Selasa, 14 Disember 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


KEADILAN akan dapatkan maklumat dari WikiLeaks sendiri.

Posted: 14 Dec 2010 07:22 AM PST


keadilandaily

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan berusaha untuk mendapatkan kabel maklumat yang kononnya dibocorkan oleh laman web antarabangsa, WikiLeaks melalui laman web itu sendiri.

Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas mewakili ahli ahli parlimen KEADILAN berkata, KEADILAN akan turut mendapatkan maklumat berkenaan termasuk dari sumber-sumber seperti kedutaan Amerika Syarikat dan media antarabangsa.

"Demi keadilan, kami akan memulakan usaha-usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel berhubung Malaysia dari sumber-sumber sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar The Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain WikiLeaks sendiri," katanya ketika mengadakan sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, maklumat sebenar yang terkandung dalam kabel tersebut, masih belum dapat diteliti oleh umum kerana WikiLeaks sendiri belum menyiarkannya kepada orang ramai.

Jelas nya, kandungan kabel yang dipetik oleh kebanyakan akhbar arus perdana semalam juga datang daripada gerbang berita dalam talian Australia dan bukan melalui Wikileaks sendiri.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat Malaysia supaya menilai terlebih dahulu sesuatu berita sebelum membuat sebarang kesimpulan dan tidak mempercayai laporan media selain dari sumbernya yang sahih.

"Rakyat Malaysia diseru ambil jalan terbuka menangani isu-isu kabel WikiLeaks, maksudnya nilai secara keseluruhan semua kandungan kabel yang dibocorkan, bukannya bergantung kepada penipuan media perdana.

"Jalan terbuka bermaksud menilai secara keseluruhan semua kandungan label yang dibocorkan, bukannya bergantung kepada penipuan yang dibuat media perdana.

"Sedangkan, terdapat lebih banyak isu yang terkandung dan disiarkan setakat ini bersabit tuduhan penglibatan Perdana Menteri sendiri dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu," tambah Kamarul.

Sewaktu mengulas isu Datuk Seri Anwar dikatakan "masuk ke dalam perangkap" seperti didakwa oleh agensi risikan Singapura, Kamarul mengajukan dua soalan praktikal untuk difikirkan rakyat Malaysia.

"Kalau benar ia perangkap dan risikan Singapura ada bukti kukuh, kenapa sehingga sekarang bukti berkenaan tidak dibawa ke mahkamah?" kata Kamarul.

"Kedua, kalau ia satu perangkap oleh musuh Anwar seperti dilapor, tentu ada rakaman video seperti Presiden MCA. Kenapa sehingga sekarang, rakaman ini belum dapat dibawa ke mahkamah oleh perisikan polis Malaysia dan Singapura?"

40 tinggal BN di Telok Pelandok

Posted: 14 Dec 2010 07:06 AM PST

harakahdaily

TELOK KEMANG, 14 Dis: Anggota Parlimen Telok Kemang dari PKR, Datuk Kamarul Bahrin adalah pihak yang kalah dalam pemilihan PKR yang lalu namun beliau yakin pemilihan terbuka yang dilakukan PKR itu memberi kesan positif.

Atas sebab itulah, beliau yakin 40 ahli Umno dan MCA dari kampung Telok Pelandok, Port Dickson menyertai PKR baru-baru ini adalah kerana keyakinan mereka kepada PKR.

Kampong Telok Pelandok sebelum ini merupakan kubu kuat Umno-BN, yang mana tidak pernah ada parti lain dapat menembusi kawasan tersebut melainkan BN.

(Gambar: Antara yang daftar sebagai ahli baru PKR)

"Saya melihat perubahan pemikiran serta tindakan rakyat atau penduduk setempat yang telah lama berada di bawah penguasaan BN ini adalah satu langkah yang baik kepada PKR dalam masa kita ingin menghadapi PRU - 13 yang semakin hampir," kata Kamarul dalam satu kenyataan medianya.

Walaupun PKR mempunyai masalah peruntukkan yang tidak disediakan oleh kerajaan persekutuan tetapi aturan kerja dan bakti mereka kepada masyarakat mengatasi segala apa yang dilakukan oleh BN sejak dari mula mereka memerintah, katanya.

Apa yang jelas mereka yang menyertai PKR kali ini adalah mengambarkan kebosanan mereka terhadap BN-Umno yang tidak pernah menepati segala janji yang telah ditaburkan pada PRU yang lepas.

"Saya pasti perubahan yang besar bakal berlaku pada PRU13 nanti terutamanya di Negeri Sembilan ini," katanya.

KEADILAN tembusi kubu kuat Umno BN di Port Dickson

Posted: 13 Dec 2010 10:47 PM PST

Dato' Kamarul Bahrin Abbas menerima borang keahlian penduduk Kampung Pelandok

Seramai 40 orang bekas ahli MCA dan Umno dari Kampung Pelandok Port Dickson, Negeri Sembilan mengambil keputusan menyertai Parti KEADILAN Rakyat.

Kemasukan 40 ahli baru di Kampung Pelandok Port Dickson itu merupakan satu kejayaan besar menembusi salah satu kubu kuat Umno BN selama ini.

"Lebih menariknya, penghijrahan itu berlaku di kawasan kampong Telok Pelandok, Port Dickson yang sebelum ini merupakan kubu kuat Umno-BN. Tidak pernah ada parti lain dapat menembusi kawasan tersebut melainkan BN," kata Kamarul.

Menurut Kamarul lagi, kejayaan ini adalah kerana kebangkitan Parti Keadilan Rakyat dan juga penerimaan rakyat terhadap parti semakin meningkat.

"Peningkatan sokongan ini juga berlaku terutamanya setelah berlangsungnya pemilihan parti yang dilakukan secara terbuka tanpa ada sekatan dari pihak atasan mahupun pimpinan tertinggi'" kata Kamarul lagi.

Kamarul juga percaya kemasukan 40 ahli baru itu satu petanda baik dan percaya keahlian KEADILAN akan meningkat kerana penduduk di kawasan itu semakin berani menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada Umno BN.

Pendaftaran ahli-ahli baru di Kampung Pelandok

"Saya melihat perubahan pemikiran serta tindakan rakyat yang lama di bawah penguasaan BN ini adalah satu langkah yang baik kepada PKR dalam masa kita ingin menghadapi PRU13 yang semakin hampir. Saya pasti keahlian di kawasan tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa kerana penubuhan ranting KEADILAN di kawasan ini dapat menghilangkan perasaan takut mereka untuk terus menolak BN," kata Kamarul.

Akhir sekali, Kamarul yakin rakyat setempat menyertai KEADILAN kerana bosan dengan Umno BN yang hanya pandai menabur janji semata-mata.

"Apa yang jelas mereka yang menyertai PKR kali ini adalah mengambarkan kebosanan mereka terhadap BN-Umno yang tidak pernah menepati segala janji yang ditaburkan pada pilihan rayalepas.

"Bagi mereka, janji BN hanyalah sekadar untuk meraih undi bagi terus memerintah, dan saya pasti perubahan yang besar bakal berlaku pada pilihan raya umum ke-13 nanti terutamanya di Negeri Sembilan ini," kata Kamarul.

Wikileaks: Perdana Menteri Perlu Berhati-Hati Supaya Jangan Meludah Ke Langit

Posted: 13 Dec 2010 09:10 PM PST


Ahli-ahli Parlimen KEADILAN mengutuk tindakan jahat Utusan Malaysia yang menyiarkan sebuah berita berunsur fitnah, kononya berdasarkan laporan asal akhbar-akhbar di Australia mengenai kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh Wikipedia.

Yang pasti, Utusan Malaysia seperti juga semua rakyat Malaysia masih belum dapat meneliti maklumat sebenar yang terkandung di dalam kabel-kabel diplomatik tersebut, kerana belum disiarkan kepada orang ramai oleh Wikileaks. Dari semua kabel yang telah disiarkan di laman Wikileaks setakat ini, hanya ada satu kabel yang melibatkan Malaysia iaitu catatan pertemuan dengan pegawai-pegawai Bank Negara.

Namum, inilah journalisme ala Utusan Malaysia yang motifnya hanya untuk menipu rakyat demi mempertahankan rejim yang memilikinya. Kami menyeru rakyat Malaysia supaya mengambil jalan terbuka menangani isu kabel-kabel yang dibocorkan oleh Wikileaks ini.

Jalan terbuka bermaksud menilai secara keseluruhan semua kandungan kabel yang dibocorkan, bukannya bergantung kepada penipuan yang dibuat oleh media perdana. Walhal isu yang lebih banyak terkandung dan disiarkan setakat ini ialah bersabit tuduhan penglibatan Perdana Menteri sendiri di dalam pembunuhan Altantuya Sharibu.

Jika Utusan Malaysia adalah akhbar yang beretika, sudah pasti ia akan mengulas besar-besaran laporan yang dibuat akhbar-akhbar Australia, bahawa berdasarkan kabel-kabel yang dibocorkan itu, diplomat Singapura juga mempercayai Perdana Menteri menghadapi risiko politik kerana terbabit dalam skandal pembunuhan. Isu ini sudah tentu sangat terkesan kepada negara, kerana ia akan mendedahkan pimpinan negara kepada ugutan kuasa asing; jikalau maklumat dan pendapat diplomat-diplomat Singapura itu perlu ditelah bulat-bulat seperti mana yang dilakukan oleh Utusan Malaysia.

Kami ingin mengajukan dua persoalan praktikal yang perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia:

1. Kalau benar ia adalah satu perangkap dan perisikan Singapura ada bukti yang kukuh, kenapa sehingga bukti-bukti ini tidak dibawa ke mahkamah oleh pihak pendakwa?
2. Kalau ia satu perangkap yang dibuat oleh musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan, sudah tentu ada rakaman seperti mana video rakaman yang melibatkan Presiden MCA. Kenapa sehingga sekarang rakaman ini belum dapat dibawa ke mahkamah oleh perisikan polis Malaysia dan Singapura?

Oleh itu, ahli-ahli Parlimen dari KEADILAN menasihati Perdana Menteri supaya berhati-hati dalam menangani isu ini kerana risiko politik yang ditanggung beliau adalah lebih besar. Kami juga mencabar Perdana Menteri memberi komen rasmi mengenai tuduhan terhadap beliau walau pun setakat ini beliau membuat kenyataan yang samar-samar.

Demi keadilan, kami akan memulakan usaha-usaha untuk mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia dari sumber-sumber yang sah seperti kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri. Kami juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adil oleh rakyat Malaysia.

Barulah rakyat Malaysia dapat membuat kesimpulan yang berhemah, sama ada kabel-kabel ini boleh dipercayai berhubung pendapat peribadi diplomat Singapura mengenai keterlibatan Perdana Menteri di dalam kes pembunuhan serta fitnah sodomi terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: