yang singkat pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya membela nasib rakyat. Sistem pemerintahan yang bijak mampu memberi manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat.

"Oleh kerana itu sokongan dan dokongan yang diberikan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir beberapa buah negeri harus ditingkatkan lagi bagi mencapai hasrat kita menuju ke Putrajaya," tambah Anwar.

Turut hadir pada majlis sumbangan tersebut termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman serta Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy.


Sumber: Suara Keadilan

KBGM Jahil Perlembagaan Telah Dipinda 40 Kali Dalam 53 Tahun

Posted: 07 Sep 2010 12:01 AM PDT


SHAH ALAM 7 Sept - Badan Peguam menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBGM) terhadap Kempen Perlembagaanku adalah akibat kurangnya pemahaman dan maklumat berkenaan kempen tersebut lebih-lebih lagi mengenai Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media semalam, PresidenBadan Peguam, Ragunath Kesavan berkata kebimbangan KBGM bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu (Buku Panduan Rakyat) yang bersifat menghasut adalah tidak benar sama sekali.

"Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang Perlembagaan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia memberi makna kepada negara kita. Ia langsung tidak menjadi matlamat Badan Peguam untuk cuba membuat pindaan terhadap Perlembagaan.

"Kempen ini tidak bersifat kepartian dan kami mengambil segala usaha untuk menjalinkan usahasama dengan semua pihak yang mahu bekerjasama dengan kami. Setakat ini, aktiviti-aktiviti kami telah dihadiri dan disokong oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang Ketua Menteri, dua Menteri Besar, Ahli-ahli Parlimen termasuklah Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat dan pihak lain," jelas Ragunath.

Beliau menegaskan kerisauan utama KBGM adalah berhubung kandungan Buku Panduan Rakyat yang mengatakan Perlembagaan boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia.

"Ini sememangnya ada dinyatakan di dalam Perlembagaan. Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih daripada 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu.

"Secara amnya, pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen. Namun demikian, terdapat beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, yang hanya dapat dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja," kata beliau lagi.

Ragunath menolak dakwaan KBGM bahawa kempen tersebut dibiayai oleh NGO asing anti-kerajaan.

Beliau menjelaskan kempen PerlembagaanKu tidak mengaut sebarang keuntangan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh Badan Peguam Malaysia disamping menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan politik dan bukan politik dan juga rakyat Malaysia.

"Kempen PerlembagaanKu bertujuan untuk memaklumkan rakyat Malaysia tentang apa yang dinyatakan di dalam Perlembagaan. Ia mengalakkan orang ramai untuk membaca Perlembagaan dengan sendiri dan mempelajari tentang apa yang terkandung dan tidak terkandung di dalam Perlembagaan.

"Dalam hal ini, kami percaya kebimbangan KBGM dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan berkenaan Perlembagaan. Kami menjemput KBGM untuk mengadakan perbincangan dan sedia bekerjasama dengannya untuk bersama-sama 'Merakyatkan Perlembagaan'," ujar Ragunath.


Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


MUSLIHAT JAHAT?

Posted: 07 Sep 2010 02:41 AM PDT

Salam 2 all.

Saya melihat pembikinan dan penyiaran iklan "Sinari Lebaran" oleh TV3 sebagai satu perancangan yang teliti lagi halus, bertujuan menjerat umat Islam khususnya golongan muda dengan racun pemikiran yang sangat kreatif tetapi menyesatkan dan berniat jahat.

Dibawah saya perturunkan analisa yang telah dibuat mengenai iklan tersebut, "frame by frame", yang jelas membuktikan dakwaan bahawa iklan tersebut sebenarnya satu kesilapan yang tidak disengajakan dan di "overlook" serta sebenarnya berniat baik dan ikhlas adalah tidak benar.

Sebaliknya ia jelas membuktikan ada satu agenda jahat, satu perancangan halus, yang dibuat dengan segala niat dan tujuan yang telah difirmankan ALLAH didalam Al Quran surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Nasara itu tidak akan redha dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka. Katakanlah bahawa sesungguhnya petunjuk ALLAH itu sudah mencukupi bagi kami. Namun sekiranya kamu (wahai umat Islam) memilih untuk mengikuti golongan Yahudi & Nasara itu, setelah datang kepada kamu petunjuk (Al Quran) ini, maka ALLAH tidak akan membantu dan memimpin kamu"".

Saya berpendapat sekadar meminta maaf dan menarik balik iklan tersebut adalah tidak mencukupi. Kerana iklan tersebut sebenarnya hanya simptom kepada satu penyakit serius. Saya percaya ada penyakit yang kronik ujud didalam pengurusan dan pentadbiran serta editorial di TV 3, termasuk juga didalam syarikat Media Prima yang menguasai TV3 tersebut.

Oleh itu, saya mendesak supaya:

1. Pengurusan, pentadbiran dan editorial syarikat Media Prima dan TV3 yang terlibat secara langsung dengan iklan termasuk Ketua Pegawai Rksekutifnya hendaklah meletak jawatan dengan serta-merta;

2. Pihak berkuasa hendaklah melakukan siasatan menyeluruh keatas pengurusan, pentadbiran dan editorial syarikat Media Prima dan TV3 khususnya untuk mengetahui siapakah yang meluluskan penerbitan iklan tersebut. Pihak berkuasa juga harus mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan pengarah/penerbit iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan tersebut;

3. Sekiranya ujud elemen jenayah, maka pertuduhan sewajarnya dibawa terhadap mereka yang bertanggungjawab samada menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan ataupun mana-mana peruntukkan undang-undang yang ada;

4. Pihak berkuasa agama Islam perlu melakukan siasatan dan jika ujud unsur cubaan menyesatkan atau menghina Islam, maka tindakan menurut peruntukkan bersesuaian dibawah enakmen pentadbiran Islam yang berkaitan perlu diambil segera;

5. Satu rombakan besar-besaran dan penukaran pengurusan syarikat Media Prima dan TV3 perlu dilakukan segera demi memelihara dan membela maruah dan integriti Islam dan semua institusi Islam yang berkaitan.

Apa yang lebih parah ialah kelihatan ada pihak yang cuba menafsirkan konsep 1-Malaysia untuk melahirkan satu persepsi dan perspektif yang sangat membahayakan, iaitu menukar konsep 1-Malaysia ini kepada 1-Agama dan 1-Bangsa, dengan implikasinya membawa kepada penghapusan agama Islam dan bangsa Melayu!

Saya kira sudah tiba masanya kerajaan memperjelaskan apa sebenarnya maksud konsep gagasan 1-Malaysia ini kerana ia melahirkan lebih banyak kekeliruan dan salahguna daripada mencapai maksud yang dinyatakan. Sekiranya ada keperluan, saya kira tidak ada salahnya kerajaan mengkaji semula konsep 1-Malaysia ini dan membuat 're-branding' yang lebih bersesuaian dan tidak mengelirukan, dan jika perlu ianya dimansuhkan maka tidak ada salahnya kerajaan berlapang dada dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kerana pada saya, konsep 1-Malaysia yang bermula dengan niat baik dan ikhlas oleh kerajaan hari ini telah diputarbelitkan dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan sempit sehingga membawa kepada "floodgates" pelbagai tafsiran dan persepsi yang jika tidak dibendung segera boleh menghancurkan struktur fundamental negara ini berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan 1957.

Dan bukti jelas pendapat saya ini adalah iklan "Sinari Lebaran" yang disiarkan oleh TV3, sebuah syarikat yang dikuasai oleh Kerajaan sendiri!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
28 Ramadhan 1431
07 Sept 2010

Bukti Iklan TV3 Menyesatkan Umat Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_pVKKmEjOpGLdGC3tN9Md2lfr5GRQvwRW2KM5cl3JVYBv5GgmpyIg1s_n-pXmhR9HM3VFzf9kLTohvUNJxi7X-4nv472bH8Yn0kAkLPi2Hq_j0uJIW2-wTHEZ8ntchDpJx8NGqMDS_2Vz/s1600/scene+1.PNG

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRXp1Vjw78agEcjLcML5M9Lsno97FgqNmhaUvrcAR47asZVCG8mHT13MwjxdHfXhTFmkWJbhh14zOd-xlm2vNMtYDsvgXJOao6CfmXGic9XjBNuSzwOeCFnjT184JL13ccMXzJgDDZ-NNS/s1600/scene+2+%281,3,4%29.PNG

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxQyLNFh-miiMadhcjc0d7WzaNYX2fCsD9iLZycl5QV5Y-mV7WUF9bieexxOs8__j6B_5XT1B7agY0bBdZxGskIO5led0OG3yUX8L4IemAdMovld84b8RFGBNDltkn9A1hQFcJ_0Cg6ZZ-/s1600/scene+2+%282%29.jpg

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOj2_KvqSj9qLUzOZYv3RbZdlNG-q-E5xXouF0tNE3J2wXuRX2s25Dd3qAUenU3bqC4prk-5JMyX6z7Bilj25NgJqKVX3X7mdizNw1O20KpQbpIMO1tO8eJ8CTBdwpYbRXYPDKbxDFcowY/s1600/scene+3+%281%29.PNG

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0Vs19OSYCbgjpwJD80xTGhsfOx1F6vS-TF5prQ-D1IX-YZxrAIN9X5eoRFnAzlEgK4BOTwXBTDlxa_5CkbpYP9J6AmzbD0rIiV8_sU-JS2OBnOIOg4Ftw2rnwXpM68yiQvejHg_-_8i4R/s1600/scene+3+%282%29.PNG

Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ8r_Ro2EMzPsvtC1I3mcVCKgD72cgq8C5S24ktyljI6PNC_QYbgpxAQCEQ_sniCZhKBuyrW5hKC1lYjt1RoVYnPQpGZqAPZDR0GQm6CV-9jtQV7v3lSPHcRviOcXGZ6T6wGX4fjUNaF8V/s1600/scene+3+%283%29.PNG

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGzkotybrYkA92kDLQfuM2TghW0RlrFLcbJxrAU8gDB_MQ05LIgtYtmnin-hxeDhlEfVKntE30MpzAN1mzgt0cmYWdFxETZKOGSHrfW340-h78L8b_a1RoaOjJbvi3PeJAY7srlb-lC-bq/s1600/scene+4.PNG

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJDPDFrsz92myihJeLYPfZp06XuWAjP8XAFMR9e3KbZiwUC8TahgeLubd1-Ae7Oe-qpVX7cpaUKtfW2gaogHZiIWaktPl5IBqyq7KrHS5kxtuJnM2iELYWzIGTuqTBBjEqTsXWQ3uVwJGM/s1600/scene+5+%281%29.PNG

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi348qCBxgXkKCYxFdXwMdTpXMT-G_G08l0jPDln2kDhgTnbFbD-VcaizWWVqive_8GBCRaIRAhk4jNQxoTgdAdbAFJTTTNei8TRbaxH13dO5THgTi0hBry8etC0t1r2FQMBIvFbf4-DHvG/s1600/scene+5+%282%29.PNG

Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCwuuS13H5EyYOuPQsCJQkRZUHheENzpuc87r-9qQLRkXSayuDzZxFVsdnh9-m1f-XzoAXtv4QCh_KOdNGo63ucqC_LrplY2TCChCGgUozZNRamDf0aHh4E8KCwghpTQXJSR5u95DPVRNh/s1600/scene+5+%283%29.PNG

Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHjBX9QlevQrsCPHXi9tDsbASHxUCQilrzWhFfNwiUtIAhESWfBhZcNB-y8xmkBpDsmhU29yPNuYTctROtnESmiOC-A_vP9xMRQQGGGk5N3KO_vM-9l34vsP8bfgPyICnJJtS2RbdtiM2t/s1600/scene+6.PNG

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_IxFkonS9-oLLh4qTShN08fygYHdNPsdV8-U2IcFxppioqMtJiiv5Sn5VH935RGtux5pc35yp4ldx56-jgT-UVLhQzEjE8gTKXtf3oeRl83zu8S9XUwaA-awXC3qF9YGSCMmr6FjfNfmJ/s1600/scene+7+%281%29.PNG

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgh_BJyJSw3GTx_zuZ-ARqCBHob2J5o58_QOLlYFk_iojR_iUBr25IDLcoA0DuL5C70fNhXfQ-zriJnwcYSwBQlELWYxsBKUIpLHULCgSnwfcjboCep_FtFCyFXdT5itOOkrdNFZAmpe7Ph/s1600/scene+9.PNG

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau - Singapore lah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-rUcrefV413MX7IypJktRjMZkAMEm6-UmyHExj1AhAO3EVcS_moNZMy7rFYyfTe9U2LnhU2eSminwzE-TBJHodC3FejgTIjxu1GBxYU9A0ZACM8CeL_bzaiHaBeQcVpy37l6xHkWaBC7y/s1600/scene+10.PNG

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjrBYx2-ZjYyFnQYQS6FnbbsQfxEDz0wIJo6A2Xo6F8Mr6Hn0yHsiBrmQSgNBfGBX8JWUP4Qn5pvXuse1iQAEdgsZLFD05dojSjKJd3wrG0FQT4pdQ304VbrYEDhBFmPHRjzFWz1Y_tgTY/s1600/scene+11.PNG

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPK5HjusZ0uOoM6MOX6EGMA_CXB90zy2m3v6TSMS-Vul8AWCYjHoLSShCjYN7eb2kUMwiWDiphw4bU2l9chfpt1uUDpwXROkbPb0ou4VneoEYYWok4iTE6bIMA3R9ytd41fFn36nrzmodF/s1600/scene+12.PNG

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).