Jumaat, 9 Julai 2010

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


28 June 2010

Posted: 09 Jul 2010 04:16 AM PDT

kgtempiku

PKR Sabah led by Dr Roland Chia who is also PKR Sabah Treasurer & also Penampang Acting Chief brought a team of PKR members and some food donation to visit a single mother of three and her family have been living in hard core poverty and hardship at kampong Tempiku, Kepayan , Penampang They have been living in such a condition i.e a (hand-to-mouth existence) since her husband left them three years ago.

Going out to look for work is out of the question for the 37-year-old mother, who only wants to be known as Roslinah because she needs to care for her youngest child, aged nine, who is disabled. The disabled child was given an OKU card, but the welfare hardly come by to follow-up in facilitating the child in sending her to a special school. To add misery , Roslinah is also the primary caregiver for her 64-year-old paralysed mother.

Roslinah's two other children, aged 17 and 13, are studying in a secondary school nearby. Two years ago Roslinah applied for aid from the State Welfare Department but she has yet to get a reply. The family has been relying on the occasional donations from the public.

The house is in bad condition, the kitchen also collapsed recently, the house is still in bad condition, the roof leaks, and there is no water or electricity.

Dr. Roland Chia urged the elected representatives to personally come and not just send their representatives, and see for himself how hardcore poverty is still in existence in Penampang despite being one of the fastest growing district in Sabah. This does not augur well with the 1-Malaysia Slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

PKR Sabah is grateful to Sabah Chinese Kapitan Liaison and Welfare Committee chairman Peter Chong Ching Hang for highlighting their plight and was on site to supervise the repair works and the streams of donations coming in. During the PKR Sabah visit, we were greeted by Yb. Melanie Chia Adun for N16 Luyang.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mahathir kritik kerajaan lagi, isu Tony Blair pula

Posted: 08 Jul 2010 09:00 PM PDT



Apa yang bermain di benak Tun Dr Mahathir sekarang ini ? Dia cuba mengkritik kepimpinan negara akhir-akhir ini. Bermula dengan isu pembelian helikopter , kemudian isu Wawasan 2020, sekarang isu Tony Blair. Tun cukup marah apabila Tony Bair diberi layanan VVIP apabila datang ke Malaysia baru-baru ini.

Personally I don't care for any special treatment for me when I travel abroad. But at Heathrow, London, I was treated as a terrorist. I had to take off my shoes, belt and coat and was body searched for weapons by British security before I was allowed to go through. When Blair the war criminal came here to speak for RM1 million (GBP200,000) he was treated as a Government guest and given VIP treatment.

*****************
TONY BLAIR 2
By Dr. Mahathir Mohamad on July 9, 2010 http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/tony-blair-1.html


1. British papers headlined "Blair's battle with law chief over Iraq". Tony Blair was told the Iraq war was illegal by Attorney-General (Lord Goldsmith) the day before he (Blair) gave George Bush the go-ahead for invasion.

2. Blair's fury at the repeated warnings from Lord Goldsmith was laid bare as secret memos were published by the Chilcot Inquiry on the British involvement in the Iraq war after the memos were declassified by the Government.

3. On the memo by Lord Goldsmith, the Attroney-General, Blair scribbled, "I just don't understand this". The memo was published in British newspapers.

4. When Bush said on January 31st 2003, that bombing (of Iraq) would begin in mid-March, David Manning, the PM's chief foreign policy adviser recorded Blair's reaction; "The Prime Minister said he was solidly behind the President".

5. It is not surprising therefore that the US has "honoured" Blair with a medal and GBP 67,000.

6. The award according to David Eisner of the National Constitution Centre of America is because "Tony Blair has significantly furthered the expansion of freedom, self governance, equality and peaceful co-existence". It is the height of hypocrisy.

7. Malaysian Achievers should be happy that they are not alone in their admiration of Tony Blair. But anti-war campaigners reacted furiously and Andrew Burgin of the Stop the War Coalition said, "This is unbelievable. It is a reward for supporting Bush in the war against Iraq".

8. "It is the deaths of a million people in Iraq that Blair should be remembered for".

9. True to his ilk, Blair supported Israel's attack and killings of aid workers of the humanitarian flotilla to Gaza. Blair considers Israel's attack and piracy in international waters as constituting a right to defend itself.

10. When Blair the war criminal came here to speak for RM1 million (GBP200,000) he was treated as a Government guest and given VIP treatment.

11. Personally I don't care for any special treatment for me when I travel abroad. But at Heathrow, London, I was treated as a terrorist. I had to take off my shoes, belt and coat and was body searched for weapons by British security before I was allowed to go through.

12. I was reminded of the Hindi film, starring Shah Rukh Khan entitled, "My name is Khan", in which Khan tried to meet the President of the United States to tell him, "Mr President, my name is Khan. I am not a terrorist".

13. I felt like shouting should I meet Mr Cameron, Prime Minister of the United Kingdom of England, Scotland and Northern Ireland, "Mr Prime Minister, my name is Mahathir. I am the former Prime Minister of Malaysia. I am not a terrorist".

14. But of course I will not do it. I will continue to be treated as a terrorist in the United Kingdom while Mr Moneybags war criminal Tony Blair will be given full VVIP treatment by the Malaysian Government when he visits Malaysia, a former British colony.

*********************
Ahad April 25, 2010
Protes Terhadap Blair Berlangsung Secara Aman

PETALING JAYA: Hampir 100 orang termasuk rakyat Iraq yang tinggal di Malaysia mengadakan protes secara aman di hadapan Sunway Pyramid di sini kerana membantah kedatangan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair ke Malaysia.

Kumpulan itu mula berkumpul pada pukul 9.30 pagi dengan memegang kain rentang dan poster memaparkan wajah Blair dengan tulisan "War Criminal, Tony Blair, No Entry" dan melaung kata-kata seperti: "Blair adalah seorang penjenayah perang dan "Dakwa Blair di Mahkamah Antarabangsa".

Setengah jam kemudian Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyertai kumpulan itu dan mereka kemudian membaling selipar dan kasut pada kain rentang yang mempunyai wajah Blair dan memijak sebelum membakarnya.

Kedatangan Blair ke Malaysia adalah untuk memberi ceramah pada satu kongres perniagaan yang berlangsung selama tiga hari yang bermula semalam di Pusat Konvensyen Sunway yang dianjurkan oleh Success Resources Company, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Kira-kira 20 orang anggota polis membuat kawalan sepanjang protes itu berlangsung bagi menentukan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Ibrahim serta empat wakil NGO kemdian dibenarkan oleh pihak polis memasuki pusat konvensyen itu bagi menyerahkan pendakwaan yang dikeluarkan oleh Tibunal Jenayah Perang Kuala Lumpur kepada Blair.

Setengah jam kemudian mereka keluar dan memberitahu pemberita bahawa mereka gagal menemui Blair untuk menyerahkan pendakwaan itu kerana kawalan keselamatan yang ketat tetapi telah menyerahkannya kepada wakil Blair.

Ibrahim berkata beliau telah menerangkan kepada wakil tersebut bahawa antara isi kandungan pendakwaan itu ialah supaya Blair dan rakan sekutunya, bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush seharusnya didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana telah melakukan jenayah perang dengan menyerang Iraq pada 2003.

Katanya Blair dan Bush tidak seharusnya terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang kerana mereka terbukti telah melakukan jenayah perang dengan menyerang negara Iraq sehingga menyebabkan puluhan ribu rakyat negara itu yang tidak berdosa terutama wanita dan kanak-kanak terkorban.

Mengenai kongres perniagaan tersebut, beliau melahirkan kecewa terhadap penganjur kerana menjemput Blair memberi ucapan sedangkan terdapat ramai lagi tokoh terkemuka yang boleh memberi idea dan ucapan yang lebih baik.

Ibrahim juga meminta Yayasan Kepimpinan Perdana menerusi pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meneruskan usaha mereka untuk mendakwa penjenayah perang ke ICJ kerana kezaliman mereka membunuh manusia yang tidak berdosa.

– BERNAMA

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/4/25/mstar_berita/20100424194045

Veteran UMNO Melaka kesal terpinggir

Posted: 08 Jul 2010 08:38 PM PDT


Kesal dan kecewa. Itulah luahan hati beberapa veteran UMNO Melaka yang mendakwa, jasa dan pengorbanan mereka membantu mencapai kemerdekaan tidak dihargai, malah mereka terus disisihkan daripada arus pembangunan negara. Kini, 12 orang daripadanya telah meninggal dunia, sementara lima lagi yang uzur mendakwa tidak menerima apa-apa sumbangan atau pembelaan sewajarnya.

*******************
Veteran UMNO kesal terpinggir
Sinar Harian 9 Julai 2010

BANDARAYA MELAKA - Kesal dan kecewa. Itulah luahan hati beberapa veteran UMNO Melaka yang mendakwa, jasa dan pengorbanan mereka membantu mencapai kemerdekaan tidak dihargai, malah mereka terus disisihkan daripada arus pembangunan negara.

Mengimbau peristiwa lebih lima dekad lalu, mereka iaitu seramai 17 orang diketuai Allahyarham Yat Limat telah ditugaskan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba mengumpulkan dana sebanyak RM3,000 sebagai tambang ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British.

Kini, 12 orang daripadanya telah meninggal dunia, sementara lima lagi yang uzur mendakwa tidak menerima apa-apa sumbangan atau pembelaan sewajarnya.

Husin Bawal, 72, berkata, dia berasa sedih berikutan jerih-perit mereka tidak pernah dihargai.

"Ketika itu, bukan sahaja mahu memungut derma, malah mendapatkan RM1 juga agak susah.

"Mula-mula kami main bangsawan di Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong dan berjaya, maka dari situ kami buat persembahan di seluruh Melaka yang ada cawangan UMNO seperti di Bukit Baru, Masjid Tanah, Sungai Rambai, Merlimau dan Pulau Sebang.

"Saya bermain bonggo dan tabla. Satu malam dapat 50 sen cukuplah untuk minum teh 20 sen dan mi goreng berharga 30 sen. Apabila kita minta lebih sikit, Arwah Yat kata tak boleh sebab kita kena bantu kerajaan untuk merdeka dan kena berkorban," katanya.

Sementara itu, Yusop Amat, 74, pula berkata, daripada merdeka sehingga kini, dia tidak pernah menerima apa-apa bantuan.

"Berilah sedikit sumbangan. Bukanlah mahu mengharapkan balasan tetapi sekurang-kurangnya dihargai.

"Orang sekarang tahu UMNO sahaja. Orang dahulu semangatnya benar-benar berjuang, bukan meminta habuan. Umpama, saya masuk UMNO daripada parti ini 'hutan rimba', saya bersihkan, tanam mangga tetapi apabila berbuah, semua orang berebut," katanya.

Mohd Sah Suboh, 82, yang juga bekas 'Special Constabel' (SC) berkata, bukan mahu mengungkit tetapi dengan upah secawan teh, mereka bersengkang mata mengumpul duit untuk mendapatkan kemerdekaan.

Sementara itu, Jantan Mo'min, 84, berkata, mereka bukan meminta diberi ganjaran atas pengorbanan dilakukan tetapi mengharapkan sedikit bantuan bagi meringankan kehidupan kerana kebanyakan mereka kini uzur dan kurang berkemampuan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7922907.asp

Wawasan 2020 Gagal kata Tun Dr Mahathir jika

Posted: 08 Jul 2010 06:51 PM PDT



Adakah Tun Dr Mahathir cuba mengkritik kepimpinan negara secara halus dan tidak langsung ? Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020, iaitu untuk mencapai status negara maju, sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun.

Sebelum ini pun Tun Dr Mahathir secara tidak langsung mengkritik pembelian helikopter Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri TUDM, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/dr-mahathir-perli-pembelian-helikopter.html

***********************
09 Julai, 2010 00:14 AM

Wawasan 2020 Mampu Dicapai Jika Beberapa Strategi Pembangunan Dan Ekonomi Ditukar - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020, iaitu untuk mencapai status negara maju, sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri yang mengilhamkan wawasan itu pada 1991, berkata ini kerana krisis kewangan dunia serta krisis dalaman negeri pada tahun 1997 dan 1998 sedikit sebanyak telah menyekat pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dirancang.

"Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya pada 'Forum RMK-10 KITA' Siri 3 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Khamis, dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

Dr Mahathir berkata bagaimanapun, strategi pembangunan dan ekonomi yang perlu ditukar itu harus dibincang dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti bentuk strategi yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang lebih besar.

"Ada cara-caranya, tapi kita kena perah otak supaya kita dapat satu idea bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Mengenai pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, Dr Mahathir mencadangkan supaya kaum lain turut terlibat dalam program pembangunan itu supaya ia dapat dijadikan daya penarik dalam usaha tersebut.

"Saya berpendapat perlu ada kaum lain yang mengambil bahagian. Kita tidak boleh tentukan 40 peratus ke 50 peratus tetapi sedikit sebanyak mesti ada, kerana ia adalah satu daya penarik.

"Kalau tidak ada kaum lain berniaga bersama, orang Melayu pun tidak akan datang kerana memang sudah kepercayaan kononnya orang Melayu tidak boleh berniaga," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata punca masyarakat Melayu masih berkurangan dalam senarai 40 orang terkaya di negara ini walaupun Malaysia telah 50 tahun merdeka adalah kerana dakwanya orang Melayu masih "tidak dapat mengawal nafsu dan terlalu boros."

"Kita tidak kawal nafsu, kita dapat duit sahaja (kita) hendak belanja. Saya jumpa dengan seorang kawan Cina, katanya masalah mengenai Bumiputera, tidak pandai hendak menguruskan tunai, ada duit sahaja hendak belanja, belum jadi duit sendiri pun sudah belanja," katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 bukan bersifat rasis walaupun banyak memberi tumpuan kepada agenda pembangunan Bumiputera.

"(RMK-10) hanya bertujuan menyamakan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tumpuan mesti diberikan kepada yang tertinggal kerana yang di belakang tidak dapat kejar yang di depan," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=512069

Penganjur Skim Pelaburan Lintah Sedang Diburu

Posted: 08 Jul 2010 05:07 PM PDT


SSM Jejaki Bapa dan Anak Bantu Siasatan Skim Pelaburan
Khamis Julai 8, 2010

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang berusaha menjejaki seorang bapa dan anaknya bagi membantu siasatan terhadap sebuah syarikat yang dikatakan gagal memberikan pulangan keuntungan kepada pelabur sepertimana yang dijanjikan selepas tamat tempoh matang.

Pegawai Perhubungan Awam SSM Mohamad Shahren Mohamad Yusri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menjejaki Manoharan a/l Kandan, 48, dan anaknya M.Kesavanmahe, 22, yang beralamat di No 1071 Jalan Lavender Heights 24, Taman Lavender Heights, Negeri Sembilan.

Beliau berkata syarikat berkenaan, Mahekhamay Agrotech Farms Group, disiasat berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai terhadap skim pelaburan penternakan lintah yang ditawarkannya.

Katanya, kebanyakan pelabur mendakwa mereka gagal memperolehi semula wang pelaburan serta pulangan keuntungan seperti yang dijanjikan selepas tamat tempoh matang.

"Pelabur gagal mengesan dan menghubungi penganjur skim pelaburan itu, siasatan dijalankan di bawah seksyen 366 (1) dan 363 (3) Akta Syarikat 1965," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengetahui lokasi, alamat dan nombor telefon terkini kedua-dua lelaki itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat SSM Encik Luqman Baharam di talian 03-22995381 atau Pegawai Pegawai Penyiasat Kanan SSM Encik Baharudin Atan di talian 03-22995347. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/8/mstar_berita/20100708215802&sec=mstar_berita

***********************

Sindiket pelaburan kebas duit

Sinar Harian 21 Jun 2001

SEREMBAN – Dengan bertopengkan skim pelaburan berasaskan projek ternakan lintah, seorang lelaki dan anaknya berjaya memperdayakan kira-kira 3,000 mangsa di seluruh negara serta membawa lari wang tunai dianggarkan RM40 juta.

Lelaki terbabit, 50an, dan anaknya berumur sekitar 20an dipercayai mengaburi mata mangsa dengan menjanjikan pulangan berlipat ganda nilai pelaburan dalam tempoh enam bulan.

Skim pelaburan putar alam itu dikendalikan menerusi sebuah syarikat beroperasi awal 2008 hingga tahun lalu dan mempunyai ibu pejabat di bandar ini, selain beberapa cawangan di negeri lain.

Akibat kegiatan penipuan itu, mangsa melibatkan masyarakat pelbagai kaum termasuk orang kenamaan mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM1.5 juta.

Seorang mangsa, Mohamad Halim Husnan, 40, dari Seremban, berkata, ramai yang terpedaya kerana publisiti meluas skim itu di sebuah akhbar pada awal 2008.

"Syarikat terbabit menjanjikan pulangan kira-kira RM12,500 bagi setiap RM5,000 dilaburkan selepas enam bulan bagi projek menternak lintah. Lebih banyak jumlah dilaburkan, lebih tinggi nilai pulangan.

"Pada dua bulan pertama, memang ada pelabur yang mendapat sedikit pulangan. Namun, bagi bulan-bulan berikutnya, kami tidak menerima walau satu sen pun," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan kira-kira 150 mangsa penipuan skim berkenaan di Rasah dekat sini, semalam.

Dia yang mempengerusikan majlis perjumpaan itu berkata, pelabur mengesyaki ditipu cuba meminta wang dikembalikan, tetapi gagal kerana syarikat didapati tidak beroperasi dan pejabatnya disita.

Kata Mohamad Halim, dua lelaki terbabit dan semua ahli keluarga mereka tidak dapat dikesan serta terdapat kemungkinan mereka melarikan diri ke luar negara.

Beliau mendakwa, kegiatan penipuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi sehingga kini, semua mangsa tidak pasti tentang tindakan susulan diambil.

"Pada perjumpaan hari ini (semalam), kami sepakat untuk mengemukakan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di Parlimen, 30 Jun ini.

"Selain itu, kami akan melantik peguam supaya tindakan undang-undang diambil terhadap semua pemilik syarikat berkenaan," katanya.

Mohamad Halim yang kerugian RM20,000 berkata, dipercayai masih ramai mangsa penipuan skim pelaburan ternakan lintah itu belum tampil membuat laporan dan meminta mereka menghubunginya di talian 012-3848840.

Sementara itu, mangsa, S Magindran, 45, dari Rawang, Selangor, berkata, dia dan dua rakannya menyertai skim terbabit untuk menambah pendapatan.

Bagaimanapun, kata Magindran, hasrat itu tidak kesampaian malah menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM10,000.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7849082.asp

***********************

Mahen 'tawan' lintah

SEREMBAN 22 Dis. – Apabila sebut lintah, ramai yang geli dan tidak kurang pula yang menutup telinga kerana tidak mahu mendengar kisah 'si penyedut darah' ini.

Tetapi jika kita terus bersembang dan bercerita mengenai lintah, ia akan membuatkan anda merasa terpukau, terpegun dan tidak kurang juga yang balik ke rumah memikirkan cara untuk melabur dalam sektor pertanian melalui penternakan lintah.

Inilah yang dibuktikan seorang pemuda apabila menjadikan usaha menternak lintah sebagai pendapatan lumayan selepas menyedari ia cukup berpotensi untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Mahekhamay Agrotech Farms (MKAF), syarikat yang membekalkan dan menjalankan perniagaan lintah, kini terus mendapat permintaan di dalam dan luar negara.

Menurut pengusahanya, M. Mahen, perniagaan berasaskan lintah ini mula diceburi sejak dua tahun lalu dan setakat ini syarikatnya memiliki 3,000 tangki lintah untuk dibekalkan kepada penternak di seluruh negara.

Tambahnya, walaupun ada sesetengah individu yang berasa geli dengan haiwan ini apatah lagi untuk menternaknya, namun di negara barat bidang ini sudah lama diterokai.

Ini kerana pengamal perubatan moden menggunakan air liur lintah yang dipanggil hirudin untuk rawatan pembedahan dan kosmetik.

"Saya rasa penglibatan saya dalam industri penternakan lintah ini amat berbaloi selain mendapat pasaran yang begitu meluas.

"Setakat ini pasaran lintah berjaya menembusi Singapura dan permintaan menggalakkan berikutan setiap bulan kira-kira 4.5 juta ekor lintah dieksport ke negara itu.

"Jadi apabila ternakan ini dibuat secara serius di negara ini, ia nyata memberi pulangan pendapatan yang baik ditambah pula faktor cuaca di negara yang sesuai," katanya.

Mahen memberitahu, ternakan secara berskala kecil melibatkan modal sekitar RM5,230 bagi satu tangki poli bersaiz 2.5 kaki x 3.5 kaki yang menempatkan 2,000 ekor lintah.

"Biasanya proses dari pembesaran lintah sebelum ia sesuai dijual memakan masa enam bulan dan saiznya sekitar tiga hingga empat inci.

" Selepas tempoh itu, hasil pendapatan yang bakal diterima oleh penternak pula dianggarkan RM15,000," katanya.

Mahen turut menjelaskan, lintah tidak memerlukan penjagaan khusus kerana ia hanya perlu diberi makan darah ikan keli atau belut seminggu sekali selain memastikan sistem cahaya dan pengudaraan cukup.

"Ia mudah kerana tidak perlu kerap tukar air dan ia boleh membiak dari semasa ke semasa. Kerjanya mudah kerana perlu bagi lintah makan seminggu sekali," ujarnya.

Mahen memberitahu, pihaknya juga turut memberi taklimat dan lawatan tapak secara percuma kepada mereka yang berminat untuk menjadi penternak.

Selain dari itu, pihaknya turut menyediakan pakej kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan berskala kecil dan besar.

"Untuk skala kecil, mereka boleh menggunakan satu atau dua tangki dan jaga dibelakang rumah atau laman sendiri.

"Bagi mereka yang mahu berskala besar lebih daripada 50 tangki, MKAF juga menyedia bantuan teknikal untuk tangki-tangki tersebut," katanya.

Jelas Mahen, pengusaha juga tidak perlu bimbang mengenai bagaimana untuk memasarkan lintah apabila cukup tempoh kerana MKAF sendiri boleh membantu.

"Syarikat itu akan membeli semula lintah-lintah yang diternak oleh mereka," katanya.

http://syukrilan.wordpress.com/2009/01/08/tawan-lintahmerasa-terpukauternakan-berskala-kecil/

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


AHLI PARLIMEN KEADILAN DESAK POLIS SIASAT EXCO PAHANG DIROMPAK WANG TUNAI RM300 RIBU?

Posted: 08 Jul 2010 07:42 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 JULAI 2010:

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mempersoalkan aset tunai berjumlah RM300,000 yang dimiliki seorang Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang dirompak beberapa hari lalu di rumahnya.

Azan merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 6 Julai lalu mengenai tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah dalam kejadian pecah rumah Exco tersebut di Pantai Selamat, Kuantan.

"Dalam berita ini perompak telah melarikan RM300,000 wang tunai dari kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana seorang Exco kerajaan negeri menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan kediaman sendiri.

"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco.

"Kita minta pihak berkuasa menyiasat laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah," ujarnya dalam sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.

Katanya, Pakatan Rakyat mendesak satu laporan terperinci berkenaan kejadian itu termasuk tindakan polis melepaskan tembakan kepada suspek terbabit.

"Kita ada statistik yang agak membimbangkan," tambah beliau.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, polis tidak menjelaskan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati.

"Siapakah mereka, apakah perlu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh ke empat orang. Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada survivor dalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kenapa perlunya membunuh semua," soal beliau.

Tian Chua berkata, selain itu timbul keraguan mengenai empat butir peluru yang telah dicuri dari rumah exco berkenaan.

"Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," ujarnya.

Beliau turut memetik statitik yang telah dijawab secara rasmi oleh Kementerian dalam negeri dewan berhubung kes tembak mati oleh pihak polis, iaitu sembilan kes pada 2005, 16 kes pada 2006, 13 kes pada 2007, 82 kes pada 2008 dan 88 kes pada 2009.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendesak polis supaya memberikan penjelasan berhubung isu tersebut memandangkan trend yang serupa berlaku dalam kejadian tembak oleh polis.

"Trend polis dari awal, bila tembak ada parang. Ini cara biasa, lepas tembak ada parang. Saya minta pihak polis beri gambaran jelas trend ini berlaku sudah lama.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan exco berkenaan yang memiliki wang tunai sehingga RM300,000.

"Mana wang ini datang, sepatutnya SPRM siasat wang ini. Bagaimana Exco ada RM300,000. Bukan siasat isu pasir sahaja," tegas beliau.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

KENAPA ZALIMI AKHBAR ALTERNATIF?

Posted: 08 Jul 2010 07:38 PM PDT

Sejak akhir-akhir ini akhbar-akhbar alternatif, kembali menjadi sasaran tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN) di atas dakwaan melanggar syarat-syarat permit penerbitan.

Terbaru akhbar Suara Keadilan (SK) milik Parti KeADILan Rakyat, digantung permitnya kerana menyentuh isu sensitif berkaitan Felda yang didakwa mereka sudah bangkrap.

Jelasnya isu berkaitan Felda adalah isu yang amat sensitif. Ia menaikkan kemarahan Umno-Barisan Nasional kerana Felda begitu sinonim dengan perjuangan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menyentuh isu-isu berkaitan Felda, seolah-olahnya dilihat sebagai menyentuh keperibadian Najib.

Persoalannya di sini, atas apakah justifikasi tindakan KDN sehingga menggantung permit SK, hanya kerana membuat laporan mengenai Felda?

Atas apakah justifikasi dari sudut keselamatan negara, mahupun ketenteraman awam, bahawa isu Felda ini akan menggugat keamanan negara?

Yang dipersoalkan oleh SK dan akhbar alternatif seperti Harakah, adalah pendedahan soal penyelewengan, salah gunakuasa dan salah urus Felda oleh pemerintah.

Jika sekiranya SK ataupun Harakah membuat laporan dengan fakta yang tidak tepat, KDN boleh menegur dan memberi amaran.

Jika sekiranya Felda merasakan mereka menjadi mangsa fitnah, mereka boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang.Felda dan kerajaan Umno-BN tidak langsung menjawab segala dakwaan dan fakta-fakta yang dikemukakan.

Sebaliknya mereka membuat tindakan yang tidak realistik dengan menyerbu pejabat SK, mengambil tindakan keras terhadap SK dan menggunakan kuasa kerajaan untuk menggantung penerbitan SK.

Isunya di sini bukan soal SK sahaja. Isu yang besar adalah soal kebebasan media. Mengapa Umno-BN begitu takut dengan akhbar alternatif, sedangkan mereka mempunyai begitu banyak akhbar arus perdana yang menyokong?

Hanya dua tiga akhbar tabloid sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat. Itu pun secara berkala, bukan harian.

Umno-BN menguasai media elektronik dengan siaran 24 jam sehari dan mempunyai media cetak yang diterbitkan setiap hari.

Media-media pro Umno-BN ini, setiap hari ada sahaja bahan yang dipaparkan buat mengkritik, menghentam dan berusaha memporak perandakan Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri pimpinannya.

Tidakkanlah puluhan media pro Umno-BN ini, tidak mampu berhadapan dengan hanya dua tiga akhbar tabloid yang kecil, yang jualannya amat terhad?

Jika hendak dipertikaikan soal sensitiviti isu dan provokasi, begitu banyak media pro Umno-BN yang melanggar syarat permit kerana membawa isu rasis yang boleh menggugat keselamatan negara.

Jelas di sini kerajaan tidak adil. KDN jangan sesekali mengambil tindakan yang berat sebelah.

Mereka seolah-olah tidak tahu membezakan antara isu yang menggugat kestabilan Umno-BN dengan isu yang mengancam keselamatan negara.

Dalam keadaan Umno-BN yang terdesak dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang memungkinkan mereka tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, langkah menekan akhbar alternatif merupakan suatu langkah yang tidak bijak.

Langkah ini hanya akan merosakkan sistem demokrasi dan mencalarkan kemurnian amalan demokrasi dalam negara.

Demokrasi yang sebenar adalah dengan memberi ruang sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara, dan pihak yang berkuasa mempunyai peluang untuk memperbetulkan segala tanggapan secara terbuka.

Menutup pintu demokrasi, hanya akan mempercepatkan jalan Umno-BN untuk bersemadi di muzium.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

s

s


Posted: 09 Jul 2010 01:34 AM PDT