Jumaat, 2 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Tarik balik perletakan jawatan

Posted: 02 Jul 2010 06:32 PM PDT

Buat beberapa hari ini tak putus-putus saya menerima panggilan handphone, sms dan email dan ada yang datang ke pejabat dan rumah.

Walaupun niat saya jujur untuk melepaskan jawatan kerana saya ingin memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak saya yang sedang menganggur dan membimbing mereka di bidang pertanian komersil untuk masa depan mereka, saya berasa sangat serba salah apabila dirayu oleh rakan-rakan.
Saya adakan perbincangan hati ke hati dengan anak-anak saya, dan isteri saya. Anak-anak saya juga sanggup berkorban dan mereka merelakan saya untuk terus aktif dibidang politik dan hanya sekali sekala sahaja mereka akan meminta bantuan dan nasihat saya.
Oleh kerana itu, saya dengan ini menarik balik perletakan jawatan saya melainkan jawatan-jawatan itu sudah pun diisikan oleh pemimpin-pemimpin lain, iaitu Pengerusi Biro Felda Keadilan Pusat, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Negeri Pahang, Pengerusi Biro Zon Tengah Keadilan Pahang dan AJK Biro Politik Keadilan Pahang.
Bagaimana pun terserah kepada Biro Politik KEADILAN Pusat untuk menentukan kedudukan saya selaku Pengerusi Biro Felda Keadilan Pusat dan saya serahkan kepada budibicara Pengerusi MPN Keadilan Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman.
Saya akan meneruskan kedudukan saya selaku Ketua KEADILAN Cabang Kuala Krau. Saya harap perkara ini selesai dan tidaklah dibangkitkan lagi.

Srikandi di Kuala Krau - 2hb Julai 2010

Posted: 02 Jul 2010 06:01 PM PDT

YB Chang Lih Kang, ADUN Teja berucapan dalam 2 Bahasa, Orang Cina yang hadir terpegun
Man Kadir betul-betul bersemangat mempengerusikan Majlis

Hadirin - Ramli Lugan di tengah-tengah

Siti Aishah Shaikh Ismail, Ketua Srikandi KEADILAN Pusat

Hadirin

Farah Afzan, Timbalan Srikandi KEADILAN Pusat

Srikandi bergambar dengan Wanita KEADILAN Kuala Krau
==
Ceramah oleh YB Chang Lih Kang, Adun Teja, Perak benar-benar membakar semangat. Beliau berucap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin, terpaku orang-orang Cina yang hadir di Majlis itu.
Ceramah yang menampilkan 2 tokoh Srikandi KEADILAN Pusat itu, Siti Aishah Sh. Ismail, dan Farah Afzan benar-benar menusuk hati para hadirin.
Kalaulah di luar musim pertandingan bolasepak dunia (Fifa) rasanya akan penuh dengan kehadiran.
Kita mengaku kalah dengan Brazil (malam tadi), namun tidak kurang 100 orang yang hadir, cukup membanggakan.
Program Srikandi hari ini 3hb Julai 2010: 10.30 pagi ramah mesra di rumah Hj Suhaimi Said, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh. Jam 1.00 tengah hari, kenduri di rumah Hj Sanusi Hj Abas di Damai Court, Temerloh. Jam 4.00 petang lawatan dan ceramah di Kg Paya Mengkuang, Sanggang, Temerloh. Jam 9.00 malam ceramah di rumah Hj Suhaimi.
Program Srikand untuk esuk, 4hb Julai 2010: 10.00 pagi melawat Pekan Sehari Temerloh, jam 12.30 tengah hari ramah mesra di rumah Tajudin Ramli di Taman Temerloh Jaya, Temerloh dan makan tengah hari, jam 4.00 petang, Siti Aishah mengetuai lawatan ke Kg Terbol dan Kg Pian manakala Farah Afzan mengetuai lawatan ke Kg Matau, Jengka dan jam 9.00 malam ceramah di Kg Rumpun Makmur bersama Dato Fauzi Abdul Rahman dan Hassanuddin Salim, Ketua Penerangan PAS, Pahang.








Lawan Tetap Lawan - And don't Worry

Posted: 02 Jul 2010 12:07 AM PDT

Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, samada didalam parti atau di luar parti, yang datang ke pejabat dan datang kerumah, ada yang menalipon dan ramai yang gunakan sms, semata-mata untuk "memujuk" saya supaya jangan melepaskan jawatan-jawatan didalam parti.
Yang paling mengusik hati sekali ialah Sdr Man Kadir. Dia adalah diantara orang yang pertama datang ke pejabat. Berbincang dengan saya dengan linangan air mata. "Saya masuk PKR kerana Abang Mi. Saya adalah ahli PAS tetapi sanggup tinggalkan PAS untuk berjuang bersama-sama dengan Abang Mi. Sekarang Abang Mi nak letak semua jawatan. Saya tak tau apa nak buat lagi." katanya.
"Tak apalah, Abang Mi letaklah semua jawatan, Pengerusi Biro Felda, Pengerusi Biro Orang Asal, Pengerusi Zon Tengah, apa-apa jawatanlah, tapi saya mintak sangat-sangat, jangan letak jawatan sebagai Ketua Cabang Kuala Krau." katanya.
"Saya belum pernah jumpa lagi pemimpin yang kerja macam Abang Mi. Abang Mi merancang, Abang Mi cari penceramah, Abang Mi cari tempat ceramah, Abang Mi buat poster, Abang Mi buat edaran, Abang Mi pasang poster, Abang Mi pergi mengedar edaran, Abang Mi cari duit untuk kerja parti. Pemimpin-pemimpin lain tak macam Abang Mi, yang pandai ceramah, hanya berceramah, tak buat dah kerja-kerja lain." kata Man Kadir.
"Kalau Abang Mi dah tak pegang apa-apa jawatan, apa hal dengan saya, Hafez dan Ramli Lugan, kami akan terumbang ambing, tak siapa nak pimpin kami, dan akhirnya kami juga akan menjadi sama seperti aktivis yang lain, buat kerja setahun sekali semasa pilihanraya sahaja." sambungnya.
Saya tak jawab apa-apa. Last sekali Man Kadir merayu supaya saya kekalkanlah walaupun satu jawatan sahaja dalam parti iaitu Ketua KEADILAN Cabang Kuala Krau.
Disitulah saya jawab sedikit. Saya kata bahawa saya sudah bincang dengan Hafez, dan saya yakin bahawa Hafez boleh ambil alih jawatan saya sebagai Ketua Cabang. Dan nampak gaya Hafez setuju.
"Tengoklah Man, saya akan bincang sekali lagi dengan Hafez dan Dato Fauzi, kalau mereka setuju, maka saya akan lepaskan juga jawatan Ketua Cabang tu."
Cepat-cepat Man jawab bahawa dia dah bincang dengan Hafez dan Hafez dah beritahu dia yang dia tak mampu.
"Baiklah Man, saya akan bincang dengan Surina, Kak Hendon, Syukri dan Sufizal. Tanggungjawab saya kepada Syukri dan Sufizal itu amat berat sekali, dan saya akan menjadi ayah yang gagal jika tidak memberikan tumpuan kepada mereka."
"Bincanglah dulu," kata Man Kadir, dan Man Kadir selepas itu meninggalkan saya.
Yang lain-lain itu tak tidaklah berbincang panjang dengan saya, hanya sekadar meminta saya tidak melepaskan jawatan saja.
Memang hasil dari pertemuan dengan rakan-rakan, dan menerima talipon serta sms, termasuk juga dari Sdr Nizam Hamid, membuatkan saya serba-salah. Akan saya pertimbangkan jika mendapat persetujuan dari keluarga saya.
Sebelum itu Dr Syed Husin Ali dan Latheefah Koya juga meminta saya tangguhkan dulu. Dato Fauzi juga meminta saya tangguhkan.
Saya akan mengambil kira semuanya pandangan dari kawan-kawan dan akan saya rojok kepada keluarga saya.

Program yang sibuk untuk Siti Aishah dan 9 orang AJK Srikandi Pusat di Temerloh dan Kuala Krau

Posted: 01 Jul 2010 06:14 PM PDT

Siti Aishah Ismail, Ketua Srikandi Pusat dan 9 orang AJKnya akan sampai di Kuala Krau pada hari, 2hb Julai 2010, jam 7.00 malam. Beliau akan berceramah di Pejabat PKR Kuala Krau bersama-sama dengan YB Teresa Kok dan YB Chang Lih Kang.
Hari esuk, 3hb Julai 2010, bermula jam 10.30 pagi beliau dan rombongannya akan diraikan dirumah saya, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang. Semua anggota KEADILAN khususnya wanita dan wanita muda seluruh Pahang dijemput hadir.
Pada jam 1.00 tengah hari, rombongan Srikandi akan menjamu selera di Damai Court Temerloh di rumah Haji Sanusi Haji Abas, bekas Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Temerloh kerana perkawinan anaknya.
Jam 4.00 petang, rombongan Srikandi akan beramah mesra dengan penduduk Kg Paya Mengkuang di rumah Ketua KEADILAN Ranting kampong tersebut, Sdr Roman Acai, dan beliau akan berceramah bersama-sama Sdri Ginie Lim, Batin Berat dari Selangor, Rebin Birham, Ketua AMK Negeri Sembilan dan Ramli Lugan.
Jam 9.00 malam, Siti Aishah akan berceramah di rumah saya, Kg Batu 4 Jalan Maran, Temerloh bersama-sama Dato Fauzi Abdul Rahman, Khalid Jaafar (Anggota MPP Keadilan Pusat) Sdri Ginie Lim, dan Ahmad Nizam Hamid.
Pada 4hb Julai pula, Siti Aishah dan rombongannya akan melawat Pekan Sehari Temerloh mulai jam 10.00 pagi, dan kemudian akan makan tengah hari di Rumah Sdr Tajudin Ramli, Bendahari KEADILAN Cabang Temerloh.
Pada jam 4.00 petang, Siti Aishah dan 4 orang AJK Srikandi akan melawat Kg Terbol, Kuala Krau dan jam 5.00 petang berceramah di Kg Piang, kedua-duanya perkampongan Orang Asal di Kuala Krau; manakala Farah Afzan bt Faridi, Timbalan Srikandi dan Juwariyah Zulkifli dan 3 orang JK Srikandi Pusat akan melawat Kg Matau, Bandar Jengka.
Kedua-dua kumpulan ini akan makan malam di Pejabat KEADILAN Kuala Krau, dan pada jam 9.00 malam akan berceramah di Kg Rumpun Makmur, Kuala Krau bersama-sama Dato Fauzi Abdul Rahman dan Sdr Hassanuddin Salim, Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.
Semoga anggota-anggota KEADILAN dan Orang Ramai akan bersama-sama didalam program Srikandi Pusat ini. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: