Isnin, 30 Ogos 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

Posted: 30 Aug 2010 04:38 PM PDT

Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat tanpa mengira budaya, kaum dan agama. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai program tersebut :-

Tarikh : 31hb Ogos 2010 (selasa)
Masa : 6.00 ptg ~ selepas solat sunat Tarawikh
Tempat : Dewan Al-Razi (Pejabat PAS Kwsn. Gelang Patah), Taman Universiti, Skudai

Semua dijemput hadir.

UMNO - CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Posted: 30 Aug 2010 04:26 PM PDT

Berikut ini adalah gambar2 yang membuktikan bahawa Pemimpin Umno ini "cakap tak serupa bikin". Cakap mengalahkan Nabi tapi perangai macam ba**. Anda nilailah sendiri berdasarkan gambar2 yang diberi. Kami juga cuba mendapatkan gambar dimana seorang YB telah menggunakan bukan setakat masjid malahan sekolah juga dijadikan gelanggang politik sempit pemimpin "haprak" Umno...
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.

1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.

2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...
5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?
13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
15. Hingga ke Sarawak, Program "Jom Berambeh" YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin.

Artikel berkaitan (mesti baca dan sebarkan):
1. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
2. Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka
3. Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Posted: 30 Aug 2010 04:21 PM PDT

Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, "sejarah" ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
Dirgahayu Malaysia tanahairku.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN

PROGRAM PENGEDARAN BUBUR LAMBUK & BANTUAN FAKIR MISKIN

Posted: 29 Aug 2010 09:43 PM PDT

28hb Ogos 2010 - Keadilan Cabang Gelang Patah dan AMK Negeri Johor dengan kerjasama PAS Cawangan Kg. Ladang, Gelang Patah telah mengadakan program Pengedaran Bubur Lambuk di sekitar Kg. Ladang dan beberapa kampung yang berdekatan. Bantuan Aidilfitri kepada beberapa keluarga miskin juga dapat disampaikan.

Program diadakan agak lewat (kira2 jam 11.30am) berikutan beberapa masalah kecil, namun dengan semangat kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, Alhamdulillah... Kerja yang berat menjadi ringan. Kerja2 memasaksiap sekitar jam 3ptg.
Datuk Chua Jui Meng(DCJM), Pengerusi MPN Johor yang namanya kini semakin menjadi sebutan orang ramai sebagai calon PKR bagi Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang, turut hadir dalam program tersebut dan beliau juga adalah penaja utama program pada hari itu. Sikap dan komitmen Datuk Chua wajar dicontohi oleh setiap pimpinan. Omongannya untuk menawan Johor bukan kosong. "Membujur Lalu Melintang Patah"...
Selepas solat Asar,kami memulakan pengagihan bubur lambuk serta bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin. Datuk Chua bukan sekadar menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga Melayu yang hidup miskin, bahkan beliau turut memberikan sumbangan peribadi kepada beberapa keluarga bagi membeli persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelang. Beliau turut mendengar keluh kesah dan rintihan rakyat yang hidupnya semakin terhimpit. Sehinggakan beliau meluahkan "rupanya inilah nasib rakyatku,masih hidup dengan penuh kedaifan sedangkan pemimpin atasan senang lenang meratah keringat mereka..."
YB Amiruddin turut hadir dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan diakhir program kami berbuka bersama-sama dengan AJK PAS Cawangan Kg.Ladang.

Setinggi-tinggi terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK PAS yang terlibat begitu juga kepada AJK2 PKR Cabang Gelang Patah yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih kepada Datuk Chua Jui Meng, YB Amiruddin Shari dan Sdr. Zabidie kerana menghadirkan diri ke program anjuran Keadilan Cabang Gelang Patah.

Tiada ulasan: