Isnin, 30 Ogos 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


MENGKAFIRKAN MASJID!

Posted: 30 Aug 2010 10:29 AM PDT

Salam 2 all.

Saya perturunkan disini pandangan seorang ilmuan muda mengenai isu membenarkan kafir memasuki ruang solat masjid. Ustadz Fathul Bari Mat Jahaya, sekarang menyandang jawatan Penasihat Agama IJN adalah anak bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahaya. Dikenali sebagai seorang yang giat berdakwah melalui ceramah dan penulisan, beliau sendiri pernah ditahan kerana memberikan tazkirah didalam sebuah surau.

Agak ironis seorang ilmuan saperti Ustadz Fathul Bari tidak dibenarkan memasuki surau dan masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi yang menentang Islam bukan sahaja boleh masuk tempat utama solat, malah dibenar bertazkirah sambil memijak tempat sujud umat Islam yang tanpa segan malu menhulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini.

Moga-moga pandangan beliau ada menafaatnya untuk mereka yang masih ada sekelumit iman didada.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Ramadhan 1431
31 Ogos 2010

##############################

Bila bukan Islam dipuji, sesama Muslim dicaci!
Oleh Fathul Bari Mat Jahya

Kita tidak nafikan bahawa ilmuwan Islam berselisih pandangan tentang hukum bukan Muslim masuk ke masjid. Ada yang membenarkan secara mutlak. Ada juga yang melarangnya secara mutlak. Begitu juga ada ulama yang membezakan antara masjid di tanah haram dengan tanah halal.

Jika masyarakat kita selesa dengan mazhab al-Syafi'e, saya bawakan di sini kenyataan seorang pendokong mazhab ini iaitu Al-Imam al-Nawawi di mana beliau menyatakan bahawa mazhab al-Syafie mengharuskan bagi bukan Islam masuk ke semua masjid kecuali di masjid al-Haram dan sekitarnya (yakni di tanah haram Mekah).

Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.

Kata al-Imam al-Nawawi lagi: "Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan." (lihat Majmu' Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).

Adapun firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini". (surah al-Taubah, 9:27),

Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.

Perlu diingatkan para ulama telah bersepakat; bukan Islam dibenarkan untuk masuk ke masjid kerana keperluan seperti inginkan bantuan atau mendengar dakwah Islam. Dan hal ini perlu. mendapat keizinan daripada pemerintah Islam.

Al-Syeikh Soleh al-Munajjid yang merupakan ulama terkenal di Saudi Arabia merangkap penyelia bagi laman web soal jawab Islam terkenal, iaitu www.islamqa.com, menyatakan: "Ada pun masuknya bukan Islam untuk sekadar lawatan melihat masjid dan bersama-sama dengan mereka para wanita yang tidak menutup aurat, membawa kamera, serta masuknya mereka ke masjid tanpa penghormatan, maka hal ini merupakan perkara mungkar lagi tercela. Tidak boleh membenarkan mereka masuk." (no. fatwa: 9444).

Saya katakan, sedangkan Nabi pernah menghalau seorang wanita yang bersuami kerana memakai wangian ketika datang ke masjid. Bahkan Nabi menyuruh wanita tersebut pulang dan mencuci wangian itu (riwayat Ibnu Khuzaimah).

Jelas, larangan Nabi SAW kerana dibimbangi wangian tersebut mengganggu penumpuan jemaah masjid, apatah lagi memasuki masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan yang agak sensitif dengan isu seperti ini. Setiap adat yang tidak bercanggah dengan syariat, perlu dihormati.

Kaedah fiqh jelas menyatakan bahawa "al- 'aadah muhakkamah' iaitu adat yang tidak menyanggahi hukum syarak harus dipraktikkan. Dan perkara ini perlu dirujuk kepada pemerintah Muslim.

Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).

Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.

Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.

Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq 'Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: "Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali." (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)

Dua perkara yang perlu ditekankan di sini adalah; pertama bagi pihak yang meminta bantuan, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam. Kedua, bagi Muslim yang berkemampuan, janganlah terlalu memilih untuk membantu. Difokus kepada partinya, diabaikan lawannya. Begitu juga sikap ingin glamour dan popular perlu dihapuskan daripada jiwa kita.

Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.

Saya tidak nafikan bahawa umat Islam wajib melindungi hak-hak bukan Islam di negara ini kerana mereka adalah ahlul dzimmah (yang dilindungi kerana perjanjian).

Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.

Wallaahua'alam.

