Khamis, 16 Disember 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Tafsiran “Muktamad” Speaker Kangaroo Court

Posted: 16 Dec 2010 04:59 PM PST

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Parlimen Malaysia membuka lembaran sejarah kegelapan baru hari ini setelah bersidang dalam kekecohan “ala-Kangaroo court”. Umum sedia maklum bahawa Kangaroo sejenis binatang yang menjadi lambang khusus Australia. Tetapi hari ini dengan Speaker yang acap kali menitikberatkan bahawa segala keputusan Speaker adalah “muktamad” meskipun “modus operandi” keputusan muktamad Speaker Parlimen Australia jauh berbeza dengan “modus operandi” “keputusan muktamad” Speaker Parlimen Malaysia. Rakyat dunia 1Malaysia cukup bernasib baik kerana berkesempatan melihat dari dekat kejadian-kejadian yang mencorakkan Kangaroo court meskipun apa yang berlaku adalah sesuatu yang memalukan Malaysia apabila dilihat dari jauh oleh masyarakat antarabangsa termasuk negara yang dilambangkan oleh Kangaroo.

Dalam kekecohan yang telah dilaporkan segera oleh laman web berita, aku yang berperut buncit memerhatikan sesuatu yang wajar dibangkitkan dalam ulasanku mengenai peranan Speaker dalam Kangaroo court yang juga berperut buncit yang kononnya “above politics” semasa kekecohan berlaku.

Nota dari Nazri Aziz

Semasa telefon bimbitku mencatatkan jam 10.38 pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menghulurkan sekeping nota kepada Bentara lantas diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah. Roosme memegang dan membaca nota tersebut selama lebih kurang 60 saat hingga 90 saat, kemudian diserahkan nota itu kembali kepada Bentara yang sama. Bentara kemudian menyerahkan nota tersebut kepada Speaker Pandikar Amin. Speaker merenung nota tersebut selama lebih kurang 60 saat sementara hujah bantahan satu per satu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa dihiraukan.

Tidak lama selepas itu, Pandikar (gambar kiri) mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan. Sejurus selepas itu, Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!”

Jam 11.24 pagi, nota kedua dihulurkan kepada Speaker. Kemudian, Speaker mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali segera menuntut untuk mengetahui peraturan mana yang akan digunakan oleh Speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Speaker kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diluluskan dengan suara majoriti.

Ketika saudara-saudari wartawan sekalian memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di Lobi Parlimen setelah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan Rakyat, aku pula memerhatikan penjalanan Dewan Rakyat yang seterusnya.

Setelah usul menggantung Ketua Pembangkang diluluskan tanpa perbahasan dan dibaca usul seterusnya untuk menggantung Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Azmin (gambar kanan), Speaker menanyakan ahli dewan sekalian: Perlukah usul dibahaskan?

Kedengaran suara ahli dewan yang rata-ratanya tinggal Ahli Parlimen Kerajaan 1Malaysia mengatakan “tak perlu” diikuti dengan balasan “perlu”. Perlu kerana tanpa perbahasan, Parlimen dan Speaker akan kelihatan tidak “above kerajaan”.

Implikasi dan detik-detik kejadian yang mencorakkan lembaran kegelapan Parlimen “ala-Kangaroo court” kali ini cukup signifikan. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tinggal 76 orang setelah wujudnya Konsensus Bebas yang tak bebas kini berdepan dengan risiko cabang Eksekutif yang selama ini “above perundangan” menggunakan peluang ini untuk melakukan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.

Jika ditolak empat setelah mengambil kira Ketua Pembangkang dan tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang digantung selama enam bulan – dalam tempoh enam bulan akan datang, adakah Speaker yang tegas dengan “keputusan muktamad” Kangaroo Court akan menggunakan kuasa dan budi bicara beliau dan menafsirkan 2/3 majoriti sebagai 2/3 daripada jumlah ahli parlimen yang hadir dalam dewan?

Meskipun sesungguhnya 2/3 majoriti merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli parlimen sedia ada, kita hanya yakin dengan Speaker yang benar-benar “above eksekutif”, bukan Speaker Kangaroo Court yang cenderung untuk membuat penafsiran “luar biasa” secara muktamad!

Speaker dipertikai

Telitilah Laporan Minoriti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Subang. Ikutilah hujah-hujah mereka dalam Dewan Rakyat pagi tadi sebelum ditendang keluar oleh Kangaroo Court. Yang dipertikaikan dalam usul menggantung Ketua Pembangkang bukan keputusan apa yang diambil tetapi proses keputusan tersebut dibuat dan diubah setelah Speaker yang berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sendiri menafsirkan Peraturan Mesyuarat 82(11) bahawa Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk menolak mendengar sebarang keterangan yang tidak relevan. Bagaimana Dewan Rakyat (baca: Majlis) mengetahui bahawa keterangan Ketua Pembangkang “tidak relevan’ apabila Pengerusi Jawatankuasa telah menafikan hak Ketua Pembangkang untuk memanggil saksi-saksi beliau sendiri dalam perkara ini dan hak beliau sendiri untuk didengar?

Sedangkan Ketua Pembangkang telah menerima jaminan daripada Speaker semasa prosiding dalam Majlis pada 22 April 2010 dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kedua dan Ketiga pada 8 Jun 2010 dan 9 Jun 2010 bahawa beliau akan dibenarkan untuk mendengar semua keterangan saksi yang diberikan di hadapan Jawatankuasa dan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saksi-saksi. Apakah penjelasan Speaker terhadap conflict of interest yang berlaku semasa beliau berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa? Apakah penjelasan Speaker terhadap tafsiran luar biasa yang diputuskan secara muktamad?

Majoriti 2/3

Balik semula kepada persoalan 2/3 majoriti. Menurut Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia, “keperluan majoriti 2/3 ahli Dewan bagi meluluskan sesuatu undang-undang hanya membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja. Dari tahun 1958 sehingga tahun 2007, sebanyak 55 pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen. Pindaan-pindaan ini adalah membabitkan pindaan Akta Perlembagaan, Ordinan Perlembagaan, Akta Malaysia, Akta Darurat, Ordinan Darurat, Akta Matawang Malaysia, Akta Pemberian Ikut Kepala, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Pendidikan dan Perintah Keanggotaan Mahkamah”.

Setelah menyaksikan babak-babak Kangaroo Court pagi ini, aku yang tidak mengharapkan Perdana Menteri 1Malaysia mencabar dan membantah sekuat-kuatnya kepada Kerajaan Singapura apabila beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya menurut Wikileaks, kini juga tidak mengharapkan Speaker Kangaroo Court membuat keputusan muktamad yang benar-benar muktamad dan “above” keputusan Kerajaan 1Malaysia.

Oleh sebab itu, meskipun aku tahu tafsiran 2/3 majoriti seharusnya merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli dewan sedia ada, aku masih merasakan sesuatu yang lebih gelap akan berlaku dalam dunia 1Malaysia. Melainkan sekiranya Speaker sedia ada meletak jawatan dan digantikan dengan calon yang tidak memihak kepada Kerajaan dan tidak membuat tafsiran luar biasa secara muktamad!

Bak kata Charles Dickens dalam karya beliau A Tale of Two Cities:

“Ini adalah saat yang terbaik, ini adalah saat yang terburuk; ini adalah zaman kearifan, ini adalah zaman kebodohan; ini adalah era mempercayai, ini adalah era syak wasangka; ini adalah musim Kecerahan, ini adalah musim Kegelapan…”

Tambahan juga, jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat kini tinggal 76 orang, Kerajaan yang above Kangaroo Court hanya memerlukan dua lagi ahli parlimen bagi mengemukakan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.

Justeru, babak-babak kegelapan pagi ini wajar dilihat sebagai satu peringatan kepada Pakatan Rakyat supaya jangan dilupakan betapa signifikannya apabila 76 menjadi 74. Menjelang pilihanraya umum, dalam detik-detik kecerahan kelihatan babak-babak kegelapan, dalam babak-babak kegelapan haruslah dicungkil keluar detik-detik kecerahan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Sidang Media Pakatan Rakyat,Jumaat,17 Disember 2010

Posted: 16 Dec 2010 04:32 AM PST

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA BERHUBUNG PENGGANTUNGAN KETUA PEMBANGKANG DAN TIGA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT SELAMA 6 BULAN DARIPADA PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT BERKENAAN ISU APCO

Pakatan Rakyat mengecam tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang telah menyalahgunakan kuasa Speaker seperti yang diperuntukan dalam Aturan Mesyuarat untuk menidakkan hak kebebasan bersuara di Dewan Rakyat ketika persidangan pagi tadi.

Usul penggantungan Ketua Pembangkang ke atas isu APCO diluluskan tanpa perbahasan dengan menafikan peluang beliau untuk memberi penjelasan, ternyata menggugat kedaulatan dan kebebasan Parlimen Malaysia. Sebelum itu, Laporan Minoriti yang dibawa oleh Ahli Parlimen Subang dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut ditolak oleh Tan Sri Speaker yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Sehubungan dengan itu, saudara dan saudari dijemput ke satu sesi sidang media yang akan diadakan pada esok pagi bagi menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat berikutan penggantungan Ketua Pembangkang dan tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama 6 bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Butiran sidang media tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Tingkat 1, Ibu Pejabat Keadilan,A-1-09, Merchant Square, No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya

Panel:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh
2. YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak
3. YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor
4. YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Pasu
5. YB R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang

INVITATION TO THE PRESS CONFERENCE REGARDING THE SUSPENSION OF THE OPPOSITION LEADER AND THREE PAKATAN RAKYAT'S MEMBERS OF PARLIAMENT FOR 6 MONTHS FROM PARLIAMENTARY SESSION OVER THE ISSUE OF APCO

Pakatan Rakyat condemns the Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia who clearly abused his power as provided in the Parliamentarian Rules to deny the right of free speech in Dewan Rakyat this morning.

The proposal to suspend the opposition leader on the issue of APCO was approved without debate that denied his right to defend himself, has clearly threatens the sovereignty and independence of the Malaysian Parliament. Previously, the Minority Report brought by Member of Parliaments of Subang and Bukit Gelugor was also rejected by Speaker Tan Sri who chaired the Committee of the Rights and Privileges.

Therefore, the media are invited to a press conference tomorrow morning that will explain the actions to be taken by Pakatan Rakyat following the suspension of the Opposition leader and three Pakatan Rakyat's MPs for 6 months from attending Parliament session. Details of the press conference as follows:

Date : 17 December 2010 (Friday)
Time : 10.30 morning
Location : Level 1, Keadilan Headquarters, A-1-09, Merchant Square, No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya

Panellists

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Opposition Leader, MP Permatang Pauh
2. YB Azmin Ali, MP Gombak
3. YB Karpal Singh, MP Bukit Gelugor
4. YB Mahfuz Omar, MP Kubang Pasu
5. YB R Sivarasa, MP Subang

Gelapnya Demokrasi

Posted: 16 Dec 2010 04:22 AM PST


Penggantungan Anwar Dari Parlimen Satu Tragedi Demokrasi

Posted: 16 Dec 2010 04:06 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen Malaysia. Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adlah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita. Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk
mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.

Penafian hak ke atas Dato' Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman. Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal
dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.

Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.
Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah
SAW adalah pemimpin ulung ummah.

PAS berharap agar kesilapan yang sedang berlaku dalam kes ini diperbetulkan segera supaya kita terus dihormati oleh semua lapisan rakyat. PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara. Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini.
??
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
9 Muharam 1432 H / 15 Disember 2010 M

Anwar Out For Six Months Amid Loud Protests

Posted: 15 Dec 2010 09:06 PM PST

From Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim was suspended today for six months from Parliament amid loud protests and a walkout by Pakatan Rakyat PR MPs calling the Dewan Rakyat a kangaroo court

The opposition leader received the boot for claiming earlier this year that Datuk Seri Najib Razak's public relations consultants APCO Worldwide had been behind both the 1 Malaysia and One Israel concepts

There was no debate on the motion to suspend Anwar as Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia picture claimed that the opposition's rowdy behaviour showed that they had no intention to debate the matter

"I see no intention on the opposition's part to debate the matter So we will go ahead and vote on this without debate " said Pandikar over shouts of agreement from Barisan Nasional MPs

PR lawmakers had tried their best to delay the voting on Anwar's suspension by interjecting and disturbing Pandikar every few minutes

The MPs had brought placards calling the Dewan Rakyat a "kangaroo court"

All PR lawmakers walked out after the motion to suspend Anwar was passed

The Dewan Rakyat is currently debating the motion on suspending Azmin Ali Karpal Singh and Sivarasa Rasiah There are no PR lawmakers inside the hall as of right now as only BN MPs are debating the motion

Gantung Anwar: Tindakan Dayus BN Hadapi Pakatan Rakyat

Posted: 15 Dec 2010 08:56 PM PST

Dari Harakah

Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.

10.00 am: MP Shah Alam, Khalid Samad bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.

10.15 am: Speaker, Tan Sri Pandikar Amin tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.

Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam menafsirkan, peruntukan 83 (1) peraturan mesyuarat.

Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.

11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.

Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.

11.15 am: MP Rembau, Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.

MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buat rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.

Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.

11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.

11.25 am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.

11.30 am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.

11.40 am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama sendiri.

Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

“Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

“Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

“Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman,” kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

“Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil,” tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

“Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah,” katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

“PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

“Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini,” tegasnya.

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

Posted: 15 Dec 2010 08:44 PM PST

Dari Suara Keadilan

Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej ‘bankrap’ yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyal sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat.

“Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Fekda di seluruh negara.

“Daripada maklum balas lawatan saya ke beberapa kawasan Felda, para peneroka kini amat marah dengan dengan kerajaan kerana mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh Felda. Mengapa kini secara tiba-tiba mahu beri wang tunai kepada peneroka setelah isu bankrap di bongkar?” kata Dr Tan dalam kenyataannya.

Seterusnya Dr Tan menyenaraikan beberapa isu bersangkutan Felda yang perlu dijawab oleh agensi itu:

1. Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurabg-kurangnya sebanyak RM8 bilion.

2. Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang inbi akan membantu peneroka Fekda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda?
Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.

3. Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta million.

Sekiranya Felda telus dedahkan apa sebenarnya terjadi kepada projek ini.

Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 sehari!

4. Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.

5. Saya melawat satu skim felda dekat Kemaman pada Ogis lalu dan bercakap dengan beberapa peneroka yang mahu menyaman Felda berhubung Tabung Tanam Semula. Setiap daripada mereka telah menyumbang kepada tabung tersebut sejak 17 tahun dan kini berjumlah RM17,000. Apabila mereka menanam semula, wang peribadi digunakan tanpa menyentuh simpanan dalam tabung itu. Sudah tiga tahun mereka menunggu tetapi masih dinafikan oleh pengurusan Felda.

Jika Felda mengatakan ia tidak bankrap mengapa payah sangat untuk mengembalikan wang peneroka yang jumlahnya tidak seberapa?

Penggantungan 4 MP: Usaha Terakhir UMNO-BN Untuk Terus Bernafas

Posted: 15 Dec 2010 08:41 PM PST

KENYATAAN MEDIA
KELAB ANWAR IBRAHIM (AIC)

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius berita terbaru berkaitan cubaan pengantungan 4 Ahli Parlimen Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, yang telah diusulkan di Parlimen melalui Aturan Urusan Mesyuarat tanpa melalui notis 7 hari seperti kebiasaan.

AIC mengangap ini sebagai langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa di samping laporan Wikileaks (daripada sumber diplomat Singapura) yang mengaitkan tengkuk Presidennya, Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Malaysia menuju demokrasi gelap! di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, parlimen terus diperkudakan Regim UMNO-BN, Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia “boneka yang dilacurkan” untuk menjayakan setiap kehendak mereka. Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan Perlembagaan Malaysia.

Ini juga digunakan untuk mengalih isu, mengenai kenaikan harga barangan yang “mengikat” leher Rakyat, maka pelbagai helah & berita digunakan untuk mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama ini.

Melalui tindakan ini, tujuan Regim UMNO-BN , tidak lain tidak bukan adalah untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen yang akhirnya membolehkan mereka meluluskan usul pensempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan memihak kepada mereka . Kita boleh mengimbau sejarah lalu ketika Pilihanraya Umum ke-11 di mana modus-operandi yang sama digunakan untuk mereka memenangi lebih 2/3 majoriti di Parlimen.

Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke “ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berpelembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!”. Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!

AIC percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya Regim Najib Razak untuk terus berkuasa, ini mengingatkan rakyat tentang kes Perampasan Kuasa di Negeri Perak, mereka memperkudakan Sistem Kesultanan & Mahkamah dalam menjayakan misi jahat mereka.

HASANI MOHAMED.

Koordinator Media
Kelab Anwar Ibrahim(AIC)

Tiada ulasan: