Ahad, 15 Ogos 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Dakwaan Tidak Masuk Akal: UMNO Serang PKR Dengan Tuduhan Serius

Posted: 15 Aug 2010 06:12 PM PDT


KLANG - Dakwaan beberapa pihak yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja akan berkubur merupakan satu fitnah dan tidak masuk akal serta disebarkan oleh mereka yang terdesak meraih perhatian.

Ketua Angkatan Muda (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri berkata, sejak kebelakangan ini, blog yang menyokong UMNO menyerang PKR dengan tuduhan yang serius dan tidak berasas termasuk pergolakan dalaman parti menjelang pemilihan akan datang.

Menurutnya, tuduhan itu juga memperlihatkan kedangkalan pihak berkenaan dalam berpoliyik yang suka membuat tanggapan membuta tuli terhadap pergerakan itu sejak beberapa bulan ini.

"Sebagai sayap PKR, AMK yakin parti akan terus menjadi perhatian walaupun diasak oleh pihak berkenaan dalam usaha untuk meraih perhatian rakyat di Kota Raja.

"Malah beberapa tuduhan yang dibuat juga menampakkan kegelisahan pihak berkenaan dengan kekuatan kita (PKR) berbanding mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Penghargaan Ahli Jawatankuasa AMK dan Wanita Keadilan Kota Raja di sini.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Ketua Cabang, Shuhaimi Shafie, Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli part lain.

Azmizam berkata, beberapa siri ceramah UMNO yang diadakan daam Parlimen Kota Raja langsung tidak menggugat kekuatan PKR sebaliknya menampakkan kelemahan mereka (UMNO) kerana pengunjung yang hadir hanyalah dari ahli dan penyokong parti itu.

Menurutnya, ceramah berkenaan hanyalah helah untuk mengaburi mata rakyat terutama dengan masalah kenaikan harga minyak dan beberapa isu membabitkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak kebelakangan ini.


Sumber: Sinar Harian, S21, 14 Ogos 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


FELDA KAYA ATAU FELDA BANKRUP..???

Posted: 15 Aug 2010 04:41 PM PDT

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kwee Kwong mendakwa kekuatan dan kedudukan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak sebagaimana digambarkan Umno-Barisan Nasional apabila agensi itu terpaksa meminjam RM3 bilion daripada kerajaan.

Malah Felda juga didakwa tidak lagi mampu membuat pembayaran kepada kontrak yang dilantik untuk mengurus tanah perladangannya sekali gus terjerumus dalam bebanan hutang kepada mereka.

Dr Tan berkata sekiranya benar Felda tidak mengalami masalah hutang yang banyak dan kesempitan kewangan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman yang dibuat daripada kerajaan.

Menurut beliau, banyak aduan diterima mengenai kegagalan Felda untuk membuat bayaran kepada kontraktor yang menjalankan projek di tanah rancangan.

"Ada kes di mana sebuah syarikat kontraktor telah lama berurusan dan menjalankan projek bagi pihak Felda di seluruh Semenanjung. Yang peliknya, angka hutang Felda kepada syarikat tersebut telah mencecah RM3 juta, dan sudah 8 bulan syarikat itu tidak menerima bayaran. Kalau Felda ada banyak wang, apa sebabnya tidak bayar kepada kontaktor itu?

"Ramai kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, terdapat aduan Felda berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Jika Felda ada banyak wang saya minta pihak Felda dan Najib sila jawab," kata Dr Tan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana semalam.

Beliau menegaskan dakwaan ini bukan hanya cakap kosong dan bersandarkan kepada langkah Perdana Menteri melancarkan program yang dinamakan 'Felda Global Venture' untuk memacu agensi itu menjadi pemain dalam industri perladangan dunia.

"Peruntukan sebanyak RM3 bilion telah digunakan, termasuk wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jaminan kerajaan. Sekiranya kewangan Felda kukuh dan ada banyak simpanan, mengapa mereka menggunaan wang KWSP ini?" soal beliau lagi.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tasik di Port Dickson jadi tapak Loji Nuklear Negara

Posted: 14 Aug 2010 04:24 PM PDT


Dari Blog SINGALAUTMETRO, Bekas Ketua Biro Harian Metro

RAHSIA TERBONGKAR : TASIK BUKIT KEPONG PORT DICKSON JADI TAPAK LOJI NUKLEAR NEGARA! RAHSIA KENAPA Tasik Bukit Kepong berdekatan Kampung Bukit Tembok, di Port Dickson sengaja "dirosakkan' oleh kerajaan negeri semakin terbongkar berikutan penemuan beberapa kata kunci dan maklumat yang diperolehi Singalautmetro daripada pihak tertentu di negeri itu.

Semakan dan siasatan yang dilakukan berdasarkan maklumat diperolehi adalah amat mengejutkan kerana tasik berkenaan rupanya telah dilobi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dijadikan tapak loji nuklear pertama negara.

Malah, kenyataan yang dipetik daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Datuk Dr Daud Mohamad, sebelum ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Mohamad Hassan dalam diam membelakangkan kepentingan penduduk dengan melobi tasik itu sebagai tapak 'bom jangka'.

Menurut Dr Daud, memang benar Negeri Sembilan adalah antara negeri yang melobi kepada kerajaan pusat untuk menawarkan tapak bagi pembinaan loji nuklear berkenaan. Untuk rekod, TNB akan dilantik sebagai pihak bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan.

Selain itu, kesitimewaan Tasik Bukit Kepong yang mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer serta mampu menyediakan tapak sekurang-kurangnya 80 hektar dikatakan turut menarik minat Najib berbanding lokasi lain. Kos pembinaan loji itu dikatakan di antara RM6.5 bilion dan RM9.5 bilion.

Menerusi semakan dan siasatan juga, memang tidak boleh ditolak bahawa tasik itu sebenarnya adalah antara lima lokasi yang telah di lobi oleh dua kerajaan negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Perak kepada kerajaan persekutuan untuk diuruskan oleh TNB. Namun kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan. Kehadiran stesen janakuasa itu menepati jarak dan keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina.


Kini walaupun kerajaan negeri masih berahsia, namun bau 'nuklear' itu seolah-olah semakin terhidu. Ia hampir pasti menjadi kenyataan dengan keadaan tasik yang semakin kering airnya. Bagaimanapun, tindakan Mohamad Hassan yang terlalu berahsia dijangka akan dibalas dengan tindakan luar duga penduduk yang pasti menentang pembinaan loji itu.

Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib pada 2012, pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan satu isu baru di peringkat nasional. Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk menjadi faktor utama kenapa nanti ia akan mendapat tentangan besar-besaran.

Mohamad Hassan dan kroninya pasti tersenyum jika loji itu dibina. Tapi bolehkah dia tidur lena apabila alam sekitar dimusnahkan dan kepentingan penduduk berdekatan langsung tidak diberi perhatian.

Kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 hingga 18,000 MW.

Kini kain semakin terselak dan teka-teki mulai dibeli orang. Tasik Bukit Kepong hanya akan tinggal nostalgia selepas berkhidmat lebih 40 tahun mengalirkan air ke kawasan sawah. Jadilah ia padang jarak, padang terkukur. Pupuslah ikan baung, kepar dan ikan biji nangka serta bujuk. Lenyaplah buaya tembaga yang tak pernah dipedulikan Mohamad Hassan bersama berkuburlah juga habitat sang sawa sebesar anakonda di tasik penuh sejarah itu!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/rahsia-terbongkar-tasik-bukit-kepong.html

.

.


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Posted: 14 Aug 2010 12:56 PM PDT