(
Rasid Rosidi, bekas pembantu khas Anwar membuat lapuran polis beliau dipaksa buat Surat Sumpah palsu untuk pembelaan kes liwat Anwar)
Salam 2 all.
Pak Non @ Anwar semalam membuat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan bulan Mac 2011. Sifir Nujum Pak Non mudah je, sebab UMNO tangguh pemilihan mereka, maka pilihanraya akan diadakan tak lama lagi. Cukup mudah punya putarbelit. Dia berharap umpan baru ni akan mengena, dan orang akan brcakap mengenainya!
Sebenarnya ini adalah taktik Anwar untuk mengalihkan tumpuan kepada tembelang PKR yang sudah mula tidak terkawal. Konspirasi Anwar untuk menubuhkan Dinasti 3A berdasarkan konsep Ketuanan Anwar didalam PKR sudah terbongkar. Kenyataan calun Ketua AMK Badrul Hisham @ Chegu Bard mengenai campurtangan langsung Anwar dalam penentuan dan pemilihan calun wahyu dari beliau membuktikan konspirasi itu. Pembongkaran Zaid Ibrahim tentang penyelewengan proses pemilihan PKR, dan desakan beliau supaya Anwar-Azmin berundur memparahkan lagi keadaan. Akhirnya Zaid yang terbungkam!
Demonstrasi oleh ahli-ahli PKR sendiri di waktu Kongres PKR baru-baru ini, dan masih berterusan dihadapan ibupejabat PKR mendesak Anwar & Azmin berundur dengan kenyataan pedas saperti "take your love nest out of PKR" sangat membimbangkan Anwar. Tidak pernah terfikir dalam benak Anwar bahawa ahli PKR akan memberontak terhadap dirinya yang dianggap hero Hindustan "
Sivaji the Boss" bagi PKR. Ego Anwar terlalu besar. Dia pemimpin "anugerah tuhan" saperti yang terpaksa diisytihar oleh bininya merangkap Presiden PKR! Mana boleh pemimpin anugerah tuhan didesak berhenti!! Anwar perlu menutup semua ini.
Apatah lagi dengan pendedahan terbaru rakan karib Anwar iaitu Dato' Sallehudin Hashim, bekas Setiausaha Agong PKR yang membongkar pembohongan dan penipuan berkaitan isu konon Timbalan Setiausaha Agong PKR Jenapala, yang bercadang brtanding jawatan Timbalan Presiden melawan Azmin anak emas Anwar, yang didakwa kononnya telah dipecat. Dan mereka menggunakan satu surat kononnya ditandatangani oleh Dato' Sallehudin. Bekas Setiausaha Agong PKR yang mengisytiharkan diri keluar PKR itu membuat lapuran polis atas aduan tandatangan beliau telah dipalsukan. Bekas rakan sekolah Anwar itu menyatakan berlaku pembohongan dan penipuan dalam isu pemecatan Jenapala.
Sudah terlalu banyak pembongkaran dan pendedahan tentang pekung dan tembelang didalam PKR khususnya kepimpinan Anwar sendiri. Dengan nafsu yang meluap-luap untuk memahkotakan dirinya sebagai Perdana Menteri anugerah tuhan ini, Anwar tidak boleh mebiarkan pembongkaran dan pendedahan ini berterusan. Apatah lagi dengan dia berhadapan dengan tuduhan meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori, yang boleh menyebabkan impian ke Putrajaya bertukar igauan ngeri ke Sg. Buloh! Diparahkan lagi dengan lapuran polis oleh dua bekas pembantu beliau Rahimi dan Rasid yang mendedahkan bagaimana mereka dipaksa membuat Surat Akuan palsu untuk digunakan dalam pembelaan kes liwat Anwar, dan cubaan untuk memalukan dan mengaibkan YAB Perdana Menteri dan isteri.
Anwar perlu berbuat sesuatu untuk mengalihkan isu daripada diri dia dan parti tunggangannya PKR kepada isu lain. Sebab itu isu Ketuanan Melayu diputar balik oleh Anwar. Isu yang dia tahu akan mengundang reaksi aggresif dari orang Melayu. Dari professor kepada penoreh, pasti orang akan bercakap mengenainya. Isu yang dia sendiri cipta dan ditunggangi semasa zaman sebagai pemimpin UMNO, konsep yang diterjemahkan dalam bentuk budaya "pink form", kini isu itu dimainkan untuk memukul gendang perkauman! Habis segala tok lebai dan pak jangoat turut terheret. Anwar pasti tersenyum sumbing melihat temberangnya mengena lagi. Beliau tahu orang Melayu pasti melompat mencabut keris tumpul mempertahankan isu Ketuanan Melayu.
Kini Anwar memukul gendang pilihanraya. Konon pilihanraya umum akan dibuat lagi 3 bulan sahaja lagi. Teman dah boleh nampak temberang Anwar. 12 tahun yop bergelumang dengan Pak Non ni, teman dah boleh baca otak Anwar. Sifir Pak Non mudah aje. Kalau umpan pilihanraya umum dia ni mengena, sudah pasti ahli PKR yang memberontak akan mula membisu, mungkin juga mula mencium tangan dan kaki pemimpin anugerah tuhan ini, kerana berharap akan dapat jadi calun pilihanraya. Lawan pemimpin anugerah tuhan kalu takde peluanglah nak jadi calun. Anwar tahu diluar sana ramai ahlinya yang terlalu ghairah nak menjadi YB. Tu yang siap sepak terajang baling kerusi bertarik rambut sampai bertumbuk nak menang jawatan sebab memegang jawatan itu laluan mudah menjadi calun YB!
Dengan meyakinkan ahlinya yang taksub bahawa pilihanraya sudah dekat, Anwar berharap tiada lagi pemberontakan terhadapnya. Tiada lagi demonstrasi, bantahan dan memorandum menuntut dia letak jawatan dan berundur. Semuanya akan jadi setan bisu, baik dok diam ada peluang jadi calun. Bising kalu tak merasa lah kawan nak dok dalam dewan rakyat dan dewan undangan negeri.
Sebenarnya inilah formula yang Anwar pakai selepas Mac 2008. Dia tahu ramai wakil rakyat yang tidak puas hati dengan isu perlantikan Menteri Besar, Exco, ahli majlis dan lain-lain. Dah mula ada yang mengutuk dan mengkritik secara terbuka. Ini perlu dibendung. Maka timbullah konspirasi 16 Sept. Paluan kompang sumbang yang pembangkang sudah ada cukup MP dari BN untuk melompat bagi membolehkan beliau ke Putarajaya. Dipusing dan diputar wayang 16 Sept ini, sehingga akhirnya ramai yang terpedaya. Maka selamatlah Anwar. Tetapi bila terbongkar pembohongannya, ramai yang memilih untuk keluar dan tidak bersekongkol lagi dengan sandiwara Anwar.
Begitu jugalah apa yang akan berlaku. Dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Dunia yang maklumat sampai dengan hanya satu klik. Dunia yang mana putar-putaran dan belit-belitan begitu mudah terbongkar. Sebab itu teman yakin, sebagaimana ranapnya PKR dan Pakatan Pembangkang selepas terbongkarnya pembohongan 16 Sept, begitu jugalah pasti PKR akan hancur selepas pembohongan dan penipuan proses pemilihan PKR baru-baru ini terbongkar! Nama-nama gah dan besar dalam PKR sudah angkat kaki. Hero hindustan PKR Zaid Ibrahim pun dah cabut. Teman tahu ada beberapa nama besar lagi akan angkat kaki tak lama lagi.
Kepada rakyat dan umat, nasihat teman janganlah terpedaya dengan mainan politik temberang dan cakap tak serupa bikin manusia bernama Anwar ini. Isu ketuanan Melayu, perlantikan Kit Siang sebagai TPM, dan terbaru konon pilihanraya umum akan diadakan bulan Mac ini, semuanya hanyalah sandiwara dan temberang Anwar untuk menutup pekung dan tembelang hanyir yang sudah terbongkar!! Teman cukup yakin akan main lebih banyak isu untuk menyelamatkan tengkuknya. Sekarang dibawa cerita kononnya dia akan digantung dari Parlimen kerana pembohongan isu APCO. Kononnya sekali lagi dizalimi dan dianiaya.
Sebenarnya bagi teman Anwar tidak patut tunggu digantung. Beliau sepatutnya mengundurkan diri dan bercuti sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. Kerana beliau sedang menghadapi satu pertuduhan jenayah meliwat kakitangannya sendiri. Pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun! Sebagaimana pegawai dan kakitangan kerajaan akan dikenakan tindakan gantung kerja dengan setengah gaji jika dikenakan pertuduhan jenayah di Mahkamah, begitulah sepatutnya Anwar juga patut digantung dan diberi elaun setengah bulan sementara menunggu perbicaraannya selesai.
Dan kepada Anwar, terimalah nasihat ikhlas bekas Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zanul Abidin, berundurlah secara terhormat sebelum diundurkan secara yang mengaibkan. Dan nasihat teman kepada Anwar, eloklah dikala umur senja ni bermuhasabah diri banyak-banyak, pintu taubat masih terbuka. Bertaubatlah!
Adios amigos, grasias senor.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
26 Zulhijjah 1431
03 Disember 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(
Lapuran daripada media pro-Anwar MalaysiaKini)
Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2011 ekoran pengumuman penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan.Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya. Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat. Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman
politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan. "Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan