Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
INI SAJAKAH YANG MEREKA BERANI Posted: 31 Jul 2010 01:16 AM PDT ![]() Sememangnya PKR Johor menyokong penuh perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor namun apa masalahnya dengan golongan sebelah sana..?? Kenapa pula Datuk Chua dikatakan calon Menteri Besar Johor..?? Sedangkan jelas termaktub didalam Perlembagaan Negeri Johor bahawa Menteri Besar Johor mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu serta mendapat perkenan DYMM Sultan Johor. Kenapa dangkal dan benak sangat pemikiran golongan sebelah sana. Jika Pakatan Rakyat menang sekalipun di negeri Johor pada PRU akan datang (insya-ALLAH), tidak semestinya Datuk Chua Jui Meng akan menjadi Menteri Besar Johor dan golongan sebelah sana wajar faham bahawa kami hanya menukar kepimpinan bukan perlembagaan. Hakikatnya inilah sebenarnya keberanian mereka. Baling batu sembunyi tangan. Hanya berani dengan menggantung banner provokasi namun bila diajak berdebat, mereka menikus bacul dan kecut. Lihat sahaja bila DS Anwar datang ke Johor, banner2 yang mencerca dan menghina DS Anwar banyak digantung disana-sini. Inilah keberanian mereka yang diibaratkan seperti "pondan". Pemimpin dan pencacai golongan ini sama sahaja. Bacul dan penakut. Mereka2 ini telah diperbodohkan sehingga pemikiran mereka tepu dan tidak perlu mereka menjadikan rakyat juga bodoh seperti mereka kerana rakyat sudah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Jika mahu menjadi pendekar, jadilah pendekar yang berani berhadapan dengan realiti bukan seperti pendekar kangkong. Jika benar mereka berani, ayuh kita berdebat di pentas terbuka.. Namun persoalannya, beranikah mereka...???? |
Posted: 31 Jul 2010 12:49 AM PDT ![]() Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Anda boleh baca di sini. Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini? Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah? Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah. YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan