Sabtu, 4 Disember 2010

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


KENAIKAN HARGA PETROL TANDA INFLASI TINGGI

Posted: 03 Dec 2010 07:24 AM PST



SHAH ALAM 3 DIS: Kenaikan harga barangan bersubsidi iaitu petrol RON95, gas LPG, diesel dan gula jelas menunjukkan kadar inflasi negara sememangnya tinggi dan bukannya sederhana seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Umno-BN.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan apabila inflasi tinggi, harga hampir kesemua barangan dan servis akan meningkat tetapi impak terbesar adalah pada sektor pengangkutan dengan kenaikan harga tambang bas dan sebagainya.

"Bila harga naik juga bermaksud inflasi telah naik, dan kerajaan selalu mengatakan bahawa inflasi tidak naik tetapi dalam keadaan-keadaan sederhana. Tetapi apabila saya berbincang dengan warga miskin, di jalanraya, di pasar, mereka kata kebanyakan harga barang telahpn naik. Tahun ini sahaja, bulan ke bulan harga naik," kata beliau kepada TVselangor, petang tadi

Beliau yang mendapat berita berkenaan kenaikan harga RON95 yang dijangka naik lima sen bermula tengah malam ini berkata penurunan subsidi oleh kerajaan Umno-BN hanya akan memiskinkan lagi rakyat jelata.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan memang hendak menurunkan subsidi untuk rakyat, tapi untuk kaya dan kroni dia masih bagi subsidi. Tetapi untuk rakyat jelata yang miskin, pekerja, petani, dan penganggur dan orang-orang yang berpendapatan rendah, mereka tidak akan mendapat apa-apa," tegas beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata dakwan kerajaan bahawa inflasi tidak begitu berubah hanyalah 'public relations' (perhubungan awam) sahaja. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan menaikkan hargaa barangan asa termasuk minyak petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional\Umno tidak menghiraukan kesusahan rakyat.

"Jangan lupa ia akan mencetuskan tekanan inflasi. sebab barang-barang ini bersangkutan seperti petrol, gas, diesel, gula ada dalam perkhidmatan dan produk. tenaga diesel, gas ini penting. semua pengedar, pengilang, peruncit, pengguna akan menanggung dengan kenaikan ini' katanya kepada Tvselangor petang tadi.

Menurutnya, BN tidak memperdulikan nadi rakyat kerana kenaikan harga berkenaan juga secara tidak langsung akan mencetuskan kenaikan pelbagai barangan asasi. ""Dengan kenaikan barang asasi ini bakal mencetuskan tekanan dan keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah khususnya kerana mereka ini kalau kita fikir, orang yang berkerja ada juga mungkin kenaikkan gajinya...tetapi kalau orang yang tidak berpendapatan tetap dan tiada gaji, apa kenaikan pendapatan mereka? mereka terbeban dengan kenaikan ini" katanya lagi.

Beliau menambah kenaikan tersebut juga membayangkan kerajaan terhimpit untuk mendapatkan dana atau meningkatkan pendapatan mereka. Menurutnya lagi, setelah kerajaan BN gagal mengemukakan pembentangan cukai baru GST, mereka mengambil jalan untuk menaikkan harga barangan asa berkenaan secara berperingkat
""Kerajaan tetap mencari pendapatan untuk mereka dengan memangsakan rakyat, rakyat perlu dimangsakan...bukan dengan kegiatan ekonomi, pelaburan, produktiviti dan sebagainya," tambah beliau lagi.

5 JENIS BARANG NAIK LAGI.

Posted: 03 Dec 2010 06:31 AM PST




Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

sumber daripada Malaysiakini.

Tiada ulasan: