Selasa, 6 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jala baru

Posted: 05 Jul 2010 06:38 PM PDT

Semalam beli jala baru, jala lama dah koyak. Jam 7 semalam menjala di kolam ikan saya dan dapat 10 ekor ikan sepat siam dan 1 ekor ikan patin besar, cukup besar. MUla2 nak buat gulaitapi nampaknya ikan sepat tu dah mencing2, sayang pulak nak makan. Saya masukkan kedalam tong.

Esuik lusa mungkin dah bertelur dan ribuan anak ikan akan bertelur.

Itulah seronoknya hidup dikampng, dan petang nanti akan menjala lagi. 3 hari ni cuti di rumah dan kerja parti akan bermula semula esuk, namun tengah hari nanti akan pergi menemui zainal dan jamal untuk atur ceramah minggu ni.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


SPRM hantar soalan kepada Bala dengan teksi London.....

Posted: 06 Jul 2010 04:15 AM PDT

Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.
Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.
"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini," kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.
Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.
SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.
Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.
Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.
"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang," kata Americk.
Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.
Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7 petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan.
source:malaysiakini

Agaknya ketika Bala,RPK dan Zaid sedang menikmati ais kacang, agen-agen SPRM pun ada dekat situ.
Mungkin agen2 SPRM ini tinggal kat Holiday Villa yang sama?
Mungkin kerana mereka segan dengan sikap SPRM yang berdolak dalik, agen2 ini pun kurierkan soalan2 tersebut melalui sebuah teksi London kat Bala.
Apakah jenis soalan yang dihantarkan oleh SPRM itu? Soalan objektif, subjectif, bulatkan jawapan2 yang betul,padankan soalan dengan jawapan2 berikut atau soalan essei?
Kontrak gomen Najib 1Malaysia dengan APCO telah pun di sambung setahun lagi. Jadi Raja Petra dan Bala kenalah berhati-hati kerana APCO boleh minta bantuan khidmat agensi perisikan Mossad untuk menculik mereka ini bila-bila saja.........

Sumber: alditta.blogspot.com

Mahfuz Desak Polis Siasat Kenyataan Mukhriz, Usah Sibuk Pasal Raja Petra

Posted: 06 Jul 2010 03:51 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesa Polis DiRaja Malaysia menyiasat kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendakwa 40 peratus daripada penulisan yang dihasilkan oleh Raja Petra Kamaruddin adalah berdasarkan fakta.

Beliau berkata jika hanya 40 peratus sahaja apa yang ditulis oleh penulis blog terkenal itu adalah fakta maka pihak polis berwajib untuk membuat penyiasatan.

"Mukhriz mengatakan dalam kesemua kenyataan yang diberikan oleh Raja Petra hanya 40 peratus fakta sahaja tepat sedangkan yang lain tidak betul.

"Jadi di sini saya mahu arahkan PDRM perlu beri tumpuan menyiasat kenyataan tersebut bukannya membesarkan kenyataan pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat mahupun isu tajaan yang belum pasti kebenarannya.

"Angka 40 peratus itu bukannya dikeluarkan oleh orang biasa tetapi dari seorang timbalan menteri dan mempunyai pertalian dengan bekas Perdana Menteri Malaysia. Apa yang berlaku kita lihat PDRM tidak meletakkan dakwaan timbalan menteri terbabit sebagai satu yang serius.

"Kita kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang hanya mencari salah seseorang sedangkan kenyataan mahupun dakwaan yang jelas mengatakan ada kebenaran tidak pula di siasat.

"Inilah kelemahan PDRM yang sebenarnya, kenapa mereka tidak bertindak menyiasat fakta yang betul itu, tetapi mereka sibuk dengan dakwaan menaja Raja Petra. Tindakan ini hanyalah hendak menutup kelemahan dalam PDRM yang tidak mahu siasat dakwaan Raja Petra, adakah ini sebagai satu tindakan untuk menutup individu tertentu," tegas beliau pada sidang media di parlimen petang tadi.

Selain itu juga beliau memberitahu terdapat kekeliruan dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan ke atas penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang dilihat tidak ada kesungguhan.

"Saya hairan satu keputusan mengejutkan yang dilakukan oleh SPRM apabila badan itu membatalkan rombongan mereka ke London bagi mendapat kenyataan dari Bala sedangkan sebelum itu sudah ada keputusan. Tindakan itu di ambil apabila Peguam Negara memberitahu tidak ada kepentingan ke sana untuk berjumpa dengan Bala dan hanya cukup menghantar soalan sahaja.

"Tindakan ini seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mereka, saya melihat Bala ini umpama kunci yang boleh membongkar segala rahsia dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, ini yang menjadi tanda tanya.

"Isu bila hanya cukup menghantar soalan yang ingin ditanya oleh SPRM kepada peguam kenapa sebelum ini dalam kes Teoh Beng Hock tidak menggunakan konsep yang sama, saya rasa kalau hanya mengemukakan soalan melalui surat tentu tidak akan timbul soal kematian.

"Banyak perkara yang dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional dalam kedua-dua kes ini mempunyai perkara tersembunyi dan invividu mana yang mereka mahu lindungi? Itu persoalannya.

"PDRM dan juga SPRM perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka bukan hanya mengikut skrip pihak atasan dari kalangan pemimpin Umno," tegas Mahfuz lagi.

Sebelum ini mengenai isu siasatan Bala di London, SPRM yang telah merancang rombongan ke sana bagi mendapat kenyataan dari penyiasat persendirian tersebut tetapi rombongan itu dibatalkan setelah mendapat nasihat dari Peguam Negara.

Sehubungan dengan itu SPRM telah menghantar soalan yang ingin ditanya kepada Bala melalui khidmat kurier ke London. Soalan yang perlu dijawab oleh Bala itu kini berada tangan peguamnya, Americk Sidhu.

SPRM sedang menyiasat dakwaan beberapa tokoh memaksanya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak dan juga ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Tidak Minat Bela Hak Kaum Penan

Posted: 06 Jul 2010 03:49 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak yang ditubuhkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat mengesahkan bahawa penderaan seksual dan eksploitasi ke atas kaum itu sememangnya berlaku.

Hasil misi siasatan bebas oleh Kumpulan Sokongan Penan, Forum Asia dan Asian Indigeous Women's Network bagaimanapun merumuskan tindakan untuk menuntut keadilan bagi kaum wanita Penan yang diperkosa tidak memuaskan.

Bercakap dalam sidang media anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Parlimen hari ini, Koordinator Suaram, John Liu berkata, misi berkenaan ditubuhkan untuk membuat siasatan lanjut mengenai situasi kaum Penan di negeri itu bagi mengenalpasti berlakunya keganasan seksual dan eksploitasi seks yang tersebar luas dan faktor yang menyebabkannya berlaku.

"Misi ini juga menyenaraikan cadangan wajar kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menangani isu ini," kata Liu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan beberapa wakil pertubuhan badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam, All Women's Action Society (Awam), Center for Orang Asli Concerns (Coac) dan wakil komuniti Penan daripada Kumpulan Sokongan Penan, Jenita Angie

Mengulas lanjut, wakil Women's Aid Organisations (WAO), Wong Susan berkata, misi tersebut telah melawat tiga komuniti kaum Penan dan satu komuniti kaum Kenyah.

"Melalui keterangan dari 13 keterangan, didapati bahawa tujuh kes keganasan seksual baru berlaku. Bentuk-bentuk keganasan yang dinyatakan adalah rogol, serangan, penculikan, kahwin paksaan, keganasan rumah tangga dan ugutan," katanya.

Tambah beliau, laporan ini menegaskan bahawa kes-kes yang dikenalpasti ini hanya daripada sebuah kawasan kecil di Sarawak malah terdapat beribu lagi kaum Penan dan Orang Asal yang terpaksa hidup dalam kemiskinan di seluruh Sarawak.

"Sudah pasti keganasan seksual di kawasan lain juga berlaku. Situasi ini amat serius dan tiada alasan yang wajar bagi pihak berkuasa menafikan bahawa keadaan ini berlaku tetapi tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap kementerian berwajib yang seolah-olah menyembunyikan laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap kaum Penan di Sarawak.

"Adalah amat mengecewakan apabila mengetahui ada di kalangan rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi kehidupan seharian dalam ketakutan dan ugutan manakala golongan wanita serta anak-anak gadis kecil seawal usia 10 tahun dipergunakan serta didera untuk melayani nafsu serakah seksual oleh kebanjiran pekerja syarikat pembalakan yang datang dari luar untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.

"Kita tidak boleh bertolak-ansur lagi dengan ketidakpedulian kerajaan negeri Sarawak terhadap penindasan kaum Penan sejak 10 tahun lalu," tegas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

PDRM Peruntukkan RM15 Juta Untuk PRK Hulu Selangor Dan Sibu

Posted: 06 Jul 2010 03:48 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperuntukkan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi kos mengendali dua pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan juga di Sibu masing-masing pada April dan Mei tahun ini.

Maklumat ini didedahkan bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai jumlah anggota polis yang bertugas semasa PRK Hulu Selangor dan Sibu serta jumlah kos keseluruhannya yang terbabit.

"Melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh kementerian terbabit menjelaskan jumlah keseluruhan pegawai dan anggota polis yang ditugaskan semasa PRK Hulu Selangor adalah seramai 4,009 orang manakala bagi Sibu pula seramai 1,737 orang.

"Manakala kos keseluruhan bagi PRK Hulu Selangor adalah sebanyak RM10,547,995 juta dan PRK Sibu sebanyak RM4,561,634 juta," jelas Tian Chua.

Soalan kedua yang dikemukakan oleh Tian Chua adalah mengenai peruntukan undang-undang yang digunakan oleh pihak polis bagi melarang parti politik berkempen dengan menggunakan isu Allah dalam PRK Sibu.

"Jawapan bertulis yang diterima itu menjelaskan tugas pihak polis semasa PRK adalah untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan proses pilihan raya berjalan lancar. Berkenaan dengan isu penggunaan perkataan Allah ia merupakan isu yang sangat sensitif dan membabitkan beberapa kes yang masih dalam perbicaraan di mahkamah dan kementerian enggan menyentuh perkara tersebut," jelas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Polis Ikut Rentak Umno-BN Bertindak Kes Raja Petra

Posted: 06 Jul 2010 03:46 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional dan juga Polis DiRaja Malaysia yang dilihat terlalu agresif melayan dakwaan yang mengatakan KEADILAN membiayai serta bertemu Raja Petra Kamaruddin di London.

Ini menjurus kepada kenyataan PDRM yang menegaskan bahawa pihak polis akan melakukan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Apa masalahnya? Saya nak tahu juga, kenapa salah ke kita berjumpa dengan Raja Petra. Saya kalau ke London akan berjumpa juga dengan Raja Petra, jadi salah ke saya jumpa beliau.

"Inilah kerja Umno-Barisan Nasional yang kita tidak tahu apa yang mereka takut sehingga bila pemimpin dalam Pakatan Rakyat ke London berjumpa Raja Petra mahupun P Balasubramaniam, terus kecoh.

"PDRM sepatutnya siasat kes yang belum selesai di dalam negara ini seperti pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang telah didedahkan dengan pelbagai bukti terhadap mereka yang berkaitan mahu pun kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Kenapa yang dalam negara tidak disiasat sedangkan kes di luar terus ambil tindakan segera?

"Yang saya hairankan bila kita (Pakatan Rakyat) pergi jumpa Raja Petra mahu pun Bala terus saja PDRM nak lakukan siasatan dan buat tangkapan, sedangkan sebelum ini mereka tahu di mana Raja Petra berada kenapa tidak bertindak," kata Anwar pada sidang media di parlimen hari ini.

Tambah beliau lagi, tindakan yang dilakukan oleh Ketua polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hanyalah bersifat politik semata-mata dan bukannya atas dasar tanggungjawab.

"Ini hanya bersifat politik semata-mata, kalau mereka betul-betul serius dah lama perkara ini dapat di selesaikan, bila pemimpin Pakatan Rakyat jumpa Raja Petra baru bertindak, jadi jelas atas dasar politik semata-mata.

"Tuduhan kita (KEADILAN) biayai Raja Petra kemukakan bukti tersebut bukan hanya pandai mengeluarkan kenyataan," cabar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sebelum itu satu kenyataan lain, pihak polis mengatakan akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra Kamaruddin mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Selain itu polis juga mempunyai waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh mahkamah serta mengatakan mereka boleh bertindak bila-bila masa kerana telah mempunyai kuasa tersebut.

Tindak tanduk pihak polis itu menjadi persoalan Ketua Pembangkang kerana sebelum ini tidak timbul sebarang isu untuk melakukan penangkapan Raja Petra di London sehingga tersiarnya laporan pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat dengan Raja Petra di London baru-baru ini.

Selain bertemu Raja Petra, KEADILAN juga didakwa membiayai perbelanjaan editor laman web Malaysia Today itu sepanjang beliau berada di kotaraya itu.

Sumber: Suara Keadilan

Pakatan Rakyat Desak Najib Dedah Kontrak Baru Apco Di Parlimen

Posted: 06 Jul 2010 03:44 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Parlimen bagi menjelaskan tindak kerajaan menyambung kontrak perkhidmataan Apco Worldwide Sdn Bhd.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung KEADILAN meminta Najib bertanggungjawab mendedahkan segala butiran kontrak antara kerajaan Malaysia dengan firma yang mempunyai hubungkait dengan rejim Zionis-Israel itu.

"Kita mendapat tahu bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah memperbaharui kontrak perkhidmatan Apco pada akhir bulan lalu. Perkara berkaitan dengan Apco telah kita cabar di dalam parlimen tiga bulan lalu sehinggakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana pendedahan tersebut.

"Hari ini ada empat perkara yang saya cabar Najib berikan penjelasan dan berharap beliau dapat hadir ke parlimen untuk penjelasan tersebut.

"Saya mahukan Najib secara terbuka mengeluarkan fakta-fakta cadangan penyambungan kontrak tersebut kerana perkara ini kita mahu tahu atas dasar apakah kontrak itu disambung.

"Keseluruhan isu Apco telah didedahkan oleh Anwar tetapi tindakkan lain dikenakan ke atas beliau, bermula dari pendedahan itulah kita dapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta hanya untuk perkhidmatan Apco. Jumlah ini diketahui apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengemukakan soalan susulan.

"Bagi penjelasan yang kedua, Najib perlu nyatakan berapa jumlah kos yang kerajaan perlu keluarkan bagi perkhidmatan seterusnya, kalau sebelum ini RM76.8 juta dan penyambungan yang dilakukan ini berapa pula wang rakyat digunakan untuk membayar nilai kontrak tersebut. Selain itu juga Najib perlu nyatakan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Apco untuk tempoh kontrak baru mereka," jelas Saifuddin pada sidang media di parlimen pagi tadi.

Saifuddin juga mendesak Najib mengemukakan laporan lengkap dan dijelaskan di Dewan Rakyat terhadap prestasi serta pencapaian Apco dalam perkhidmatan mereka sebelum ini.

"Kita mahukan penjelasan dari Najib terhadap pencapaian yang telah diperolehi oleh kerajaan dari khimat Apco, kita tidak mahu tanpa sebarang penjelasan tentang pencapaian kontrak itu disambung.

"Najib perlu datang sendiri untuk menjelaskan perkara-perkara yang kita bangkitkan bukan hanya menyerah kepada timbalan-timbalannya, kita mahukan penjelasan segera dari Najib," kata Saifuddin lagi.

Pada sidang media yang sama, ketika ditanya kedudukan terkini berhubung tindakan merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Anwar berkata sehingga kini beliau belum menerima apa-apa notis.

"Berkenaan dengan hal tersebut sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa notis dan sekarang hanya menunggu apa tindakan mereka. Kita dedah di bawa ke Jawatankuasa tetapi apa tujuan mereka menyambung kontrak perkhidmatan Apco," kata Anwar.

Dalam satu kenyataan lain memberitahu pentadbiran Najib telah memperbaharui kontrak khidmat firma perunding Apco untuk tempoh setahun lagi meskipun mendapat tentangan dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya telah diberikan seminggu lalu dan keputusan tersebut dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang mempunyai kaitan dengan ejen perisikan Zionis-Israel.

Sumber: Suara Keadilan

Hanya Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat Boleh Selesaikan Masalah Warga Sabah

Posted: 06 Jul 2010 03:41 AM PDT


SHAH ALAM 6 Julai - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyuarakan kebimbangan beliau terhadap peningkatan masalah sosio-ekonomi dan kemiskinan yang berlaku di Sabah dan membidas kerajaan Umno-BN Sabah yang tidak prihatin dengan nasib malang yang menimpa
warga sendiri.

Semasa berucap pada forum 'Kemelaratan Rakyat Sabah di Lembah Klang' Ahad lalu beliau berkata sudah tiba masanya untuk membincangkan isu ini bersama warga Sabah kerana ramai warga Sabah kini sedar kerajaan Umno-BN Sabah tidak langsung mengambil berat kebajikan mereka samada
di dalam mahupun di luar Sabah.

"Ini merupakan satu kesedaran kepada saya, bahawa terdapat permasalahan sebegini terutamanya terhadap warga Sabah yang telah lama ditindas.

"Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang membantu yang telah mengambil inisiatif mewujudkan satu jaring keselamatan, untuk membantu warga Sabah yang tidak bezanya dengan kita, di Lembah Klang, yang memerlukan bantuan," kata beliau lagi.

Tambah Dr Wan Azizah, perkara ini merupakan satu bentuk eksploitasi manusia yang dilakukan oleh manusia sendiri.

"Satu dosa yang dilakukan sepatutnya tidak berlaku, tetapi oleh kerana wang duit, mereka (agensi) melakukan penipuan sebegini," kata beliau mengulas penipuan agensi pekerjaan yang membuat janji manis membawa warga Sabah ke Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau lagi, isu ini perlu ditangani bersama-sama dan langkah pertama ialah mewujudkan kesedaran kepada rakyat.

"Kita perlu memberikan kesedaran kepada rakyat. Kesedaran merupakan titik permulaan, memberikan kesedaran kepada rakyat, bagaimana kita dapat menolong, bagaimana kita dengan niat, menyatakan komitmen bagi menangani masalah ini. ini yang kita mahu ketengahkan pada petang ini," tegas beliau.

Tambah beliau, sokongan yang ditunjukkan oleh peserta yang hadir pada forum itu merupakan satu petanda yang baik yang menunjukkan keprihatinan warga Sabah serta melambangkan pengemblengan tenaga oleh kesemua pihak dan NGO dalam menangani masalah ini.

"Eksploitasi ini merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku terutamanya terhadap kita, sesama manusia. Maka apa kita boleh buat? Kita boleh buat sesuatu kerana setiap tindakbalas itu kitalah faktornya, sama-sama mengubah. Kita di Pakatan Rakyat melihat masalah ini sebagai masalah semua. Warga sabah sama seperti kita, tidak berbeza dan keadilan juga sama, tidak berbeza.

"Sabah merupakan satu negeri yang begitu cantik, dan kaya dengan hasil semulajadi terutamanya petroleum. Bagaimana keadaan ini boleh terjadi, kemiskinan terlampau ini?" tanya Dr Wan Azizah.

Kata beliau, Pakatan Rakyat sedar akan kesusahan rakyat Sabah, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan di bawah penguasaan Umno-BN.

"Sabah menjadi begini kerana isu polisi yang ditetapkan lama dahulu oleh kerajaan Umno-BN dan hanya ada satu cara sahaja untuk menukar polisi itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya," tegas Dr Wan Azizah lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Anwar Ingatkan Penduduk Kampung Baru Tidak Tertipu Muslihat Umno-BN

Posted: 06 Jul 2010 03:37 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penduduk Kampung Baru supaya tidak terperangkap dengan janji manis yang ditawarkan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mengenengahkan pelan pembangunan orang Melayu di kawasan itu.

Saranan itu katanya bagi mengelakkan penduduk menjadi mangsa tipu daya Umno-BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan itu dijual untuk projek pembangunan yang dirangka pemimpin dan kroni kerajaan.

Anwar berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebelum ini dilaporkan bercadang supaya pembangunan hartanah di Kampung Baru dibangunkan berdasarkan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu manakala 40 peratus bagi bukan Melayu.

Namun, nilai peratusan itu berubah kepada 100 peratus milikan orang Melayu sebaik penduduk menolak pelan pembangunan yang ditawarkan itu.

Bagaimanapun, cadangan Raja Nong Chik tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

"Saya tanya kepada Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP), adakah beliau berhasrat untuk memiliki tanah Kampung Baru?

"Beliau kata tidak, jadi saya nak tanya orang Cina pun tidak minta, mengapa Umno-BN bersungguh-sungguh untuk memberikan 40 peratus hak kepada bukan Melayu?

"Apa punya otak orang Umno-BN, semua fikir duit saja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu (penduduk), RM400 juta untuk aku (Umno-BN)," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Forum Keamanan Gaza di Gombak malam tadi.

Turut hadir dalam ceramah itu pimpinan tertinggi KEADILAN termasuk Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali, Pengarah Strategik, Tian Chua, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Tan Kee Kwong, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan sukarelawan Gaza, Mustafa Mansur.

Forum anjuran AMK Wangsa Maju itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Dalam pada itu, Anwar turut mencadangkan supaya hal berkaitan pembangunan Kampung Baru diserahkan kepada penduduk di kawasan itu yang dianggap beliau layak menguruskan sendiri tanpa menggunakan khidmat agensi kerajaan.

"Orang Kampung Baru semua ada, arkitek ada, kontraktor pun ada jadi mereka layak untuk menguruskan perancangan untuk pembangunan kawasan tersebut, jangan harap kepada jabatan-jabatan lain di bawah kerajaan Umno-BN.

"Biar mereka buat sendiri, uruskan sendiri cara bagaimana mereka mahu membangunkan Kampung Baru. Selain itu mereka juga boleh lantik Dr Lo' Lo' Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebagai penasihat mereka, baru betul.

"Ini tidak, selagi ada tanah semuanya nak dijual, tanah Sungai Besi, tanah Sungai Buloh, tanah Sentul, dia ingat Malaysia ni Najib dengan Rosmah yang punya ke? tegas Anwar lagi.

Terdahulu, Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru yang telah dikemukakan beliau kepada Kerajaan Pusat 15 tahun lalu yang mengandungi beberapa alternatif berhubung pembangunan semula kampung berkenaan.

Cadangan tersebut mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat, Ketua Pembangkang itu berkata tujuan lawatannnya ke negara tersebut adalah untuk menyampaikan syarahan.

"Saya telah dipanggil ke Amerika Syarikat untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa sama telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.

"Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta saya untuk memberi ucaptama mengenai Islam and Democracy in Southeast Asia, itu faktanya.

"Mereka kata Anwar pro-zionis. Najib, Khairy Jamaluddin bayar Apco untuk nasihat mereka, lepas itu dia kata Anwar pro-zionis.

"Walhal dia ingat orang Melayu ni bodoh tetapi yang bodoh dia," kata Anwar lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Gantung Suara Keadilan Tanda PRU-13 Semakin Hampir

Posted: 06 Jul 2010 03:35 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan sebagai antara tanda jelas Pilihan Raua Umum ke-13 semakin hampir

Anwar menganggap tindakan terdesak kerajaan Umno-Barisan Nasional terpaksa di ambil supaya semua penyelewengan dan salah urus tadbir yang berlaku di dalam Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) tidak diketahui oleh rakyat negara ini khususnya golongan peneroka.

Kepincangan di dalam Felda yang didedahkan oleh akhbar rasmi KEADILAN dalam keluaran 22-29 jun lalu telah menimbulkan ketakutan kepada pimpinan atasan Umno sehingga mengarahkan KDN menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dengan alasan yang tidak berasas walaupun jawapan surat tunjuk sebab telah dijawab oleh Pengarang Suara Keadilan.

"Sekatan terbitan yang dikenakan ke atas Suara Keadilan mengambarkan pilihan raya umum semakin hampir, Umno sekarang berada dalam ketakutan kerana pendedahan terbabit boleh mengugat sokongan mereka nanti.

"Kita melihat tindakan yang dilakukan itu secara terdesak tanpa menunggu keputusan saman yang ingin dikemukakan oleh Felda di mahkamah, KDN mengharamkan penerbitan Suara Keadilan agar kita tidak boleh membongkar penyelewengan yang mereka lakukan di dalam Felda ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Umno sekarang mengambil tindakan segera menutup isu Felda dengan memperbesarkan cerita pasal Anwar Ibrahim yang dikatakan minta maaf dengan pemimpin Yahudi di dalam akhbar kawalan mereka, Utusan Malaysia.

"Jadi inilah masanya mereka mengambil kesempatan dengan isu terbabit, sekat terbitan Suara Keadilan agar tidak boleh memaparkan isu kepincangan mereka dalam pilihan raya umum nanti dengan harapan rakyat tidak akan mendapat maklumat tentang kepincangan mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Tambah Anwar lagi, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan bertanggungjawab untuk membahaskan usul tentang sekatan terbitan yang dikenakan oleh KDN ke atas Suara Keadilan di dalam Dewan Rakyat yang dijadualkan esok tetapi ini bergantung kepada keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sumber: Suara Keadilan

Perbicaraan Fitnah 2 Bersambung 19 Julai Depan

Posted: 06 Jul 2010 03:34 AM PDT


KUALA LUMPUR 6 Jul - Perbicaraan kes Fitnah 2 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung semula pada 19 Julai depan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkannya permohonan peguam bela Sankara Nair.

Sankara berkata Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pihak pembelaan dalam surat yang difaksimili ke pejabatnya daripada pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta bertarikh 5 Julai.

"Perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 19 Julai, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta selepas pihak peguam bela mengemukakan permohonan penangguhan selepas peguam Karpal Singh dan anak guam kami, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghadiri mesyuarat di Parlimen pada 14 hingga 17 Julai depan," katanya dalam emel kepada Suara Keadilan.

Sebelum itu, Sankara dalam satu surat yang bertarikh 1 Julai kepada Setiausaha Hakim Mahkamah Tinggi telah meminta Mohamad Zabidin supaya mempertimbangkan permohonan itu kerana menurut beliau pihak pembelaan tidak berniat untuk menghina mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes Fitnah 2 terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sebelum itu, pada 28 Jun Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Anwar berhubung permohonan beliau untuk mendapatkan kertas laporan siasatan polis ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes tuduhan liwat.

Sumber: Suara Keadilan

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Program Perasmian Pusat Tuisyen Rakyat

Posted: 06 Jul 2010 08:21 PM PDT

Pada 16 Jun 2010 Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Rakyat telah diadakan di Dewan Sivik MBPJ. Majlis ini diadakan bersekali dengan program motivasi yang disampaikan oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohammad.

Program motivasi ke ibu-bapaan bersama anak-anak yang menyertai program tuisyen rakyat UPSR, PMR, dan SPM ini diharapkan memberi kesedaran dan bermotivasi dalam mencungkil kecemerlangan anak-anak.

Saya cukup seronok dapat beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang bersemangat mengejar cita-cita di masa akan datang. Semoga anak-anak di DUN Taman Medan cemerlang.

Antara tetamu VVIP yang hadir

Sebelum majlis dimulakan, kami melihat slide show program PTRS sesi lepas dan kejayaan program

Pengerusi majlis pada hari tersebut adalah Cik Ayu yang juga merupakan setiausaha kerja bagi saya

Antara pelajar dan ibu-bapa yang hadir

Motivasi disampaikan oleh Dr Tengku Asmadi

Penyampaian sumbangan untuk pelajar yang cemerlang PTRS di dalam SPM sesi lepas

Gambar Ihsan daripada FB Dr Tengku Asmadi Tengku Mohammad


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


KG.Baru:Hanya Janji Pendekar Bujang Lapok, Jangan Percaya BN

Posted: 06 Jul 2010 06:54 PM PDT

Dari Malaysian Insider

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penduduk Kampung Baru agar tidak terpedaya dengan janji manis ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetengahkan pelan untuk membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu baru-baru ini.

Beliau berkata, penduduk jangan sesekali terperangkap dengan tawaran yang dibuat BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut dijual untuk projek pembangunan.

Kata Anwar, sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pernah menyebut projek pembangunan di Kampung Baru dimajukan dengan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu dan 40 peratus kaum lain, tetapi bila penduduk membantah cakap pula 100 peratus milik orang Melayu.

"Saya tanya kepada Lim Kit Siang (Penasihat DAP), adakah beliau berhasrat untuk memiliki tanah Kampung Baru?

"Beliau kata tidak, jadi saya nak tanya orang Cina pun tidak minta mengapa BN bersungguh-sungguh untuk memberikan 40 peratus hak kepada bukan Melayu?

"Apa punya otak orang BN, semua pikir duit sahaja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu, RM400 juta untuk aku (kerajaan BN)," katanya ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza di Gombak dekat sini malam tadi.

Turut hadir dalam ceramah itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Pengarah Strategik PKR Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan PKR Datuk Dr Tan Kee Keong, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Ketua AMK Fariz Musa dan sukarelawan Gaza Mustafa Mansur.

Forum anjuran AMK Wangsa Maju itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Raja Nong Chik sebelum ini dilaporkan bercadang supaya pembangunan hartanah berdasarkan nisbah 60:40 antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di kawasan itu.

Beliau berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Namun cadangan tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

Selain itu, Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru juga membantah cadangan tersebut.

Anwar mencadangkan supaya hal-hal berkaitan pembangunan Kampung Baru diserahkan kepada penduduk di kawasan itu yang dianggapnya layak untuk menguruskannya sendiri.

"Di Kampung Baru semua ada, kontraktor pun ada jadi mereka layak untuk menguruskan perancangan untuk pembangunan kawasan tersebut.

"Biar mereka buat sendiri, uruskan sendiri cara bagaimana mereka mahu membangunkan Kampung Baru. Selain itu mereka juga boleh lantik Dr Lo' Lo' Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebagai penasihat mereka," katanya.

Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Selain kerajaan BN, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga berhasrat mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru memandangkan beliau telah merangka beberapa alternatif kepada Kerajaan Pusat berhubung pembangunan semula kampung berkenaan 15 tahun lalu.

Cadangan tersebut dikatakan mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.

PKR Desak PM Dedah Kontrak Baru Apco-Malaysia

Posted: 06 Jul 2010 06:48 PM PDT

Dari TV Selangor

Parti Keadilan Rakyat mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendedahkan butiran kontrak antara Putrajaya dan firma perunding berkaitan Zionis APCO Worldwide.

Gesaan ini dibuat ekoran sumber The Malaysian Insider yang melaporkan kerjasama antara Umno dan firma berkaitan Zionis ini telah diperbaharui akhir bulan lalu.

PKR turut mendesak kerajaan Umno mendedahkan bayaran yang dibuat kepada firma itu.

"Keseluruhan isu APCO hanya didedahkan selepas ketua pembangkang kami memberikan bukti berdokumen bahawa kerajaan mengambil khidmat khidmat APCO," kata Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution.

Ekoran pendedahan itu didapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta untuk mendapatkan khidmat APCO.

"Kami ingin tahu kos kontrak yang diperbaharui ini dan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang terlibat dalam kontrak kali ini?" kata beliau.

Saifuddin juga mendesak agar kerajaan menyediakan satu laporan komprehensif tentang prestasi dan pencapaian sejak khidmat APCO diambil tahun lalu.

Harakah: Heret Juga Media Perdana Ke KDN

Posted: 06 Jul 2010 06:42 PM PDT

Dari Malaysiakini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak terlalu asyik ‘mengingatkan’ media alternatif tetapi digesa mengambil tindakan yang sama terhadap media arus perdana.

Ini kerana, menurut Pengarang Harakah Taufek Yahya, media berkenaan didakwa sentiasa memberikan liputan negatif terhadap Pakatan Rakyat.

“Saya menghormati fungsi dan peranan KDN. Dan pada masa yang sama kementerian juga perlu menghormati peranan Harakah sebagai akhbar pembangkang dan (pemberi) laporan secara alternatif,” katanya.

Portal berita KDN hari ini melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, ‘mengekori’ jejak langkah dua taboid politik Suara Keadilan dan Suara Perkasa.

Dalam pertemuan kira-kira setengah tengah hari semalam, akhbar PAS itu antaranya “diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN”.

Antaranya, ia diminta mematuhi garis panduan pemberian permit, antaranya seperti kewajipan memberikan KDN 8 naskhah akhbar mereka sebaik selesai dicetak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Taufek berkata, dalam pertemuan itu, Harakah diminta “lebih berhati-hati’ terutama ketika melaporkan “isu-isu sensitif” seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) dan isu Jemaah Islamiah.

Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, beliau membangkitkan supaya KDN tidak cuba mengaitkan Harakah dengan isu keselamatan negara.

“Sewajarnya, KDN boleh membezakan antara isu-isu yang menggugat keselamatan negera dengan isu-isu yang menggugat parti pemerintah. Itu adalah dua isu yang berbeza.

“Seperti juga media perdana yang memberi laporan negatif kepada Pakatan Rakyat, isu-isu negatif tentang kerajaan Pakatan tidak pula dianggap mengancam keselamatan negara.

“Jadi ini juga perlu dilihat oleh KDN,” katanya.

Menurutnya, beliau mewakili Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

Berhubung dakwaan mengenai kelewatan Harakah menghantar naskah setiap keluaran kepada pihak KDN, Taufek berkata perkara itu ditegur dalam pertemuan ringkas semalam.

“Kalau ikut (peraturan) KDN, naskah perlu dihantar sebelum Harakah diedarkan,” katanya.

Taufek berkata, KDN juga menyatakan hasrat bagi mengadakan pertemuan lebih kerap dengan pihak Harakah.

Anwar Ibrahim On CNN Connect The World.

Posted: 06 Jul 2010 06:28 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA PRESIDEN PKR

Posted: 05 Jul 2010 09:53 PM PDT


Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah akan mengadakan satu Majlis Makan Malam Bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail pada Ogos nanti. Beberapa pimpinan utama PKR akan turut hadir dalam majlis tersebut. Berikut adalah butiran ringkas mengenai majlis yang akan diadakan itu nanti :-

Tarikh : 07hb Ogos 2010 (Sabtu)

Masa : 0800 malam ~ 1130 malam

Tempat : Restoran Mei Du Ying Bin, Pusat Sukan Taman Universiti, Skudai, Johor

Penceramah Lain : (1) Ybhg. Datuk Zaid Ibrahim (2) Ybhg. Datuk Chua Jui Meng (3) YB S. Manikumar (4) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (5) Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor

Menu Makanan : 1) Masakan Melayu (Dijamin Halal) (2) Masakan Nyonya (Sayuran)

Tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM50.00/tiket. Sebarang pertanyaan, tempahan atau pembelian tiket, bolehlah terus berhubung dengan Ketua Sekretariat (Sdr. Nazri - 017-7358397) Pemangku Ketua Cabang (En. Abd Manan - 019-7122729) Ketua Penerangan (Sdr. Zulkaria - 019-7221223) atau mana2 AJK PKR Cabang Gelang Patah.

Setiausaha
PKR Cabang Gelang Patah

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Jumlah pelancong ke Pulau Pinang meningkat

Posted: 06 Jul 2010 05:28 AM PDT


GEORGETOWN, 6 Julai: Pulau Pinang yang sememangnya merupakan sebuah destinasi menarik dan popular bagi pelancong tempatan dan luar negara telah berjaya meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan Negeri, Law Heng Kiang, pelancong dari Timur Tengah menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi menarik mereka untuk dikunjungi mulai Jun hingga September.

Law juga berkata, terdapat beberapa tarikan yang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi kunjungan mereka setiap tahun.

Katanya, tarikan dari pihak hotel juga menjadi salah satu peranan penting apabila mereka mempelbagaikan aktiviti dan program bagi menarik pelancong dari negara yang telah dikenal pasti mengunjungi negeri ini.

Promosi seperti 'Arabian Night' yang diperkenalkan itu menarik perhatian mereka di samping promosi lain yang membolehkan mereka mengunjungi Pulau Pinang, ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga bekerjasama dengan pihak hotel membuat penajaan dari segi tarian kebudayaan dan mengatur acara khas untuk pelancong khususnya dari Timur Tengah.

Sebagai bukti, ujarnya jumlah pelancong yang mendiami hotel-hotel seperti Rasa Sayang dan Golden Sands di Batu Ferringhi meningkat kepada 15 peratus pada bulan Jun yang lalu.

"Manakala pada bulan Julai ia meningkat mendadak kepada 40 peratus. Ini adalah kerana tarikan yang dilakukan dengan mempelbagaikan budaya Timur Tengah sepertimana yang pernah dilakukan oleh hotel Shangri La dan hotel-hotel yang lain," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang berkata, jumlah keseluruhan pelancong meningkat sebanyak 35 peratus jika dibandingkan mulai Januari hingga Mac 2009 apabila hanya 318,912 pelancong yang masuk ke Pulau Pinang.

Manakala dalam tempoh yang sama pada tahun 2010 seramai 430,355 pelancong berjaya dibawa masuk ke negeri ini," katanya.

"Usaha gigih yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menarik lebih ramai pelancong akan diteruskan supaya ia bukan saja dapat memberi peluang meningkatkan ekonomi kepada penduduk negeri ini tetapi juga kepada pihak kerajaan," katanya lagi

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Break the Siege On Gaza; Break the Crime Against Humanity

Posted: 06 Jul 2010 09:58 AM PDT

The Palestinians are slowly and systematically being exterminated in their homeland by a regime that’s as cold-blooded as glaciated terminators. It’s genocide. It’s a crime against humanity. Let’s help put an end to this atrocity. Give your support to the Palestinian cause and come for the PGPO Conference : Breaking The Siege. Pass the word around. More [...]

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Break the Siege On Gaza; Break the Crime Against Humanity

Posted: 06 Jul 2010 09:58 AM PDT

The Palestinians are slowly and systematically being exterminated in their homeland by a regime that’s as cold-blooded as glaciated terminators. It’s genocide. It’s a crime against humanity. Let’s help put an end to this atrocity. Give your support to the Palestinian cause and come for the PGPO Conference : Breaking The Siege. Pass the word around. More [...]