Ahad, 22 Ogos 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Otak pemimpin Umno fikir mahu kaut hak rakyat

Posted: 22 Aug 2010 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

"Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pelik, katanya Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikannya.

Idris berkata, sepatutnya Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, Najib kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikkan harga minyak.

Menurutnya, persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah, ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang Umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.

"PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini.

"Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)," ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Malahan, katanya Khalid bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di negeri itu.

Beliau menambah, sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.

"Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri," katanya.

Selangor juga, katanya menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja yang dapat menjimatkan wang rakyat berjumlah RM6 bilion.


Sumber: Harakah Daily

Asri Gesa Jangan Politikkan Isu Doa Khutbah

Posted: 22 Aug 2010 01:56 AM PDT


22 Ogos - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Barisan Nasional untuk tidak mempolitikkan isu doa khutbah solat Jumaat.

Asri berkata tiada salahnya mendoakan panduan dan petunjuk diberi kepada pemimpin, atau mendoakan kerajaan yang bersimpati dan adil pada rakyat.

"Jangan politikkan isu ini. Saya minta Pakatan Rakyat dan juga BN untuk tidak mempolitikkannya," kata Asri, yang menambah beliau tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan Umno berhubung perkara ini.

Beliau menambah apa yang tidak boleh dilakukan adalah mendoakan kesejahteraan untuk seorang pemimpin yang tidak adil, serta memanjatkan pujian-pujian akan pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong menggantikan nama Yang Dipertuan Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam doa khutbah mereka.

Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan kepada mana-mana masjid, dan berikrar menghukum mereka yang didapati berbuat demikian selepas siasatan dijalankan.

Lidah Umno bagaimanapun terus memainkan isu ini dan terbaru, khatib Masjid Jamek Padang Menora dikatakan telah menyebut nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Imam Ibrahim Ishak berkata nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Khatib tersebut nampaknya mendoakan tuhan supaya membuka pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam.


Sumber: TVSelangor

Sistem Pendidikan Singapura 10 Tahun Tinggalkan Malaysia- DR Dzulkifly

Posted: 22 Aug 2010 01:54 AM PDT


Malaysia tidak akan mampu menandingi Singapura jika sistem pendidikan dinegara ini tidak dirombak, serta khazanah sumber kekayaan negara tidak diurus dengan berhemah.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengapa ekonomi Malaysia jauh ketinggalan dari Singgapura walhal negara itu mempunyai sumber yang jauh lebih kecil berbanding negara ini.

"Sistem pendidikan republik itu, 10 tahun tinggalkan kita. Sistem singgapura bersifat berfikir. Tidak macam sistem pendidikan negara kita yang berasaskan peperiksaan semata- mata. Ibubapa asyik menekan anak- anak mendapat 13A, 10A, akhirnya jadi apa ? Mereka tidak ada daya berfikir yang tinggi," katanya.

Beliau menegaskan disamping pengurusan kewangan yang efisyen, negara perlu melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dengan keinginan yang tinggi untuk bersaing.

Dr Zulkifli yakin berkata, jika agensi- agensi yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dan peranan masing- masing,
Malaysia mampu menandingi republik itu.

"Kalau negara ini diurustadbir dengan baik seperti Suruhanjaya Pencecahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sistem kehakiman dna lain- lain berfungsi secara bebas dan berwibawa, saya yakin kita mampu takluk negara disebelah tambak sana," kata DR. Dzulkifly.

Beliau menambah, apa yang penting kini bukanlah mendabik dada mengumumkan pertumbuhan ekonomi setiap suku tahun seperti yang
dilakukan perdana menteri najib razak.

Apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat diutamakan.

"Apa gunanya angka pertumbuhan ekonomi dicatat tinggi tapi kalau 40 peratus dari rakyat bependapatan kurang 1500 kebawah ?. Apakah kualiti kehidupan rakyat ? Dari segi kesihatan, perumahan, dari segi perkara asa yang lain seperti bekalan air bersih," ujarnya lagi.

"Bila lihat pengagihan yang sebenar, berlaku jurang yang terlalu melebar," tambahnya.

Dr Zulkifli berkata, singgapura bernasib baik kerana ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa meskipun rebublik itu mengamalkan pentadbiran kuku besi.

Namun, lain pula dimalaysia. Meskipun gah diwar- warkan Malaysia adalah negara demokrasi hakikatnya sektor- sektor kritikal masih dikuasai oleh juak- juak tertentu yang tidak ikhlas berkongsi dengan rakyat.

"Ini polisi Pakatan Rakyat. Ini polisi BN. Ini kepimpinan BN. Ini kepimpinan Pakatan Rakyat. Jadi berlaku persaingan polisi. Akhir sekali rakyat yang akan nilai dan buat keputusan. Maka mereka akan lakukan perubahan itu," akhirinya.

Sumber: TVSelangor

Pakatan Rakyat Mendahului BN 47.02 Peratus Dalam E-PRU13

Posted: 22 Aug 2010 01:53 AM PDT


SHAH ALAM 22 Ogos - Pilihan Raya Umum ke-13 masih diawang-awangan dan menjadi teka-teki penganalis politik negara tetapi di dalam dunia maya pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia sudah pun bermula dengan rancaknya.

Hasilnya Pakatan Rakyat mendahului BN dengan peratusan undi sebanyak 47.02 peratus.

Inisiatif peminat laman web sosial Facebook telah mewujudkan akaun E-Pilihan Raya Umum 13 Facebook Malaysia di mana rakyat Malaysia boleh mengundi secara maya bagi memilih parti politik yang bakal menubuhkan kerajaan pusat.

Undian terkini yang diperolehi menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan memperolehi 47.02 peratus atau 5,274 undi manakala BN hanya memperolehi 22.98 peratus atau 2,578 undi.

Parti Bebas yang turut bertanding berjaya mengaut 4.37 peratus atau 490 undi sahaja.

Jumlah pengundi yang didaftarkan dia dalam akaun tersebut adalah seramai 11,217 orang.

Walaupun ini hanya bersifat undian maya yang dibuat di laman sosial itu, kesimpulan keputusan setakat ini mendapati sokongan rakyat Malaysia terhadap BN sudah merosot.

Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa berkata walaupun undian itu secara maya, ia menggambarkan satu senario baru politik di negara ini yang mana rakyat mahukan perubahan tampuk pemerintahan daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

"Keputusan ini walaupun tidak rasmi tetapi menggambarkan keadaan sebenar politik negara yang mana rakyat mahukan perubahan pemerintah. Dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang 1 Malaysia jauh terpesong daripada apa yang beliau katakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Kita lihat rakyat sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan faktor ekonomi apatah lagi dengan kenaikan harga baru-baru ini.

"Najib dan BN sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat terus terbela, malah beliau hanya tahu menekan rakyat bila berhadapan dengan masalah kewangan negara. Yang terbaru tentang saman ekor sehinggakan disenarai hitam dan rakyat dipaksa untuk membuat bayaran penuh baru boleh diperbaharui lesen mahupun cukai jalan kenderaan mereka.

"Rakyat sudah mula menunjukkan hukum mereka terhadap BN, isyarat jelas rakyat berikan kepada BN bahawa Najib gagal dalam pentadbirannya. Dalam masa ekonomi semakin teruk rakyat terbeban dengan kenaikan harga Najib masih lagi boleh bersenang lenang bercuti di luar negara," jelas Fariz kepada Suara Keadilan.

Tambah Fariz, keputusan maya itu menunjukkan rakyat sudah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

"Kita melihat rakyat sudah boleh menerima kehadiran Pakatan Rakyat di dalam politik negara ini, sokongan itu menunjukkan usaha Pakatan Rakyat dalam membangunkan kebajikan rakyat sudah meresapi jiwa dan semangat mereka.

"Dari sudut negatif pula kita jangan terlalu leka dengan keputusan tersebut kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang mengundi, mungkin Umno-BN sengaja melakukan perkara tersebut agar Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja keras untuk menguatkan parti. Apa yang saya harapkan usaha yang lebih keras perlu dilakukan oleh anggota KEADILAN dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas," kata beliau lagi.

Keputusan maya itu juga menunjukkan rakyat sudah mula telah menghantar isyarat awal yang jelas kepada BN sebelum PRU-13 bahawa mereka sudah serik dengan pentadbiran yang penuh dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Pengundi menganggap pentadbiran BN di bawah Najib tidak mampu memberi keselesaan hidup kepada rakyat berbanding sebelum ini.

Selain itu juga kegagalan BN meningkatkan taraf ekonomi negara ini juga menjadi faktor utama rakyat merasa tertekan yang dikaitkan dengan isu kenaikan harga barang dan ppenarikan subsidi.

Kekangan kebebasan bersuara dan tekanan ke atas media juga menjadi antara faktor utama kemerosotan sokongan rakyat kepada BN.

Sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pula memberi petunjuk jelas bahawa rakyat yakin gagasan itu bersedia untuk menggalas tugas menubuhkan kerajaan pusat yang baru selepas PRU-13 nanti.

Keyakinan rakyat berasaskan penerimaan rakyat terhadap dasar ketelusan, keadilan dan keterbukaan yang menjadi tunjang perjuangan Pakatan Rakyat.

Perubahan ke arah ini dapat di lihat daripada dasar serta program yang dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan di mana pimpinan Pakatan Rakyat tidak meletakkan agenda memperkayakan peribadi, keluarga atau kroni semasa memegang tampuk kuasa.

Selain itu pengundi dalam Facebook juga melihat faktor membela rakyat yang menjadi teras Pakatan Rakyat mendapat perhatian berbanding BN.


Sumber: Suara Keadilan

Felda Didesak Perjelas Pelaburan Luar Negara

Posted: 22 Aug 2010 01:53 AM PDT


SHAH ALAM 22 Ogos - Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said mencabar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjawab soalan pokok berhubung pelaburan luar negara agensi itu serta Skim Pinjaman Perumahan Felda yang didakwa tidak memberikan subsidi kepada golongan peneroka.

Perkara ini didedahkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dalam risalah yang berjudul 'Felda Bankrap?'.

Suhaimi berkata risalah tersebut juga meminta Felda membuat penjelasan berhubung kedudukan pelaburan Felda di dalam Syarikat Twin Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM270 juta serta pelaburan Felda Global Ventures Sdn Bhd dalam projek penternakan lembu berjumlah RM688 juta.

Risalah itu juga mendesak Felda memberi penjelasan berkenaan wang yang dikutip daripada peneroka berjumlah RM768 juta sejak tahun 1970an bagi tujuan Tabung Penanaman Semula.

Beliau turut meminta agensi itu menyatakan berapakah keuntungan Felda Plantation yang sebenar dan ke mana keuntungan tersebut disalurkan.

Di samping itu, Suhaimi berkata risalah terbitan Anak itu mendakwa Felda Global Ventures meminjam berbilion ringgit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pelaburan di luar negara termasuk di Cincinnati dan Boston, Amerika Syarikat.

"Felda kaya disebabkan hasil keringat dan penat lelah peneroka sementara pemimpin Umno-Barisan Nasional pula berjoli sewenang-wenangnya atas nama pelaburan untuk menyenangkan kroni.

"Peneroka pula dibelenggu nasib malang apabila dibelit dengan bebanan hutang berantai yang tidak akan langsai hingga ke anak cucu ibarat harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati dilonggokkan hutang," tegas Suhaimi.

Sehubungan itu, Suhaimi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor memberikan penjelasan berhubung dakwaan beliau memperolehi pendapatan mencecah RM2 juta setahun dalam bentuk gaji, elaun dan dividen daripada Felda dan anak-anak syarikatnya.


Sumber: Suara Keadilan

Abdul Hadi: Umno Tidak Lagi Mampu Bela Melayu

Posted: 22 Aug 2010 01:52 AM PDT


SHAH ALAM 22 Ogos - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya Umno akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat melihat bagaimana sistem yang diwujudkan menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umnoputra.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara ini bahkan Umno-BN juga melakukan diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik.

"Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini," tegas Abdul Hadi dalam blog rasminya Jumaat lalu.

Beliau berkata permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi daripada kongres ekonomi anjuran parti itu 14 Ogos lalu adalah satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara ini.

Keadaan ini, kata Abdul Hadi, bertambah rumit apabila MCA menjadi parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.

Kegagalan ini juga turut dikongsi bersama oleh MIC.

Justeru itu beliau menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini bertenang dan menilai dengan adil usaha meniup api perkauman yang kini saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN.

Abdul Hadi juga mengajak seluruh rakyat terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk lakukan perubahan dan keluar daripada politik songsang mainan Umno-BN.

"Dengan ini kita akan sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia," ujar beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

AMK Selangor Sokong Sasaran Minima RM4,000 Pendapatan Isu Rumah

Posted: 22 Aug 2010 01:51 AM PDT


SHAH ALAM 22 Ogos - Angkatan Muda KEADILAN Selangor menyokong konsep yang di bawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sasaran minima RM4,000 pendapatan isu rumah dalam tempoh lima tahun apabila Pakatan Rakyat dapat menubuhkan Kerajaan Pusat.

AMK Selangor yakin idea besar ini amat penting untuk kesejahteraan rakyat terbanyak kerana masih ramai isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,000 ketika ini khususnya masyarakat Melayu.

"Realiti kini, kita masih terkongkong dengan idea pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera yang semakin kurang relevan dalam menangani persoalan asas kebajikan dan pendapatan rakyat terbanyak.

"Idea isi rumah minima RM4,000 merupakan langkah besar dan perlu disokong pelbagai rakyat kerana dilihat lebih realistik dan menjurus kepada rakyat kerana ianya akan meningkatkan kualiti pendapatan rakyat yang dibebani kenaikan harga barangan dan kadar inflasi yang tidak menentu," kata Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, AMK Selangor percaya idea pendapatan isi rumah akan membantu mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum kerana pelbagai pendekatan dan mekanisma akan menyusul bagi menjayakan konsep ini.

Malahan, katanya, rakyat tidak mengira samada di bandar dan di kampung akan menerima impak terus menerus daripada pendekatan ini kerana ianya akan lebih menjurus berbanding pendekatan yang digunakan oleh kerajaan masakini yang dilihat belum mampu menyelesaikan banyak isu permasalahan berkenaan keadilan ekonomi dan kualiti bolehguna pendapatan isu rumah.

"Golongan muda juga bakal mendapat manfaat jika idea ini dapat dilaksanakan kerana rata-rata golongan muda yang baru memulakan hidup berkeluarga memerlukan jaminan sumber pendapatan yang dapat memenuhi keperluan semasa.

"Akhirnya,AMK Selangor sasaran ini adalah realistik dan mampu dicapai berasaskan prinsip Pakatan Rakyat yang memperjuangkan sistem ekonomi yang adil saksama, pentadbiran yang telus dan tekad memerangi rasuah," ujar beliau lagi.


Sumber: Suara Keadilan

KSSB, SPRM Setuju Tubuh Pasukan Petugas Khas

Posted: 22 Aug 2010 01:50 AM PDT


SHAH ALAM 22 Ogos - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.

Persetujuan ini dicapai pada pertemuan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan SPRM di pejabatnya di sini, semalam.

Pertemuan ini disertai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin, Ketua Pengarah Eksekutif KSSB, Wan Ab Halim Wan Ismail, Pengarah Eksekutif KSSB, Ir Ramli Majed.

SPRM pula diwakili, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sultan, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Shaharuddin Khalid, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Maahad dan Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Selangor, Mohd Noor Abd Rahman.

Pertemuan ini diadakan susulan pelawaan Kerajaan Selangor kepada SPRM untuk menempatkan kakitangan dan pegawai di KSSB bertujuan membanteras rasuah. Pasukan Petugas Khas ini dicadang dianggotai pegawai KSSB dan SPRM.

KSSB akan mengadakan taklimat mengenai operasi KSSB kepada SPRM termasuk prosedur dan kaedah-kaedah yang dipratikkan dalam perlombongan pasir.

Selain itu, SPRM juga akan didedahkan dengan sistem-sistem yang diguna pakai oleh KSSB dan diajar untuk memahami urus niaga pasir yang dipratikkan oleh anak syarikat kerajaan Selangor ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor menyambut baik kesediaan SPRM kerana kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

"Kita berterimakasih kepada SPRM kerana mahu bersama Kerajaan Negeri bagi memastikan operasi perlombongan dan perniagaan pasir bebas dari unsur rasuah," kata Menteri Besar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, apabila Pasukan Petugas Khas ini ditubuhkan, SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB untuk mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.

Pada pertemuan ini juga, Abdul Khalid telah diberitahu bahawa SPRM sedang memantau lebih dekat operasi perlombongan pasir di beberapa negeri termasuk di Selangor.

Selain itu, SPRM berharap dapat membuat perbandingan prosedur dan praktis yang digunakan pakai di Selangor dengan negeri-negeri lain.

Beliau berharap, SPRM boleh mencadangkan prosedur yang boleh mengurangkan berlakunya rasuah menerusi pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan terhadap KSSB.

Pada awal pertemuan, Abdul Khalid telah menyampaikan taklimat kepada SPRM berkenaan keselamatan dan penguatkuasaan yang diambil Kerajaan Negeri menerusi Pasukan Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.

Beliau telah menerangkan bahawa kecurian pasir gagal diatasi oleh kerajaan terdahulu kerana hanya menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan tanpa melihat masalah tersebut dari aspek bekalan pasir kepada industri pembinaan.

"Kita tidak boleh menghentikan perlombongan pasir dan biarkan bekalan pasir di pasaran terjejas. Ini hanya akan menggalakkan kecurian pasir kerana permintaan tinggi.

"Tindakan kita sekarang ialah kita bukan sahaja membanteras curi pasir tetapi pada masa yang sama mengawal bekalan pasir pasaran," katanya.

Katanya, sebab itulah Kerajaan Selangor menubuhkan KSSB untuk memastikan industri mendapat bekalan pasir secara halal dan mencukupi dan ini akan membunuh permintaan terhadap pasir haram.

Menteri Besar menjelaskan, KSSB ditadbir Wan Halim dan Ramli yang mana kedua-duanya adalah pakar bidang kejuruteraan perlombongan yang akan memastikan perlombongan pasir mengikuti semua peraturan alam sekitar dan geologi yang ditetapkan.


Sumber: Suara Keadilan

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Tadika Baru Dibina Untuk Anak Peladang

Posted: 20 Aug 2010 01:42 AM PDT

KUALA SELANGOR - Penduduk di tiga kawasan ladang iaitu Ladang Bukit Belimbing, Ladang Bukit Talang dan Ladang Riverside kini berpeluang untuk menyekolahkan anak mereka di tadika yang sudah siap dibina.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), S C Jegathesan berkata, ini adalah salah satu langkah Kerajaan Negeri yang begitu prihatin terhadap rintihan masyarakat yang begitu mengutamakan pendidikan.

"Peruntukan tadika tersebut adalah daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM48,500.

"Ianya siap dibina pada Januari lalu dan kini penduduk dapat menyekolahkan anak mereka bagi yang berusia empat, lima dan enam tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, selain itu juga, di hadapan tadika tersebut, turut dibina kawasan tapak permainan bagi memberikan peluang untuk kanak-kanak tersebut bermain apabila tamat persekolahan.

"Kawasan tersebut di tar dan ianya adalah peruntukan daripada Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sebanyak RM3,500."

"Dengan adanya kawasan luas ini, kanak-kanak dapat bermain dengan selesa," katanya.

Jegathesan berkata dia akan berusaha membantu masalah penduduk supaya mereka sentiasa diberikan perhatian.



Sumber: Sinar Harian, S19, 20 Ogos 2010

Protes 24 Jam Penduduk Taman Permata, Dengkil - Kerajaan Selangor Janji Beri Tanah

Posted: 19 Aug 2010 01:36 AM PDT

14 & 15 Ogos 2010 :  12 tahun yang lalu, pada tahun 1998, seramai 400 keluarga telah dipindahkan dari Ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Madingley. Mereka ini diusir keluar dari ladang mereka kerana tanah itu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membina Putrajaya.

Masyarakat ladang ini disumbat dalam Flats Taman Permata yang dibina secara tergesa-gesa diatas kawasan paya. Akibatnya, hidup masyarakat ini merana malah taraf hidup mereka telah turun. Sejak mereka pindah ke flats ini, banyak masalah yang dihadapinya, terutama struktur flats yang tidak stabil dan juga paip gas yang berhampiran. Bukan itu sahaja, sistem paip dan sistem kumbahan yang tidak sempurna, serta retakan di flats menyebabkan flats ini tidak sesuai dan selamat untuk diduduki.

Banyak memorandum dan surat telah dihantar kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam masa 12 tahun ini, akan tetapi sehingga kini tiada maklumbalas yang positif. Maka demi untuk mengutarakan isu keadaan  flats Taman Permata ini, lebih 150 wakil penduduk flats ini telah berkhemah di jalan utama Dengkil selama 24 jam supaya orang luar dan juga kerajaan melihat isu mereka.

Protes berkhemah ini bermula pada pukul 4 petang pada 14 Ogos 2010 dengan ucapan dari wakil Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata. Sejurus selepas ucapan wakil penduduk , pihak polis telah datang ke kawasan itu dan suruh para penduduk bersurai dalam masa 15 minit. Wakil dari pihak jawatankuasa serta komrad –komrad dari Parti Sosialis Malaysia telah cuba berbincang dengan pihak polis dan memberi kepastian bahawa ketenteraman awam tidak akan dikacau. Ini adalah isu penduduk yang hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Selepas beberapa pusingan perbincangan,  pihak polis pun tidak menghalang program ini tetapi berada di seberang jalan untuk memantau keadaan.

Pada pukul 5 petang satu sidang akhbar diadakan oleh para penduduk  untuk menjelaskan tujuan Protes 24 jam ini. Isu mereka sangat simple, rumah kami tidak selamat, kami hidup merana, maka kami tidak mahu tinggal di sini dan menuntut rumah ganti. Isu utama mereka ialah, masyarakat Flats ini adalah bekas pekerja ladang yang telah lebih 3 generasi berusaha untuk pembangunan negara dengan gaji yang kurang. Kalau kerajaan ada duit untuk membina Putrajaya atas tanah ladang yang mereka menghuni selama 3 generasi kenapa tiada duit untuk membina rumah yang sesuai dan selamat untuk pekerja ladang yang kerja disitu?

Setelah sidang akhbar tamat, team memasak telah mula masak dan team anak muda pula mula membuat banner isu dan tuntutan mereka untuk naikkan di khemah dan di pekan Dengkil.

Pada masa yang sama rakan –rakan seperjuangan dari Ladang Bukit Jalil, Ldang Kamiri, Sg Siput, Bekas pekerja Ladang Brooklands,  Bekeas Pekerja Ladang Sungai Tinggi, wakil Kampung Sg. Nipah, Sekretariat JERIT, cawangan PSM dari Semenyih, Kajang, Jelapang, Kota Damansara, Seremban dan Sungai Siput hadir untuk memberi sokongan solidariti untuk penduduk.

Pada lebih kurang pukul 7 malam, ceramah dimulakan dengan wakil ladang Bukit Jalil , diikuti dengan wakil Ladang Kamiri  dan juga wakil dari cawangan PSM Jelapang, dalam ucapan Saras ( PSM Jelapang) beliau telah menekankan bahawa isu rakyat susah tidak kira kaum atau bahasa. Semua orang ada masalah kerana masalah ini ialah isu klas iaiatu kelas memerintah menekan klas miskin. Penceramah lain dalam program ini ialah Saudara Ramalingam ( LAdang Sg Rinching, PSM Semenyih), Saudara Ganesan ( Ladang Braemer), Saudari Letchimi ( PSM Kajang) dan Saudara Sivarajan ( bekas penyelaras Ladang Brooklands) dan Saudara Nasir Hashim ( ADUN Kota Damansara dan Pengerusi PSM) yang  mengatakan bahawa rakyat harus berjuang apabila ditindas supaya pihak berkuasa mendengar masalah mereka. Beliau menekankan bahawa dalam segala perjuangan untuk hak, PSM akan bersama rakyat. Protes hari pertama diakhiri dengan ucapan Saudari Parames E dari JERIT yang telah menekankan bahawa protes hari ini adalah permulaan untuk perjuangan yang panjang dan sekiranya kita hendak perjuangan ini untuk menang , masyarakat harus bersatu dalam perjuangan.

Protes hari kedua bermula dengan perasaan gembira kerana 4 suratkhabar ada mengeluarkan berita mengenai Protes 24 jam ini. Keadaan ini menjadi lebih baik apabila YB Iskandar, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor telah datang melawat para penduduk pada pukul 8.50pagi. Beliau telah mendengar keluhan penduduk dan menerima memorandum. Beliau telah berjanji untuk mengkaji memorandum dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selepas itu beliau bersama jawatankuasa penduduk telah ke Flats untuk mengetahui isu –isu masyarakat disana dengan lebih dekat lagi.  Pada masa yang sama 2 team telah ke Pasar Pagi Dengkil dan Pasar Pagi Salak Tinggi untuk mengedarkan risalah mengenai perjuangan mereka.

Pada pukul 10 pagi, wakil Menteri Besar Selangor ,  Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pengerusi  Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin YB Dr. Xavier Jayakumar telah hadir ke khemah  untuk memberi sokongan perjuangan penduduk dan mengenali dengan dekat isu Flats Taman Permata. Wakil penduduk, Ramadass dan Shanti telah menerangkan isu yang dihadapi mereka di flats Taman Permata. Selepas itu YB Dr. Xavier telah memberi ucapan. Dalam ucapan beliau , YB Dr Xavier telah mengatakan keadaan bekas pekerja 4 ladang ini adalah akibat manipulasi kerajaan BN dan MIC pada masa itu. Putrajaya Holdings telah menipu penduduk dengan rumah yang taraf rendah. YB Dr. Xavier telah mengatakan memang betul, flats ini tidak boleh dihuni lagi dan ia mengancam nyawa penduduk.  Janji beliau ialah, Kerajaan Selangor akan memberi tanah untuk perumahan baru. Akan tetapi Putrajaya Holdings yang sepatutnya bina rumah baru. Beliau mengatakan bahawa beliau dan kerajaan Selangor akan bersama penduduk Taman Permata dalam perjuangan perumahan mereka. Beliau juga telah mencadangkan bahawa perjuangan penduduk Taman Permata ini harus dibawa ke Putrajaya. Setelah ucapan beliau, para penduduk telah menyerahkan memorandum dan YB Dr. Xavier telah ke Flats Taman Permata untuk memeriksanya sendiri. Satu siding akhbar juga telah diadakan.

Setelah lawatan YB Dr. Xavier ini, satu pertandingan melukis yang bertemakan " Rumah Kami" untuk kanak-kanak telah dijalankan untuk kanak-kanak .Protes diakhiri dengan perarakan dan pacakan papan tanda tuntutan oleh para penduduk di hadapan Blok 3 Taman Permata.

Protes 24 jam ini telah memberi semangat baru kepada penduduk Flats Taman Permata dalam perjuangan untuk perumahan yang selamat dan sesuai. Pada akhir protes penduduk telah membuat keputusan bahwa sekiranya tiada perkembangan positif dalam tuntutan mereka maka pada jangka masa panjang khemah ini akan menjadi tempat tinggal mereka yang tetap.

Hak Perumahan Selamat dan Selesa untuk Semua. Hidup Rakyat.


Kohila
Sekretariat JERIT
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KENYATAAN MEDIA

Posted: 22 Aug 2010 02:17 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Gelang Patah menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah, Sdr. Noorhisham Ismail seperti yang tersiar didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 22hb Ogos 2010, bahawa kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat beliau mensasarkan bahawa setiap isi rumah mampu menikmati pendapatan RM4000 sebulan, adalah sebagai retorik.

Sewajarnya kenyataan Yang Berhormat Datuk Seri Anwar dilihat dari sudut positif oleh kerajaan Umno-BN mempertingkatkan usaha dan menjadikannya tanggungjawab utama Umno-BN sebagai kerajaan pemerintah untuk menaiktarafkan kehidupan rakyat. Setelah lebih 50 tahun Umno-BN menjadi kerajaan pemerintah di Malaysia namun masih ada rakyat hidup dibawah paras kemiskinan tegar sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil buminya. Apakah hasil tersebut digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan negara? Rakyat Malaysia umumnya telah mengetahui bahawa pelbagai penyelewengan atau korupsi telah berlaku melibatkan beberapa pemimpin kerajaan Umno-BN yang melibatkan ribuan jutaan ringgit wang rakyat dibazirkan.

Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini juga memperlihatkan, bila mana keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan tidak baik, maka rakyat pula terpaksa memikul beban apabila kerajaan mengambil langkah menaikan harga minyak petrol/disel dan lima barangan lain. Apakah ini dinamakan pembelaan kerajaan pemerintah kepada rakyat dan apakah ini maksud slogan 1Malaysia yang sering dilaung-laungkan " Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"???

Berkaitan dengan kenyataan Sdr. Noorisham tentang isu janji-janji pilihanraya oleh Pakatan Rakyat yang yang menurutnya masih belum ditunaikan termasuk pengagihan RM1000 kepada warga emas di negeri Selangor, AMK Cabang Gelang Patah ingin memaklumkan kepada Sdr.Noorisham supaya jangan membuat kenyataan yang kurang bijak kerana wang RM1000 seperti yang dijanjikan telah pun diagih-agihkan sebahagiannya tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Sewajarnya sebagai pimpinan muda Umno, beliau wajar menegur kepimpinan Umno-BN yang masih belum mampu menunaikan janji-janji mereka walaupun telah melalui beberapa pilihanraya.

Di Parlimen Gelang Patah sendiri, Isu Tuntutan bekas Peneroka Felcra Tebing Runtuh masih tidak mampu diselesai oleh Umno-BN walaupun isu ini sudah berbangkit berbelas tahun lamanya. Begitu juga isu bekas pemilik tanah seramai lebih dari 1000 orang yang terlibat projek lebuhraya 2nd Link yang pada mulanya ditawarkan rumah percuma namun janji tinggal janji walaupun perkara tersebut telah dipersetujui oleh pemaju dan Menteri Besar Johor sendiri. Kedua-dua isu ini cukup lama dibangkitkan namun Umno-BN dilihat tidak mampu menyelesaikannya.

Justeru, AMK Cabang Gelang Patah memberi pandangan bahawa pemimpin-pemimpin Umno-BN ini perlu bermuhasabah dari terus mempersoalkan kepimpinan Pakatan Rakyat. Keadilan Cabang Gelang Patah termasuk PAS dan DAP bersedia mengambil alih kerusi DUN Nusajaya dan kerusi Parlimen Gelang Patah disamping mengekalkan kemenangan di kerusi DUN Skudai pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti kerana melihat Umno-BN seolah-olah tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat yang telah berlarutan belasan tahun.

"HARAPAN BARU RAKYAT JOHOR"

Setiausaha

Angkatan Muda Keadilan

Cabang Gelang Patah

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Wawancara Khusus Tempo dengan Nurul Izzah, Anak Tokoh Oposisi Malaysia Anwar Ibrahim.

Posted: 22 Aug 2010 05:45 PM PDT

TEMPO Interaktif, JAKARTA -Banyak orang menilai situasi politik dalam negeri Malaysia sama seperti Indonesia di masa Orde Baru. Oposisi ditekan, dan media tak bebas mengkritik pemerintah. Perasaan itu dialami oleh Nurul Izzah, putri sulung pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim. Meski baru dua tahun menjadi anggota parlemen, ia sudah merasa tidak nyaman dengan kondisi politik negaranya.

Sebab, kata dia, begitu banyak intimidasi yang dibuat oleh rezim Perdana Menteri Najib Razak. Kepada Faisal Assegaf dari Tempo, ibu dua anak yang masih terlihat cantik ini menjelaskan soal kiprahnya sebagai politikus muda. Berikut ini penuturannya saat ditemui pada Selasa sore lalu di Hotel Aryaduta Semanggi, Jakarta.

Anda lelah dengan kasus ayah Anda?
Siapa yang mau ditimpakan fitnah sekeji itu untuk kedua kalinya. Seluruh keluarga merasa lelah dan marah karena kejahatan itu luar biasa. Tapi, di mahkamah, terwujud begitu banyak ketimpangan dalam dakwaan itu. Masa menunjukkan tidak ada kredibilitas dan ada konspirasi pihak tertinggi untuk mengulangi kasus fitnah ini.

Apa pernah berpikir ayah Anda seorang biseksual?
Tidak pernah wujud rasa tersebut. Sebagai muslim bertanggung jawab, bila didatangi kabar fitnah, itu merupakan kabar jahat.

Soal kasus Anwar, Anda merasa nyaman berpolitik?
Tentunya tidak. Siapa pun tidak perlu menjadi Anwar Ibrahim untuk merasakan memang tidak nyaman terjun ke politik karena banyak kejahatannya. Kita tidak boleh berdiam diri. Di bawah rezim BN (Barisan Nasional), sangat banyak kelemahan yang jelas, dan rakyat mau dan perlu perubahan. Bukan digantikan pemimpin sempurna, melainkan yang jauh lebih baik dari yang ada saat ini.

Anda pernah diintimidasi?
Tentu. Hak saya sebagai wakil rakyat dinafikan. Berceramah politik tidak dibenarkan. Tidak diberi ruang dan izin. Media pun begitu. Bila mereka menulis tentang saya, mendapat kecaman dari Pak Menteri. Ini merupakan taktik yang digunakan oleh pemimpin yang tidak yakin dengan kekuatannya.

Ancaman melalui SMS?
Ada, dan sudah berkali-kali. Pernah saya melakukan dialog dengan kumpulan pedagang keturunan Cina. Polisi menghentikan pidato saya dan mengambil mikrofon saat saya di atas pentas.

Tapi Anda bertekad berpolitik selamanya?
Politik itu satu bentuk ibadah juga karena kita melawan penguasa yang tidak adil. Apa salahnya kita berjuang… oposisi memang untuk merampas kekuasaan. Kita perlu pastikan demokrasi lebih menyeluruh dan memberikan partai lain untuk bernapas dan menyuarakan kepentingan rakyat, tidak BN saja.

Anda berkomitmen melanjutkan trah Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia?
Semua akan melanjutkan perjuangan Anwar. Bukan sekadar soal individu, ada tujuan dan visi lebih penting dan besar. Kalau saya diberi peluang, saya akan teruskan tentunya. Ini bukan soal Anwar Ibrahim, ini soal rakyat.

Jadi Anda siap menghadapi risiko apa pun?
Kita hanya perlu memberanikan diri supaya lebih ramai orang memberanikan diri.

Anda yakin Anwar bisa jadi perdana menteri?
Saya yakin dengan ketentuan Allah. Saya yakin dengan apa yang kita lakukan.

Anda percaya dengan kebijakan ekonomi baru Malaysia?
Itu retorika. Tidak ada satu pun reformasi ekonomi yang sudah dilakukan oleh Najib. Soal isu Satu Malaysia, itu merupakan angan-angan yang tak mungkin dicapai. Kalau Najib tidak bisa meyakini wakilnya, Muhyidin Yassin, bagaimana dia mau meyakini rakyat.

Mengenai isu lobi Zionis, apa benar Anwar diburu oleh Mossad?
Kami mendapat (ancaman melalui) e-mail dan sebagainya.

blog.yusmadi.com

blog.yusmadi.com


Isunya Bukan Kuota atau 30%, tapi Hak Hartanah (Property Rights) dan Keadilan (Justice) untuk semua!

Posted: 22 Aug 2010 10:35 AM PDT

Keyataan Akhbar (23.8.2010)

Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya terhadap polimik isu 30% mahupun kuota yang sedang berlansung di antara pimpinan parti komponen BN dan Perkasa. Malah gesaan YB Tony Pua untuk menghapuskan kuota bumiputera untuk pembelian hartanah mewah bernilai RM500 ribu ke atas perlu diberikan penilaian yang sewajarnya. Pendekatan bermusim membangkitkan isu ini perlu dihentikan kerana ianya sehingga hari ini gagal membantu mereka yang menjadi mangsa dasar yang berniat baik tetapi gagal memberi keadilan ke pada semua warga Malaysia terutama mereka yang perlu dibantu.

Warga Balik Pulau, Melayu dan juga bukan Melayu contohnya, hari ini menjadi penonton pembangunan hartanah mewah yang rata-rata melangkaui kemampuan majoriti penduduk setempat. Semenjak penghujung 1990an banyak projek-projek perumahan diluluskan dengan rancak sekali. Rata-rata harga jualan di antara RM300-900 ribu yang diluar kemampuan penduduk setempat. Kawalan hanya terhadap pelan sahaja. Bagaimana dengan harga? Adakah kita perlu pasrah dengan pasaran apabila tidak ada dasar dan mekanisme yang mengawal?

Isunya kenapa dengan kewujudan 30% dan kuota yang ditetapkan atas nama 'Kontrak Sosial' berpuluh-puluh tahun orang Melayu masih bergelut dengan hak pemunyaan hartanah (property ownership)? Ramai yang masih merempat di kampong sendiri. Definisi perundangan menjadikan mereka 'setinggan' kerana tinggal di atas tanah orang lain. Di mana 30%? Di mana Kuota? Apakah dasar sekarang mampu menjamin niat anak orang muda yang mahu memilki rumah yang selesa buat keluarga tersayang?

Saya yakin benak hati Datuk Chua Su Lek (MCA), KOh Tsu Koon (GERAKAN), YB Tony Pua (DAP) dan pimpinan Pakatan Rakyat lain berbanding agenda perkauman sempit Perkasa hanyalah satu, iatu Keadilan (Justice) untuk semua tanpa mengira batasan kaum, agama dan bangsa. Kita tidak lagi boleh melihat keadilan daripada kacamata satu bangsa sahaja. Yang lebih penting mereka yang menjadi mangsa ketidakadilan perlu dibela!

Lantaran itu, saya menggesa kerajaan pada hari ini agar mengeluarkan Dasar Pemilikan Hartanah (Property Rights) baru yang lebih menyeluruh bagi mengawal lebihan pasaran (market excess) yang menafikan hak mereka yang kurang berkemampuan serta harga hartanah yang melampau!  Pasaran yang sihat perlu untuk keushawanan pengusaha tetapi manipulasi dan lebihan pasaran (market excess) perlukan penyeliaan.

 

YB YUSMADI YUSOFF

Ahli Parlimen Balik Pulau