Ahad, 19 Disember 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan

Posted: 19 Dec 2010 09:54 PM PST

Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.

anti ppsmi rumah pena 100309 suhaizan kaiat"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang juga setiausaha Umno Labis mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Empat, lima calon

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.

"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.

azlanSementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.

Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.

Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:

"Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.

"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat.


Sumber: Malaysiakini

PAS mahu 100 hari buktikan 'angan-angan'

Posted: 19 Dec 2010 09:35 PM PST

Susulan konvensyen PKR yang berakhir semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan 100 hari untuk membuktikan bahawa janji mereka bukanlah palsu atau angan-angan.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris (kiri) juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana konvensyen yang dianjurkan berjaya mencapai matlamat.

"Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCa dan GERAKAN.

"Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku (dalam konvensyen Pakatan)," katanya.


Sumber: Malaysiakini

MCA main sentimen perkauman - Guan Eng

Posted: 19 Dec 2010 09:32 PM PST


GEORGETOWN, 20 Dis: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membidas MCA kerana cuba menjuarai masyarakat Cina dengan memainkan sentimen perkauman bagi meraih sokongan yang semakin lama semakin pudar terhadap mereka dan juga Barisan Nasional (BN).

Mengulas kenyataan Timbalan Bendahari MCA Selangor, Lee Ban Seng yang mendakwa Kerajaan Pulau Pinang tidak melaksanakan pemberian tender secara telus bagi semua projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ekoran 100 peratus nilai projek diserahkan kepada kontraktor Melayu yang layak, Lim menegaskan dakwaan tersebut berunsur perkauman.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, oleh kerana mempunyai kepentingan politik maka MCA melempar tohmahan dan fitnah dengan mengaitkan isu ini sebagai satu isu murahan mereka.

"Sebelum ini Umno mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai anti Melayu. Kemudian MCA pula menuduh kita sebagai anti Cina. Hakikatnya kita yang menerajui kerajaan tidak menjadikan perkauman sebagai modal politik.

"Kita tidak anti kepada mana-mana kaum kecuali BN yang ditentang kerana sikap mereka yang sering mempolitikkan isu dan sentimen kaum untuk kepentingan politik mereka, " ujarnya.

Lim menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak melaksanakan dasar berasaskan kepada kaum dan memilih bulu atau kronisme, tetapi pemilihan adalah berdasarkan kepada kredibiliti dan kepakaran serta kualiti tugas yang pernah dan akan dilaksanakan oleh kontraktor yang diberi kepercayaan.

Baru-baru ini Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan mendakwa Kerajaan Negeri tidak menyatakan jumlah nilai projek dan tender dengan benar.

Ekoran itu Lim mendedahan bahawa 100 peratus projek JPS serta 98 peratus projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri di bawah peruntukan Kerajaan Pulau Pinang diberikan kepada kontraktor Melayu yang layak.

Manakala 18 tender JPS yang bernilai RM40.94 juta juga dianugerahkan kepada kontraktor Melayu yang mempunyai kepakaran seperti mana yang dikehendaki. Sementara itu 16 dari 17 tender JKR yang bernilai RM20.4 juta turut diberikan kepada kontraktor Melayu membabitkan 98 peratus nilai projek.


Sumber: HarakahDaily

Sambut Baik Hasrat Karpal, Hadi Sedia Jelas Negara Islam

Posted: 19 Dec 2010 09:31 PM PST


KUALA LUMPUR 20 DIS: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut baik hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bersedia membincangkan isu negara Islam yang sering digunakan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk memecah-belahkan ke dua-dua parti itu, lapor The Malaysian Insider.

Ujar Presiden PAS itu, partinya sentiasa terbuka untuk menjelaskan isu negara Islam kepada rakyat dan juga pemimpin-pemimpin politik negara ini.

"Kita sentiasa terbuka untuk beri penjelasan dalam isu ini (negara Islam), kita juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal.

"Saya sentiasa berjumpa dengan Karpal, cuma kita perlukan masa, berikan masa kepada PAS untuk jelaskan isu ini kepada rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Isu negara Islam ini menjadi pendebatan utama PAS dan DAP, dan dilihat menjadi "duri dalam daging" dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR sekiranya tidak mencapai kata sepakat berhubung isu itu.

Semalam ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang, Karpal mahu isu negara Islam yang dibawa oleh PAS selama ini dan dilihat menjadi 'halangan' kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

"Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita," katanya. Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata 'over my dead body' yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

"Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

"Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang)," kata beliau.

Tambah Hadi, PAS yang mempunyai keanggotaan lebih dari satu juta ahli mempunyai kewajiban dan tanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu kepada seluruh rakyat.

Beliau juga berkata, PAS yang turut menerajui pentadbiran dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah sudah membuktikan bahawa negara Islam boleh dilaksanakan.

"PAS mempunyai kewajiban yang besar untuk jelaskan isu ini kepada seluruh rakyat. Beri kita peluang untuk jelaskan perkara ini kerana kita yakin negara Islam adalah yang terbaik bukan hanya untuk orang Islam tetapi bukan Islam juga.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.

Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.


Sumber: TVSNEWS

Universiti Felda Agenda Utama Pakatan Rakyat

Posted: 19 Dec 2010 09:29 PM PST


KEPALA BATAS 20 DIS: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, penubuhan Universiti Felda hendaklah menjadi agenda utama setelah Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat memerintah.

Katanya, Felda yang ditubuhkan oleh kerajaan sepatutnya mempunyai sebuah univesiti sepertimana Petronas, TNB dan seumpamanya.

Lagipun, katanya tidak mustahil Felda yang mempunyai wang yang banyak menubuhkan sebuah univesiti yang mampu meningkatkan pendidikan keluarga peneroka Felda.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata rakyat menjadi miskin demokrasi kerana sikap Umno dan BN yang sering mempermainkan sistem berkenaan.

Justeru, ujarnya bagi melincinkan pentadiran, satu usaha penting harus dicari bagi menambah perancangan yang lebih efisyen.

Program turun padang wajar didahulukan oleh semua jentera akar umbi supaya rakyat tahu kelebihan pemerintahan PR.

"Nampak gayanya BN terpaksa meniru 132 tindakan PR sepertimana memperkenalkan gaji minima, cuti 60 hari dan sebagainya untuk tangani kebencian rakyat pada mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Tambahnya, memandangkan BN asyik menabur janji kosong, maka PR harus mengambil kesempatan memperjelaskan kepada umum tentang penyelewengan yang mereka lakukan.

"BN sebenarnya takut hilang kuasa, maka mereka cuba buat apa saja termasuk tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan," ujarnya.

Namun pada hakikatnya, kata beliau BN hanya bergantung pada media, wang dan jentera kerajaan.

-Harakahdaily

Jumaat SPR Umum Tarikh Pilihanraya DUN Tenang

Posted: 19 Dec 2010 09:28 PM PST


KUALA LUMPUR 20 DIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).

"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya," katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

Datuk Sulaiman Taha dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada pilihan raya umum 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian Umno Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Malaysia (1987-1993).

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

PR: Muafakat PAS Tanding Di DUN Tenang

Posted: 19 Dec 2010 09:26 PM PST


KEPALA BATAS 20 DIS: Calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, sebagai mewakili pakatan pembangkang, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang
.
"Semua pemimpin pakatan juga bersetuju untuk bersama-sama membantu calon yang akan dipilih itu merampas kembali kerusi itu daripada Barisan Nasional,"
katanya ketika menggulung perbahasan pada konvensyen pakatan pembangkang kali kedua di Dewan Millenium, di sini.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Datuk Sulaiman Taha dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada pilihan raya umum 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian Umno Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong
Setiausaha Pemuda Umno Malaysia (1987-1993).

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

Tiada ulasan: