Ahad, 15 Ogos 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Dakwaan Tidak Masuk Akal: UMNO Serang PKR Dengan Tuduhan Serius

Posted: 15 Aug 2010 06:12 PM PDT


KLANG - Dakwaan beberapa pihak yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja akan berkubur merupakan satu fitnah dan tidak masuk akal serta disebarkan oleh mereka yang terdesak meraih perhatian.

Ketua Angkatan Muda (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri berkata, sejak kebelakangan ini, blog yang menyokong UMNO menyerang PKR dengan tuduhan yang serius dan tidak berasas termasuk pergolakan dalaman parti menjelang pemilihan akan datang.

Menurutnya, tuduhan itu juga memperlihatkan kedangkalan pihak berkenaan dalam berpoliyik yang suka membuat tanggapan membuta tuli terhadap pergerakan itu sejak beberapa bulan ini.

"Sebagai sayap PKR, AMK yakin parti akan terus menjadi perhatian walaupun diasak oleh pihak berkenaan dalam usaha untuk meraih perhatian rakyat di Kota Raja.

"Malah beberapa tuduhan yang dibuat juga menampakkan kegelisahan pihak berkenaan dengan kekuatan kita (PKR) berbanding mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Penghargaan Ahli Jawatankuasa AMK dan Wanita Keadilan Kota Raja di sini.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Ketua Cabang, Shuhaimi Shafie, Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli part lain.

Azmizam berkata, beberapa siri ceramah UMNO yang diadakan daam Parlimen Kota Raja langsung tidak menggugat kekuatan PKR sebaliknya menampakkan kelemahan mereka (UMNO) kerana pengunjung yang hadir hanyalah dari ahli dan penyokong parti itu.

Menurutnya, ceramah berkenaan hanyalah helah untuk mengaburi mata rakyat terutama dengan masalah kenaikan harga minyak dan beberapa isu membabitkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak kebelakangan ini.


Sumber: Sinar Harian, S21, 14 Ogos 2010

Tiada ulasan: