MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Berkaitan kes fitnah zina adun selinsing,Bloggers UMNO nak tawan kelate..muakakaaka.. Posted: 26 Dec 2010 06:00 AM PST Oleh: Pria Malaya Sudah lama penulis menyimpan hasrat utk mengulas isu ini..isu yg dimaksudkan ialah sandiwara lakonan blogger Papa Gomo dan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Nadi Rakyat, ttg kononnya saksi kes ADUN Selising ini diserang dan cuba dibunuh oleh ADUN Selising dan PAS Kelantan.. Penulis tidak ambil kisah sangat jika sandiwara ini dijaja di dalam blog2 dan facebook mereka, tetapi apabila Utusan memainkan peranan menyebarkan sandiwara ini, maka penulis kira perlu dijawab segala fitnah dan tohmah mereka ini.... Dan penulis bernasib baik..rupanya isu ini dahulunya dikupas oleh rakan bloggerer 'propartiislammalaysia.blogspot.com' ketika mengulas sandiwara blogger Umno bersama individu yang kononnya saksi utama kes ini.. Penulis lampirkan di bawah dengan beberapa penambahan (ayat penulis) bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman...penulis tidak menuduh sesiapa, cuma penulis persoalkan dan mahu pihak ini buktikan dakwaan mereka jika apa yg diceritakan itu adalah benar..sila baca dan fikir2kan...wallahua'lam...
BONGKAR 1 Kurang 24 jam selepas penafian Adun Selising tersebut,satu sandiwara yang maha hebat telah berlaku. Kononnya,terdapat sebuah kereta telah bertindak merempuh kereta saksi utama,Saidi Hussin yang menyebabkan dia pengsan dan tidak sedarkan diri. Antara cerita penglipur lara yang disajikan blogger ini ialah:
Sebelum kita memberi komen mengenai gambar di atas,di bawah penulis lampirkan status si pemfitnah Papa Gomo di facebooknya: Nampak?Pada hari kejadian,si pemfitnah itu memang ada di Pasir Puteh bersama rakan-rakannya. Okay,berbalik kepada gambar di atas,penulis ingin membawa kita semua kepada gambar kereta di atas. Sila lihat tahap kerosakannya yang remuk teruk di bahagian pintu pemandu dan pintu belakang sebelah kanan.
Gambar di bawah pula adalah gambar satu mangsa kemalangan yang terkena sepihan kaca di muka dan menusuk ke dalam mata. (Ini contoh gambar mangsa kemalangan yang terkena sepihan cermin..) Inilah logiknya seseorang yang benar-benar dilanggar dan terlibat dalam kemalangan. Persoalannya sekarang,apakah kecedaraan yang berlaku pada si Saidi ini?Lihat,langsung TIADA kecederaan di mukanya akibat serpihan cermin keretanya yang pecah walhal keretanya remuk teruk. Atau,adakah si Saidi ini memakai helmet di dalam kereta sehingga tiada langsung kecedaraan di mukanya seperti orang-orang yang benar-benar terlibat dalam kemalangan. Seterusnya,lihat pula kadar keremukan kereta tersebut. Dianggarkan bahawa kereta tersebut dihentam kuat di bahagian pemandu yang mana,jika tidak kena pada tempatnya pemandu kereta tersebut mungkin akan cedera parah dan kalau nasib tidak baik,ajal boleh menjemput.Tapi Saidi? Dia cuma pengsan tanpa apa-apa kecederaan.Wah,memang kebal juga si Saidi ini.Satu lagi,jika kita perasan mengenai peribadi Saidi ini,dia bersikap kekampungan.Perhatikan pula pada kereta Viva tersebut. Sebiji gaya sebuah kereta yang dipakai oleh orang yang berumur 20-an di mana kereta tersebut dimake-up dengan cantik sekali.Persoalannya,adakah benar Saidi ini benar-benar dilanggar? Seterusnya,kalau benar kereta ini dilanggar,mengapa kereta tersebut boleh dibawa pulang ke rumahnya? Mengapa tidak dibawa ke bahagian forensik IPD Pasir Puteh kerana ini kes langgar lari?Ataupun sekurang-kurangnya ditunda terus ke bengkel berdekatan.Adakah anda tidak berasa pelik? BONGKAR 2 SANDIWARA KEDUA DI TENGAH MALAM Perlu diingatkan,ketika sandiwara ini berlaku,para bloggers Umno tersebut berada di Pasir Puteh. Selang beberapa jam selepas itu,ketika jam lebih kurang jam 11 malam,Saidi didakwa telah ditetak oleh tiga lelaki yang tidak dikenali dengan parang dan dia telah membuat laporan di balai polis.Ini adalah berdasarkan status Papa Gomo yang mengatakan dia bergegas ke balai polis untuk melawat Saidi yang telah ditetak.
Jalan ceritanya seolah-olah dalam filem jenaka..sungguh menggelikan hati..mereka yg kononnya mahu menyerang mangsa hanya berkain pelekat sambil berparang..lepas 3 minit menyerang, tiba2 membatalkan hasrat tanpa sebarang sebab..nak kata polis datang, tiada, nk kata mangsa menjerit sekuat hati, tak pula dinyatakan, nk kata mangsa ada ilmu kebal, korang percaya ke?... Dan katanya, laporan polis telah dibuat...apa yang dituntut kini ialah, mana bukti laporan polis? balai polis mana mereka laporkan jika benar laporan telah dibuat? mana gambar bukti kecederaan pada Saidi Hussin..penulis soalkan ini sebab biasanya puak2 gerombolan laju je lampirkan bukti laporan polis, tapi kali ni?... Berikut pula adalah mesej dari facebook "Umno Makin Tenat": TERBARU dari facebook "Umno Makin Tenat": p/s: Dua artikel penulis sebelum ini berkaitan isu ADUN Selising di bawah: 1. Fitnah ADUN PAS berzina: Bukti blogger Umno dan FTINAH tidak dapat dipisahkan... 2. Fitnah berzina: "Saya tidak akan maafkan mereka dunia dan akhirat" - ADUN Selising Sumber Artikel: http://warta365.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan