Selasa, 6 Julai 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


KG.Baru:Hanya Janji Pendekar Bujang Lapok, Jangan Percaya BN

Posted: 06 Jul 2010 06:54 PM PDT

Dari Malaysian Insider

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penduduk Kampung Baru agar tidak terpedaya dengan janji manis ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetengahkan pelan untuk membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu baru-baru ini.

Beliau berkata, penduduk jangan sesekali terperangkap dengan tawaran yang dibuat BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut dijual untuk projek pembangunan.

Kata Anwar, sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pernah menyebut projek pembangunan di Kampung Baru dimajukan dengan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu dan 40 peratus kaum lain, tetapi bila penduduk membantah cakap pula 100 peratus milik orang Melayu.

"Saya tanya kepada Lim Kit Siang (Penasihat DAP), adakah beliau berhasrat untuk memiliki tanah Kampung Baru?

"Beliau kata tidak, jadi saya nak tanya orang Cina pun tidak minta mengapa BN bersungguh-sungguh untuk memberikan 40 peratus hak kepada bukan Melayu?

"Apa punya otak orang BN, semua pikir duit sahaja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu, RM400 juta untuk aku (kerajaan BN)," katanya ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza di Gombak dekat sini malam tadi.

Turut hadir dalam ceramah itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Pengarah Strategik PKR Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan PKR Datuk Dr Tan Kee Keong, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Ketua AMK Fariz Musa dan sukarelawan Gaza Mustafa Mansur.

Forum anjuran AMK Wangsa Maju itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Raja Nong Chik sebelum ini dilaporkan bercadang supaya pembangunan hartanah berdasarkan nisbah 60:40 antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di kawasan itu.

Beliau berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Namun cadangan tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

Selain itu, Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru juga membantah cadangan tersebut.

Anwar mencadangkan supaya hal-hal berkaitan pembangunan Kampung Baru diserahkan kepada penduduk di kawasan itu yang dianggapnya layak untuk menguruskannya sendiri.

"Di Kampung Baru semua ada, kontraktor pun ada jadi mereka layak untuk menguruskan perancangan untuk pembangunan kawasan tersebut.

"Biar mereka buat sendiri, uruskan sendiri cara bagaimana mereka mahu membangunkan Kampung Baru. Selain itu mereka juga boleh lantik Dr Lo' Lo' Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebagai penasihat mereka," katanya.

Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Selain kerajaan BN, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga berhasrat mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru memandangkan beliau telah merangka beberapa alternatif kepada Kerajaan Pusat berhubung pembangunan semula kampung berkenaan 15 tahun lalu.

Cadangan tersebut dikatakan mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.

PKR Desak PM Dedah Kontrak Baru Apco-Malaysia

Posted: 06 Jul 2010 06:48 PM PDT

Dari TV Selangor

Parti Keadilan Rakyat mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendedahkan butiran kontrak antara Putrajaya dan firma perunding berkaitan Zionis APCO Worldwide.

Gesaan ini dibuat ekoran sumber The Malaysian Insider yang melaporkan kerjasama antara Umno dan firma berkaitan Zionis ini telah diperbaharui akhir bulan lalu.

PKR turut mendesak kerajaan Umno mendedahkan bayaran yang dibuat kepada firma itu.

"Keseluruhan isu APCO hanya didedahkan selepas ketua pembangkang kami memberikan bukti berdokumen bahawa kerajaan mengambil khidmat khidmat APCO," kata Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution.

Ekoran pendedahan itu didapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta untuk mendapatkan khidmat APCO.

"Kami ingin tahu kos kontrak yang diperbaharui ini dan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang terlibat dalam kontrak kali ini?" kata beliau.

Saifuddin juga mendesak agar kerajaan menyediakan satu laporan komprehensif tentang prestasi dan pencapaian sejak khidmat APCO diambil tahun lalu.

Harakah: Heret Juga Media Perdana Ke KDN

Posted: 06 Jul 2010 06:42 PM PDT

Dari Malaysiakini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak terlalu asyik ‘mengingatkan’ media alternatif tetapi digesa mengambil tindakan yang sama terhadap media arus perdana.

Ini kerana, menurut Pengarang Harakah Taufek Yahya, media berkenaan didakwa sentiasa memberikan liputan negatif terhadap Pakatan Rakyat.

“Saya menghormati fungsi dan peranan KDN. Dan pada masa yang sama kementerian juga perlu menghormati peranan Harakah sebagai akhbar pembangkang dan (pemberi) laporan secara alternatif,” katanya.

Portal berita KDN hari ini melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, ‘mengekori’ jejak langkah dua taboid politik Suara Keadilan dan Suara Perkasa.

Dalam pertemuan kira-kira setengah tengah hari semalam, akhbar PAS itu antaranya “diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN”.

Antaranya, ia diminta mematuhi garis panduan pemberian permit, antaranya seperti kewajipan memberikan KDN 8 naskhah akhbar mereka sebaik selesai dicetak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Taufek berkata, dalam pertemuan itu, Harakah diminta “lebih berhati-hati’ terutama ketika melaporkan “isu-isu sensitif” seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) dan isu Jemaah Islamiah.

Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, beliau membangkitkan supaya KDN tidak cuba mengaitkan Harakah dengan isu keselamatan negara.

“Sewajarnya, KDN boleh membezakan antara isu-isu yang menggugat keselamatan negera dengan isu-isu yang menggugat parti pemerintah. Itu adalah dua isu yang berbeza.

“Seperti juga media perdana yang memberi laporan negatif kepada Pakatan Rakyat, isu-isu negatif tentang kerajaan Pakatan tidak pula dianggap mengancam keselamatan negara.

“Jadi ini juga perlu dilihat oleh KDN,” katanya.

Menurutnya, beliau mewakili Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

Berhubung dakwaan mengenai kelewatan Harakah menghantar naskah setiap keluaran kepada pihak KDN, Taufek berkata perkara itu ditegur dalam pertemuan ringkas semalam.

“Kalau ikut (peraturan) KDN, naskah perlu dihantar sebelum Harakah diedarkan,” katanya.

Taufek berkata, KDN juga menyatakan hasrat bagi mengadakan pertemuan lebih kerap dengan pihak Harakah.

Anwar Ibrahim On CNN Connect The World.

Posted: 06 Jul 2010 06:28 PM PDT

Tiada ulasan: