Khamis, 30 Disember 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Arah buang salib, Najib digesa mohon maaf

Posted: 30 Dec 2010 12:22 AM PST

Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.

NONETeresa berkata arahan itu menetapkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu.

Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.

Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.

Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor menyifatkan arahan daripada pejabat perdana menteri itu merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" masyarakat Kristian.

"Arahan Pejabat Perdana Menteri itu adalah satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama 1Malaysia yang dikhutbahkan dengan penuh ghairah oleh Najib," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

najib pc 091210 01Tambahnya, Najib perlu memohon maaf kepada CFM kerana "menyah-Kristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

"Arahan seperti itu daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak ikhlas dan tidak sopan kelakuan Najib sebagai seorang tetamu," katanya.

Teresa juga berkata, beliau meragui sekiranya Najib tidak mengetahui bahawa pejabatnya sendiri telah mengeluarkan arahan berkenaan.

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.

"Saya harap Najib dan pejabatnya akan sedar bahawa ada makna mendalam bagi Krismas, melebihi Santa Claus dan salju dan makna mendalam itu perlu dihormati," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Selangor buat solat hajat, mohon selesai kemelut

Posted: 30 Dec 2010 12:20 AM PST


KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ekoran beberapa kes yang melanda pentadbiran negeri Selangor, kerajaan negeri itu akan mengadakan solat hajat malam ini.

Majlis solat hajat berkenaan akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Dimaklumkan, program tersebut akan bermula jam 6.30 petang sebelum solat maghrib.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Arfa'eza A. Aziz, program malam ini adalah bertujuan memohon kesejahteraan, kebenaran dan keadillan kepada kerajaan dan rakyat negeri itu.

"Solat hajat untuk kesejahteraan, kebenaran dan keadilan Selangor malam ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Sehubungan itu, semua rakyat negeri Selangor dijemput menghadiri majlis tersebut yang turut akan diisi dengan ucapan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain.

Majlis itu dipercayaai ada kaitan dengan isu terbaru melanda kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (Suk) yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi oleh pusat berkuat kuasa 1 Januari ini.

Perlantikan Khusrin itu bagaimanapun dipertikai kerajaan negeri kerana mendakwa tidak dimaklumkan kepada pihak Menteri Besar.

Isu tersebut terus menjadi polemik pada masa ini apatah lagi turut melibatkan pihak istana negeri Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan semalam tidak menolak kemungkinan ianya didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik pihak tertentu.

Kerajaan negeri juga menurut beliau memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.

Mereka turut menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini.


Sumber: Harakah Daily

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab

Posted: 30 Dec 2010 12:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

"...tak kan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia," ulas bloger Misaimerah dalam blognya.

Keghairahan dan kesungguhan mencari siapa menteri yang dimaksudkan itu terus mendapat perhatian mereka apatah lagi dalam keadaan negara dalam mood perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang Januari ini.

Semua kelompok bloger ini yakin isu tersebut mampu menjadi senjata ampuh khususnya kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan PRK Tenang, malah juga untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung Mac atau April tahun hadapan.

"Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Tenang.

"Sesiapa saja yang dituduh mesti dibawa ke muka pengadilan...apatah lagi yang didakwa ini adalah seorang pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat," tulis bloger Anak Sungai Derhaka.

Biarpun kredibiliti WikiLeaks itu dipertikai, namun tindakan Umno BN yang mengajak rakyat mempercayai pendedahan berhubung isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memakan diri apabila rakyat juga 'terpaksa' percaya bahawa benar seorang menteri BN telah merogol amahnya.

Jika sekalipun WikiLeaks tidak boleh dipercayai, namun pendedahan sokongan oleh pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita, Migrant Care dan bloger Tukar Tiub, sudah cukup untuk rakyat mempercayaai bahawa ianya memang wujud.

Namun yang lebih wajar dipercayai adalah pendedahan sepucuk surat aduan daripada adik mangsa yang menceritakan secara jelas apa yang berlaku yang juga didedahkan dalam laporan Harakahdaily sebelum ini.

Sehingga kini juga, belum ada mana-mana pihak khususnya dari pimpinan Umno BN yang berani mengulas isu tersebut.

Penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sangat ditunggu-tunggu semua pihak.

"Tunggu dan tunggu, kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Siapa akan kena saman?," tulis bloger Tukar Tiub merujuk laporan Harakahdaily yang turut disiar di blognya.


Sumber: Harakah Daily

Mike Bidas Fitnah Rasis Gobala

Posted: 30 Dec 2010 12:13 AM PST


SHAH ALAM 30 DIS: Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) semakin "liar" hari ini apabila mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin MIC dan penyokong Barisan Nasional(BN) untuk melontar fitnah berbentuk rasis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gobala memperhebatkan serangannya terhadap Ketua Umum PKR itu setelah beliau tidak dilantik menjadi naib presiden PKR susulan pemilihan parti bulan lalu.

Ahli Parlimen itu mengecam keputusan PKR melantik peguam dan aktivis masyarakat N.Surendran dan sebagai naib presiden PKR.

Beliau mendakwa Surendran dilantik walaupun beliau bukan ahli PKR, malah membuat tuduhan sebelum ini bahawa peguam muda itu tidak berjasa kepada kaum India.

Hari ini Gobala sekali lagi mensasarkan Anwar pada sidang akhbar yang dihadiri bersama oleh wakil Pemuda MIC S. Subramaniam dan wakil Gerakan Anti Samy Vellu K.P. Samy di sebuah restoran di Petaling Jaya.

Kehadiran Gobala bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional itu dilihat petanda jelas beliau mencabar PKR untuk mengenakan tindakan displin terhadap beliau.

Beliau diuar-uarkan akan menyertai parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim pada bulan depan.

Pada sidang akhbar pagi tadi, Gobala sekali lagi menuduh Anwar sebagai anti-Hindu dan mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008.

Dalam membuat tuduhan itu, Gobala tidak menjawab kenapa beliau membuat tuduhan itu hanya sekarang, setelah gagal dilantik menjadi Naib Presiden PKR.

Hakikat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya membekukan kerja-kerja mengubah suai kuil itu setelah tapak berkenaan di landa masalah hakisan tanah dan tanah runtuh.

Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam menolak tuduhan-tuduhan Gobala dan menegaskan tidak ada sebarang campurtangan politik bersabit kuil Sivan di Petaling Jaya.

"Tidak pernah Anwar tutup mana-mana kuil. Ini tidak benar dan fitnah. Bagi saya Anwar tidak pernah tutup kuil. Kuil Bukit Gasing memang ada masalah tanah runtuh. Kita khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka semua akan salahkan kerajaan Pakatan Rakyat," beliau memberitahu Tv Selangor.

Manikavasagam berkata orang ramai masih dibenar menunaikan ibadat di kuil itu cuma kerja-kerja pengubahsuaian dibekukan sehingga MBPJ mengemukakan hasil siasatanya.

"Jadi kita mahu tunggu laporan daripada Majlis, kalau tiada masalah kita buka. Kalau satu kuil ditutup, saya orang pertama yang akan bising. Tapi dalam isu ini saya tahu kenapa kuil ini ditutup kerana takut kejadian tanah runtuh. Kita selalu fikir pasal keselamatan. Dalam isu ini, Anwar tidak tutup kuil," tambah beliau.

Manikavasagam berkata Gobala tidak berpegang kepada kebenaran apabila menuduh anwar anti-Hindu.

"Siapa cakap Anwar anti-Hindu? Saya diberi bertanding di Kapar, kalau Anwar anti Hindu tidak akan beliau namakan saya calon untuk pilihanraya 2008. Sivarasa (Rasiah) bertanding juga. Kalau dia anti India, tidak ada seorang pun yang akan bertanding. Gobala pun tidak akan bertanding. Saya rasa tidak benar. Saya pun tidak tahu apa YB Gobala fikir,"kata beliau.

Manikavasagam menggesa Gobala supaya menerima keputusan parti melantik Surendran sebagai naib presiden dan memberi tumpuan kepada perjuangan parti.

"Saya pun kecewa tapi ini keputusan parti, Presiden dan Ketua Umum. Kecewa memang ada, saya setuju Gobala, Xavier, Sivarasa dan Suresh kecewa, kami semua bertanding. Tapi ini keputusan daripada parti, kita kena akur dan terima. Saya terima," kata beliau

Hakikat ialah Surendran layak untuk memegang jawatan itu kerana rekodnya sebagai seorang aktivis dan peguam yang banyak membantu masyarakat terpinggir.

"Surendren memang seorang yang rajin, selalu perihatin isu masyarakat. Dia layak. Saya yang bawa dia masuk dalam parti," tegas Manikavasagam.


Sumber: TVSNEWS

Kit Siang : Lantikan SUK Langgar Semangat Perlembagaan Selangor

Posted: 30 Dec 2010 12:07 AM PST


SHAH ALAM 30 DIS : Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya telah melanggar semangat perlembagaan Selangor, dakwa Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang berkata demikian dalam blognya hari ini.

"Walaupun tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Tubuh Negeri Selangor di mana Menteri Besar perlu diberitahu ataupun kebenarannya diperlukan, ini merupakan hujah tipis dan tidak boleh diterima.

"Putrajaya juga sepatutnya tidak melibatkan Sultan Selangor dalam isu perlantikan SUK kerana di dalam perlembagaan tersebut, ianya juga tidak menyebut bahawa Sultan harus diberitahu pelantikan tersebut," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Ujarnya, apa yang paling penting di dalam konvensyen berperlembagaan adalah perundingan antara Menteri Besar dan Sultan berhubung pelantikan pemimpin utama negeri bagi menjunjung integriti perlembagaan negeri dan memenuhi mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor ketika mereka memilih kerajaan pada pilihanraya umum lalu.

"Walaupun perlembagaan Negeri Selangor tidak menyatakan dengan jelas peranan Menteri Besar berhubung pelantikan setiausaha negeri, ia juga turut tidak menyatakan dengan jelas peranan Sultan pada hal yang sama.

"KSN yang diberikan tugas dalam membuat pelantikan itu seharusnya sedar akan pakatan politik yang berbeza antara persekutuan dan kerajaan negeri Selangor dan yang paling penting bagi memastikan pelantikan itu menjadi jambatan penghubung atau sekurang-kurangnya tidak dilihat sebagai bertentangan antara kepentingan kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan," tegas beliau.

Menurutnya lagi, Perkara 55 di dalam Perlembagaan Negeri Selangor di mana "Sultan harus bertindak atas nasihat" menyatakan bahawa Sultan harus bertindak bersesuaian dengan nasihat daripada anggota Exco negeri kecuali untuk kes-kes tertentu - (dan pelantikan SUK bukan merupakan kes yang luar biasa di mana Sultan boleh bertindak dalam kebijaksanaannya).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut meminta Sidek menghentikan pelanggaran semangat dan kandungan perlembagaan negeri dalam isu perlantikan SUK Selangor dengan melakukan proses perundingan dengan Menteri Besar berhubung pelantikan tersebut bagi mengelakkan negara dan rakyat dari terjerumus dalam krisis Perlembagaan.


Sumber: TVSNEWS

1,000 Siswa Rancang Berhimpun Di PJ Pada 1 Jan

Posted: 30 Dec 2010 12:01 AM PST


PETALING JAYA 30 DIS : Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan "persaudaraan bawah semangat patriotisme".

Presiden Solidariti Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin berkata program itu antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiwa.

"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan," katanya sambil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.

Menurut Shazni juga, permit polis akan dipohon hari ini bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - penganjur bersama - Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula 8.30 pagi itu juga bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Selain itu, tambahnya, ia menujukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, "pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11 (1 Januari 2011).


Sumber: TVSNEWS

Azizan : Pertahan Kedah Daripada Dirampas Umno-BN

Posted: 29 Dec 2010 11:58 PM PST


ALOR SETAR 30 DIS : PAS sesekali tidak akan memberi peluang kepada Umno-Barisan Nasional untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat, tegas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Memetik laporan Harakah Daily Online, biarpun adanya perubahan pada pucuk kepimpinan Umno negeri di Kedah, ia tidak akan memberi apa-apa impak terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS selama ini.

"Walau apa pun aspirasi mereka, PAS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada Umno untuk meneruskan hasrat mereka untuk mencapainya dengan jalan yang mudah. Siapa saja yang menjadi pesaing kepada parti lawan, kita akan terus berjuang tanpa menyerah kalah kepada mereka," tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Bashah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata menggantikan Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Rombakan yang dibuat itu juga sebagai salah satu alternatif Umno bagi menguatkan barisan kepimpinan negeri yang terdiri dari pemimpin tempatan menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan bermula tidak lama lagi.


Sumber: TVSNEWS

Kes Aminulrasyid : Pendakwaan Tutup Kes

Posted: 29 Dec 2010 11:54 PM PST


SHAH ALAM 30 DIS : Pendakwaan semalam menutup kesnya terhadap seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15,dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Latifah Mohd Tahar selepas saksi ke-39 pendakwaan Koperal Zainon Harun selesai memberi keterangan.

Latifah kemudian menetapkan 28 Januari depan untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pendakwaan.

Di kandang tertuduh ialah Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara pukul 1.10 pagi hingga 2 pagi, 26 April lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Zainon, seorang detektif yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam berkata, beliau diarahkan pegawal penyiasat awal kes itu, ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin, untuk mencari penunda bagimembawa kereta yang dipandu Aminulrasyid ke IPD berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat nama syarikat yang menunda kenderaan tersebut.

Mahkamah turut mendengar keterangan pegawai penyiasat kes ASP Abdul Halim Ismail yang menyambung keterangannya hari ini bahawa dari segi perundangan,tidak salah bagi anggota peronda menembak belakang kereta yang dipandu Aminulrasyid sewaktu kejadian, jika tidak ada cara lain bagi menghentikan kereta tersebut.

Beliau berkata dalam kes ini, mangsa telah melakukan banyak kesalahan, antaranya memandu secara laju serta berbahaya, dan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara D22, anggota polis trafik dibenarkan menggunakan senjata api jika keselamatan mereka terancam.

Katanya, jika kereta yang dikejar atau dipintas tidak berhenti, polis akan menganggap kenderaan itu dipandu penjenayah.

BERNAMA

Tiada ulasan: