Khamis, 2 Disember 2010

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


SAMM bersama MB Selangor bantah kenaikan tarif air 5 Disember

Posted: 02 Dec 2010 09:01 AM PST


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai demonstrasi aman membantah kenaikan tarif air pada 5 Disember ini.

"SAMM akan bersama MB (Selangor) dalam satu perhimpunan aman dan seterusnya menghadap Yang DiPertuan Agong memohon perkenaan campur tangan Seri Paduka dalam isu hak air rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sudah terlalu kaya sehinggakan gaji Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail menjangkau RM425,000 sebulan.

"Ini belum masuk perbagai elaun keistimewaan yang diperolehinya setiap bulan dengan hanya memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat," katanya.

Beliau berkata, bukan sahaja kenaikan air harus ditolak tetapi pengurusan air hendaklah dikendalikan oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat.

SAMM katanya, sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi memastikan himpunan aman ini berjalan lancar.

"Sekurang-kurangnya 50 petugas ('marsyal demo') yang berpengalaman akan ditempatkan bagi memastikan kelancaran dan mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Tiada ulasan: