Jumaat, 2 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Tarik balik perletakan jawatan

Posted: 02 Jul 2010 06:32 PM PDT

Buat beberapa hari ini tak putus-putus saya menerima panggilan handphone, sms dan email dan ada yang datang ke pejabat dan rumah.

Walaupun niat saya jujur untuk melepaskan jawatan kerana saya ingin memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak saya yang sedang menganggur dan membimbing mereka di bidang pertanian komersil untuk masa depan mereka, saya berasa sangat serba salah apabila dirayu oleh rakan-rakan.
Saya adakan perbincangan hati ke hati dengan anak-anak saya, dan isteri saya. Anak-anak saya juga sanggup berkorban dan mereka merelakan saya untuk terus aktif dibidang politik dan hanya sekali sekala sahaja mereka akan meminta bantuan dan nasihat saya.
Oleh kerana itu, saya dengan ini menarik balik perletakan jawatan saya melainkan jawatan-jawatan itu sudah pun diisikan oleh pemimpin-pemimpin lain, iaitu Pengerusi Biro Felda Keadilan Pusat, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Negeri Pahang, Pengerusi Biro Zon Tengah Keadilan Pahang dan AJK Biro Politik Keadilan Pahang.
Bagaimana pun terserah kepada Biro Politik KEADILAN Pusat untuk menentukan kedudukan saya selaku Pengerusi Biro Felda Keadilan Pusat dan saya serahkan kepada budibicara Pengerusi MPN Keadilan Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman.
Saya akan meneruskan kedudukan saya selaku Ketua KEADILAN Cabang Kuala Krau. Saya harap perkara ini selesai dan tidaklah dibangkitkan lagi.

Srikandi di Kuala Krau - 2hb Julai 2010

Posted: 02 Jul 2010 06:01 PM PDT

YB Chang Lih Kang, ADUN Teja berucapan dalam 2 Bahasa, Orang Cina yang hadir terpegun
Man Kadir betul-betul bersemangat mempengerusikan Majlis

Hadirin - Ramli Lugan di tengah-tengah

Siti Aishah Shaikh Ismail, Ketua Srikandi KEADILAN Pusat

Hadirin

Farah Afzan, Timbalan Srikandi KEADILAN Pusat

Srikandi bergambar dengan Wanita KEADILAN Kuala Krau
==
Ceramah oleh YB Chang Lih Kang, Adun Teja, Perak benar-benar membakar semangat. Beliau berucap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin, terpaku orang-orang Cina yang hadir di Majlis itu.
Ceramah yang menampilkan 2 tokoh Srikandi KEADILAN Pusat itu, Siti Aishah Sh. Ismail, dan Farah Afzan benar-benar menusuk hati para hadirin.
Kalaulah di luar musim pertandingan bolasepak dunia (Fifa) rasanya akan penuh dengan kehadiran.
Kita mengaku kalah dengan Brazil (malam tadi), namun tidak kurang 100 orang yang hadir, cukup membanggakan.
Program Srikandi hari ini 3hb Julai 2010: 10.30 pagi ramah mesra di rumah Hj Suhaimi Said, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh. Jam 1.00 tengah hari, kenduri di rumah Hj Sanusi Hj Abas di Damai Court, Temerloh. Jam 4.00 petang lawatan dan ceramah di Kg Paya Mengkuang, Sanggang, Temerloh. Jam 9.00 malam ceramah di rumah Hj Suhaimi.
Program Srikand untuk esuk, 4hb Julai 2010: 10.00 pagi melawat Pekan Sehari Temerloh, jam 12.30 tengah hari ramah mesra di rumah Tajudin Ramli di Taman Temerloh Jaya, Temerloh dan makan tengah hari, jam 4.00 petang, Siti Aishah mengetuai lawatan ke Kg Terbol dan Kg Pian manakala Farah Afzan mengetuai lawatan ke Kg Matau, Jengka dan jam 9.00 malam ceramah di Kg Rumpun Makmur bersama Dato Fauzi Abdul Rahman dan Hassanuddin Salim, Ketua Penerangan PAS, Pahang.








Lawan Tetap Lawan - And don't Worry

Posted: 02 Jul 2010 12:07 AM PDT

Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, samada didalam parti atau di luar parti, yang datang ke pejabat dan datang kerumah, ada yang menalipon dan ramai yang gunakan sms, semata-mata untuk "memujuk" saya supaya jangan melepaskan jawatan-jawatan didalam parti.
Yang paling mengusik hati sekali ialah Sdr Man Kadir. Dia adalah diantara orang yang pertama datang ke pejabat. Berbincang dengan saya dengan linangan air mata. "Saya masuk PKR kerana Abang Mi. Saya adalah ahli PAS tetapi sanggup tinggalkan PAS untuk berjuang bersama-sama dengan Abang Mi. Sekarang Abang Mi nak letak semua jawatan. Saya tak tau apa nak buat lagi." katanya.
"Tak apalah, Abang Mi letaklah semua jawatan, Pengerusi Biro Felda, Pengerusi Biro Orang Asal, Pengerusi Zon Tengah, apa-apa jawatanlah, tapi saya mintak sangat-sangat, jangan letak jawatan sebagai Ketua Cabang Kuala Krau." katanya.
"Saya belum pernah jumpa lagi pemimpin yang kerja macam Abang Mi. Abang Mi merancang, Abang Mi cari penceramah, Abang Mi cari tempat ceramah, Abang Mi buat poster, Abang Mi buat edaran, Abang Mi pasang poster, Abang Mi pergi mengedar edaran, Abang Mi cari duit untuk kerja parti. Pemimpin-pemimpin lain tak macam Abang Mi, yang pandai ceramah, hanya berceramah, tak buat dah kerja-kerja lain." kata Man Kadir.
"Kalau Abang Mi dah tak pegang apa-apa jawatan, apa hal dengan saya, Hafez dan Ramli Lugan, kami akan terumbang ambing, tak siapa nak pimpin kami, dan akhirnya kami juga akan menjadi sama seperti aktivis yang lain, buat kerja setahun sekali semasa pilihanraya sahaja." sambungnya.
Saya tak jawab apa-apa. Last sekali Man Kadir merayu supaya saya kekalkanlah walaupun satu jawatan sahaja dalam parti iaitu Ketua KEADILAN Cabang Kuala Krau.
Disitulah saya jawab sedikit. Saya kata bahawa saya sudah bincang dengan Hafez, dan saya yakin bahawa Hafez boleh ambil alih jawatan saya sebagai Ketua Cabang. Dan nampak gaya Hafez setuju.
"Tengoklah Man, saya akan bincang sekali lagi dengan Hafez dan Dato Fauzi, kalau mereka setuju, maka saya akan lepaskan juga jawatan Ketua Cabang tu."
Cepat-cepat Man jawab bahawa dia dah bincang dengan Hafez dan Hafez dah beritahu dia yang dia tak mampu.
"Baiklah Man, saya akan bincang dengan Surina, Kak Hendon, Syukri dan Sufizal. Tanggungjawab saya kepada Syukri dan Sufizal itu amat berat sekali, dan saya akan menjadi ayah yang gagal jika tidak memberikan tumpuan kepada mereka."
"Bincanglah dulu," kata Man Kadir, dan Man Kadir selepas itu meninggalkan saya.
Yang lain-lain itu tak tidaklah berbincang panjang dengan saya, hanya sekadar meminta saya tidak melepaskan jawatan saja.
Memang hasil dari pertemuan dengan rakan-rakan, dan menerima talipon serta sms, termasuk juga dari Sdr Nizam Hamid, membuatkan saya serba-salah. Akan saya pertimbangkan jika mendapat persetujuan dari keluarga saya.
Sebelum itu Dr Syed Husin Ali dan Latheefah Koya juga meminta saya tangguhkan dulu. Dato Fauzi juga meminta saya tangguhkan.
Saya akan mengambil kira semuanya pandangan dari kawan-kawan dan akan saya rojok kepada keluarga saya.

Program yang sibuk untuk Siti Aishah dan 9 orang AJK Srikandi Pusat di Temerloh dan Kuala Krau

Posted: 01 Jul 2010 06:14 PM PDT

Siti Aishah Ismail, Ketua Srikandi Pusat dan 9 orang AJKnya akan sampai di Kuala Krau pada hari, 2hb Julai 2010, jam 7.00 malam. Beliau akan berceramah di Pejabat PKR Kuala Krau bersama-sama dengan YB Teresa Kok dan YB Chang Lih Kang.
Hari esuk, 3hb Julai 2010, bermula jam 10.30 pagi beliau dan rombongannya akan diraikan dirumah saya, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang. Semua anggota KEADILAN khususnya wanita dan wanita muda seluruh Pahang dijemput hadir.
Pada jam 1.00 tengah hari, rombongan Srikandi akan menjamu selera di Damai Court Temerloh di rumah Haji Sanusi Haji Abas, bekas Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Temerloh kerana perkawinan anaknya.
Jam 4.00 petang, rombongan Srikandi akan beramah mesra dengan penduduk Kg Paya Mengkuang di rumah Ketua KEADILAN Ranting kampong tersebut, Sdr Roman Acai, dan beliau akan berceramah bersama-sama Sdri Ginie Lim, Batin Berat dari Selangor, Rebin Birham, Ketua AMK Negeri Sembilan dan Ramli Lugan.
Jam 9.00 malam, Siti Aishah akan berceramah di rumah saya, Kg Batu 4 Jalan Maran, Temerloh bersama-sama Dato Fauzi Abdul Rahman, Khalid Jaafar (Anggota MPP Keadilan Pusat) Sdri Ginie Lim, dan Ahmad Nizam Hamid.
Pada 4hb Julai pula, Siti Aishah dan rombongannya akan melawat Pekan Sehari Temerloh mulai jam 10.00 pagi, dan kemudian akan makan tengah hari di Rumah Sdr Tajudin Ramli, Bendahari KEADILAN Cabang Temerloh.
Pada jam 4.00 petang, Siti Aishah dan 4 orang AJK Srikandi akan melawat Kg Terbol, Kuala Krau dan jam 5.00 petang berceramah di Kg Piang, kedua-duanya perkampongan Orang Asal di Kuala Krau; manakala Farah Afzan bt Faridi, Timbalan Srikandi dan Juwariyah Zulkifli dan 3 orang JK Srikandi Pusat akan melawat Kg Matau, Bandar Jengka.
Kedua-dua kumpulan ini akan makan malam di Pejabat KEADILAN Kuala Krau, dan pada jam 9.00 malam akan berceramah di Kg Rumpun Makmur, Kuala Krau bersama-sama Dato Fauzi Abdul Rahman dan Sdr Hassanuddin Salim, Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.
Semoga anggota-anggota KEADILAN dan Orang Ramai akan bersama-sama didalam program Srikandi Pusat ini. Sekian, terima kasih.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Ray of Hope for Slow Learners

Posted: 01 Jul 2010 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Studies have shown that over 60 per cent of slow learners from Tamil schools in Selangor had benefited from the Slow Learner Programme (SLP).

There are 6,000 slow learners in 97 Tamil schools in Selangor.

The SLP pilot project was launched last year in collaboration with the Child Information Learning and Development Centre (CHILD), Tamil Foundation and Education Welfare Research Foundation (EWRF).

Specially-trained teachers are part of the five-year project.

The teaching materials were produced by a group of teachers who had dealt with slow learners.

State executive councillor for Health, Plantation Workers, Poverty and Caring Government Dr Xavier Jayakumar said children do not learn at the same phase and some needed a different approach.

Students who had benefited from the programme can now keep up in class just like their peers.

He added that the main objective of the programme was to enable the slow learners to join the normal class once they have mastered the basic skills.

"The pages in the SLP books are more colourful and is picture driven. The teaching method also involved showing a lot of care, love and attention," said Xavier.

Dr Xavier Jayakumar (second from left) with Tamil school teachers who received Volume 1 and 2 of the books for slow learners.

He said 30 per cent of Year One Tamil school students did not receive pre-school education which made things difficult for them as they found it hard to cope with the syllabus.

Printing and distribution of the Volume 1 and 2 of SLP books for Year One to Year Six students was sponsored by the Selangor government.

The project was worth RM110,000.

Yesterday, Volume 1 and 2 of the books were given to several Tamil school teachers in Selangor.

He added that based on government statistics, there were about 160,000 slow learners in Malaysia.


By Sheila Sri Priya, New Straits Times

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Petronas tak perlu bayar RM30b dividen setahun

Posted: 02 Jul 2010 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sepatutnya tidak kekal membayar RM30 bilion setahun kepada kerajaan Pusat sebagaimana pada paras tahun lepas, kata Ahli Parlimen Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad.

Menurut beliau, jumlah pembayaran dividen pada kerajaan sewajarnya berdasarkan keuntungan bersih yang diperolehi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Tidak wajar untuk Petronas dipaksa membayar pada kerajaan kekal tinggi RM30 bilion, sepatutnya dividen ini dibayar oleh Petronas kepada pemegang saham, iaitu kerajaan berkadaran dengan keuntungan."

Ini kerana, beliau berkata, keuntungan Petronas merosot 23.2 peratus daripada RM52.5 bilion menjadi RM40.3 bilion.

Kemerosotan itu, katanya lagi, disebabkan kemerosotan permintaan minyak dunia bagi tahun kedua berturut-turut kepada 84.4 juta tong sehari.

"Purata harga aras minyak mentah di West Texas Intermediate turun 20 peratus pada USD70.59, manakala harga minyak mentah Malaysia pun turut turun pada USD72.69," ujar beliau memetik perangkaan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Datuk Samsul Azhar Abbas, semalam.

Impaknya, beliau berkata, perolehan Petronas menurun 18.1 peratus daripada RM264.2 bilion menjadi 216.4 bilion sahaja.

Manakala, katanya, keuntungan pra cukai Petronas pula merosot 24.5 peratus pada RM67.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2010.

Bagi beliau, tindakan kerajaan dengan tidak melihat realiti cabaran yang dihadapi oleh Petronas itu disebabkan kerajaan terlalu bergantung pada hasil bahan mentah itu sebagai Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) negara; iaitu kira-kira 44.6 peratus atau RM67.8 bilion.

Ditambah dengan belanjawan defisit yang masuk tahun tiga belas berturut-turut, beliau berkata, perbelanjaan kerajaan pasti kian melebar sekiranya tidak memaksa Petronas kekal membayar dividen pada kadar sebelum ini.

"Kalau Petronas tidak diminta membayar sebegini, tentunya defisit perbelanjaan oleh kerajaan kian melebar dari congakan yang sedia ada, iaitu 7.4 peratus dengan hasil Petronas atau 15.1 peratus tanpa hasil petronas mengikut KDNK 2009)," ujar beliau ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Disebabkan itu, beliau merumuskan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I seakan tidak mempunyai formula ajaib untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi sebagaimana yang diselokakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) belakangan ini.

Disebabkan tidak ada formula ajaib, beliau berkata, Najib mungkin terpaksa merancang untuk meluluskan lesen judi sukan bola kepada Kumpulan Berjaya, memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta mengurangkan peruntukan dalam sektor pendidikan dan sebagainya.

"Namun, Najib nampak terumbang-ambing (flip-flop) dengan menangguhkan kesemua formula ini," ujar beliau.

Judi: Vincent Tan lebih berani dari Najib

Posted: 02 Jul 2010 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyifatkan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan lebih gagah dan berani dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau memang mendapat surat untuk melaksanakan perjudian bola sepak dari Kementerian Kewangan.

Vincent Tan, dalam pertemuannya dengan penganalisa pernigaan judi 29 Jun lalu menunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tetapi Najib tidak pernah berani menyatakannya secara terbuka kerana takut tekanan politik.

Menurut Husam, Vincent Tan mengadakan perjumpaan dengan penganalisa perniagaan judi tiga hari selepas Najib umum lesen judi bola tak jadi lulus.

Dalam perjumpaan itu, Vincent Tan tunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tahun ini. Vinvent Tan masih menekankan Kerajaan Najib telah pun memberikan kelulusan bertulis.

Enam bulan kemudian, kerana desakan bertubi-tubi, barulah kelulusan itu ditarik balik, beritahu Husam dalam blognya hari ini.

"Syabas Vincent Tan! Lulus kata lulus," tulis Husam yang juga Exco ekonomi dan kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

"Ternyata Vincent Tan tak peduli apa UMNO nak kata. Dia dedahkan keadaan sebenar. Ini baru betul-betul raja judi. UMNO terkebil-kebil dengan tindakan berani Vincent Tan. Tak ada siapa berani tegur. Lepas laku taukeh besar kita ini," tulis Husam.

Namun begtiu, kata Husam, nasib baik ada rakyat yang sedar. Ada gerakan politik yang bersepadu.

"Dap yang memberikan ukuran moral yang memalukan UMNO. Ada UMNO Johor (atas pengaruh Muhyidin atau takut kalah pilihanraya?) turut sama akhirnya menolak kelulusan ini.

"UMNO Kelantan dan Terengganu tak seberani UMNO Johor. Kelu membisu," kata Husam.

Pagi sebelum Vincent Tan menemui para penganalisa industri perjudian dalam majlis makan tengahari, Vincent Tan melalui syarikatnya Berjaya Corp mengeluarkan satu kenyataan bertulis menyatakan kesal yang amat sangat di atas pembatalan itu.

Sekali lagi, dalam kenyataan bertulis itu, disebut bahawa 'pembatalan itu dibuat selepas sebelum ini Kementerian Kewangan telah meluluskan semula lesennya' - dan ayat berkenaan digaris untuk memberikan penekanan.

"Maknanya, Vincent Tan bercakap benar dan beliau mahu buktikan beliau bercakap benar. Ada orang lain bercakap tidak benar," tulis Husam lagi.

Dalam pertemuan itu juga, Vincent Tan yakin pelan perjudiannya akan diperbahurui semula pada masa akan datang.

"Bila? Selepas pilihanraya umum nanti? Selepas Pakatan Rakyat tak kuat?," tulis Husam.

Husam juga berkata, Vincent Tan terang-terang salahkan Pakatan Rakyat atas pembatalan itu. Dia tak salahkan mufti-mufti atau Utusan Malaysia atau Perkasa.

"Menarik juga," katanya.

"Apa yang Vincent Tan nak kata, kalau BN menang besar pilihanraya akan datang, hidup semula lah lesen judi bola beliau.

"Sekarang, kita nak siapa gagah? Rakyat gagah melalui Pakatan Rakyat sehingga lesen ini tak boleh lulus selama-lama atau nak Vincent Tan dan BN gagah untuk mereka laksanakan niat tertunda mereka?" soal beliau.


Dalam perjumpaan sama, didedahkan bahawa Kerajaan pernah bayar ganti rugi kepada Berjaya Corp atas pembatalan lesen yang telah mereka perolehi sebelum itu. Pembatalan tahun 1990 (masa DSAI jadi Menteri Kewangan?) bolehkan Berjaya Corp dapat ganti rugi sebanyak 18.9 juta.

"Beliau nak kata, kali ini, Berjaya Corp akan dapat ganti rugi sekali lagi kerana Menteri Kewangan memang dah bagi kelulusan.

"Vincent Tan nampaknya bukan sahaja kaya, tetapi pemimpin UMNO, tak ada yang dia segan atau takut...." tulis Husam lagi.

SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40

Posted: 02 Jul 2010 01:53 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua.

Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).

Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang).

Statistik Mei berbeza

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu.

"Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.

Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Abdul Aziz (kiri) berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara.

Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini.

"(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya.

GMJ tetap teruskan protes judi sukan fasa kedua

Posted: 02 Jul 2010 01:52 AM PDT

Perhimpunan besar-besaran menentang pengeluaran lesen judi sukan, anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang dijadualkan esok tetap akan diteruskan.

Bagaimanapun setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat engan mendedahkan jumlah yang dijangkakan akan hadir pada perhimpunan itu yang kini memasuki fasa kedua berikutan kejayaan mereka mendesak kerajaan menarik balik pengeluaran lesen berkenaan.

Fasa kedua "Kempen Tak Nak Judi" akan diadakan di perkarangan Masjid Negara esok, bermula jam 2 petang.

"Kempen ini adalah sebagai meraikan kejayaan rakyat berjuang agar membantah pemberian lesen judi. Kempen Tak Nak Judi ini sebagai usaha untuk mendidik rakyat membenci judi.

"Isu judi ini banyak menimbulkan masalah dalam negara kita. Jadi (kempen) ini sebagai pendidikan kepada rakyat untuk memahami bahaya judi kerana ia menyebabkan kehancuran dan kemusnahan rumah tangga.

"Ketagihan judi menyebabkan orang hilang pertimbangan. Anak, isteri dan keluarga menjadi mangsa," kata Suhaizan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, GMJ merancang menghimpun seratus ribu orang bagi bantahan itu tetapi berikutan penarikan balik lesen judi berkenaan, beliau menganggarkan jumlah yang akan hadir akan berkurangan.

Namun, Suhaizan yang juga ketua penerangan Pemuda PAS menjangkakan perhimpunan esok tetap akan mendapat sambutan khususnya daripada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO.

GMJ jug
a sebelum ini merancang mengadakan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di Pertuan Agong.

Minggu lalu, kerajaan membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas alasan pertimbangan agama dan juga kesan politik.

Menurut Suhaizan, beberapa pemimpin Pakatan dan NGO juga dijadualkan menyampaikan ucapan dalam kempen tersebut.

Katanya, antara pengisian program tersebut adalah solat Zohor, solat hajat dan sujud syukur bagi hadirin yang beragama Islam.

P
ihaknya juga akan mengedarkan kira-kira 10 ribu keping "Risalah Rakyat" menolak judi dan pelekat "Sayangi Keluarga" kepada para hadirin yang hadir.

Suhaizan berkata pihaknya telah memohon permit pada 24 Jun lalu, bagi membolehkan mereka berhimpun di masjid tersebut walaupun masih belum menerima maklum balas daripada polis.

"Saya tidak menjangkakan akan berlaku ketegangan (dengan pihak polis) kerana kita nak tunjukkan judi itu tidak baik untuk masyarakat dan negara.

"Kita buat dalam kawasan perkarangan masjid, kawasan awam. Kita tidak buat diluar perkarangan masjid. Orang bukan Islam pun boleh masuk ke dalam perkarangan masjid," katanya.

GMJ tetap teruskan protes judi sukan fasa kedua

Posted: 02 Jul 2010 01:52 AM PDT

Perhimpunan besar-besaran menentang pengeluaran lesen judi sukan, anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang dijadualkan esok tetap akan diteruskan.

Bagaimanapun setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat engan mendedahkan jumlah yang dijangkakan akan hadir pada perhimpunan itu yang kini memasuki fasa kedua berikutan kejayaan mereka mendesak kerajaan menarik balik pengeluaran lesen berkenaan.

Fasa kedua "Kempen Tak Nak Judi" akan diadakan di perkarangan Masjid Negara esok, bermula jam 2 petang.

"Kempen ini adalah sebagai meraikan kejayaan rakyat berjuang agar membantah pemberian lesen judi. Kempen Tak Nak Judi ini sebagai usaha untuk mendidik rakyat membenci judi.

"Isu judi ini banyak menimbulkan masalah dalam negara kita. Jadi (kempen) ini sebagai pendidikan kepada rakyat untuk memahami bahaya judi kerana ia menyebabkan kehancuran dan kemusnahan rumah tangga.

"Ketagihan judi menyebabkan orang hilang pertimbangan. Anak, isteri dan keluarga menjadi mangsa," kata Suhaizan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, GMJ merancang menghimpun seratus ribu orang bagi bantahan itu tetapi berikutan penarikan balik lesen judi berkenaan, beliau menganggarkan jumlah yang akan hadir akan berkurangan.

Namun, Suhaizan yang juga ketua penerangan Pemuda PAS menjangkakan perhimpunan esok tetap akan mendapat sambutan khususnya daripada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO.

GMJ jug
a sebelum ini merancang mengadakan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di Pertuan Agong.

Minggu lalu, kerajaan membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas alasan pertimbangan agama dan juga kesan politik.

Menurut Suhaizan, beberapa pemimpin Pakatan dan NGO juga dijadualkan menyampaikan ucapan dalam kempen tersebut.

Katanya, antara pengisian program tersebut adalah solat Zohor, solat hajat dan sujud syukur bagi hadirin yang beragama Islam.

P
ihaknya juga akan mengedarkan kira-kira 10 ribu keping "Risalah Rakyat" menolak judi dan pelekat "Sayangi Keluarga" kepada para hadirin yang hadir.

Suhaizan berkata pihaknya telah memohon permit pada 24 Jun lalu, bagi membolehkan mereka berhimpun di masjid tersebut walaupun masih belum menerima maklum balas daripada polis.

"Saya tidak menjangkakan akan berlaku ketegangan (dengan pihak polis) kerana kita nak tunjukkan judi itu tidak baik untuk masyarakat dan negara.

"Kita buat dalam kawasan perkarangan masjid, kawasan awam. Kita tidak buat diluar perkarangan masjid. Orang bukan Islam pun boleh masuk ke dalam perkarangan masjid," katanya.

BBC Selangor Sokong Kepimpinan Khalid

Posted: 02 Jul 2010 01:50 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor sebulat suara menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menafikan cerita palsu media milik Umno Barisan Nasional.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menyatakan keputusan mesyuarat Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat negeri (BBC) sebagai reaksi terhadap Khalid selaku peneraju pentadbiran negeri ini.

Pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggantikan Khalid sebelum ini disensasikan media arus perdana yang mewar-warkan cerita, kononnya PKR dihimpit krisis perpecahan.

Sentimen sama turut diutarakan oleh ADUN PAS dan DAP.

ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dari PAS berkata demikian: "Kami dari kalangan ADUN dan BBC tidak pernah mempertikaikan kepimpinan Menteri Besar dan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran beliau.

ADUN Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San pula berpendapat keterbukaan PKR dalam isu pentadbiran Selangor tidak harus dilihat sebagai satu perpecahan

"Masih ramai di luar yang belum faham dasar-dasar PKR. Walau ada perbezaan pendapat, ia tak harus dilihat sebagai perpecahan tapi harus dilihat sebagai keterbukaan PKR dalam pentadbiran negeri Selangor," kata beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor.

Perjanjian Air & Laporan Audit Ditangguh

Posted: 02 Jul 2010 01:49 AM PDT


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta kerajaan persekutuan hari ini berjaya mendapatkan permohonan penangguhan pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya perjanjian air dan laporan audit diumumkan kepada awam selewat-lewatnya pada 5 Julai ini.

Pesuruhjaya kehakiman Hadhariah Syed Ismail ketika membenarkan permohonan itu berkata jika ditolak dan rayuan dibawa ke Mahkamah Rayuan serta berjaya, maka permohonan kerajaan persekutuan akan menjadi sia-sia.

"Saya dalam dilema semasa membenarkan penangguhan kerana saya berpendapat perlu ada ketelusan dalam perjanjian kerana air adalah hak asas," katanya.

Bagaimanapun Hadhariah menerima tuntutan Kongres Kebangsaan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan supaya permohonan didengar secepat mungkin.

Presiden MTUC, Syed Shahrir Syed Mohamud melahirkan kekecewaannya berhubung penghakiman itu dan berkata membelakangi janjinya untuk lebih telus dan terbuka dalam pentadbiranya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang juga merupakan salah satu pemohon berkata tindakan kerajaan persekutuan membelakangkan dasar ketelusan dan keterbukaan seperti yang dikrarkan semasa pembentangan Model Baru Ekonomi dasar 1Malaysia.

"Ia dilihat seperti satu keputusan "flip flop" dan tidak akan menghantar isyarat yang tepat kepada pelabur."

Kes Curi Enjin, Permohonan Kurangkan Jaminan Selasa

Posted: 02 Jul 2010 01:48 AM PDT


Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menetapkan Selasa depan bagi mendengar permohonan Sarjan N. Tharmendran daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang didakwa bersubahat mencuri enjin milik TUDM, untuk mengurangkan wang jaminannya.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Noh, memberitahu terdapat fakta baru dikemukakan dalam notis usul dan afidavit yang masih belum dijawab.

"Pihak kami memohon kepada mahkamah untuk memberikan tempoh masa tambahan untuk menjawab secara keseluruhan kesemua notis usul dan afidavit yang difailkan oleh tertuduh, dan memberi akujanji bahawa perkara itu akan disempurnakan Isnin ini sebelum pendengaran," kata Hamidi.

Pada 29 Mac lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Aslam Zainuddin mengekalkan wang jaminan terhadap Tharmendran sebanyak RM150,000 selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan.

Pada 6 Jan lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Tertuduh, yang diwakili peguam bela N. Surendran dan M. Manogaran, berada dalam tahanan reman sementara menunggu bicara.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama, terhadap dakwaan dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: TVSelangor

Nik Aziz : Ajar Seks Di Sekolah Macam Ajar Pencuri Curi

Posted: 02 Jul 2010 01:47 AM PDT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.-Bernama

KDN Gantung Permit Suara Keadilan

Posted: 02 Jul 2010 01:45 AM PDT


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui.

Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan.

"Panel penilaian permohonan permit penerbitan dan lesen mesin cetak, KDN telah bersidang pada 1.7.2010 dan membuat keputusan - tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Suara Keadilan bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada jam 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini.

"Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Encik Dzulkarnain Taib melalui suratnya bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada 30.6.2010 jam 12.00 tengahari berkaitan artikel bertajuk "Felda Bankrap," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaitun, permohonan pembaharuan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak berkenaan.

"Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh Kementerian ini," katanya.

Najib Enggan Dedah Kos Tanggung Rosmah Di New York

Posted: 02 Jul 2010 01:44 AM PDT


KUALA LUMPUR 2 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan menggunakan dana awam bagi isterinya ketika berada di New York walaupun didesak untuk berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan berkata beliau menerima jawapan bertulis berkaitan dengan soalannya yang mahukan Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan untuk Datin Seri Rosmah Mansor ke New York April lalu.

"Najib enggan memberi jumlah kos yang sebenar yang telah dibelanjakan sewaktu Rosmah berada di New York. Jawapan yang diberikan hanya memberitahu kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan isterinya termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk Perdana Menteri dengan alasan ia selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri," kata Gobalakrishnan pada sidang media di parlimen semalam..

Beliau mendesak kerajaan supaya telus dalam soal tersebut dan pendedahan itu perlu dilakukan kerana ia melibatkan wang rakyat dan rakyat harus tahu.

"Kita minta kerajaan telus dalam soal sebegini dan jangan selindung, sebelum ini mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri Perdana Menteri.

Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar. Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya," katanya lagi.

Sebelum itu semasa perbahasan di Dewan rakyat, Gobalakrishnan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan yang tidak tepat tetapi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu aturan Dewan tidak memberinya kuasa untuk menilai jawapan menteri, justeru beliau tidak boleh bertindak tentang perkara tersebut.

Pada 16 April, Najib dan Rosmah telah menghadiri satu majlis di hotel lima bintang St Regis yang turut dihadiri bintang filem antarabangsa.

Lawatan itu mendapat kecaman hebat daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan juga rakyat kerana Rosmah dirujuk sebagai 'Wanita pertama Malaysia', yang mana gelaran tersebut semestinya adalah hak Raja Permaisuri Agong.

Majlis yang tidak mendapat liputan media tempat itu turut menyiarkan dua halaman iklan berwarna di akhbar New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada keluarga dan sahabatnya di Amerika mahupun di Malaysia.

Menurut laporan The Nut Graph, New York Times pada mulanya memberitahu iklan berkenaan dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudian menarik semula kenyataan berkenaan.

Berikutan itu, Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa BCIU yang meletakkan iklan berkenaan.

Bagaimanapun badan berkenaan belum mengesahkan perkara tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

Perkasa Mahu KDN Siasat Dakwaan Penyelewengan Khairy Di bawah Pentadbiran Abdullah

Posted: 02 Jul 2010 01:42 AM PDT


KUALA LUMPUR 2 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen, Khairy Jamaluddin semasa pentadbiran ayah mertunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Ibrahim berkata demikian ketika ditanya Suara Keadilan mengenai gesaan Khairy supaya KDN mengambil tindakan ke atas terbitan sulung pertubuhan itu, Suara Perkasa bertajuk 'Tahan Ka Siong bawah ISA'.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy banyak melakukan penyelewengan semasa Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Kenyataan-kenyataan seumpama ini melambak dalam Suara Keadilan, Harakah, Siasah semuanya ada. Kenapa dia tak suruh KDN pergi siasat?

"Cuma saya nak cadangkan Kementerian Dalam Negeri siasat Khairy sebab masa bapa mertua dia jadi Perdana Menteri, banyak hal lagi dia buat dulu, saya tak nak dedahkan sekarang, cuma eloklah Kementerian Dalam Negeri pergi siasat," katanya.

Sebelum ini Khairy menafikan berlaku pergeseran di antara beliau dengan Ibrahim sebaliknya menganggap apa yang didakwa berlaku antara mereka berdua hanyalah tidak mempunyai ideologi yang sama.

"Semalam ketika saya bertembung dengan beliau (Ibrahim) di sini (Parlimen), macam-macam yang dikatakan pada saya. Tetapi saya tak ada masalah.

"Saya masih meneruskan dengan pendirian saya dan beliau tetap dengan pendiriannya. Kami mempunyai prinsip ideologi yang berbeza," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Persengketaan ini turut mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim yang meminta dua seteru ini berdamai demi kebaikan orang Melayu dan tidak perlu membazir tenaga dengan perkara remeh yang tiada kesudahannya.

Menurut laporan media, Shahidan dilaporkan sebagai berkata turut menuntut Khairy dan juga Ibrahim agar tidak meneruskan pergeseran dan perang mulut yang berlarutan mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagaimanapun, persengketaan itu juga dilihat telah menggugat imej pimpinan tertinggi kerajaan Umno-Barisan Nasional.

"Kita semua termasuk mereka berdua mempunyai matlamat perjuangan yang sama dan amat malang dan merugikan jika kita bergaduh sesama sendiri. Musuh kita akan bersorak dan bertepuk tangan melihat keadaan itu," lapor Shahidan lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Anwar Pertikai Sikap Dwi Standar Dalam Isu Apco

Posted: 02 Jul 2010 01:28 AM PDT


KUALA LUMPUR 2 Jul - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulai yang seakan mengamalkan dwi standar berhubung kes merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu kaitan 1Malaysia dengan Apco Worldwide dan isu dakwaan mengelirukan Dewan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Isu Apco kembali hangat dalam perbahasan parlimen semalam apabila Anwar berkata Speaker boleh menerima penjelasan Apco bahawa syarikat tersebut tidak terbabit dalam konsep One Israel yang pernah di bawa oleh bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak pada awal 1990-an.

Kata Anwar lagi sikap yang ambil lain pula dalam pendedahan beliau mengenai kaitan 1Malaysia dan Apco yang dilandaskan kepada hujah dan bukti dokumen yang kukuh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pematang Pauh mempersoalkan Speaker kenapa penjelasan dan bukti-bukti yang dikemukannya tidak diterima pakai sedangkan satu surat yang dihantar oleh Apco sudah cukup untuk mengheretnya ke jawatankuasa tersebut.

"Bukti telah dikemukakan begitu juga penjelasan kenapa ia tidak digunapakai, sedangkan satu surat dari Apco sudah cukup untuk mengheret saya ke jawatankuasa terbabit.

"Seolah-olah Apco mempunyai kekuatan luar biasa sehingga tidak boleh disentuh langsung oleh ahli-ahli yang berhormat," jelas Anwar.

Anwar yang menambah pendedahan tersebut tidak pernah mendapat penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada benar atau tidak.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang mempertikaikan kenapa Anwar dihadap ke jawatankuasa terbabit sedangkan isu yang di bawa Anwar dan Dr Ng mempunyai maksud yang sama.

"Kenapa dalam kes Ketua Pembangkang beliau di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sedangkan keadaan kedua-duanya sama, kalau Anwar dikatakan mengelirukan Dewan maka Menteri Perlancongan juga telah mengelirukan Dewan.

"Anwar tidak berniat untuk mengelirukan Dewan tetapi apa yang dikatakan itu mempunyai fakta dan bukti-bukti yang cukup," hujahnya.

Pandikar kemudian menjelaskan wujud perbezaan tipis berhubung kedua-dua kes tersebut dan Anwar telah pun diberi peluang membuat penjelasan namun masih mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

Tambahnya lagi tindakan untuk merujuk Anwar telah dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan, selain itu juga beliau menyatakan ada menerima surat daripada Apco yang menafikan dakwaan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep One Israel.

"Saya bukan hakim yang boleh membuat keputusan apabila mendengar hujah dan dalam hal Permatang Pauh, yang membuat keputusan ialah majlis, setelah berbahas panjang," katanya.

Speaker bagaimanapun tegas dengan pendiriannya dan turut menafikan berlaku dwi standar dalam kes

Sebelum itu pertelagahan berlaku apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta Menteri Pelancongan dirujuk ke jawatankuasa tersebut kerana didakwa telah mengelirukan Dewan.

Teresa berkata kekeliruan itu berhubung isu kos pembinaan Astaka Pavilion Malaysia di Expo Dunia Shanghai yang diberitahu oleh menteri di dalam Dewan semalam hanya berharga RM20 juta sahaja, namun melalui jawapan bertulis yang diterima oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pada 15 Jun lalu menteri itu berkata kosnya adalah RM35 juta.

Ketika mendapatkan penjelasan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganggap Dr Ng tidak berniat untuk mengelirukan Dewan dan mungkin tersilap dan menjawab sambil lewa ataupun salah maklumat yang diberikan oleh pegawainya.

Sumber: Suara Keadilan