PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN |
- PAKATAN MUNGKIN KUASAI JOHOR, N.SEMBILAN & MELAKA
- HUTANG NEGARA BERJUMLAH RM 446.7 BILLION
- KHIR TOYO MENGAKU TIDAK BERSALAH DIDAKWA BERHUBUNG PEMILIKAN DUA LOT BANGLO MEWAH
- SYABAS GUNA ASET KERAJAAN SELANGOR BERNILAI RM 10.9 BILLION SECARA PERCUAM
PAKATAN MUNGKIN KUASAI JOHOR, N.SEMBILAN & MELAKA Posted: 06 Dec 2010 03:25 AM PST Berita yang lewat masuk...... sedap didengar dan sedap dibaca, tetapi tidak boleh complacent. KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang. Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin. "Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya. Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata. "Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat. "Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. "Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan. Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan. Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki. Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam. "Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua. "Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam." |
HUTANG NEGARA BERJUMLAH RM 446.7 BILLION Posted: 06 Dec 2010 03:20 AM PST Tak banyak, sikit je tu, yang kena tanggung.................RAKYAT Ini pun si kitol Donald Lim nak manipulate kan. Sumber Harakahdaily KUALA LUMPUR 3 Dis: Pakatan Rakyat mendesak Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendedahkan jumlah sebenar hutang negara. Menurut penyata anggaran perbelanjaan persekutuan 2010/2011, hutang negara berjumlah RM446.7 bilion. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang meletakkan hutang dalam dan luar negara pada paras yang jauh lebih rendah, iaitu RM231 bilion adalah tidak benar. Saya pun tidak faham apa jawapan beliau. Saya rasa kita patut mendapat penjelasan kerana hutang negara menyentuh kedudukan negara di masa depan dan keupayaan kewangan negara untuk mentadbir keseluruhan kaedah-kaedah pengurusan kewangan ekonomi negara," katanya di parlimen, semalam. Sebelum itu, Azan mengemukakan soalan tambahan kepada soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan prestasi hutang negara iaitu hutang-hutang negara yang langsai dan belum dibayar balik. Namun pertanyaan tersebut tidak dijawab secara khusus oleh Timbalan Menteri Kewangan itu, justeru meninggalkan tanda tanya cubaan kerajaan untuk melidungi maklumat berhubung kedudukan kewangan negara. Azan mengambil contoh kebanyakan negara di dunia telah mula mengukur prestasi hutang berbanding pelan kewangan masa hadapan untuk menilai keupayaan pengurusan dana negara. "Ini adalah satu insiden yang agak malang kerana maklumat hutang negara telah diberi angka yang cukup menyeleweng. Kita tidak rasa penting kalau angka itu berbeza 10 hingga 15 peratus tapi angka yang diberi 100 peratus lebih rendah," katanya. Tambahnya lagi, kesan kekeliruan akan mengakibatkan reaksi pasaran berlaku serta merta ketika negara sedang memberi tumpuan kepada unjuran Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) justeru tidak memilih sama ada Umno atau Pakatan Rakyat. Dalam pada itu Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) menegaskan Pakatan Rakyat tidak teragak-agak untuk membawa perkara percanggahan maklumat ke tengah mengikut aturan 36(12) yang boleh mendakwa menteri mengelirukan dewan. "Kalau tidak serius beliau boleh secara terbuka betulkan. Tetapi kalau beliau serius dan benda itu direkodkan, saya rasa itu bahaya. Yang lebih penting ada impak kepada bajet dan kita bahas di atas angka yang salah," katanya. |
KHIR TOYO MENGAKU TIDAK BERSALAH DIDAKWA BERHUBUNG PEMILIKAN DUA LOT BANGLO MEWAH Posted: 06 Dec 2010 02:57 AM PST Adakah ini satu lagi pementasan teater oleh Najib Up Co? Ketika Pak Lah menjadi PM, macam ini juga, Kasitah Qhadam didakwa, tetapi apa dah jadi dengan kes nya? Eric Chia? Kita tanya Rais Yatim kalau dia masih ingat dengan 18 kes profil tinggi yang katanya akan dibawa kemuka pengadilan, apa dah jadi? Dalam kes Si anak Toyo ini, diantara kemungkinan yang bakal berlaku ialah : i. Tiada Kes Prima Facie ii. Bukti tidak cukup untuk dijatuhkan hukuman. Cuba kita rujuk dengan kes - kes yang melibatkan orang - orang UMNO seperti dibawah ini. Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria, ADUN Lenggeng, Mustafa Salim, Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan, ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman Peguam Negara baru sahaja pulang menunaikan fardhu haji, harap - harap dia faham akan tanggungjawab yang dipikul ini. Sama - samalah kita tunggu dan lihat pementasan ini........ Khir Toyo hadapi tuduhan berhubung pemilikan tanah, banglo Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini. Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah. Khir diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi. Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-13 dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008. - BERNAMA |
SYABAS GUNA ASET KERAJAAN SELANGOR BERNILAI RM 10.9 BILLION SECARA PERCUAM Posted: 06 Dec 2010 02:46 AM PST Ini yang dinamakan cikai dan bingai. Sudahlah digunakan kemudahan secara percuma, hendak dicajkan kepada rakyat kadar yang gila - gila. Syabas Kerajaan Negeri Selangor didalam mengerjakan SYABAS ini, baru dia ada akal sikit. Sekarang biar dipilih, mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Selangor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma. Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu. Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas. Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor. Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat. "(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi. "Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya. Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor. Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan. Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan