Sabtu, 14 Ogos 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


'Rumah Retak': Ratusan Bermalam di Khemah

Posted: 14 Aug 2010 03:00 AM PDT

Lebih 300 penghuni rumah pangsa Taman Permata Dengkil akan bermalam di khemah di luar kawasan perumahan mereka, malam ini.

Tindakan itu sempena bantahan 24 jam yang bermula jam 5 petang tadi kerana menuntut tempat tinggal yang lebih selamat.

Majlis 'Mari Berkhemah' yang diterajui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) itu diadakan bagi membela nasib kira-kira 500 keluarga yang didakwa dipindahkan ke situ secara tergesa-gesa apabila Putrajaya dan Cyberjaya dibangunkan untuk dijadikan pusat pentadbiran baru negara pada 1998.

Malangnya, penduduk mendakwa rumah pangsa yang mereka duduki sekarang ini mengalami retakan struktur yang teruk dan berlakunya hakisan bawah tanah.

Sehubungan dengan bantahan itu, beberapa kanopi besar kira-kira 700 meter daripada kawasan perumahan mereka didirikan bagi mereka berteduh malam ini. (Sila lihat video)




Kehadiran polis

Penyelaras JERIT E Nalini ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata setakat jam 6.45 petang seramai kira-kira 80 orang penduduk sudah berkumpul dalam empat kanopi yang dipasang di tepi jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah pangsa berkenaan.

"Mereka akan bermalam di khemah ini sehingga esok," katanya yang turut berada di khemah itu.

Nalini yang juga penyelaras Suaram berkata, kira-kira jam 4 petang tadi seramai 20 hingga 30 anggota polis berada berdekatan bagi memantau keadaan.

Menurutnya, dua pegawai polis dari balai polis Dengkil mengarahkan pengajur dan orang ramai supaya bersurai kerana didakwa "berhimpun secara haram dan tidak mempunyai permit".

Bagaimanapun, Nalini berkata mereka tidak berganjak dengan alasan bahawa rumah mereka itu tidak selamat untuk didiami dan mereka menuntut rumah yang baru dan selamat.

Nalini berkata menjelang lewat petang, jumlah anggota polis berkurangan menjadi lima orang. Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan majlis berjalan dengan lancar.

Menurutnya, beberapa program telah diatur sempena 'perkhemahan' itu dengan penduduk membuat beberapa buah kain rentang menuntut agar mereka diberikan rumah teres..

"Kain rentang akan digantung sekitar Dengkil malam ini. Bahkan ada kain rentang yang sudah dinaikkan," katanya.


Serah memorandum

Selain itu katanya, mereka juga akan mengutip tandatangan - di atas sebuh kain rentang - daripada orang ramai bagi menyatakan sokongan kepada penduduk.

Menurutnya lagi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan hadir pada malam ini termasuk Presiden PSM Dr Nasir Hashim dan ahli parlimen Sungai Siput Micheal Jeyakumar Devaraj.

"Acara kemuncak adalah penduduk flat tersebut akan menyerahkan memorandum menuntut perumahan yang selamat dan campurtangan kerajaan negeri kepada wakil Menteri Besar Selangor," katanya.

Menurutnya, acara itu akan berlangsung selepas wakil menteri besar dan beberapa wakil rakyat mengunjungi rumah pangsa itu pada jam 10 pagi esok.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang turut hadir berkata penduduk rumah pangsa itu sebenarnya berasal dari empat ladang yang terletak di Putrajaya - Ladang Perang Besar, Ladang Galloway, Ladang Sedgely dan Ladang Medingly.

Katanya, penduduk berasa diri mereka tertipu kerana setelah melakukan pengorbanan dengan membiarkan rumah kediaman mereka dibangunkan namun diberikan tempat berteduh yang tidak selamat.

"Sebab itu mereka membuat protes dengan berkhemah di sini. Sebelum ini, masalah mereka tidak didengari oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Berkhemah ini merupakan simbolik kepada nasib mereka," katanya.

Dakwanya lagi, penduduk yang dipindahkan itu juga dijanjikan bahawa rumah pangsa yang diduduki itu adalah hanya buat sementara waktu.




Sumber: Malaysiakini

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


FELDA TIDAK LAYAK MEMFAIL SAMAN FITNAH - N.Surendran

Posted: 14 Aug 2010 08:57 PM PDT

Peguam N.Surendran didalam Sidaang Akhbar di pejabat Parti Keadilan Rakyat pada 14.8.10 menyatakan bahawa FELDA tidak boleh memfailkan saman fitnah terhadap Suara Keadilan atauterhadap mana-mana institusi atau individu.

Ini kerana FELDA adalah sebuah badan berkanun yang penubuhannya adalah daripada wang publik, dan dibawah Common Law yang terpakai di negara ini.

Surendran menasihati Felda dan peguamnya supaya mengkaji dan mendalami undang-undang dengan teliti sebelum mengambil tindakan saman fitnah terhadap Suara Keadilan.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KWSP & KWAP SELAMATKAN PROJEK EMPANGAN BAKUN??

Posted: 14 Aug 2010 03:23 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan kerajaan mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang projek Empangan Bakun.

Ini kerana, katanya, tindakan itu boleh menutup kerugian kerana projek itu akan mengalami kenaikan kos mendadak akibat kelewatan.

"Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini?

"Adakah perdana menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?" soalnya.

Baru-baru ini, dilaporkan perbezaan pendapat antara kerajaan persekutuan dan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri.

Perbezaan ini memungkinkan kerajaan pusat terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 bilion apabila projek ini diserahkan kelak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pembangkang berkata empangan Bakun menjadi lambang layanan BM yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam pemberian subsidi.

"Di mata BN, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbilion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun," katanya.

Katanya, sikap tidak peduli perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membiarkan wang rakyat terus digunakan dalam projek itu sangat bertentangan dengan pendapatnya mengenai subsidi minyak dan gula.

"...sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek empangan Bakun setakat ini," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

ISU FELDA BANKRUP : SUARA KEADILAN MASIH MENUNGGU SAMAN DARI FELDA

Posted: 14 Aug 2010 03:18 PM PDT

(Malaysiakini) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengulas bahawa Felda akan memfailkan saman terhadap lidah rasmi PKR itu pada "bila-bila masa".

Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini.

Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat.

"Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat," katanya.

Menjawab soalan, Surendren berkata, pihaknya belum menerima writ saman daripada Felda sebaliknya hanya menerima notis tuntutan saman daripada agensi kerajaan itu pada 1 Julai lalu.

Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang".

"Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan.

"Bagaimana sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan untuk tujuan itu, menggunakan wang dan sebagainya untuk menyerang individu tertentu dan parti-parti politik. Langsung tidak masuk akal," katanya

Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah "satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN".

Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula.

Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun?

"Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya.

Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun.

"

Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya.

"Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.

"Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

"Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta," kata Sivarasa.

"BANNER" PROVOKASI

Posted: 14 Aug 2010 10:44 AM PDT

Siasatan terhadap kewujudan 'banner' yang telah menyebabkan Baginda Tuanku Sultan Johor murka, kini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Beberapa AJK Keadilan Cabang Gelang Patah turut dipanggil bagi membantu siasatan polis. Pada hari jumaat (13 Ogos 2010), Setiausaha Keadilan Cabang Gelang Patah diminta hadir ke IPD Johor Bahru Utara bagi membantu siasatan polis berhubung banner tersebut. Hari ini (Ahad) 4 lagi AJK akan dipanggil ke IPD Johor Bahru Utara untuk dirakam kenyataan mereka bagi membantu siasatan.
Setiausaha Keadilan Gelang Patah dalam kenyataannya mendakwa bahawa kerja hina ini dilakukan oleh musuh2 politik PKR atau Pakatan Rakyat yang agak tergugat dengan perlantikkan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi MPN Johor. Banner tersebut dibuat dengan tujuan menimbulkan kemarahan serta rasa benci rakyat kepada PKR. Banner tersebut juga dibuat atas tujuan cuba untuk membangkitkan kemarahan Baginda Tuanku Sultan Johor apatah lagi "kontroversi" penarikan darjah kebesaran Datuk Chua Jui Meng baru-baru ini masih lagi "hangat" diperkatakan. Kesempatan tersebut dipergunakan oleh musuh politik PKR dengan mengeksplotasikan gambar Baginda Tuanku Sultan Johor di dalam banner tersebut seolah-olah Baginda Sultan Johor merestui Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri ini pada PRU-13 akan datang. Perbuatan tersebut adalah satu perbuatan yang cukup keji dan mereka yang terlibat wajar dikenakan hukuman. Diberitakan bahawa banner ini juga ada dipasang di laluan2 Baginda Tuanku dalam program Kembara Mahkota Johor yang tamat pada awal minggu lalu. Ia menguatkan lagi dakwaan kami bahawa ini adalah kerja2 "musuh politik" yang cuba mengeruhkan hubungan antara PKR Johor dan DYMM Sultan Johor.
Justeru PKR Cabang Gelang Patah memberi nasihat kepada mereka2 yang terlibat dalam kerja2 terkutuk ini agar tidak mengulanginya lagi walaupun kami tahu bahawa jika mereka dalam keadaan yang lemah, mereka akan menggunakan 3 talian hayat iaitu dengan membangkitkan isu2 PERKAUMAN, AGAMA ATAU RAJA2 MELAYU untuk menyambung nyawa mereka dan mereka akan menunjukkan kepada umum bahawa merekalah pejuang sebenar namun disebaliknya mereka inilah sebenarnya PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Drop the Charges Against Anwar Ibrahim

Posted: 14 Aug 2010 02:11 PM PDT

From The Huffington Post
By Azeem Ibrahim

Anwar Ibrahim is the leader of Malaysia’s opposition. Since reemerging in Malaysian politics in 2007 he has done well, quadrupling the new opposition coalition’s representation in Parliament, winning 47% of the popular vote, and taking control of six of Malaysia’s fourteen states and territories in the March 2008 elections. He has become the biggest threat to the sitting government’s 53-years of uninterrupted rule.

Perhaps that is why the Malaysian judiciary is pursuing a charge of sodomy against him, again. In 1998 he faced a similar ordeal in the midst of a popular uprising against the rule of then Prime Minister Mahathir Mohamed. Viewed as a threat to the ruling party’s status quo, Anwar was sacked from his position as Deputy Prime Minister and Finance Minister, arrested and sentenced to 15 years solitary confinement after a trial many believed was marred by political interference, falsification of evidence, blackmailing, coercion and torture of witnesses, harassment of defense lawyers, and refusal to admit witness testimony favorable to the accused. Anwar’s current trial looks to be a repeat of the travesty of justice that landed him in prison last time.

Firstly, there is overwhelming evidence that the charges are a government conspiracy. Just a few days before he filed the police report accusing Anwar of sexually assaulting him, the accuser met the current Prime Minister – Najib Razak, then Deputy Prime Minister. When asked about the meeting, Najib first denied it ever happened, but later changed his story, admitting that the meeting took place, but claiming that it was to discuss scholarship opportunities for the accuser, who is a college dropout. Najib then changed his story again, admitting that the accuser had come to him to complain about the abuse he had received under Anwar. Najib, the son of Malaysia’s second Prime Minister, was at the time Prime Minister in waiting. It was he who had the most to lose from an ascendant Anwar Ibrahim and opposition coalition.

In the days before lodging his police report the accuser also met a police officer who had falsified evidence in the 1998 trial. And the current trial is being led by an Attorney General who is believed to have fabricated evidence in Anwar’s previous trial.

Secondly, the charge does not match the accusation. The accusations – as detailed in accuser’s testimony in court – suggest forced sodomy, effectively rape. By pursuing a different charge from the one made by the accused, the Attorney General is opening himself up to some embarrassing questions. If he believes that Anwar raped Saiful, why not charge him for it? But if he really believes Anwar and Saiful engaged in consensual sex, why only press charges against a popular leader of the opposition, and not also the former intern?

It is likely that he is not charging Anwar for the rape of which he is accused for the simple reason that he knows the charge would not stand. Anwar Ibrahim was almost disabled in 1998 after a near-death beating at the hands of the Malaysian police, is known to have a disabling back problem. It is completely improbable that he could mount an attack on a younger, more agile man. It looks very much like the Attorney General has ignored the charge because he knows that there will be insufficient evidence in court to make it stick.

A third suspicious aspect of the whole affair is the lack of evidence. If the accuser was indeed assaulted then there would be some evidence to prove it. However, forty-eight hours after the alleged incident he was examined twice, once in a private hospital and once more in the Kuala Lumpur General Hospital. In both cases doctors ruled out any possibility of assault or penetration – the minimum amount of evidence necessary for a court to proceed with a trial. Moreover, the lag in time from the alleged incident until the time he was examined leaves wide open the possibility of planting or fabricating evidence.

A fourth reason for suspicion is clear evidence of obstruction of justice in this case. Anwar’s defense team and medical experts have yet to receive much of the information they need to do their jobs effectively. Medical reports, CCTV recordings, and even witness statements have all been withheld by the prosecution. The judiciary has systematically denied Anwar’s attorneys access to the facts of the case before and during the trial, leaving the defense with one arm tied behind its back.

Lastly, the charges emerged just months after the opposition made unexpected gains in the 12th Malaysian General Elections and in advance of Anwar’s threat to call for a vote of no confidence in Parliament and take over the government. There has been a general campaign to discredit and destabilize the opposition in general and vilify Anwar Ibrahim specifically, of which these charges seem to be just another example.

The Malaysian judicial system has acquired a poor reputation, taking in interferences with due process, the pursuit of political persecutions, and succumbing to political interference. This time, it looks like the system has not only abandoned the prospect of giving Anwar a fair trial, it has even abandoned any prospect of showing the world it is making any effort to give him a fair trial.

Only 10% of the Malaysian population believes the charges, and there has been a chorus of international outcry from lawmakers and human rights organizations in Australia, Europe, and the United States.

It is clear that the trial has been unfair from the start. Every day that it continues is a further blot on the Malaysian judiciary. The charges are tainted, inconsistent, and lacking credibility; the evidence flimsy where it exists; and the process skewed in the interest of the government.

I have no axe to grind in Malaysian politics. I am moved to write only by a sense of injustice, and outrage that this process might be allowed to stand. It does not just threaten Anwar Ibrahim. It threatens the development of Malaysian democracy, which would otherwise have the chance of being an example throughout the Muslim world.

In the interests of justice and Malaysia’s international image, the case against Anwar Ibrahim must be dropped.

Azeem Ibrahim is a Research Scholar at the Kennedy School of Government at Harvard University, Member of the Board of Directors at the Institute of Social Policy and Understanding and Chairman and CEO of Ibrahim Associates.

Peguam: Felda Tidak Boleh Saman Suara Keadilan

Posted: 14 Aug 2010 03:45 AM PDT

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

“Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

“Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

“Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat,” katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau ‘commom law’ itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengulas bahawa Felda akan memfailkan saman terhadap lidah rasmi PKR itu pada “bila-bila masa”.

Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini.

Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat.

“Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat,” katanya.

Menjawab soalan, Surendren berkata, pihaknya belum menerima writ saman daripada Felda sebaliknya hanya menerima notis tuntutan saman daripada agensi kerajaan itu pada 1 Julai lalu.

Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya “dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang”.

“Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan.

“Bagaimana sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan untuk tujuan itu, menggunakan wang dan sebagainya untuk menyerang individu tertentu dan parti-parti politik. Langsung tidak masuk akal,” katanya

Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah “satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN”.

Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula.

“Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri,” katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sertai Jejak Fakir 2010 PKR Rembau

Posted: 13 Aug 2010 09:02 PM PDT


Program Jejak Fakir (Ramadhan/ Syawal) 2009 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2010. Sebanyak hampir 350 penerima disenaraikan.

Kali ini juga beberapa surau turut disenarai sebagai bakal penerima kerana terlalu uzur dan memerlukan sumbangan.

Sehubungan dengan itu orang ramai yang prihatin dan berkemampuan dijemput bersama menjayakan program ini.

Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan lain-lain juga amat dialukan.

Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2010 untuk pertanyaan.

Untuk melihat gambar-gambar sebahagian penerima sumbangan sebelum ini sila ke pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2010/08/jejak-fakir-2010.html

s

s


Program Turun Padang YB.Azmin Ali ke Batu Caves

Posted: 13 Aug 2010 04:10 PM PDT







Gotong Royong Perkuburan Sg.Tua, Batu Caves

Posted: 13 Aug 2010 04:00 PM PDT

YB.Amirudin turun bergotong royong bersama penduduk membersihkan tanah perkuburan Sg.Tua Bharu, Batu Caves pada 8 ogos yang lalu.





Piala Menteri Besar

Posted: 13 Aug 2010 03:38 PM PDT

YB.Amirudin Shari turun menyaksi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Bolasepak Piala Menteri Besar pada 7 ogos yang lalu di Stadium MPS, Selayang. Pasukan Pemuda Baru Batu Caves menewaskan pasukan Indian Settlement Batu Caves dalam sepakan penalti 4-1.





Forum Perdana & Pelancaran Program Ihya Ramadan DUN Batu Caves

Posted: 13 Aug 2010 03:28 PM PDT

Ahli Panel Ustaz Mohd Nizam Kamaruzaman, Ustaz Syamsul Firdaus dan Moderator Ustaz Radzi ( Bekas Vokalis Kumpulan Rock Melissa ). Tajuk Forum : Ramadan Madrasah Nafsu dan Hati.







Sempena Pelancaran Ihya Ramadan Adun Batu Caves, YB.Amirudin telah menyerahkan sumbangan kepada 4 buah masjid dan 19 buah surau sekitar DUN Batu Caves untuk tujuan aktiviti masjid dan surau sepanjang ramadan 1431. Setiap masjid menerima RM1,500 , manakala surau antara RM500 - RM1, 000 setiap surau.

Artis Rock Kapak di Karnival Rakyat Batu Caves

Posted: 13 Aug 2010 03:13 PM PDT






Antara artis Rock kapak yang terlibat ialah Afee U-Topia, Yazid Sejati, Ustaz Radzi bekas vokalis Melissa , Blank Gamma dan beberapa teman lain yang turut serta. Syabas.

Karnival Rakyat DUN Batu Caves 2010 ( 3 )

Posted: 13 Aug 2010 02:59 PM PDT





Karnival Rakyat DUN Batu Caves 2010 (2)

Posted: 13 Aug 2010 02:58 PM PDT





Karnival Rakyat DUN Batu Caves 2010

Posted: 13 Aug 2010 02:56 PM PDT