Jumaat, 18 Jun 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Laporan kerusi selesa: Freedom House bidas Rais

Posted: 18 Jun 2010 02:01 AM PDT

Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat kurang senang dengan kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu "laporan kerusi selesa".

Pengarah urusannya, Karin Karlekar meminta Rais untuk menjelaskan secara khusus berhubung perkara yang tidak disenangi atau yang tidak dipersetujui mengenai kajian berkenaan.

Karlekar menjelaskan bahawa persekitaran undang-undang Malaysia dilihat sebagai mengongkong media menurut kaca mata antarabangsa.

"Malaysia juga menghadkan keupayaan blogger dan media online daripada beroperasi," katanya kepada Malaysiakini, malam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Rais di parlimen semalam bahawa Malaysia yang menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini yang dilakukan oleh Freedom House sebagai "tidak tepat".

Rais berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House.

Rais menafikan perkara berkenaan dan sebaliknya berkata kebebasan media di Malaysia semakin bercambah.

Katanya, kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing dan piawaian yang digunakan tidak mengikut budaya rakyat negara ini.

Karlekar sebaliknya, menjelaskan bahawa metodologi atau kaedah yang dijalankan oleh Freedom House adalah berdasarkan piawaian yang diterima-pakai oleh negara-negara di seluruh dunia mengenai apa yang ditakrifkan sebagai kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Katanya, piawaian itu dijamin oleh beberapa perjanjian antarabangsa yang Malaysia juga adalah antara negara yang memeterainya.

Liew: Kos jambatan kedua, jawapan PM tak benar

Posted: 18 Jun 2010 01:59 AM PDT

Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya berkenaan kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang.

"Saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM 4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina "casting yard".

"Perdana Menteri menjawab bahawa kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta, termasuk kos membina 'casting yard' oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Liew, maklumat berkenaan tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan kerajaan adalah RM4.3 billion dan kos pembinaan 'casting yard' tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.

"Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan kadar tol yang tinggi.

"Con
tohnya, menurut perdana menteri, kadar tol untuk kereta peribadi yang menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua akan diselaraskan kepada RM9.40 dalam masa tiga tahun lagi berbanding kadar selarang iaitu RM7, selepas pembinaan Jambatan Kedua," katanya.

Menurut Liew, beliau merujuk kepada satu laporan bertajuk "Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review" oleh firma perunding Zaidun-Leeng yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau 'fair price' untuk jambatan kedua adalah RM 4.3 bilion.

"Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan," katanya.

Liew berkata laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang didakwa terlalu tinggi.

Kat
anya, kos UEM yang tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat.

"Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?" soal Liew.

Kata MP Bukit Bendera dari DAP itu lagi, UEM juga meminta 'HQ overhead and support' sebanyak RM63.51 juta yang didakwanya agak terlampau.

"Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi."

Justeru, Liew berkata kerajaan pusat perlu mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah supaya rakyat Pulau Pinang tidak dibebankan.

Sumber: Malaysiakini

Kenapa syarikat Felda ditutup selepas Najib ambil alih

Posted: 18 Jun 2010 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Datuk Zaid Ibrahim meminta kerajaan menjelaskan berhubung beberapa syarikat berkaitan Felda yang telah ditutup dalam tempoh lima tahun terakhir semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Felda.

"Syarikat-syarikat berikut telah ditutup: Felda Karet, Sutera Jaya dan Felda Herbal. Harus ada penjelasan terperinci kenapa ianya ditutup dan apakah hal ini disebabkan kelemahan pengurusan," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR mendakwa penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung kejatuhan sumber kewangan Felda tidak jelas dan boleh dipertikai.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ahmad di Dewan Rakyat Rabu lalu juga tidak menyentuh keuntungan pelaburan yang diperolehi Felda.

"Dia gagal untuk menjelaskan nilai keuntungan Felda melalui pelaburan selain menggunakan wang tersebut untuk 'tujuan kesejahteraan', seperti yang dinyatakan," katanya.

Felda mengalami kejatuhan sumber kewangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Rabu lalu, Ahmad ketika menjawab soalan di parlimen memberitahu, kejatuhan nilai kewangan Felda dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 adalah kerana digunakan untuk tujuan kebajikan.

RM2 bilion, jelasnya untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Menurut Zaid, jumlah RM2 bilion untuk penanaman semula adalah besar dan Ahmad sewajarnya memberi penjelasan lebih terperinci.

"Timbalan Menteri harus memperincikan bagaimana RM2 bilion diperuntukkan termasuk jumlah peneroka yang terlibat, luas kawasan dan adakah ianya termasuk wang pendapatan penduhuluan untuk para penduduk dalam program ini dan apakah ianya menggunakan kaedah penanaman yang standard.

Beliau juga turut mempersoal bagaimana RM253 juta yang dinyatakan oleh timbalan menteri untuk dana pemberantasan kemiskinan Sabah.

"Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada penduduk miskin, atau apakah itu disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang kekurangan wang?

"Jika ini dianggap 'kesejahteraan masyarakat', kita harus bertanya apakah tugas wajib Felda dan adakah termasuk membantu kerajaan BN yang kekurangan wang," katanya lagi.

Berhubung ibu pejabat baru Felda di Taman Platinum pula, Zaid mempertikai mengapa Felda perlu membayar 40% deposit (berbanding asal 10%) kepada Naza TTDI untuk bangunan baru itu yang bernilai RM662 juta.

Turut dituntut penjelasan berhubung jumlah sejumlah RM4 juta ke RM5 juta dihabiskan untuk kemudahan Felda Football Club.

"Saya menyeru Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak untuk melepaskan Felda dan membiarkan organisasi profesional ini dikendalikan secara telus," katanya.

Sumber: Harakah Daily

Masa depan wakil rakyat Bebas akan berakhir

Posted: 18 Jun 2010 01:57 AM PDT

IPOH, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan semua wakil rakyat Bebas akan hilang tempat mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata ini bersandarkan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kota Bharu baru-baru ini.

"Adakah mereka masih diberikan peluang bertanding atas nama Bebas atau bersediakah Barisan Nasional (BN) yang sudah mempunyai calon tersendiri memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN?" ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, persoalan yang akan timbul adalah, jika BN bersedia memberikan mereka bertanding atas tiket BN untuk kali ini bermakna kerusi yang telah diperuntukkan kepada komponen BN di kerusi-kerusi tersebut yang telah termaktub akan berubah sama sekali.

Katanya, sudah tentu tuntutan kepada kerusi atas nama Bebas ini akan menimbulkan banyak masalah kepada BN sebenarnya.

Beliau juga cukup hairan dengan dakwaan yang sangat dangkal daripada Adun Bebas yang mengatakan akan terus berkhidmat kepada seluruh rakyat walaupun tidak lagi bersama parti semasa bertanding di dalam PRU ke-12 dahulu.

"Sebenarnya kenyataan sumbang Adun Bebas ini hanyalah bertujuan untuk melepaskan diri mereka bersama dengan janji-janji atau keistimewaan yang sedang mereka perolehi," ujarnya.

Beliau berkata, rakyat sebenarnya tidak akan mudah tertipu dengan alasan-alasan dangkal tersebut bagi menghalalkan tindakan mereka untuk keluar parti menjadi Bebas, dan membolehkan mereka mendapat keuntungan sebenar di atas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Status Tian Chua : SPR Sedang Kaji Keputusan Mahkamah

Posted: 18 Jun 2010 01:56 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sekarang.

Portal The Malaysian Insider hari melaporkan ppenelitian itu termasuklah kemungkinan perlu diisytiharkan wujudnya kekosongan dan sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

"Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua)," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

The Malaysian Insider juga difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008.

Ada pandangan yang merumuskan wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, SPR tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil.

Bagaimanapun Wan Ahmad enggan mengulas apabila ditanya sama ada pihaknya juga akan mengkaji kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

"Biar kami kaji dulu tafsiran keputusan semalam. Kami akan mengkaji pengertian itu dan akan membuat keputusan sewajarnya... bermakna bila (undang-undang mengatakan) tidak kurang daripada RM2,000 bermaksud boleh dibaca sudah mengatasi had RM2,000," kata Wan Ahmad lagi.

Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini memetik seorang bekas pegawai kanan SPR menyebut, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas, boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya.

"Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

"Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya," kata beliau.

Tian Chua sudah pun membayar denda RM2,000 semalam.

Dalam buku bertajuk "Penjalanan Pilihan Raya Malaysia", bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, "kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri."

Ia jelas dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975 dan juga kes Lim Kit Siang (kini Penasihat DAP) apabila Tun Abdul Razak (perdana menteri ketika itu) pada 1969 mengemukakan usul bahawa wakil rakyat tersebut tidak layak kekal sebagai Ahli Parlimen.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007.

Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

"Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

"Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.

"Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil.

"Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya.

Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu.

Dalam pada itu, peguam Sankara Nair berkata, denda RM2,000 boleh menyebabkan wakil rakyat Batu kehilangan kerusinya.

Pihaknya sedang mengaturkan pertemuan dengan hakim kes bagi membincangkan isu berbenaan, tetapi masalahnya denda sudah pun dijelaskan.

Bagaimanapun dengan merujuk kepada kes Fan, katanya, Speaker Dewan Rakyat harus campur tangan dalam menentukan sama ada kerusi Tian Chua dianggap sudah pun kosong.

Justeru katanya, kini isu ini terletak di tangan Speaker untuk diputuskan.

"Hakim mungkin silap, peguam-peguam ketika itu seharusnya memikirkan (implikasi itu) pada masa itu juga," kata Sankara.-MalaysianInsider

Pakatan Disaran Umum Awal Tarikh P'raya Negeri

Posted: 18 Jun 2010 01:54 AM PDT


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat disarankan supaya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri lebih awal untuk "menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihan raya" dan "ia merupakan tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak".

"Sebelum (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihan raya kita sekarang," tulis exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Muda dalam blognya.

"Ini bermakna, tarikh pilihan raya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

"Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan," tulis Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mengulas kenyataan Najib kelmarin bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen berdasarkan pendapat rakyat yang menyokong beliau dan tarikhnya "akan mengejutkan semua pihak".

Mengulas lanjut, Husam berkata, pilihanraya DUN dan Parlimen tidak akan berjalan serentak, kecuali kerajaan pusat menjadualkan sama dengan jadual di negeri Pakatan Rakyat.

"Ada dua kemungkinan, pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata.

"Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita," tulisnya dalam blog yang ditulis semalam.

"Namun, kita telah mulakan satu precedent (duluan) baru iaitu tarikh pilihan raya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerintah semata-mata".

Husam yang juga ADUN Salor berkata pilihan tarikh pilihan raya boleh dibuat "atas berbagai asas".

"Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012.

"Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

"Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan," katanya.-Malaysiakini

Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Dibekalkan Dokumen

Posted: 18 Jun 2010 01:52 AM PDT


KUALA LUMPUR 18 Jun - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pihak pembelaan untuk suatu perintah bagi mengarahkan pendakwa raya untuk membekalkan pemohon dengan dokumen dan material berkaitan kes Fitnah 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad Zabidin ketika membuat keputusan tersebut menjelaskan bahawa tidak wujud peruntukan atau undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.

"Dengan ini permohonan ditolak dan perbicaraan ditangguhkan," kata Mohamad Zabidin ketika membacakan keputusannya.

Perbicaraan kes Fitnah 2 yang bersambung semula hari ini mendengar penghujahan bertulis yang dibuat oleh peguambela Karpal Singh berhubung permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan material berkaitan kes beliau.

Karpal memohon kepada mahkamah untuk membekalkannya dengan sejarah perubatan lengkap saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau turut memohon kepada mahkamah untuk dibekalkan dengan dokumen berkaitan prosedur standard dan peralatan yang digunakan bagi menjalankan pemeriksaan berkaitan kes-kes seksual.

Karpal dalam penghujahan bertulisnya menjelaskan pihaknya juga memohon kepada mahkamah untuk membekalkan pihaknya dengan nota-nota, laporan, material, spesimen dan sebarang maklumat berkaitan termasuk nota tulisan tangan, maklum balas dan catitan ketiga-tiga orang doktor Dr Khairul Nizam, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Beliau turut memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan salinan senarai sijil dan dokumen yang membuktikan kelayakan ketiga-tiga orang doktor tersebut.

Sebelum ini perbicaraan ditangguhkan kepada 4 Jun lalu selepas pihak pembelaan mengemukakan pakar forensik dan perubatan bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor tersebut.

Pakar forensik tersebut, Dr David Wells ialah seorang profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik dari Victoria Institute of Forensic Medicine, Australia.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dalam penghujahan bertulisnya menjelaskan bahawa pihak pembelaan tidak layak untuk mendapatkan dokumen dan material bagi kes tersebut kerana tidak ada akta khusus yang diungkap bagi menyokong permohonan ini.

"Dokumen dan material yang dipohon oleh peguam bela tidak diperlukan bagi tujuan soalan balas kepada saksi kedua, iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan dua orang doktor yang lain," kata Mohd Yusof.

Karpal ketika ditemui di luar mahkamah menjelaskan bahawa, beliau akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan pada hari Isnin depan.

"Kita akan hantar notis pernohonan rayuan pada hari Isnin minggu hadapan," kata beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Pindah Parlimen Ke PICC Selamatkan Projek Gajah Putih

Posted: 18 Jun 2010 01:51 AM PDT


KUALA LUMPUR 18 Jun - Keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mencadangkan supaya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijadikan parlimen adalah bertujuan untuk menyelamatkan kegagalan projek gajah putih itu.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him berkata Jawatankuasa Dewan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak pernah bermesyuarat dan secara tiba-tiba menteri bertanggungjawab terhadap parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan keputusan jemaah menteri berhubung hal tersebut.

"Dalam satu jawapan lisan berhubung soalan yang sama, menteri menjawab jemaah menteri membuat keputusan untuk membina bangunan parlimen dengan kos RM800 juta di Putrajaya.

"Saya sebagai ahli parlimen tidak boleh menerima kerana perkara ini tidak dibincangkan secara bersama," kata Tong Him.

Katanya lagi, selepas mendapat banyak bantahan daripada orang awam disebabkan kos terlampau tinggi menteri tersebut berkata bangunan parlimen akan dipindahkan ke PICC dan ini juga tidak boleh diterima oleh rakyat.

"Jikalau PICC adalah projek gagal, adakah kita akan pindahkan parlimen ke situ dengan tujuan untuk menyelamatkannya dari terus menjadi projek gajah putih," soal beliau.

Tong Him kemudiannya merujuk kepada jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada tahun 2007 berhubung isu yang sama di mana kerajaan Umno-BN menjawab dengan amat jelas bahawa lokasi parlimen yang sedia ada sangat sesuai dan mencerminkan sebagai keluhuran Perlembagaan dan sistem demokrasi di negara ini serta mempunyai kesan sejarah yang cukup bermakna.

Kerajaan dalam jawapannya itu juga berkata akan tetap mengekalkan bangunan tersebut sebagaimana sedia ada.

"Kita kesal kerana kerajaan Umno-BN sudah membelanjakan lebih RM100 juta wang rakyat untuk membaikpulih dan mengubahsuai bangunan parlimen ini.

"RM2.3 juta untuk menyediakan bilik menteri manakala RM2.6 juta pula digunakan membeli kemudahan seperti komputer untuk kegunaan ahli parlimen termasukcadangan untuk menambah bangunan di kawasan parlimen," tegas beliau lagi.

Tambahnya, kerajaan mesti merujuk kepada ahli parlimen dalama perkara ini kerana parlimen sebagai badan perundangan negara seharusnya dihormati.

Sumber: Suara Keadilan

Khalid Gesa Siasatan Terbuka Kehilangan Enjin Jet F-5E

Posted: 18 Jun 2010 01:49 AM PDT


KUALA LUMPUR 18 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa siasatan secara telus dan terbuka dilakukan berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F-5e dan bukannnya menjadikan anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia berpangkat 'Sarjan' sebagai kambing hitam.

Khalid yang ditemui Suara Keadilan di lobi parlimen selepas berakhir sidang Dewan Rakyat petang semalam berkata peristiwa tersebut menimbulkan banyak persoalan yang tidak dapat dijawab.

"Pakatan Rakyat yakin ada unsur-unsur campur tangan pihak atasan untuk menutup kes bagi menyembunyikan maklumat.

"Saya tidak terkejut kerana sejak dari awal lagi Pakatan Rakyat mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan pemandu lori dapat melarikan dua enjin jet pejuang itu.

"Perkara ini hanya terdedah apabila individu terbabit tidak lagi memegang tampuk kuasa," kata Khalid.

Beliau turut tidak menafikan dakwaan ayah tertuduh itu kerana Pakatan Rakyat masih lagi tidak berpuas hati dengan dakwaan kononnya dua enjin tersebut dicuri oleh pegawai berpangkat rendah dalam TUDM.

"Tidak mungkin seorang Sarjan mempunyai 'network' yang mampu membawa enjin tersebut hingga ke Amerika Selatan. Ianya merupakan satu operasi yang memerlukan pihak yang lebih berpengaruh.

Sebelum itu, bapa Sarjan N Tharmendran mendakwa anaknya diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.

Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.

Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini masih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.

Sumber: Suara Keadilan

Kes Auku: Mahkamah Lanjutkan Injunksi Inter Parte Terhadap UKM

Posted: 18 Jun 2010 01:47 AM PDT


KUALA LUMPUR 18 Jun - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melanjutkan injunksi 'inter parte' bagi menghentikan tindakan tatatertib ke atas empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi kesalahan penglibatan mereka dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April.

Keempat-empat mahasiswa tersebut, Muhammad Hilman Idham, Muhammad Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Woon King Chai, didakwa di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 seksyen 15(5)(a) yang menyatakan tiada pelajar untuk apa sebab sekalipun boleh menyatakan sokongan, bantahan atau simpati dengan mana-mana parti politik samada di dalam atau di luar negara.

Pendengaran diteruskan di dalam kamar di Mahkamah Tinggi Rayuan 2 di hadapan hakim Aziah Ali dan peguam mahasiswa, Ashok Kandiah dan Haris Ibrahim, serta wakil daripada defendan iaitu Datuk Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili UKM, dan Aida Adha mewakili Kerajaan Malaysia beserta Menteri Pengajian Tinggi.

Pendengaran semalam memihak kepada mahasiswa terbabit dengan hakim membenarkan injunksi dilanjutkankan sehingga perbicaraan tamat.

Ini bermakna pihak UKM tidak boleh meneruskan apa-apa tindakan berkaitan isu ini selagi masih dalam perbicaraan.

"Saya dan rakan-rakan saya berasa gembira hari ini kerana hari ini kami menang lagi, membuktikan keadilan dan kebenaran di pihak kami. Dengan keputusan hakim memberikan injunksi 'inter parte', maka kami boleh kembali meneruskan pengajian tanpa bimbang tindakan pihak UKM.

"Kemenangan hari ini mendekatkan lagi kami kepada tujuan utama kami berjuang, iaitu mendapatkan keputusan mahkamah mengatakan Seksyen 15(5) bercanggah dengan Perlembagaan dan diputuskan tidak sah. Sehingga itu, kami akan teruskan usaha kami," tegas Hilman.

Dalam hal berkaitan, keluarga Hilman menerima sepucuk surat berdaftar daripada UKM yang ditujukan kepada Hilman yang menyatakan jawatan Hilman sebagai Yang DiPertua Kelab Sains Politik telah digantung atas sebab melanggar Perenggan 52(7) Perlembagaan UKM.

Kandungan surat tersebut menyatakan, "Saudara tidak boleh memegang jawatan dan tidak boleh mengadakan apa-apa aktiviti sebagai Yang DiPertua Kelab Sains Politik UKM berkuatkuasa 2 Jun 2010 sesuai dengan Perenggan 52(7) Perlembagaan UKM yang menyatakan,

".. tiada seorang pelajar pun yang prosiding tatatertibnya masih belum selesai, atau yang telah didapati bersalah atas satu kesalahan tatatertib boleh dipilih atau kekal dalam jawatan Majlis Perwakilan Pelajar atau pegang jawatan dalam mana-mana badan atau jawatankuasa melainkan dengan kebenaran bertulis oleh Naib Canselor."

Sehubungan itu King Chai berkata memandangkan kesemua mereka mempunyai jawatan dalam Majlis Tertinggi Kelab Sains Sosial UKM, kemungkinan besar meerka juga akan mendapat surat yang sama.

"Walaupun kami tidak akan dibenarkan menyandang jawatan dalam mana-mana persatuan atau kelab, tetapi ini sama sekali tidak akan menjejaskan pembelajaran kami dan semester lalu, keputusan kesemua kami cukup memberangsangkan dengan semua mendapat CGPA melebihi 3.0," tambahnya lagi.

Pendengaran kes ditangguhkan kepada 9 Julai depan.

Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Tidak Serius Galak Inovasi, RMK-10 Hanya Mainan Politik

Posted: 18 Jun 2010 01:46 AM PDT


KUALA LUMPUR 18 Jun - Kejayaan Rancangan Malaysia Ke-10 bergantung kepada kemampuan kerajaan Umno-Barisan Nasional menggerakkan reformasi secara menyeluruh terhadap sistem pentadbiran dan kewangan negara bagi menyediakan tapak persekitaran perniagaan yang cekap, fleksibel dan rancak.

Cadangan menggunakan inovasi selaku ramuan utama menambah produktiviti dan eksploitasi idea baru yang terkandung dalam RMK-10 yang dibentang Perdana Menteri minggu lalu tidak akan mencapai sasarannya sekiranya perkara ini diabaikan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menjelaskan semasa sesi perbahasan RMK-10 semalam, bahawa dalam usaha mencari dasar yang dirancangkan itu beberapa penyediaan persekitraran kompetitif termasuk juga isyarat harga yang tepat diperlukan.

"Hakikatnya hanya kemampuan memacu pertumbuhan berdasarkan inovasi sahaja yang dapat merawat permasalahan serius yang melanda ekonomi negara. RMK-10 mengganggarkan pendapatan negara meningkat daripada RM158 bilion kepada RM216 bilion menjelang tahun 2015 atau pertumbuhan 6.1 peratus sedangkan perbelanjaan dianggarkan meningkat 6.8 peratus.

"Kos pinjaman kadar pembiayaian hutang meningkat dari 8.6 peratus dalam RMK-9 kepada 9.4 peratus dalam RMK-10. Kerajaan perlu membuat pinjaman yang besar samada domestik atau luar negara untuk membiayai RMK-10 ini dan ini terbukti dengan peningkatan "debt servicing" sebanyak 9.4 peratus sepanjang RMK-10.

"Mengambil kira jumlah defisit terkumpul ini dianggarkan jumlah hutang meningkat daripada RM362.4 bilion diakhir 2009 kepada RM593.9 bilion menjelang 2015 iaitu peningkatan 64 peratus. Ini membimbangkan kedudukan kewangan negara," jelas Nurul Izzah dalam Dewan Rakyat.

Tambah beliau lagi, hanya kerangka inovatif serta kreatif yang memungkinkan negara mencari penyelesaian yang hampir ajaib ini sementara ramuan inovasi ini hanya berjaya jikalau pertambahan dilakukan dalam rancangan tersebut.

Beliau juga turut memetik isi kandungan RMK-10 yang menyebut kejayaan agenda inovasi bergantung kepada rakyat Malaysia yang menyanjung nilai keterbukaan berfikiran kritikal.

Ini memerlukan sistem pendidikan yang memupuk modal insan yang kreatif dan analitikal namun pada realitinya kenyataan tersebut amat berbeza sekali.

"Antara usaha menarik mutakhir ini yang berjaya menggamit imaginasi generasi baru ialah tentang senarai projek kerajaan Barisan Nasional yang gagal seperti yang disebut oleh penulisan Barry Wain, dengan judul Malaysian Maverick yang tidak asing lagi bagi kita semua. Malangnya, usaha gigih 'Social Behaviour and Science Research Cluster (SBSRC)' di bawah Universiti Malaya untuk mengadakan forum bagi membincangkan intipati buku tersebut, selari dengan usaha menjana kreativiti dan inovasi di kalangan orang muda telah menerima kritikan keras daripada tidak lain tidak bukan Menteri Pengajian Tinggi sendiri.

"Jelas bahawa kerajaan tidak bersedia merealisasikan iltizam politik untuk mentransformasikan sistem usang sedia ada di bawah kerangka BN yang mengekang kebebasan dan menidakkan ketelusan. Memetik Dr Mohamad Aslam Haneef, setiasuaha Gerak, pergerakan para akademik yang sedang berusaha ke arah mereformasikan sistem pendidikan tetapi selagi ada Akta Universiti Kolej Universiti yang mewujudkan budaya 'trigger happy' untuk menghukum pelajar yang berminat mengetahui perkembangan pilihan raya kecil dengan dengan lebih dekat, selagi itulah budaya inovasi mustahil diwujudkan," katanya.

Nurul Izzah juga merujuk kepada penyediaan pemboleh inovasi dalam RMK-10 di mana inovasi dipengaruhi oleh struktur institusi tetapi sekali lagi institusi utama demokrasi negara memperlihatkan hakikat sebaliknya.

"Kita dipersembahkan dengan Majlis Inovasi Negara (NIC), yang akan dipengerusi Perdana Menteri dan menyelia semua kementerian termasuk universiti dan agensi lain. Tapi kalau pemikiran akademik dan pelajar pun mahu dikongkong apa gunanya majlis ini? Siapa yang berani bersuara, diberi ruang untuk berfikiran kritis mahupun kreatif dan inovatif.

"Kalau serius, reformasikan sistem negara, kemajuan ekonomi seharusnya ada kemajuan politik. Kontradiksi yang besar sekali ialah kerana tidak ada kesungguhan ikhlas. Kita melihat petanda awal tentang kerapuhan pengurusan ekonomi iaitu kerugian yang dialami Sime Darby di mana milikan Bumiputra menerusi Amanah Saham Nasional (ASN) begitu tinggi kerugiannya dan juga Felda daripada kedudukan 'cash reserves' RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

"Di kala keadaan ekonomi meleset, RM662 juta digunakan untuk membeli Menara Felda 50 tingkat di Golden Triangle Kuala Lumpur, apa rasionalnya. Ini membuktikan isu pengurusan yang lemah, apa guna bangunan baru kepada masyarakt Felda yang tidak mungkin dapat menikmatinya.

"Apakah petanda ini? Jadi adakah kita serius hendak mewujudkan masyarakat yang berinovasi, maka prasyarat tentunya pengurusan yang cekap dan urus tadbir yang terbaik sebelum mencerna inovasi," bahas Nurul Izzah lagi.

Beliau yakin semua yang dinyatakan secara muluk oleh Perdana Menteri hanyalah permainan politik dan segala kesungguhan itu perlu didasari langkah konkrit.

"Rancangan kita terdahulu gagal dicapai kerana semua 'post mortem' menjurus kepada satu kesimpulan iaitu ekonomi kita hanya akan maju jika ada kemajuan politik, inovasi hanya akan berjaya kalau ada kemajuan politik. Jangan sehingga umum kesimpulan hanya ada dua M di bawah kerajaan iaitu Muktamad dan

Mustahil. Segalanya tak pernah muktamad, dan mereleasasikan Model Ekonomi Baru juga mustahil," katanya lagi.

Sumber: Suara Keadilan

EPU Diketepikan Dalam Pembentukan RMK-10?

Posted: 18 Jun 2010 01:44 AM PDT


KUALA LUMPUR 18Jun - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan peranan tiga buah syarikat perunding yang dilantik oleh kerajaan untuk merangka dan membentuk semua dasar pembangunan yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bagi pihak Unit Perancangan Ekonomi.

Mahfuz juga menarik perhatian kepada kos kos dan jumlah bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh ketiga-tiga perunding tersebut iaitu Boston Consulting Group, McKinsey & Co dan Ethos Consulting tersebut kepada kerajaan.

"Apakah pendapat dan pandangan Unit Perancang Ekonomi akan diketepikan, seolah-olah peranan mereka hanyalah untuk bersetuju dengan kandungannya, dan bertindak hanya sekadar menerbitkan buku RMK-10," soal Mahfuz dalam Dewan Rakyat semalam.

Beliau menyifatkan input yang terkandung dalam pembentukan dasar RMK-10 yang dibentuk oleh tiga syarikat perunding tersebut tidak menggambarkan sebarang pembaharuan, dan masih berada dalam lingkaran yang lama terutamanya bagi menjana pendapatan tinggi bagi bidang ekonomi utama.

"Malaysia harus melakukan reformasi dan perubahan dalam usaha meningkatkan pendapatannya dengan membuka peluang kepada usahawan baru yang menggunakan aplikasi dan teknologi baru di dalam perniagaan," tegas Naib Presiden PAS itu.

Antaranya, beliau mencadangkan kepada Petronas untuk melatih kontraktor dan operator baru terutamanya daripada kalangan syarikat tempatan dalam pengoperasiannya kerana Petronas dilihat bertindak sebagai pentadbir dan juga operator.

"Contohnya Australia, mereka mempunyai 20 buah syarikat operator pengoperasian, sedangkan Malaysia hanya mempunyai sebuah sahaja syarikat, iaitu Petronas Carigali. Malaysia seharusnya telah bergerak ke arah mewujudkan persaingan dengan kewujudan syarikat-syarikat baru," kata beliau lagi.

Beliau mencadangkan kepada Dewan Rakyat agar kerajaan mencontohi konsep oleh industri telekomunikasi negara apabila Jabatan Telekom yang pada asalnya merupakan pentadbir dan operator telekomunikasi telah berjaya bergerak maju dengan pindaan akta pada tahun 1987.

"Akhirnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dibentuk pada tahun 1998 yang bertindak hanya sebagai pentadbir yang memantau sektor telekomunikasi, manakala Telekom Malaysia pula bertindak sebagai operator. Dengan cara ini, industri telekomunikasi dapat berkembang dengan pesat," kata Mahfuz.

Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


BERTAUBATLAH ANWAR!

Posted: 18 Jun 2010 09:12 PM PDT

Salam 2 all.

Saya melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang melenting dalam sidang akhbarnya Khamis lepas apabila menyuruh seorang wartawan "shut up" apabila ditanya tentang dimana bukti dakwaannya bahawa kami Ahli Parlimen bebas kononnya dibayar RM2juta.

Saudara Tukimin mengemukakan pertanyaan beberapa kali kepada Dato' Seri Anwar supaya mengemukakan bukti tohmahan tersebut. Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya beliau berpusing dan berputar kepada isu lain.

Dan apabila Tukiman tegas dengan soalannya mahukan bukti dakwaan tersebut, Dato' Seri Anwar menyuruh beliau diam, awak "shut up". Dan kenyataan itu disiar keseluruh dunia melalui media siber dan arus perdana.

Dato' Seri Anwar perlu faham bahawa selepas konspirasi beliau mengenai rancangan merampas Putrajaya pada 16 September 1998 didedahkan kepada umum oleh YB Dato' Seri Zahrain didalam Parlimen, rakyat sudah mula sangsi dan hilang kepercayaan kepada beliau. Sehingga Dato' Seri Zahrain berucap didalam Parlimen baru-baru ini meminta Dato' Seri Anwar supaya tidak menjadikan jawatan Ketua Pembangkang sebagai Ketua Pembohong!

Sebenarnya kami telah memberi peluang yang banyak kepada beliau. Sejak Dato' Seri Anwar membuat tohmahan tersebut semasa Kongres Khas PKR di Kota Bharu beberapa minggu lepas, kami mengambil sikap berdiam diri kerana tahu ianya gimik politik beliau sahaja. Tetapi apabila beliau membuat kenyataan itu di Parlimen, kami telah mencabar belaiu supaya mengemukakan bukti.

Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya menuduh Dato' Seri Zahrain ada rumah elok dan kereta baru! Sedangkan beliau sendiri pun ada rumah baru yang bernilai berjuta dan mengguna kereta baru yang harganya saya ingat boleh ternganga rakyat dibuatnya.

Saya sendiri dalam sidang akhbar dihari yang sama menjawab tohmahan beliau dengan bertanya adakah masuk akal saya yang dipecat juga turut dibayar RM2juta. Takkanlah bodoh sangat orang nak bayar saya untuk dipecat. Kalau PKR dibayar untuk pecat saya itu kan lebih menasabah. Tapi untuk orang bayar saya supaya dipecat?! Samada yang bercakap tu akal terencat atau...faham-faham sajelah!

Sebab itu kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas memahami soalan wartawan tersebut meminta bukti dakwaan beliau tersebut kerana rakyat sudah hilang kepercayaan. Kita tidak mahu politik negara ini berubah menjadi politik fitnah dan pembohongan semata-mata kerana ideologi "matlamat menghalalkan cara"; politik sempit untuk merampas Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Politik "cakap tak serupa bikin!!"

Oleh itu, saya mendesak Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang bersikap ikhlas dan jujur dan berhenti daripada amalan politik sempit matlamat menghalalkan cara ini. Hormatilah amanah yang diberikan dengan jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Gunakanlah amanah jawatan itu untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat!

Saya tidak mahu Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadikan kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas sebagai modal politik beliau untuk mengalih pandangan rakyat umum dari masalah sebenar yang dihadapi beliau dan Pakatan Rakyat. Konsensus Bebas bersimpati dengan pelbagai masalah yang beliau hadapi hari ini iaitu kelemahan PKR, kepimpinan beliau yang mula dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang YAB Perdana Menteri dan sudah tentu yang paling besar ialah kes perbicaraan beliau meliwat Saiful Bukhari.

Saya ingin menasihatkan Dato' Seri Anwar, sudah sudahlah tu; bertaubatlah!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Rejab 1431
19 Jun 2010

*Gambar menunjukkan adengan Anwar memarahi wartawan Tukimin dan menyuruh beliau "shut up!"

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 18 Jun 2010 06:40 AM PDT

Kongress National Parti Keadilan Rakyat

Ahli Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei menghadiri kongress national di Kota Bharu pada 29-30 Mei 2010.











Posted: 17 Jun 2010 08:44 PM PDT


HARI KELUARGA DAN GOTONG ROYONG DIJAYAKAN OLEH WARGA PENDUDUK ASTER



DUN SRI MUDA - Hasrat untuk melahirkan generasi yang sihat serta rakyat yang cergas serta bersatu padu tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan serta dokongan dari semua lapisan masyarakat di sesuatu penempatan dan kelompok masyarakat itu sendiri.Mengambil iktibar dan pengajaran dari permasalahan kesihatan terutamanya demam denggi yang menjadi antara ancaman utama kepada rakyat Malaysia telah mendorong Persatuan penduduk Aster menganjurkan program 2 dalam 1 iaitu hari keluarga dan gotong royong dalam datu masa.

program tersebut yang telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei sengaja diadakan serentak yang mana bertujuan untuk memberikan satu kelainan serta kesempatan kepada semua penduduk untuk saling mengenali antara satu dengan yang lain.Penduduk yang hadir di program tersebut dapat bersama - sama membersihkan persekitaran kawasan kediaman dan selepas itu mereka dapat beramah mesra di acara hari keluarga.YB Shuhaimi Hj Shafiei dimajlis tersebut melahirkan rasa terharu dan bangga diatas usaha yang telah dijayakan oleh Persatuan Penduduk serta semua penduduk untuk menjayakan majlis tersebut.Semoga sebaik dan semurni ini akan dapat dikekalkan di masa - masa yang akan datang untuk memberikan keselesaan yang berpanjangan.







Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kenapa Syarikat Felda Ditutup Selepas Najib Ambil Alih

Posted: 18 Jun 2010 01:27 AM PDT

Dari Harakah Daily

Datuk Zaid Ibrahim meminta kerajaan menjelaskan berhubung beberapa syarikat berkaitan Felda yang telah ditutup dalam tempoh lima tahun terakhir semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Felda.

“Syarikat-syarikat berikut telah ditutup: Felda Karet, Sutera Jaya dan Felda Herbal. Harus ada penjelasan terperinci kenapa ianya ditutup dan apakah hal ini disebabkan kelemahan pengurusan,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR mendakwa penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung kejatuhan sumber kewangan Felda tidak jelas dan boleh dipertikai.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ahmad di Dewan Rakyat Rabu lalu juga tidak menyentuh keuntungan pelaburan yang diperolehi Felda.

“Dia gagal untuk menjelaskan nilai keuntungan Felda melalui pelaburan selain menggunakan wang tersebut untuk ‘tujuan kesejahteraan’, seperti yang dinyatakan,” katanya.

Felda mengalami kejatuhan sumber kewangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Rabu lalu, Ahmad ketika menjawab soalan di parlimen memberitahu, kejatuhan nilai kewangan Felda dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 adalah kerana digunakan untuk tujuan kebajikan.

RM2 bilion, jelasnya untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Menurut Zaid, jumlah RM2 bilion untuk penanaman semula adalah besar dan Ahmad sewajarnya memberi penjelasan lebih terperinci.

“Timbalan Menteri harus memperincikan bagaimana RM2 bilion diperuntukkan termasuk jumlah peneroka yang terlibat, luas kawasan dan adakah ianya termasuk wang pendapatan penduhuluan untuk para penduduk dalam program ini dan apakah ianya menggunakan kaedah penanaman yang standard.

Beliau juga turut mempersoal bagaimana RM253 juta yang dinyatakan oleh timbalan menteri untuk dana pemberantasan kemiskinan Sabah.

“Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada penduduk miskin, atau apakah itu disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang kekurangan wang?

“Jika ini dianggap ‘kesejahteraan masyarakat’, kita harus bertanya apakah tugas wajib Felda dan adakah termasuk membantu kerajaan BN yang kekurangan wang,” katanya lagi.

Berhubung ibu pejabat baru Felda di Taman Platinum pula, Zaid mempertikai mengapa Felda perlu membayar 40% deposit (berbanding asal 10%) kepada Naza TTDI untuk bangunan baru itu yang bernilai RM662 juta.

Turut dituntut penjelasan berhubung jumlah sejumlah RM4 juta ke RM5 juta dihabiskan untuk kemudahan Felda Football Club.

“Saya menyeru Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak untuk melepaskan Felda dan membiarkan organisasi profesional ini dikendalikan secara telus,” katanya.

RMK10: Untungkan Pemodal Konglomerat Swasta, Sisihkan Ekonomi Rakyat- DSAI

Posted: 18 Jun 2010 01:10 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan taklimat mengenai RMK 10 kepada pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan negeri serta wartawan.

Penasihat Ekonomi Selangor itu melahirkan dukacita kerana Rancangan Malaysia ke-10 mengutamakan kepentingan pemodal dan konglomerat swasta dan meminggirkan keperluan rakyat.

Anwar berkata RMK-10 berpaksikan gelombang penswastaan besar-besaran, tetapi mengenepikan matlamat untuk mengangkat kemampuan ekonomi rakyat jelata.

Datuk Seri Anwar berkata rumusan ekonomi negara tidak boleh menafikan sebahagian besar rakyat Malaysia masih dihimpit kemiskinan dan beban kos yang tinggi.

RMK-10 disifatkan sebagai gagal kerana Perdana Menteri Najib Abdul Razak enggan memperkenalkan dasar basmi kemiskinan merentasi garis perkauman.

Keikhlasan pemerintah mengatasi isu kemiskinan turut teruji dengan keengganan Kabinet menyelaras garis paras kemiskinan mengikut situasi semasa.

Bahkan, Anwar turut membidas sikap kerajaan yang berdedikasi menghapuskan bantuan kepada rakyat termiskin tetapi mempertahankan subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Anwar dalam ucapannya berkata RMK-10 sepatutnya melihat semula prestasi lemah di projek-projek koridor serata negara.
Penasihat Ekonomi Selangor ini menyarankan Kabinet menghentikan segera amalan pemberian tender secara runding terus bagi mengalakkan persaingan dan menarik pelaburan asing ke koridor-koridor berkenaan.

Negeri-Negeri Pakatan Rakyat disebut sebagai antara negeri yang paling berprestasi dan berpotensi di Malaysia, dengan Selangor dan Pulau Pinang terutamanya menjadi nadi industri negara.

Anwar mencadangkan supaya keseluruhan pendekatan perancangan ekonomi disemak semula, kerana rumusan RMK-10 masih lagi terperangkap dalam kerangka politik sempit.

Kebebasan Media: Rais Terus Berkhayal

Posted: 18 Jun 2010 01:07 AM PDT

Dari Malaysiakini
Oleh Susan Loone

Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat kurang senang dengan kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu “laporan kerusi selesa”.

Pengarah urusannya, Karin Karlekar meminta Rais untuk menjelaskan secara khusus berhubung perkara yang tidak disenangi atau yang tidak dipersetujui mengenai kajian berkenaan.

Karlekar menjelaskan bahawa persekitaran undang-undang Malaysia dilihat sebagai mengongkong media menurut kaca mata antarabangsa.

“Malaysia juga menghadkan keupayaan blogger dan media online daripada beroperasi," katanya kepada Malaysiakini, malam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Rais di parlimen semalam bahawa Malaysia yang menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini yang dilakukan oleh Freedom House sebagai "tidak tepat".

Rais berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House.

Rais menafikan perkara berkenaan dan sebaliknya berkata kebebasan media di Malaysia semakin bercambah.

Katanya, kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing dan piawaian yang digunakan tidak mengikut budaya rakyat negara ini.

Karlekar sebaliknya, menjelaskan bahawa metodologi atau kaedah yang dijalankan oleh Freedom House adalah berdasarkan piawaian yang diterima-pakai oleh negara-negara di seluruh dunia mengenai apa yang ditakrifkan sebagai kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Katanya, piawaian itu dijamin oleh beberapa perjanjian antarabangsa yang Malaysia juga adalah antara negara yang memeterainya.

Liew: Kos Jambatan Kedua, Jawapan PM Tak Benar

Posted: 18 Jun 2010 12:59 AM PDT

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya berkenaan kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang.

"Saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM 4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina "casting yard".

"Perdana Menteri menjawab bahawa kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta, termasuk kos membina 'casting yard' oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Liew, maklumat berkenaan tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan kerajaan adalah RM4.3 billion dan kos pembinaan 'casting yard' tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.

"Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan kadar tol yang tinggi.

"Contohnya, menurut perdana menteri, kadar tol untuk kereta peribadi yang menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua akan diselaraskan kepada RM9.40 dalam masa tiga tahun lagi berbanding kadar selarang iaitu RM7, selepas pembinaan Jambatan Kedua," katanya.

Menurut Liew, beliau merujuk kepada satu laporan bertajuk "Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review" oleh firma perunding Zaidun-Leeng yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau 'fair price' untuk jambatan kedua adalah RM 4.3 bilion.

"Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan," katanya.

Liew berkata laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang didakwa terlalu tinggi.

Katanya, kos UEM yang tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat.

"Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?" soal Liew.

Kata MP Bukit Bendera dari DAP itu lagi, UEM juga meminta ‘HQ overhead and support’ sebanyak RM63.51 juta yang didakwanya agak terlampau.

"Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi."

Justeru, Liew berkata kerajaan pusat perlu mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah supaya rakyat Pulau Pinang tidak dibebankan.