FATHUL BARI MAT JAHYA
Penasihat Agama Institut Jantung Negara

MUFARAQAH LAH!

Posted: 29 Aug 2010 11:37 PM PDT


(YAB Tok Guru Nik Aziz: tetap tegas dengan perjuangan menubuhkan negara Islam & perlaksanaan undang-undang Islam termasuk hudud, qisas & ta'zir)

Salam 2 all.

Saya yakin ramai ahli akar umbi PAS tidak tahu bahawa Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat memperuntukkan bahawa menjadi dasar Pakatan Rakyat jika memerintah tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, dan tidak akan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir). Malahan Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular yang sedia ada!!

Saya percaya atas kesedaran itulah maka YAB Tok Guru Nik Aziz membuat kenyataan baru-baru ini mendesak supaya Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang hudud, qisas & ta'zir (dan menubuhkan negara Islam) jika Pakatan Rakyat memerintah. Tetapi kenyataan Tok Guru itu ditentang dan disangkal oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Dr. Dzulkifly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain. Sehingga satu Kenyataan Bersama dikeluarkan minggu lepas memperkukuhkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!

Sebab itu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada YAB Tok Guru Nik Aziz yang menuntut supaya Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang jenayah Islam (hudud, qisas & ta'zir) jika diberi kuasa memerintah Kerajaan Persekutuan. Desakan Tok Guru disokong oleh YB Setiausaha Agong PAS Dato' Mustafa Ali dan Ketua Pemuda Sdr Nasharuddin Hassan Tantawi.

Saya angkat tabik hormat kepada Tok Guru kerana istiqomah dan konsisten dalam perlaksanaan undang-undang jenayah Islam ini, termasuk pendirian mahu menubuhkan negara Islam dan menolak Perlembagaan sekular negara ini. Malahan pendirian tegas inilah yang menyebabkan PAS menolak UMNO. Dan pendirian inilah yang membezakan PAS dengan UMNO. Jika bukan kerana penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir, tiada bezanya PAS dengan UMNO.

Malahan itu antara sebab utama orang Melayu tertarik dengan PAS, kerana cita-cita untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Saya sendiri menyertai PAS dahulu kerana pendirian tegas ini. Daripada menjadi ahli biasa, kemudian menjadi ahli jawatankuasa Lujnah Kebajikan PAS Pusat, kepada AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan, memegang jawatan YDP PAS Kawasan BTR, sehingga ke jawatan Pengerusi Tetap PAS Kawasan. Begitulah sejarah saya dengan PAS.

Dan itu semua antaranya kerana keyakinan saya kepada pendirian PAS mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam dan menubuhkan sebuah negara Islam, dan menolak Perlembagaan sekular negara ini. Malah saya masih istiqomah dengan perjuangan ini. Sebab itu saya satu-satunya Ahli Parlimen yang konsisten mengemukakan usul kepada Parlimen dalam tiap sidang supaya undang-undang Islam dilaksanakan, dan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk mendaulat dan memartabatkan Islam (sila lihat kepada Hansard Parlimen ke 12 ini).

Dan itulah yang dibuktikan oleh PAS bila ia memenangi Terengganu pada tahun 1999. PAS telah menggubal Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir sebaik sahaja menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu. Kerajaan PAS Kelantan juga telah menggubal enakmen yang sama. Dan siapa yang mencabar PAS dengan menyaman PAS di Mahkamah, memohon Mahkamah membatalkan Enakmen-enakmen tersebut; yup..Zaid Ibrahim..pemimpin PKR sekarang yang dibantu bertungkus lumus oleh PAS dalam PRK Hulun Selangor!

Cuma satu persoalan besar yang ingin saya kemukakan kepada ahli akar umbi PAS, adakah mereka sedar bahawa kerjasama diantara PAS-PKR-DAP untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat terikat kepada satu perjanjian: iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir jika memerintah; melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat; dan penubuhan sebuah negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat!! Malahan, Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sekular saperti yang sedia ada.

Dan adakah ahli akar umbi PAS sedar, bahawa Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR membuat kenyataan bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam jika Pakatan memerintah hanyalah mimpi PAS; mimpi kerana katanya PAS tidak akan dapat melaksanakannya bersama dengan Pakatan, kerana kerusi PAS didalam Parlimen tidak cukup untuk berbuat sedemikian! Zaid kata PAS bermimpi untuk melaksanakan hudud, nak menubuhkan negara Islam!

Dan ahli akar umbi PAS perlu sedar bahawa Zaid Ibrahim inilah orangnya yang memfailkan saman di Mahkamah untuk membatalkan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir yang digubal oleh Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999! Dan inilah orangnya yang PAS bantu bertungkus lumus dalam PRK Hulu Selangor bulan April 2010 lepas!

Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama Pakatan Rakyat. Itu hanya mimpi PAS, kata pemimpin Pakatan! Mimpi yang PAS tidak akan dapat capai selagi dengan Pakatan!
Saya percaya ramai ahli akar umbi PAS tidak tahu bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, dan negara Islam tidak akan ditubuhkan, dan Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika Pakatan Rakyat yang memerintah.

Saya yakin dan percaya ahli akar umbi PAS kebanyakannya memang ikhlas bersama PAS kerana percaya kepada perjuangan PAS mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Mereka sanggup berderma jihad, bersengkang mata mengahdiri ceramah tiap malam, menumpahkan keringat & meninggalkan anak isteri untuk bersama menampal poster pilihanraya. Ada isteri yang meninggalkan suami dan anak-anak dirumah demi perjuangan ikhlas ini.

Malahan ada yang sudah terkorban syahid kerana mempertahankan dan memperjuangkan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang menajdi cita-cita PAS. Semasa membuat kes Al Ma'unah, saya membaca tuntutan yang dikemukakan oleh mereka semasa dikepung oleh pasukan keselamatan. Mereka menuntut penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Dan 100% mereka adalah ahli PAS, khususnya dari Unit 'Amal PAS. Dan kini 4 daripada mereka sudah membayar harga perjuangan mereka ditali gantung, 19 lagi sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Semua itu kerana keyakinan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan ikhlas PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan saya yakin para ulama dan ahli akar umbi PAS masih berpegang kepada cita-cita dan perjuangan murni itu.

Namun saya percaya ramai ahli akar umbi PAS sebenarnya tidak tahu bahawa persekongkolan PAS dengan DAP-PKR didalam Pakatan Rakyat bermakna perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan sekular telah diketepikan. Ia tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memerintah. Ia hanyalah mimpi PAS kata pemimpin PR!

Kalau tidak percaya, cuba tanya golongan Anwarinas didalam PAS. Atau cuba tanya Anwar Ibrahim sendiri. Ya saya tahu mereka akan jawab ini agenda UMNO dan BN untuk memecah belahkan Pakatan. Ini cubaan jahat mereka kerana takut hilang kuasa. Mereka akan kata ini usaha jahat UMNO meniupkan sentimen agama dan perkauman. Mereka akan kata ini cubaan UMNO untuk menutup isu lain, isu rasuah, isu itu dan isu ini. Dan saya tidak hairan jika mereka akan membuat kelentong biasa; nanti kita memerintah kita tahu lah nak buat apa. Ini lagu basi yang selalu dibohongkan kepada kita.

Sedarlah sahabat dan rakan didalam PAS. Isu ini tidak ada kena mengena dengan orang lain; samada UMNO, BN, atau lain-lain pihak. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui diantara PAS-DAP-PKR. Perjanjian itu dideraf dan ditaip oleh Pakatan sendiri. Takkanlah UMNO atau BN yang membuat perjanjian untuk dipersetujui noleh PAS-DAP-PKR. Kecualilah kalau ada orang yang begitu bodoh mahu mempercayai pembohongan ini!

Perjanjian untuk tidak menubuhkan negara Islam, tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir dan menerima Perlembagaan sekular jika Pakatan Rakyat memerintah adalah persetujuan bersama diantara PAS-DAP-PKR. Ini disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, Dr. Dzulkfly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan didalam kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini. Jangalah kita termakan racun pembohongan yang menuduh orang lain. Jika tidak percaya, tanya sendiri dengan mereka.

Saya berasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana saya masih punya ramai sahabat dan rakan didalam PAS yang masih yakin dan percaya bahawa jika menang dalam pilihanraya akan datang, negara Islam akan ditubuhkan dan undang-undang Islam akan dilaksanakan. Mereka tidak tahu bahawa mereka sudah diperdaya dan dibohongi, dan yang saya paling khuatir; bila berhadapan dengan ALLAH di akhirat nanti, baru mereka terkejut bahawa sebenarnya penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar Pakatan Rakyat. Bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam jika memerintah. Itu adalah dasar yang sudah dipersetujui bersama. Bahawa Perlembagaan Persekutuan saperti yang sedia ada akan terus dipertahankan dan di amalkan!

Sedangkan berpuluh tahun ahli PAS menentang UMNO, malah sehingga mengkafirkan UMNO, kerana didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Sehingga muncul Amanat Hj Hadi, yang jelas menyatakan penentangan terhadap UMNO bukan kerana namanya, tetapi kerana Perlembagaan sekular yang didakwa dipertahankan UMNO, kerana kononnya keengganan UMNO melaksanakan hudud, qisas & ta'zir; kononnya kerana UMNO didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam!

Tetapi sekarang, Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat jelas membuktikan melalui dokumen bahawa penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar kerajaan Pakatan Rakyat jika memerintah. Perjanjian bersama itu juga jelas memperuntukkan Perlembagaan sekular yang ditentang sangat oleh PAS itu akan terus dipertahankan dan diamalkan.

Jadi persoalannya, apa beza pendirian PAS dengan UMNO yang ditentang sejak dulu, kini dan selamanya itu? Dan persoalan lanjut yang perlu kita tanya, mengapa bersekongkol dengan DAP/ PKR untuk tidak menubuhkan negara Islam dan tidak melaksanakan undang-undang Islam halal pada PAS; tetapi duduk berbincang dengan UMNO dalam isu Islam dan umat Islam menjadi haram?

Sebab itu sebelum nasi menjadi bubur, sebelum menangis air mata darah pun tidak memberi apa-apa makna, saya sekali lagi, atas nama ALLAH dan lafaz bismillah, menyeru saudara dan sahabat didalam PAS, kembalilah kepada perjuangan asal; iaitu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan landaskan perjungan itu dengan niat ikhlas kerana ALLAH semata-mata.

Saya menyeru ahli akar umbi PAS supaya mufaraqah lah daripada persekongkolan sia-sia dengan DAP/PKR ini. Mereka tidak ada cita-cita lain selain daripada ingin menawan Putrajaya dan menjadi kerajaan; demi memenuhi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri sahaja. Jangan kita terpedaya dengan mainan politik murahan dan jijik ini. Islam itu mulia, dan Islam yang memuliakan kita. Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam. Jangan kita letak diri kita ke lembah yang hina jauh daripada Islam. Janganlah kita bersekongkol dengan kafir harbi untuk memenuhi nafsu mereka sehingga kita sendiri jatuh tersungkur dipintu neraka!

Memang kalau mengikut ukuruan duniawi, perjuangan bersendirian tanpa bersekongkol dengan DAP/PKR ini kelihatan saperti mustahil bagi PAS. Tetapi percayalah dengan kuasa ALLAH. Lihatlah sirah Nabawi, jumlah yang sedikit akan sentiasa dimenangkan oleh ALLAH, selagi kita menepati ciri dan sifat untuk menerima nasrullah, bantuan ALLAH.

Sempena menyambut kemerdekaan negara ke 53 esok, marilah kita berjuang memerdekakan negara ini daripada segala amalan syirik, kufur dan sekular. Marilah kita perjuangkan penubuhan negara Islam, perlaksanaan undang-undang Islam. Marilah kita merdekakan negara kita daripada Perlembagaan sekular kepada Perlembagaan yang diterima dan diredhoi ALLAH! Itulah kemerdekaan sebenarnya bagi Islam dan umat Islam!

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Yang baik itu semuanya daripada ALLAH, yang tidak itu daripada kelemahan saya sendiri.

Selamat beri'tikaf di sepuluh akhir Ramadhan ini.

Wassalam.

Adios amigos, grasias senor & senorita.


Zulkifli Bin Noordin
Isnin
20 Ramadhan 1431
30 Ogos 2010

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Rumah kosong jadi sarang jenayah

Posted: 30 Aug 2010 08:59 PM PDT

rumah yang kosong tanpa dijaga mengundang jenayah

Rumah ni di seksyen 3 PJ,jadi sarang penagih


Agihan zakat kpd fakir & miskin

Posted: 30 Aug 2010 08:16 PM PDT

Serahan cek kepada penerima bantuan di daerah Petaling

Begitu ramai penerima zakat.... pendapatan tidak bertambah,perbelanjaan meningkat


Lawatan ke Sabah

Posted: 30 Aug 2010 08:03 PM PDT

Rumah yang serba kekurangan, dinding pun separuh & berbumbungkan langit Bekalan air daripada air hujan,tiada air bersih Sumbangan bagi keluarga dhaif,pendapatan hanya RM400 sebulan Kehadiran ceramah dari jauh & dekat untuk mendengar isu-isu semasa Waktu malam berceramah di kampung Saya membawa akbar Keadilan untuk edaran di Sabah. Laris..!! Edaran akbar Keadilan menjadi rebutan pengunjung & peniaga di pasar Peniaga menerima kehadiran pimpinan Keadilan dengan sorakan

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 Aug 2010 07:43 AM PDT

Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, "sejarah" ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
Dirgahayu Malaysia tanahairku.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN

Majlis Iftar Bersama DSAI Di Kelana Jaya

Posted: 30 Aug 2010 01:05 AM PDT

Program Iftar dan Tarawikh bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tengku Kelana,Kelana Jaya.Majlis turut disertai YB.Nik Nazmi ADUN Seri Setia.Berikut adalah butiran Program:

Tarikh: 30 ogos 2010(isnin)
Tempat: Masjid Tengku Kelana,Kelana Jaya.

Tazkirah akan disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

Posted: 30 Aug 2010 04:38 PM PDT

Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat tanpa mengira budaya, kaum dan agama. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai program tersebut :-

Tarikh : 31hb Ogos 2010 (selasa)
Masa : 6.00 ptg ~ selepas solat sunat Tarawikh
Tempat : Dewan Al-Razi (Pejabat PAS Kwsn. Gelang Patah), Taman Universiti, Skudai

Semua dijemput hadir.

UMNO - CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Posted: 30 Aug 2010 04:26 PM PDT

Berikut ini adalah gambar2 yang membuktikan bahawa Pemimpin Umno ini "cakap tak serupa bikin". Cakap mengalahkan Nabi tapi perangai macam ba**. Anda nilailah sendiri berdasarkan gambar2 yang diberi. Kami juga cuba mendapatkan gambar dimana seorang YB telah menggunakan bukan setakat masjid malahan sekolah juga dijadikan gelanggang politik sempit pemimpin "haprak" Umno...
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.

1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.

2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...
5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?
13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
15. Hingga ke Sarawak, Program "Jom Berambeh" YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin.

Artikel berkaitan (mesti baca dan sebarkan):
1. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
2. Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka
3. Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Posted: 30 Aug 2010 04:21 PM PDT

Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, "sejarah" ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
Dirgahayu Malaysia tanahairku.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN

PROGRAM PENGEDARAN BUBUR LAMBUK & BANTUAN FAKIR MISKIN

Posted: 29 Aug 2010 09:43 PM PDT

28hb Ogos 2010 - Keadilan Cabang Gelang Patah dan AMK Negeri Johor dengan kerjasama PAS Cawangan Kg. Ladang, Gelang Patah telah mengadakan program Pengedaran Bubur Lambuk di sekitar Kg. Ladang dan beberapa kampung yang berdekatan. Bantuan Aidilfitri kepada beberapa keluarga miskin juga dapat disampaikan.

Program diadakan agak lewat (kira2 jam 11.30am) berikutan beberapa masalah kecil, namun dengan semangat kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, Alhamdulillah... Kerja yang berat menjadi ringan. Kerja2 memasaksiap sekitar jam 3ptg.
Datuk Chua Jui Meng(DCJM), Pengerusi MPN Johor yang namanya kini semakin menjadi sebutan orang ramai sebagai calon PKR bagi Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang, turut hadir dalam program tersebut dan beliau juga adalah penaja utama program pada hari itu. Sikap dan komitmen Datuk Chua wajar dicontohi oleh setiap pimpinan. Omongannya untuk menawan Johor bukan kosong. "Membujur Lalu Melintang Patah"...
Selepas solat Asar,kami memulakan pengagihan bubur lambuk serta bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin. Datuk Chua bukan sekadar menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga Melayu yang hidup miskin, bahkan beliau turut memberikan sumbangan peribadi kepada beberapa keluarga bagi membeli persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelang. Beliau turut mendengar keluh kesah dan rintihan rakyat yang hidupnya semakin terhimpit. Sehinggakan beliau meluahkan "rupanya inilah nasib rakyatku,masih hidup dengan penuh kedaifan sedangkan pemimpin atasan senang lenang meratah keringat mereka..."
YB Amiruddin turut hadir dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan diakhir program kami berbuka bersama-sama dengan AJK PAS Cawangan Kg.Ladang.

Setinggi-tinggi terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK PAS yang terlibat begitu juga kepada AJK2 PKR Cabang Gelang Patah yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih kepada Datuk Chua Jui Meng, YB Amiruddin Shari dan Sdr. Zabidie kerana menghadirkan diri ke program anjuran Keadilan Cabang Gelang Patah.