Sabtu, 14 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sertai Jejak Fakir 2010 PKR Rembau

Posted: 13 Aug 2010 09:02 PM PDT


Program Jejak Fakir (Ramadhan/ Syawal) 2009 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2010. Sebanyak hampir 350 penerima disenaraikan.

Kali ini juga beberapa surau turut disenarai sebagai bakal penerima kerana terlalu uzur dan memerlukan sumbangan.

Sehubungan dengan itu orang ramai yang prihatin dan berkemampuan dijemput bersama menjayakan program ini.

Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan lain-lain juga amat dialukan.

Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2010 untuk pertanyaan.

Untuk melihat gambar-gambar sebahagian penerima sumbangan sebelum ini sila ke pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2010/08/jejak-fakir-2010.html

Tiada ulasan: