Sabtu, 31 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Cameron Highlands tak sesejuk dulu

Posted: 31 Jul 2010 04:15 AM PDT

Kali ini saya bawa macam-macam baju sejuk kononnya untuk panaskan badan di Cameron Highlands. Rupa-rupanya memberatkan beg saja kerana di Cameron Highlands tak sesejuk dulu lagi. Pakai baju selapis saja sudah cukup.

Dari pagi tadi hingga jam 4.00 petang saya dan Rombongan kelurga melawat semua ladang the dan ladang strawberry, tak sejuk langsung, dan hanya memalukan saja kalau pakai baju tebal.

Apa dah jadi dengan Cameron Highlands ni? Rombongaan keluarga saya masing-masing ada jawapan. Kata mereka, bukit-bukit dah banyak botak, pembangunan dalam bentuk bangunan terlalu banyak, kenderaan terlalu banyak, sanpah sarap merata-rata, dan kalau saya tanyakan kepada orang lain mungkin jawapan yang sama juga dikeluarkan

Memandangkan Cameron Highlands kini menerima begitu ramai pengunjung, maka sistem jalanraya disini perlu diperbaiki. Amat tidak munasabah ditapak pasar malam disitu juga jlanrayanya menyebabkan traffic jam yang melampau. Keselesaan pengunjung tidak diambil kira..

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ekonomi dan Kisah Nabi Yusuf

Posted: 31 Jul 2010 12:41 AM PDT

Oleh Azmin Ali

Meskipun selepas lebih sedekad, ekonomi Malaysia belum pernah pulih sepertimana sebelum kegawatan ekonomi 1997-98.

Polisi, program dan dana yang ditabur oleh pemerintah sepanjang tempoh itu ibarat mencurah air di daun keladi. Ianya sia-sia semata.

Pesaing yang setara dengan paras pertumbuhan Malaysia sebelum krisis ekonomi sedekad lalu, kini semakin jauh memacu pertumbuhan dan meninggalkan kita.

Sejak awal tercetusnya Gerakan Reformasi, antara penentangan kita terhadap kelompok elit penguasa menyentuh soal kaedah pengurusan dan dasar ekonomi yang tempang.

Tiga perdana menteri yang berkuasa selepas Krisis Ekonomi Asia (Dr Mahathir Mohammad, Abdullah Badawi dan Najib Razak) gagal memulih dan memacu semula pertumbuhan setara dekad 90-an dahulu.

Malah, pada ketika itu Bank Dunia pernah meletakkan Malaysia di antara negara-negara membangun utama dan dipanggil "keajaiban ekonomi Asia" atau "naga Asia".

Walaubagaimanapun, kita kaget dengan data terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Laporan Pelaburan Dunia 2010 membayangkan sang naga yang semakin menikus.

Fakta yang tidak dapat disangkal adalah tahap pelaburan langsung asing, atau FDI, jatuh merudum sehingga 81 peratus pada tahun 2009.

Daripada laporan tersebut, Malaysia sudah jauh terkebelakang berbanding negara-negara yang dahulunya lemah seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Apakah dengan angka dan data ini, masih boleh diharapkan untuk Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 5-6 peratus sepertimana yang disasarkan Najib?

Hanya pak turut Umno-BN sahaja yang masih terangguk-angguk dan melutut di hadapan Najib.

Najib yang membentangkan dua siri Pakej Ransangan Ekonomi, tidak pernah sekalipun mampu menjawab hujahan dan kritikan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Telahan saya, perangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini kemungkinan besar akan tersasar sama sekali.

Setelah angka Laporan Pelaburan Dunia tersebut menjadi buah mulut, pemimpin UMNO mulai melatah dan menyerang Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat secara membuta tuli.

Ini tidak lain dan tidak bukan cuma helah mereka untuk mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada isu yang lebih mendesak.

Bezakan sahaja dengan Anwar Ibrahim tatkala mengemudi pertumbuhan negara yang pesat dan mampan ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Ketika itu, Anwar masih sempat memperingatkan kita perihal kisah Nabi Yusuf A.S.; sepanjang tempoh subur selama tujuh tahun, perlunya untuk berjimat dan berhemah bagi berhadapan tujuh tahun kemarau.

Terbukti pengajaran di dalam firasat mimpi Yusuf itu benar dan cocok sekali dengan pengalaman Malaysia.

Sebaliknya, kisah yang nyata mahu ditutup dan tidak diendahkan langsung oleh elit politik dan sang penguasa.

Kritikan Anwar terhadap sikap cuai dan haloba dilontarkan di dalam buku beliau, "Gelombang Kebangkitan Asia"—buku yang kemudiannya dibakar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2001.

Rasuah, korupsi dan salahguna kuasa ternyata barah yang merebak dari kelas elit sehingga ke kelas bawah; dari pemimpin tertinggi sampai kepada pembantu am.

Jikalau orang bertanya, apakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia separah hari ini, jawapan yang kita temukan iaitu sanubari pemimpin negara yang rosak akibat tamak.

Di dalam keruh dan beban gelita mutakhir ini, kita berdoa agar "musim kemarau" yang sedang dialami oleh negara dan bangsa kita akan segera berlalu.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


INI SAJAKAH YANG MEREKA BERANI

Posted: 31 Jul 2010 01:16 AM PDT

Pagi ini penulis telah menerima panggilan dari seorang AJK AMK yang mendakwa adanya banner provokasi yang jelas cuba mengelirukan rakyat. Jelas mereka sebenarnya mempersendakan Istana Johor apabila gambar DYMM Sultan Johor turut terpampang jelas dibanner tersebut. Jika perkara ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat maka berderai-derailah salakkan mereka mengatakan Pakatan Rakyat Penderhaka Raja tapi apa pula yang mahu dilabelkan kepada golongan bangsat ini...???
Sememangnya PKR Johor menyokong penuh perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor namun apa masalahnya dengan golongan sebelah sana..?? Kenapa pula Datuk Chua dikatakan calon Menteri Besar Johor..?? Sedangkan jelas termaktub didalam Perlembagaan Negeri Johor bahawa Menteri Besar Johor mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu serta mendapat perkenan DYMM Sultan Johor. Kenapa dangkal dan benak sangat pemikiran golongan sebelah sana. Jika Pakatan Rakyat menang sekalipun di negeri Johor pada PRU akan datang (insya-ALLAH), tidak semestinya Datuk Chua Jui Meng akan menjadi Menteri Besar Johor dan golongan sebelah sana wajar faham bahawa kami hanya menukar kepimpinan bukan perlembagaan.
Hakikatnya inilah sebenarnya keberanian mereka. Baling batu sembunyi tangan. Hanya berani dengan menggantung banner provokasi namun bila diajak berdebat, mereka menikus bacul dan kecut. Lihat sahaja bila DS Anwar datang ke Johor, banner2 yang mencerca dan menghina DS Anwar banyak digantung disana-sini. Inilah keberanian mereka yang diibaratkan seperti "pondan". Pemimpin dan pencacai golongan ini sama sahaja. Bacul dan penakut.
Mereka2 ini telah diperbodohkan sehingga pemikiran mereka tepu dan tidak perlu mereka menjadikan rakyat juga bodoh seperti mereka kerana rakyat sudah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Jika mahu menjadi pendekar, jadilah pendekar yang berani berhadapan dengan realiti bukan seperti pendekar kangkong. Jika benar mereka berani, ayuh kita berdebat di pentas terbuka.. Namun persoalannya, beranikah mereka...????

ZUL DIN YANG MERAPU

Posted: 31 Jul 2010 12:49 AM PDT

TERNYATA YB Zul Kulim yang dikenali sebagai `firaun besar' telah kehabisan modal untuk berdepan dengan PR. Segala hujahnya selama ini sejurus dipecat dari PKR gagal menarik sesiapa pun untuk menjauhi PR khususnya PKR. Apatah lagi YB Zul pernah mengaku beliau ini `kaki kelentong' sudah lama, cuma beliau menjadi `jujur dan baik' sebaik sahaja intim dengan Najib.
Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Anda boleh baca di sini. Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini?

Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah?

Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah.

YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ.

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


BONGGOL JALAN DIPERLUKAN DI HADAPAN SK KERAYONG

Posted: 30 Jul 2010 02:53 PM PDT



Gambar jalan utama Bera-Temerloh yang diambil di hadapan SK Kerayong (sebelah kanan) & SMK Sri Bera (sebelah kiri).

BANDAR BERA, 31 JULAI 2010:

Pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Bera (MDB) disarankan agar dapat membina segera beberapa buah bonggol di laluan utama Temerloh-Bera di hadapan Sekolah Kebangsaan Kerayong dan juga Sekolah Menengah Sri Bera.

Langkah ini adalah bertujuan untuk menghalang daripada pemandu kenderaan secara melulu dan laju ketika melalui jalan tersebut. Kejadian beberapa kemalangan yang berlaku sebelum ini disepanjang hadapan kedua sekolah tersebut haruslah dipandang serius.

Pihak berwajib seharusnya memikirkan langkah ini secara positif bagi mencegah kemungkinan yang lebih teruk lagi daripada berlaku apatah lagi kawasan tersebut agak sibuk dengan pelajar-pelajar sekolah terutamanya ketika diwaktu pagi dan tengahari persekolahan.

Pada pandangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera, pembinaan bonggol di sesebuah laluan utama ini bukanlah sesuatu yang luar biasa atau pun pelik kerana keadaan ini telah lama dipraktikkan di Selayang, Rawang, Kajang, Kuala Langat serta di hadapan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tengah bandaraya Kuala Lumpur juga telah lama di pasand bonggol-bonggol tersebut bagi mengelak daripada pemandu memecut kenderaan tanpa kawalan serta membahayakan orang ramai.

KOMPLEKS IPD BERA SUDAH HAMPIR SIAP

Posted: 30 Jul 2010 02:36 PM PDT





Antara gambar-gambar terkini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera & Kuarters yang sudah hampir disiapkan.

BANDAR BERA, 31 JULAI 2010:

Walaupun telah mengalami kelewatan yang amat ketara untuk menyiapkan bangunan Kompleks Ibu Pejabat Daerah Polis Bera (sepatutnya disiapkan sejak tahun lepas lagi), ianya tidak menghalang pihak kontraktor yang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kerja-kerja pembinaan IPD Bera tersebut.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera semalam, hampir 85% kerja-kerja pembinaan telah pun siap manakala kerja-kerja pengujian dan penerimaan mekanikal dan elektrik terhadap bangunan utama telah pun berlangsung sehingga kini.

Di percayai bangunan IPD serta kuarters kakitangan polis ini akan diserah untuk diduduki menjelang akhir tahun ini.

Pembinaan IPD Bera yang baru ini yang menelan perbelanjaan sehingga RM 60 Juta telah pun bermula semenjak awal tahun 2007 lagi adalah merupakan antara mercu tanda Bera yang terkini didaerah termuda didalam negeri Pahang ini.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Umno Hulu Selangor mula berkempen...walaupun tarikh pilihanraya jauh lagi

Posted: 30 Jul 2010 05:10 PM PDT