Sabtu, 17 Julai 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Genap Setahun Pemergian Rakan Seperjuangan Teoh Beng Hock

Posted: 16 Jul 2010 11:30 PM PDT

Genap setahun selepas kematian Teoh Beng Hock, ahli keluarga mendiang dan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, kumpulan NGO dan rakyat prihatin hari ini memperingati pembantu politik dari DAP itu dengan memberi penghormatan kepadanya di tempat kejadian.

Mereka hadir ke pejabat lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam bagi tujuan itu sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang.

Beberapa orang anggota Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) turut hadir antaranya Razak, Sangetha, Jestin (dari Pejabat Exco YB Dr. Xavier Jayakumar, Mandy ( P.A YB Teresa Kok), Adrian dan Kai Loon (P.A YB Elizabeth Wong) Daniel (YB Ronnie Liu) , Hiew (P.A YB Ean Yong), Richard (P.A YB Sivarasa -MP Subang) Dariff Din ( P.A YB Lau Weng Sang)
 

Kerajaan Sekat Media Lapor 'Barang Naik'

Posted: 16 Jul 2010 10:45 PM PDT

Semua media kawalan kerajaan diingatkan supaya tidak mengaitkan kenaikan 5-1 kepada perkataan seperti "barang naik" dan "penjimatan kerajaan" dalam laporan mereka.

Portal Malaysiakini melaporkan arahan itu dikeluarkan dalam satu taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang semalam.

Arahan ini dikeluarkan bagi mengelakkan kecaman rakyat terhadap pemotongan subsidi dan lonjakan harga gula dan bahan bakar yang diumumkan kerajaan, kelmarin.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti lengkap dengan strategi media yang teratur bagi membendung kemarahan rakyat apabila harga bahan bakar, gula dan gas dinaikkan serentak.

Di taklimat itu, media diberitahu supaya menggunakan takrif kompleks seperti "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi" menggantikan "barang naik" dan "penjimatan kerajaan".

Perkataan "jimat" itu perlu dielak supaya rakyat tidak menyoal kemana penjimatan itu akan dibelanjakan, dan media diminta menumpukan kepada aspek mengurangkan perbelanjaan.

Alasan menangani defisit, pembanteran penyeludupan, serta menggalakkan kehidupan sihat melalui pengurangan kadar ambilan gula diberi keutamaan. Media juga diingatkan untuk tidak membuat tinjauan rambang, dan menghubungi badan-badan bukan kerajaan dan persatuan pengguna yang mesra pemerintah.

Bahkan puji-pujian kepada keberanian Presiden Umno Najib Abdul Razak mengurangkan subsidi juga antara cadangan yang diutarakan dalam taklimat kepada pengarang-pengarang media semalam.

Malaysiakini melaporkan walaupun taklimat diberi pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi sekatan ini sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Sumber: TVSelangor

Kenaikan 5-1: Anwar saran empat langkah bantu rakyat

Posted: 16 Jul 2010 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jul – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan empat langkah yang perlu diambil kerajaan Umno-BN untuk membantu rakyat bawahan mengharungi lonjakan kos kehidupan ekoran serangan mengejut kenaikan harga barang malam semalam.

Anwar berkata hanya dengan empat langkah ini rakyat dapat diyakinkan bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk barangan keperluan adalah berbaloi.

Bekas Menteri Kewangan ini juga meminta Perdana Menteri Najib Razak membentangkan rancangan perbelanjaan RM750 juta yang dipungut dari kenaikan harga ini.

"Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat," kata Anwar.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi.

Empat langkah yang digariskan adalah:
  1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;
  2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;
  3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;
  4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

"Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

"Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni," tegas Anwar.

Sumber: TVSelangor

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Persidangan FBI Di Kuala Lumpur Bukti Umno-BN Agen Amerika

Posted: 17 Jul 2010 12:50 AM PDT


SHAH ALAM 17 Julai - Selepas menyerang kredibiliti Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkan beliau sebagai agen Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kerajaan Umno-BN kini menghadapi tamparan besar apabila bukti jelas menunjukkan mereka sebenarnya tunduk kepada kuasa besar Amerika Syarikat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard mendedahkan satu Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI NAA) Bahagian Asia Pasifik ke-13 akan diadakan di Kuala Lumpur mulai 19 hingga 23 Julai ini.

"FBI atau Federal Bureau of Investigations (Biro Siasatan Persekutuan) merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.

"Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa manusia khususnya umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan," ujar CheGuBard dalam satu kenyataan media.

CheGuBard yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata latihan pegawai kanan polis itu merupakan sebahagian daripada program AS untuk mempengaruhi individu yang mempunyai kedudukan penting dalam institusi seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen dan pertubuhan bukan kerajaan NGO dengan alasan memerangi keganasan.

"Di Iraq dan Afghanistan pihak FBI telah melatih beratus pegawai bagi memastikan negara itu terus patuh kepada kehendak AS apabila tenteranya berundur meninggalkan negara itu," kata beliau.

Menurutnya, selain beberapa buah negara seperi Arab Saudi dan Mesir, perhatian Amerika Syarikat tertumpu kepada Indonesia, malah AS juga sudah menarik balik sekatan jualan dan bantuan ketenteraan yang dikenakan ke atas Indonesia sewaktu rejim pemerintahan presiden Suharto.

"Pasukan polis elit di Indonesia turut mendapat latihan di AS dengan bekerjasama rapat dengan CIA, FBI dan unit perisik Australia dengan tujuan utamanya memerangi aktiviti 'pengganas'. Berdasarkan laporan Reuters, sekitar 2,800 pegawai tentera Indonesia pada masa ini sedang menjalani latihan di AS," ujarnya.

CheGuBard berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman sesawang FBI, pelatih akan di bawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington DC sebagai salah satu dari 'komponen moral dan etika untuk latihan.'

"Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati terhadap Zionis Israel, mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestin dan mewajarkan dasar pro-Israel oleh AS," jelas beliau lagi.

Tambah CheGuBard, latihan untuk pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia telah bermula sejak 1964 di mana sejumlah 58 pegawai kanan polis terlibat termasuk penyertaan bekas Ketua Polis Begara, Tun Hanif Omar.

Daripada jumlah itu seramai 16 pegawai kini masih dalam perkhidmatan polis.

"Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara. Pada 1 Julai 2003, Pusat Wilayah Asia Tenggara bagi Menentang Keganasan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik, bekas Presiden Bush telah mengumumkan penubuhan pusat itu sewaktu mesyuarat APEC di Mexico pada 2002.

"Pada 3 Mei 2002, Datuk Seri Najib Razak dalam syarahannya di Heritage Foundation di AS, mendedahkan bahawa Malaysia telah membenarkan kapal terbang tentera AS menggunakan ruang udara Malaysia sewaktu Operasi Enduring Freedom di Afghanistan. Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia membantu AS dalam menangkap dan menyerahkan suspek pengganas yang dikehendaki oleh AS," jelas beliau.

GheGuBard mendakwa Malaysia turut membantu AS menangkap dan menyerahkan suspek pengganas dikehendaki oleh AS seperti yang berlaku kepada beberapa individu yang ditahan ISA beberapa bulan lalu mempunyai kaitan dengan agensi risikan AS.

"Kami percaya penangkapan dan penghantaran pulang pelajar Islam luar negara baru-baru ini, dimulakan oleh agensi perisikan AS dan Australia yang merekarekacipta bukti terhadap aktivis Islam," ujarnya.

Justeru beliau menggesa Umno-BN supaya menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan dengan AS.

Sebaliknya, kerjasama patut dilakukan bersama India, Sweden, Iran dan lain-lain negara selain kuasa besar itu.

"AS seharusnya dihormati sebagai sebuah negara tetapi tidak boleh disembah sebagai tuan. Solidariti Anak Muda Malaysia sedang mempertimbangkan secara serius beberapa tindakan jika regim tidak mahu berganjak termasuk dengan 'menyerbu' persidangan tersebut," tegas CheGuBard.

Sumber: Suara Keadilan

Rakan Perjuangan Beng Hock Ikrar Tegakkan Keadilan, Bongkar Kebenaran

Posted: 17 Jul 2010 12:45 AM PDT


NILAI 17 Julai - Keluarga dan sahabat terdekat mendiang Teoh Beng Hock hari ini menziarahi kuburnya di Nirvana Memorial Park, Semenyih sempena memperingati setahun kematiannyaa pagi tadi.

Suasana pilu dan tangisan menyelubungi seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mendiang Beng Hock, pembantu politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati semasa disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ibu mertua Beng Hock dilihat meratapi pemergian Beng Hock yang sepatutnya menjadi menantunya pada hari yang beliau ditemui mati.

Lebih kurang 150 orang hadir dalam majlis yang berlangsung selama dua jam setengah, kebanyakannya telah berada di situ sejak pukul 8 pagi tadi.

Anak mendiang, Teoh Er Jia yang berusia empat setengah bulan juga hadir buat kali pertama di khalayak ramai.

"Saya harap dia membesar macam orang biasa, jauh dari mata semua orang. Normal itu bagus," kata isteri Beng Hock, SohCher Wei yang tidak membenarkan gambar anaknya diambil daripada depan.

Rakan seperjuangan Beng Hock mengambil peluang memberikan ucapan bagaimana mereka memperingatinya, tetapi kebanyakkan berkata akan memperjuangkan keadilan ke atas kematian tragik shabat mereka itu.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata semasa menziarahi kubur Beng Hock beliau akan mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat perkata itu.

Ppada masa yang sama beliau turut membidas inkues yang sedang berjalan gagal untuk mendedahkan perkara sebenar.

Pembantu kepada Exco Selangor berusia 30 tahun itu ditemui mati di Tingkat 5, Plaza Masalam, di mana ibu pejabat negeri SPRM terletak ketika itu.

Sebelum itu banyak teori timbul dalam soal bagaimana mendiang mati dan inkues yang sedang didengar dikatakan bercanggah dengan bukti yang dikemukakan ahli patologi yang dilantik SPRM yang mengatakan kemungkinan beliau membunuh diri.

Ahli patologi yang mewakili kerajaan negeri Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand pula berkata 80 peratus kemungkinan Beng Hock telah dibunuh.

Sumber: Suara Keadilan

MAPPIM Dakwa Persidangan FBINAA Semai Kebencian Terhadap Pergerakan Islam

Posted: 17 Jul 2010 12:40 AM PDT


SHAH ALAM 17 Julai - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) membantah dengan sekeras-kerasnya Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik (FBINAA) ke-13 di Kuala Lumpur kerana mendakwa Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat itu terlibat dalam strategi menentang pergerakan Islam diseluruh dunia dan melabelkannya sebagai kumpulan penganas.

"Ini adalah amat memalukan, kerana pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis yang menyeksa umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan," kata Setiausaha Agung MAPPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mod Azmi FBI merupakan cabang ketenteraan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain manakala National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negara.

"Walaupun latihannya jelas untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih berkenaan persepsi AS berhubung isu global. Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global.

Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap pendudukan AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas," tambahnya dalam kenyataan itu.

Latihan untuk pegawai kanan polis Malaysia di Akademi itu bermula pada 1964 dengan penyertaan Penolong Pesuruhjaya Kanannya, Kassim Ali.

Sejak itu, sejumlah 58 pegawai kanan polis telah mengikuti kursus termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

Enam belas daripada kumpulan awal tersebut masih lagi di dalam perkhidmatan.

Selepas peristiwa 11 September, Polis DiRaja Malaysia menjadi rakan baru dalam memerangi pengganas global bersama AS kata MAPPIM.

Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara.

Beliau berpendapat Kempen 'Memerangi Keganasan Global' telah menimbulkan kesangsian.

Dasar, perancangan dan perjanjian yang dibuat di bawah pentadbiran Presiden AS yang baru, Barack Obama masih diteruskan.

MAPPIM berkata kini sudah tiba masanya untuk menghapuskan dasar ini dan keganasan yang dianggap sebagai jenayah yang perlu ditangani di bawah undang-undang negara dan antarabangsa.

"Malaysia perlu menilai semula hubungannya dengan AS memandangkan kepada dasarnya yang membawa kepada perubahan rejim di negara Islam yang merdeka, menggalakkan perpecahan antara mazhab, menyemai pertelingkahan sesama Islam dan juga antara negara Islam, dan penentangan terhadap pelaksanaan syariah untuk umat Islam," tambah Mohd Azmi.

Saranan Laporan Goldstone berhubung jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia oleh keganasan Israel ke atas Gaza pada November 2008 dan penubuhan jawatankuasa bebas antarabangsa untuk menyiasat keganasan Israel terhadap Freedom Flotilla dan pembunuhan sembilan sukarelawan kemanusiaan Turki digagalkan oleh tindakan AS untuk melindungi Israel.

"Kami merasa amat terkejut memandangkan kesengsaraan dan penderitaan saudara-saudara kita tidak menyentuh perasaan pegawai kanan polis kita. Bagaimana mereka boleh bekerjasama dan meraikannya dengan mereka yang menimbulkan kekacauan di dunia Islam.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan di AS. Sebagai ganti mereka boleh dilatih di negara lain seperti India, Sweden, Iran dan lain-lain negara yang tidak mempunyai agenda hegemoni," kata Mohd Azmi lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Bersih Desak umno-BN Hentikan Tekanan Ke Atas Pakatan Rakyat

Posted: 17 Jul 2010 12:35 AM PDT


KUALA LUMPUR 17 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan memberi amaran serangan sistematik kerajaan terhadap pihak pembangkang dan musuh politik mereka secara umum akan mengganggu sistem demokrasi, kestabilan politik dan kestabilan ekonomi negara.

"Apa yang ingin kita tegaskan adalah, serangan terbaru terhadap media parti pembangkang dan dakwaan terhadap beberapa individu dan pimpinan dari Pakatan Rakyat, dengan menyalahgunakan jentera awam oleh pihak kerajaan semenjak 2008 adalah tidak selaras bagi menuju pilihan raya yang bebas dan adil," kata Ambiga dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menjelaskan, rakyat Malaysia merasakan percubaan untuk menyingkir kehadiran pelbagai partipolitik yang mendapat perhatian ramai selepas pilihan raya umum 2008 akan menyebabkan negara menjadi huru-hara, menggusarkan keyakinan pelabur dan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi.

Bersih 2.0 menekankan sebagai kerajaan yang demokratik dan yakin dengan kewibawaannya seharusnya menghormati setiap undi warganegara sekalipun mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza.

Apatah lagi sekiranya Malaysia dianggap antara negara di dunia yang menyokong agenda hak asasi manusia dengan keahlian negara ini ke dalam Majlis Hak Asasi Manusia.

"Ketiga-tiga organ media utama pihak pembangkang, iaitu Suara Keadilan, Rocket dan Harakah menghadapi kemungkinan untuk diberhentikan operasinya. Sebelum ini, hasil kerja pelukis kartun politik, Zunar juga diharamkan," kata Ambiga.

Beliau berpendapat semua tindakan tersebut seolah menghalang pilihan yang dilakukan oleh rakyat dalam pilihan raya lalu, di mana semua akbar arus perdana dan saluran televisyen dikawal ketat kerajaan melalui saringan mahupun 'censorship'.

Bersih 2.0 berkata rakyat amat terkejut, apabila semenjak 2008, pihak pembangkang ditekan dengan pelbagai cara.

Antaranya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terpaksa melalui perbicaraan Fitnah II, kematian misteri pembantu ahli politik, Teoh Beng Hock, semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 11 jam sehinggalah kepada penahanan Badrul Hishanm Shaharin, seorang ahli politik di bawah Akta Hasutan.

"Bersih 2.0 ingin mengingatkan rakyat Malaysia tidak lagi mudah untuk ditipu dan dicucuk hidungnya. Banyak lagi yang boleh dicapai oleh kerajaan untuk negara ini, sekiranya mereka berpegang kepada kedaulatan undang-undang serta prinsip demokrasi.

"Kerajaan sepatutnya mengambil iktibar dari ungkapan pejuang demokrasi Myanmar, Aung Sang Suu Kyi. "Bukan kuasa yang musnah, tetapi kerana rasa takut. Takut kehilangan kuasa, akan merosakkan mereka yang salah menggunakannya".

"Sekiranya perkara sebegini berterusan, satu kesimpulan boleh dirumuskan bahawa kita sebenarnya tiada beza dengan negara-negara lain yang tidak percaya kepada sistem demokrasi, sekalipun seperti apa yang kita banggakan di pentas antarabangsa.

Seluruh rakyat Malaysia yang patriotik mestilah dengan segera menghentikan tindakan ini," kata Ambiga lagi.

Sumber: Suara Keadilan

AMK Selangor Puji Langkah Selangor Bentang Akta Kebebasan Maklumat

Posted: 17 Jul 2010 12:30 AM PDT


SHAH ALAM 17 Julai - Angkatan Muda KEADILAN Selangor memuji langkah berani dan progresif kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor membentangkan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat yang pertama di negara ini sekaligus membuka ruang untuk dicontohi diseluruh negara.

Ianya satu sejarah negara kerana akta seumpama ini masih belum dibentangkan di peringkat parlimen.

Kesungguhan kerajaan Selangor ini kata Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin wajar diikuti negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan kerajaan telus dan terbuka.

"Langkah besar ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan Selangor menghargai kebebasan rakyat mendapatkan maklumat.

"AMK Selangor yakin usaha ini memberikan peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri agar ada 'check and balance' daripada rakyat. Justeru,Akta Kebebasan Maklumat ini diharap memberikan manfaat kepada rakyat Selangor seterusnya menjadikan negeri ini lebih baik pentadbirannya.

"Malahan perkara ini di peringkat pusat belum berlaku dan usaha langkah ini diharap mampu menjadikan Selangor contoh terbaik daripada segi ketelusan perbelanjaan kewangannya," kata beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Dalam pada itu juga, AMK Selangor mengalu-alukan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Shamsudin Mohd Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor yang merupakan langkah berani kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha mewujudkan kerajaan yang sedia diperiksa perbelanjaannya daripada parti berbeza.

"AMK juga berkeyakinan usaha-usaha kerajaan Selangor mampu menjadikannya contoh negeri yang matang dan mampu mengangkat suara dan kehendak rakyat," tambah Khairul Anuar.

Sumber: Suara Keadilan

AUKU Kekang Kebebasan, Wujudkan Budaya Senyap Di Kalangan Mahasiswa

Posted: 17 Jul 2010 12:25 AM PDT


KUALA LUMPUR 17 Julai - Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum apabila empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah AUKU kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"AUKU jelas melanggar hak asasi manusia di Malaysia. Ini adalah kerana perlembagaan memberikan hak penglibatan politik kepada semua warga negara yang berumur 21 tahun ke atas untuk mengundi. Maka, ini turut membuktikan bahawa perlembagaan turut mengakui mahasiswa mempunyai hak untuk turut terlibat dalam politik," kata Yap Heng Lung, setiausaha Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia.

Beliau berucap dalam forum 'AUKU dan Hak Mahasiswa' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan, malam Khamis lepas.

Selain Heng Lung, dua orang ahli panel lain yang turut dijemput bagi membentangkan kertas kerja berkenaan isu berkaitan adalah Shazni Munir, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Hilman Idham, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Forum tersebut dipengerusikan oleh Fahmi Reza, pengarah filem dan penyelidik gerakan mahasiswa di Malaysia.

Sebelum ini, Fahmi Reza turut dikenali di kalangan aktivis seni dan hak asasi berikutan kejayaannya menerbitkan sebuah filem mengenai sisi lain berkenaan kemerdekaan Malaysia bertajuk '10 Tahun Sebelum Merdeka'.

Kira-kira 30 orang hadir dalam forum tersebut yang turut disertai oleh kumpulan pelajar dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Forum tersebut turut menggunakan projektor bagi paparan imej persembahan (slide presentation) bagi memudahkan audien memahami dengan lebih mengenai fakta yang ingin disampaikan.

Sementara itu, Shazni Munir dalam sesi soal jawab menegaskan sama ada AUKU wujud atau pun dimansuhkan, ia tidak akan memberi kesan mutlak kepada kebebasan dan sikap mahasiswa dalam menangani isu-isu sama ada di dalam atau pun di luar kampus.

Baginya, apa yang penting adalah mahasiswa itu sendiri yang perlu pro aktif dan bergerak menjadi juara dalam menangani setiap isu yang melanda negara.

"Sewaktu konvensyen mahasiswa yang dianjurkan di Dewan Sivik, Petaling Jaya tahun lalu, kita telah pun mengangkat deklarasi mahasiswa kepada masyarakat dan juga kerajaan. Jadi, persoalan sama ada berkenaan AUKU ini menjadi penghalang kepada aktiviti mahasiswa telah lama berlalu. Pokoknya sama ada mahu (bergerak) atau pun tidak," jelas Munir.

Terdahulu sebelum itu, Hilman Idham yang merupakan salah seorang dari pelajar yang didakwa atas kes 'UKM4' berpandangan bahawa, AUKU telah membentuk pembudayaan mahasiswa yang gagal untuk belajar bagi membuat keputusan sendiri. Ini adalah kerana kepatuhan yang keterlaluan telah menumpulkan daya kreativiti mahasiswa dan membentuk sikap kebergantungan kepada pihak pihak tertentu.

"Ia membahayakan kita, kerana pemimpin negara yang akan datang ini akan terdiri daripada mereka yang 'baru mahu belajar membuat keputusan'. Jika mereka memimpin negara, maka kita semua ini akan dijadikan bahan ujikaji, kerana waktu itu adalah masa dimana dia 'baru mahu belajar membuat keputusan'" jelas Hilman.

Siri ceramah umum tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan telah pun bermula sejak 1 Julai lalu.

Sehingga kini, tiga siri ceramah umum berkenaan AUKU telah pun diadakan dan bakal berakhir pada 24 Julai di Cafe House of Art and Ideas di Petaling Jaya.

Program dalam siri terakhir tersebut bakal menampilkan tiga orang panelis dari tiga generasi mahasiswa yang berbeza iaitu Hishamuddin Rais, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Hilman Idham.

Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Pekakkan Telinga Bantahan Rakyat, Lebih Rela Bela Kroni

Posted: 17 Jul 2010 12:20 AM PDT


SHAH ALAM 17 Julai - Angkatan Muda KEADILAN Selangor 'mengalu-alukan' kenaikan harga petrol dan barang oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang 'amat prihatin' dengan kesengsaraan rakyat kerana ini akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno-BN

Tindakan tiu juga bukti 'rakyat didahulukan' dalam menanggung kesengsaraan tatkala pemborosan perbelanjaan kerajaan masih berlaku.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata AMK Selangor yakin kenaikan minyak dan barang ini hanya akan menambahkan kebencian dan meluat rakyat kepada pemimpin-pemimpin Umno-BN yang seringkali melaungkan slogan 'rakyat agar didahulukan' dan 'juara rakyat'.

"Tindakan kenaikan ini akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya semasa PRU-13 kerana rakyat semakin yakin BN adalah sinonim dengan 'Barang Naik'.

"Dalam situasi kuasa beli rakyat semakin menurun dengan kenaikan harga barangan sebelum ini,kesengsaraan rakyat bagaikan dilupakan oleh kerajaan yang perlu bergelut saban hari dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.

"Apakah ini hasil liberalisasi ekonomi dan program rakyat berpendapatan tinggi oleh Perdana Menteri ?," soal Mohd Ezli.

Menurut beliau, ketika rakyat terus berhadapan dengan alasan pemotongan subsidi untuk kononnya penjimatan wang negara, kerajaan terus boros dalam menguruskan perbelanjaannya.

AMK Selangor turut mempersoalkan jika untuk mengurangkan subsidi yang kononnya membebankan negara,mengapa tidak membuat pemotongan subsidi kepada pihak penjana tenaga bebas (IPP) yang jumlah angka kos amat besar dan tinggi ?.

"Apakah ini terjemahan rakyat didahulukan dengan menjadikan rakyat 'dikorbankan' dalam polisi baru kerajaan pusat ?.

"Bagaimanakah pula dengan jumlah kos mendapatkan khidmat perunding Apco yang wang ratusan juta tersebut boleh dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat ?," soalnya lagi dalam kenyataan media hari ini.

"Kita menggesa agar rakyat tidak terpengaruh dengan istilah pengurangan subsidi kerana realitinya adalah kenaikan kos yang perlu ditanggung rakyat. Suara rakyat perlu digemakan di seluruh negara tatkala Umno-BN akan terus menaikkan harga barang dan petrol diambang pengenalan cukai GST.

Dalam pada itu kata Mohd Ezli, AMK Selangor yakin rakyat sudah membuka minda dan hati siapakah yang memperjuangkan nasib dan kesengsaraan rakyat serta memikirkan masa depan rakyat negara ini sebenarnya.

Lakonan pimpinan Umno-BN yang kononnya mendabik dada juara rakyat ini adalah hasilnya dengan akan berlaku berterusan kenaikan barang dan perkhidmatan.

Sumber: Suara Keadilan

Keluarga Beng Hock Mahu Bertemu Najib

Posted: 17 Jul 2010 12:15 AM PDT


KUALA LUMPUR 17 Julai - Keluarga mendiang Teoh Beng Hock, bekas pembantu politik Exco Selangor yang ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika disoalsiasat, bercadang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya tidak berpuas hati dengan inkues berhubung punca kematian yang dijalankan.

Adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan berkata keluarganya bersetuju untuk bertolak ansur bagi menerima inkues dan bukannya suruhanjaya siasatan diraja kerana Najib mengatakan sekiranya mengikut Perlembagaan, inkues mesti dijalankan terlebih dahulu.

"Beliau (Najib) kata inkues akan mengambil masa dua minggu, paling lama dua bulan. Tetapi sekarang sudah setahun. Najib kata kita boleh berjumpa dengannya jika tidak berpuas hati. Kita minta surat jaminan tetapi dia tidak dihiraukan," katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.

Sementara Gobind Singh Deo yang merupakan peguam keluarga berkenaan mempertikaikan ucapan takziah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat semalam.

"Kenapa baru setahun baru keluar kenyataan sebegini?" soalnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed dilaporkan berkata SPRM berkongsi kepiluan dan kesedihan dengan keluarga mendiang ekoran insiden malang itu.

Beliau berkata, sebagai seorang ayah dan anak paling tua dalam keluarga, beliau dapat merasi kepiluan yang tidak tertanggung akibat kehilangan ahli keluarga.

Semalam genap setahun pemergian Beng Hock, ahli keluarga mendiang bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat mengunjungi tempat kejadian bagi memperingati bekas pembantu politik itu.

Antara yang hadir termasuk anggota keluarga Teoh, dan bekas majikannya, Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Exco Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Datuk Dr Hassan Ali, Dr Halimah Ali, Ronnie Liu serta kira-kira 50 penyokong.

Mereka tiba di pejabat lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam awal pagi bagi sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang.

Namun, pihak pengurusan bangunan itu hanya membenarkan enam orang, termasuk Ean Yong untuk naik ke tingkat 5 Plaza Masalam, tempat Beng Hock ditemui mati.

Suasana muram menyelubungi upacara berkabung tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit.

Lee Lan kelihatan sebak dan berlinangan air mata sehingga terpaksa mengambil beberapa minit untuk bertenang sebelum berucap kerana terlalu sedih.

"Beliau harap kebenaran (apa yang berlaku) dapat dijelaskan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee yang menterjemahkan ucapan Lee Lan ke bahasa Melayu.

Sumber: Suara Keadilan

PAS Tetap Tolak Kerjasama Politik Dengan Umno

Posted: 17 Jul 2010 12:10 AM PDT


KUALA LUMPUR 17 Julai - PAS mengulangi pendirian untuk kekal bersama Pakatan Rakyat dan meneruskan hubungan yang sedia terjalin dalam gagasan itu, sekaligus menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno.

Sebaliknya, PAS hanya bersedia mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat mengenai beberapa perkara yang menyentuh mengenai kepentingan masyarakat Melayu dan Islam.

"Kerjasama politik pada waktu ini, PAS memang bersama Pakatan Rakyat sehinggalah ke pilihan raya ke-13. Sebab kita memang berjanji macam itu. Perkara ini mesti jelas kerana kita tak mahu disalah fahami.

"Walaupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bukan melibatkan undang-undang sebaliknya hanya berdasarkan kepercayaan, PAS tak akan kianat," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS semalam.

Mustafa berkata, parti itu sentiasa belajar daripada pengalamanlalu ketika parti itu bergabung dengan Umno dan Semangat 46.

"PAS dalam trek rekod kerjasama politik, memang tidak pernah khianat kawan. Dahulu semasa bersama Semangat 46 dan dalam Barisan Nasional bukan kita yang keluar. Tapi mereka yang keluar dan PAS dikeluarkan.

"Dalam Pakatan Rakyat, PAS sentiasa istiqamah dari sudut itu. Kita tidak boleh nak khianati kerjasama yang telah kita wujudkan. Tak berbangkit sama ada kita nak kaji hubungan atau soal lain," tegas Mustafa lagi.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kesediaannya bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagi membincangkan kerjasama politik, Mustafa Ali berkata kenyataan itu telah disalah tafsirkan.

"Tak salah seorang Menteri Besar nak bertemu dengan pemimpin pusat untuk bincang banyak perkara, itu sangat perlu kerana antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat memang ada banyak isu-isu tertunggak.

"Saya tak fikir pertemuan ini akan sentuh soal kerjasama politik sebab PAS sudah putuskan bahawa kita akan bersama Pakatan Rakyat. Tok Guru sendiri sudah arif tentang perkara ini," jelas beliau lagi.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz bagi membincangkan kerjasama dengan PAS demi mengukuhkan kepentingan masyarakat Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut segera dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: Suara Keadilan

Fomca Bimbang Kerajaan Tidak Mampu Kekang Kenaikan Harga Barangan

Posted: 17 Jul 2010 12:05 AM PDT


SHAH ALAM 17 Julai - Tindakan Umno-Barisan Nasional menaikkan harga lima barangan keperluan malam Khamis lalu gagal mengambil kira bentuk tindakan perundangan yang bakal diambil kerajaan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Menurut Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) ini kerana peruntukan perundangan bagi mengambil tindakan sedemikian belum lagi dilaksananakan.

"Kerisauan yang timbul sekarang ialah bagaimana kerajaan ingin mengambil tindakan kerana peruntukan perundangan bagi mengambil tindakan kepada peniaga yang mengambil untung secara berlebihan belum lagi dilaksanakan, kerajaan perlu mencari jalan selain pemantauan secara menyeluruh bagaimana pula tindakan yang ingin mereka ambil," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusof Abdul Rahman.

Beliau berkata kenaikan harga petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) memberi kesan secara langsung kepada setiap rakyat Malaysia terutamanya golongan peniaga kecil.

Seterusnya tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional tersebut akan menyebabkan kesa berantai berlakunya kenaikan harga makanan dan ketidak selarasan harga barangan lain.

"Tindakan kenaikan harga yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri akan memberi kesan secara langsung kepada setiap pengguna di negara ini, dan yang lebih ketara kesannya adalah kepada peniaga-peniaga kecil. Mereka akan berada dalam keadaan terhimpit dengan kesan kenaikan tersebut yang mana segala kos termasuk pengangkutan akan mengalami kenaikan.

"Atas kesan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga jualannya seperti kuih mahupun makanan lain. Kenaikan yang secara langsung ini akibat daripada kenaikan harga ini akan memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah," kata beliau.

Tambah Mohd Yusof bagi mengelakkan kesan yang ketara ini kerajaan perlu melakukan pemantauan secara berterusan terhadap peniaga yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas kenaikan harga tersebut.

Beliau juga mahu kerajaan pastikan harga kawalan terhadap barang lain masih berada pada harga asal.

"Saya menyeru kerajaan lakukan pemantau yang tegas secara menyeluruh kepada setiap peniaga, kegagalan kerajaan mengambil tindakan sedemikian menyebabkan ada segelintir peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan yang lain. Kerajaan juga perlu pastikan harga barangan kawalan yang tidak terlibat dengan senarai yang dinaikkan berada pada harga yang ditetapkan.

"Pemantauan amat diperlukan dalam hal ini, tanpa pemantauan yang menyeluruh pengguna bukan sahaja dibebankan oleh kenaikan harga minyak tetapi bebanan yang lain.

"Melihat kepada kenyataan Perdana Menteri, kenaikan ini baru diperingkat pertama dan saya berpendapat akan berlaku lagi kenaikan sehingga kepada tahap penyelarasan subsidi yang dikehendaki oleh kerajaan," jelas beliau.

Ketika ditanya mengenai cara pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang mmebuat pengumuman tersebut selepas sahaja tamat persidangan Dewan Rakyat, Mohd Yusof ini adalah strategi kerajaan untuk mengelakkan isu ini mendapat tentangan di parlimen.

"Sebelum ini pun kerajaan mengambil tindakan mengumumkan pada waktu malam dan kuat kuasa pada jam 12 tengah malam.

"Jika perkara tersebut diumumkan di dalam Dewan Rakyat maka tentangan yang hebat dari kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kemungkinan juga tentangan daripada ahli parlimen BN sendiri, ini akan menyebabkan kesukaran kerajaan untuk mengambil keputusan. Jadi cara yang terbaik kerajaan ialah mengumumkan selepas tamatnya sidang Dewan," kata Mohd Yusof lagi.

Sumber: Suara Keadilan

AMK KEDAH

AMK KEDAH


SUK AMK PUSAT KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 17 Jul 2010 05:54 AM PDT

Hasmuzair (Jet Perlis) telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya.


Jenazahnya kini berada di Hospital Sg Buluh dan akan dikebumikan di Perlis.


Jet mempunyai 11 adik beradik dan merupakan anak ke empat.


Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.


Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...amin...

KAMI DARI AMK KEDAH MENGUCAPKAN TAKHZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM HASMUZAIR HASSAN.....


Al-Fatihah..


Terkini...Jenazah akan dikebumikan pagi esok di Kg Simpang Geti,km 2 Jalan Mata Ayer, Arau, Perlis, pertanyaan sila hubungi Hasfizar Hassan 017-432 0922

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


SUK AMK PUSAT MENINGGAL DUNIA

Posted: 17 Jul 2010 02:35 AM PDT

Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr.Hasmuzair bin Hassan telah meninggal dunia sebentar tadi dipercayai akibat kemalangan jalanraya. Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang menyebabkan motorsikal yang ditunggangi beliau hilang kawalan. Allahyarham meninggalkan seorang balu (tidak berkerja) dan 3 orang anak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun. Allahyarham amat dikenali dikalangan pimpinan AMK di seluruh Malaysia dan sikap beliau yang mudah mesra membuatkan beliau amat mudah didampingi oleh setiap pimpinan. Beliau adalah anak ke 4 dari 11 adik beradik.
Allahyarham berasal dari Perlis merupakan SUK AMK yang begitu komited dengan tugasannya. Penulis secara peribadi begitu rapat dengan Allahyarham dan kali terakhir penulis bertemu dengan Allahyarham ketika "Retreat AMK" di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang pada 9 -11 Julai 2010. Jenazah akan dibawa ke kampung halaman Allahyarham di Kg Sungai Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis.
AMK Gelang Patah turut merasa kehilangan seorang sahabat yang begitu komited terhadap tugasannya. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Penulis sempat meminta Sdr. Din Binjai (Exco AMK Malaysia) untukmemaklumkan kepada semua pimpinan AMK di seluruh Malaysia agar dapat menubuhkan tabung derma bagi membantu keluarga Allahyarham. Alhamdulillah semuanya telah diuruskan sebaiknya oleh teman2 yang turut merasai kehilangan Allahyarham.
Penulis juga telah meminta Setiausaha AMK Johor agar memaklumkan kepada semua pimpinan AMK Cabang diseluruh Johor untuk mengadakan Tabung Derma bagi membantu keluarga Allahyarham. Segala sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Nazylinda Abdullah (Balu Allahyarham) AMbank - 0040024033611. Penulis menyeru kepada pembaca agar sama2 menderma bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.
Bersama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Hasmuzair bin Hassan, semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang2 yang beriman... Al-Fatihah..

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kenyataan Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Posted: 17 Jul 2010 12:32 PM PDT

 Berhubung 'Penjimatan Kerajaan, 'Pelarasan Harga' & 'Rasionalisasi Subsidi'

Kenaikan harga bahan bakar dan gula telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam sidang parlimen yang berakhir kelmarin. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan sebab dan tujuan kenaikan harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) serta gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengakui, penarikan subsidi ini sememangnya akan menjimatkan perbelanjaan negara seperti yang dipetik daripada ucapan Perdana Menteri bahawa negara akan menjimatkan kira-kira 750 juta untuk tahun ini. Namun, yang menjadi kekesalan di peringkat SMM ialah penjimatan ini juga bakal membebankan rakyat, khususnya rakyat yang berpendapatan sederhana & rendah, yang juga merupakan majoriti rakyat Malaysia.

Isu berkenaan subsidi ini telah lama diperbincangkan. Sebahagian daripada rakyat tidak bersetuju dan sebahagian daripadanya bersetuju. Bagi SMM, subsidi ini adalah tanggungjawab negara. Negara harus seberapa banyak juga menyediakan belanja untuk menampung keperluan rakyat ini.

Sekalipun subsidi ini dirasakan perlu untuk membantu perjalanan ekonomi negara, maka ia tidak seharusnya ditarik melalui bahan seperti minyak dan gula. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan yang buruk kepada rakyat. Kesan ini adalah Domino Effect yang akan berlanjutan dan menyusahkan masyarakat khususnya rakyat yang tidak berkemampuan.

Minyak akan mempertingkatkan setiap kos barangan dan menyebabkan kenaikan harga barangan kebanyakan barang-barang keperluan. Begitu juga gula yang merupakan keperluan asas masyarakat. Hal ini telah terbukti apabila Syarikat F&N Dairies (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga produknya kemungkinan akan turut naik disebabkan keputusan kerajaan ini.

Bagi SMM, hal ini bukan lagi kemungkinan tetapi pasti. Kesan kenaikan ini akan dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.

Dalam konteks kesungguhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri untuk mengurangkan beban subsidi ini bagi menjimatkan perbelanjaan negara, di peringkat SMM juga serius untuk mencadangkan agar keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh oleh menteri-menteri & seluruh anggota kabinet pimpinan beliau sendiri seperti pemberian AP, pengecualian tol & minyak kenderaan rasmi, juga ditarik balik sebagai satu usaha bersama dengan rakyat untuk 'menjimatkan perbelanjaan' negara.

Di samping itu, SMM juga melahirkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap reaksi lucu kerajaan pimpinan Perdana Menteri dengan usaha untuk 'menasihati' pengarang & editor media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik' bagi menggambarkan situasi yang berlaku. Hal ini pada hemat SMM merupakan cubaan secara halus untuk merendah-rendahkan nilai intelek serta kesedaran warga Malaysia & menutup kefahaman sebenar berkenaan hakikat yang dialami oleh seluruh masyarakat.

SMM juga dengan kesedaran yang penuh atas kapasiti sebagai warganegara yang sedar dengan pola keputusan yang tidak sihat ini, akan bersama-sama dengan seluruh lapisan masyarakat membantah kenaikan harga barang ini. Dan pastinya kami juga menyeru kepada mahasiswa & seluruh anak muda Malaysia untuk bersama-sama bangkit di atas keperitan hidup di kala sebilangan kelompok di kalangan elit penguasa tidak langsung merasai kesan keputusan yang besar ini.

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Reply to Securities Commission’s explanation published in Utusan Online today

Posted: 17 Jul 2010 05:19 AM PDT

The Securites Commission (SC) is playing hide and seek and skirting many of the issues I have raised in parliament recently. Instead of coming clean, the SC has resorted to using a mouthpiece to just blab only on the Parkway Holdings Berhad issue. This is most irresponsible of SC and the Chairman YgBhg Tan Sri [...]

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Al-Fatihah...

Posted: 17 Jul 2010 05:50 AM PDT

1 Malaysia : Rakyat Di kelentongkan Melayu di Bangang kan

Posted: 16 Jul 2010 08:22 PM PDT

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Reply to Securities Commission’s explanation published in Utusan Online today

Posted: 17 Jul 2010 05:19 AM PDT

The Securites Commission (SC) is playing hide and seek and skirting many of the issues I have raised in parliament recently. Instead of coming clean, the SC has resorted to using a mouthpiece to just blab only on the Parkway Holdings Berhad issue. This is most irresponsible of SC and the Chairman YgBhg Tan Sri [...]