Anwar Ibrahim |
- Pakatan 100-day Reformasi Taster On The Plate
- Konvensyen Pakatan: Umum Program 100 Hari
- Ekuti Isi Rumah Ganti Ekuiti Asas Bangsa
- Demi Kuasa:Umno Lakukan Pembunuhan Karakter Keatas Anwar
- Rakyat Miskin, Kroni Umno Kaya- Nurul Izzah
- Tubuh IPCMC, Bebas SPRM, Dalam 100 Hari PR Memerintah
Pakatan 100-day Reformasi Taster On The Plate Posted: 18 Dec 2010 11:32 PM PST From Malaysiakini The message rang clear at Pakatan Rakyat’s second convention today in Kepala Batas, Penang: there is no time left to waste in saving the country from the ravages of Umno, and giving the coalition the mandate to take over Putrajaya to restore justice and democracy in Malaysia. During their speeches, the three main leaders from Pakatan – DAP national secretary-general Lim Guan Eng (second from right), PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail (second from left) and PAS president Abdul Hadi Awang (far right) spoke not only of doom under the present government, but hinted of policies that the nation would enjoy under Pakatan’s rule. Lim, who is Penang Chief Minister, kicked off the convention by announcing a 100-day programme for the people to enjoy a taste of real reformasi which is possible under Pakatan rule. The programme is a ten-point resolution that outlined in detail how Pakatan will administer the country for the good of all Malaysians. Pakatan leaders will sign the document, which is expected to be used as the coalition’s manifesto in the coming general election. Earlier, Lim warned Umno against hijacking the federal constitution to further split and divide Malaysians. He said that Umno often cites Article 153 of the federal constitution on the special position of the Malays as justification for their racist approach. "However, Umno invariably fails to mention that Article 153 also states that the legitimate interests of other communities must also be protected," he added. ‘Article 153 protects all’ Lim, who is DAP national secretary, said it is the responsibility of the Agong to safeguard the special position of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak as well as the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of the constitution. About 1,800 people turned up at the one-day event, which is expected to end at about 6pm. Others leaders present at the convention were Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim, Kedah Menteri Besar Azizan Abdul Razak and a representative of PAS spiritual leader and Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat. Last night, Anwar along with top Pakatan leaders held a ceramah in Balik Pulau, Penang, as a warm-up to the opposition coalition’s second convention. Before the convention, party leaders and delegates were entertained by several cultural shows like a silat performance, lion dance and a silamban (South Indian stickfighting). The event also saw a montage on the performance of the Penang state government, that mesmorised delegates with its soundtrack, P Ramlee’s hit ‘Getaran Jiwa’. Umno’s relentless progapanda During her speech, Wan Azizah warned of the continuous attacks on Pakatan by Umno-BN, saying it was clearly meant to create confusion among the people and supporters so that the coalition would collapse. "They whisper to the Malays that DAP will sell out the interests of the Malays, so that the Malays will be suspicious about the DAP… they whisper to the non-Malays that PAS is against them, so that they will be worried about PAS," she said. "They tell the whole of Malaysia that PKR and Anwar Ibrahim has problems with Pakatan so as to increase the people’s suspicions," she added. Wan Azizah said Umno will never tire of its propaganda against Pakatan to split up the coalition. It is time, therefore, that announcements henceforth come from the leaders of the three parties as a sign of unity. Meanwhile, Hadi said that PAS will continue to be the trustee of Islam as the official religion of the country, but stressed that other religions are to be allowed to practice peacefully. He added that the confusion about Islam propagated by PAS is caused by inappropriate examples and wrong interpretations spread by Umno, a party he accuses of promoting leaders who are untrustworthy, and who obtain power through corruption and lies. "In fact in the last convention (in 2008), we have answered all the accusations from our enemies that Pakatan does not understand the constitution and that we will sell out the rakyat," he said. "The truth is, it is they (Umno) who does not respect parliamentary democracy, especially when they arrogantly suspended our MPs… it is they who brought a bad name to the country in the eyes of the world". On the coming election, Hadi said Pakatan has yet had the chance to fully implement its policies effectively as the next general election is nigh and BN feels that the people’s support has returned to the ruling alliance. "We challenge BN to come to the ring in a trusted and sincere manner, instead of depending on government institutions and agencies; instead of riding on the mass media, and making false promises which eventually turn into corruption to the people," he said. “Lets enter the ring in a democratic manner, instead of clinging on to a democracy that has been destroyed,” he added. |
Konvensyen Pakatan: Umum Program 100 Hari Posted: 18 Dec 2010 11:28 PM PST Dari Malaysiakini Mesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia. Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan – setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut. Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang. Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno ‘merampas’ Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia. Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi. Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut. Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang. Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini. Sebelum konvensyen bermula, pemimpin dan para perwakilan dihiburkan dengan beberapa persembahan kesenian seperti persembahan silat, tarian singa dan silamban (senibela diri dari selatan India). Turut dipersembahkan ialah tayangan mengenai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dengan berlatarbelakang irama lagu popular P Ramli ‘Getaran Jiwa’. Sementara itu, Wan Azizah, dalam ucapannya, memberi amaran mengenai serangan berterusan terhadap Pakatan oleh Umno-BN, dengan menegaskan bahawa ia jelas bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penyokong Pakatan. Katanya, mereka berbisik kepada orang Melayu bahawa DAP akan menjual kepentingan Melayu, supaya orang Melayu mencurigai DAP. Menurutnya, mereka juga berbisik kepada bukan Melayu bahawa PAS menentang mereka, supaya mereka bimbang terhadap PAS. Mereka juga, tambahnya, memberitahu seluruh Malaysia bahawa PKR dan Anwar mempunyai masalah dengan Pakatan untuk meningkatkan kecurigaan di kalangan rakyat. Wan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut. Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman. |
Ekuti Isi Rumah Ganti Ekuiti Asas Bangsa Posted: 18 Dec 2010 11:23 PM PST Dari Harakah Reformasi ekonomi terpenting yang bakal diperkenalkan Pakatan Rakyat ialah menukar sasaran daripada ekuiti asas perkauman amalan Barisan Nasional sekarang kepada ekuiti isi rumah untuk semua rakyat. “Ekuiti asas perkauman seperti diamalkan sekarang telah menyebabkaan penderitaan rakyat kerana pemimpim-pemimpim Umno dan Barisan Nasional menyelewengkan pembahagian ekonomi atas nama kaum untuk suku sakat mereka,” kata Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke ketika membentangkan kertas kerja utama Konvensyen Pakatan Rakyat di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah memdedahkan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang serius akibat corak pemerintahan yang mengenepikan hasrat rakyat. “40 peratus rakyat Malaysia sekarang berpendapatan RM1500 sebulan dan berada di bawah paras kemiskinan dan daripada kumpulan ini tiga per empat adalah dari kalangan orang Melayu,” katanya. Lebih parah kata beliau, 34 peratus rakyat negara ini mendapat gaji kurang RM700 sebulan dan dalam keadaan sekarang angka pendapata ini boleh dikategorikan dalam kumpulan miskin tegar. Anthony turut menyenaraikan tindakan-tindakan yang bakal dilaksanakan Pakatan sebaik diberi mandat mentadbir negara ini. “Saya mewakili YAB Perdana Menteri kerajaan baru mengumumkan tol dihapuskan, mengembalikan subsidi minyak dan keperluan asas rakyat, Wi-Fi percuma di kawasan bandar dan sub-bandar, menghapuskan penswastaan sektor kesihatan, dan skim satu rumah satu keluarga,” kata beliau, |
Demi Kuasa:Umno Lakukan Pembunuhan Karakter Keatas Anwar Posted: 18 Dec 2010 11:20 PM PST Dari Harakah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan apa yang berlaku terhadap Ketua Pembangkang dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat 16 Disember di Parlimen lalu sebagai ‘pembunuhan karakter’ oleh Umno/BN. Peristiwa ini katanya sama seperti ketika Parti Negara dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar yang mana Allahyarham Onn difitnah oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menutup perjuangan bekas pengasas Umno itu, kata Wan Azizah. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 2000 perwakilan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua dekat sini pagi ini. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya. Menyambung hujahnya, Wan Azizah berkata, Umno/BN akan terus mematikan perjuangan pembangkang dengan ‘pembunuhan karakter’ termasuk pada tahun 1964 yang mana Dr Burhanuddin Al Helmy dan Ahmad Boestamam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dengan pelbagai sekatan, permainan media dan fitnah serta perkauman melampau, Umno/BN akhirnya berjaya melemahkan perjuangan pembangkang, katanya. Kini ujar Wan Azizah, Umno/BN tersepit setelah Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri termasuk di Perak yang akhirnya dirampas secara ‘keji’ oleh mereka. Apa yang mereka (Umno/BN) lakukan, semuanya ditutup oleh media mereka, sebaliknya sedikit kesilapan Pakatan Rakyat akan diperbesarkan, katanya. Di Parlimen 16 Disember lalu, Umno/BN mengenakan tindakan penggantungan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Karpal Singh (Bukit Gelugor), katanya. Penggantungan bukan kerana empat ahli Parlimen tersebut bersalah, sebaliknya kerana memperjuangkan isu pengkhianatan Umno/BN ke atas rakyat dalam isu pelantikan agensi perunding, APCO Worldwide dengan bayaran kontrak RM77 juta, katanya. Pakatan Rakyat membantah penggunaan khidmat APCO bukan kerana soal kepakaran, sebaliknya kerana agensi itu adalah proksi Israel, katanya. Namun ujar Wan Azizah, Umno/BN terus menerus menggunakan kuasa yang ada mempertahankan tindakan mereka melantik firma dari Israel itu tanpa memperdulikan suara rakyat. Baginya, pemimpin Umno/BN hanya leka memperjuangkan kekayaan, memperkayakan kroni dan mempertahan apa sahaja kesalahan mereka meskipun terpaksa membelakangkan undang-undang negara. Berdasarkan kepada senario yang ada hari ini dengan tekanan ekonomi, sosial yang melampau dan penzaliman yang berlaku, beliau mengajak rakyat bersama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan yang ada kini kepada sebuah kerajaan yang jauh lebih mementingkan hak rakyat. |
Rakyat Miskin, Kroni Umno Kaya- Nurul Izzah Posted: 18 Dec 2010 11:16 PM PST Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, sebilangan besar rakyat Malaysia masih dicengkam pelbagai bentuk kemiskinan manakala kroni umno-Barisan Nasional mengaut kemewahan negara, ujar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. ” Rakyat yang bertambah miskin. Kroni BN (yang) kaya. Rakyat miskin ekonomi, dibeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan gaji yang semakin rendah kuasa membeli. “Subsidi rakyat cepat dipotong kerana dapat kononnya jimat RM1.2 bilion manakala subsidi kepada kroni melebihi RM23 bilion…bukan saja lambat dipotong (tetapi) digantikan pula dengan sumber kekayaan projek lain,” Izzah memberitahu Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang. Rakyat negara ini juga terus miskin dalam bidang pendidikan apabila dibebani dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala isteri Perdana Menteri diberi berjuta-juta ringgit untuk kelolakan program bagi golongan elit, tambah beliau. ” Rakyat miskin pendidikan bilamana kita dapati bahawa program Permata yang bukan dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi oleh isteri Perdana Menteri “Pelajar tersebut belajar dua bahasa asing. Pelajar tersebut diberikan kokurikulum berkualiti tinggi. Mengapakah program Permata ini tidak menjadi program asas pendidikan menengah untuk semua rakyat Malaysia bukan hanya untuk segilintir elit?,” tambah Izzah lagi. Menurut beliau, rakyat Malaysia juga miskin demokrasi kerana menjadi mangsa kekejaman polis dan undang-undang zalim. “Rakyat Miskin masih menunggu untuk demokrasi kerana walaupun 53 tahun kita merdeka, masih ada undang-undang masa zaman perisytiharan darurat. Musuh-musuh negara sudah lama tewas. Siapa pula yang dianggap BN sebagai musuh Negara sekarang? Komunis? Teroris? Ekstremis? Atau Rakyat? kata Nurul. “Rakyat miskin demokrasi kerana masih wujud undang-undang anti-demokratik seperti ISA dan AUKU. Undang-undang ini untuk selamatkan dan lindungi Rakyat negara ini juga miskin demokrasi apabila pilihanraya yang dijalankan di negara ini tidak telus dan bersih. Paling malang, rakyat negara ini katanya miskin demokrasi apabila Parlimen negara dicemari dan dinodai oleh kerajaan Umno-BN. “Kita cabar Barisan Nasional untuk kembalikan hak dan maruah rakyat yang merdeka dengan menerima huluran tangan dwi- partisan dimana Pakatan Rakyat bersedia untuk bersama-sama Barisan Nasional didalam membentangkan AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI dengan memanggil sidang tergempar parlimen 30 hari dari sekarang. “Akta ini adalah tanda keikhlasan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Negara dari ambang kehancuran,” tambah Izzah lagi. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengingatkan seluruh jentera parti bahawa perjuangan politik adalah untuk memenuhi impian rakyat. Justeru katanya, penting kepada seluruh jentera parti merapatkan saf perjuangan dan mengeratkan tali persaudaraan untuk mengemudi bahtera parti yang berasaskan kepentingan rakyat ini. ” Kita berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan tali persaudaraan satu perjuangan menghadapi satu cabaran dan memenuhi satu impian di dalam satu Pakatan demi Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Demokrasi. ” Kita berkumpul hari ini untuk membawa Politik Harapan dan Pembebasan. ” Pakatan Rakyat adalah untuk menewaskan politik ketakutan dan kehancuran,”tegas Izzah. |
Tubuh IPCMC, Bebas SPRM, Dalam 100 Hari PR Memerintah Posted: 18 Dec 2010 11:10 PM PST Dari TV Selangor Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan pemulihan profesionalisma pasukan Polis Diraja Malaysia dan membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari (SPRM)kawalan Eksekutif. Isu berkenaan menjadi fokus utamanya ketika pembentangan kertas-kerja di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 hari ini. “Sejurus mengambil-alih kuasa, tekad kita adalah melaksanakan saranan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Penambahbaikan Polis, termasuk mewujudkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis atau IPCMC,” kata Saifuddin. Kematian mendiang A Kugan dan Allahyarham Aminulrasyid Amzah di tangan polis menunjukkan kerosakan PDRM dibawah Umno-Barisan Nasional. Pakatan Rakyat melahirkan rasa khuatir akan kerosakan yang bakal diwarisi generasi akan datang. “Polis sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, bukan zalimi rakyat. Topi dan ‘boot ‘mereka adalah dari duit rakyat. Kerja mereka bukan untuk sepak terajang rakyat, tetapi tegakkan keadilan di bumi Malaysia,” kata Saifuddin. Saifuddin dalam pembentanganya berkata perlaksanaan IPCMC menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dalam 100 hari mentadbir Malaysia. Selari dengan langkah itu, Pakatan Rakyat meletakkan keutamaan untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari campurtangan politik. “Pakatan Rakyat akan memastikan SPRM bertanggungjawab terus kepada Parlimen, dan melaksanakan tugasnya dengan adil dan amanah, tanpa rasa takut kepada penguasa,” tegas Saifuddin. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan