Khamis, 9 Disember 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo

Posted: 09 Dec 2010 12:45 AM PST

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 43Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

petrol hike talk 170406 aruchelvanSetiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).

Katanya, bantahan itu adalah hak bagi setiap individu tetapi demonstrasi itu perlu diadakan dengan aman.

"Kita kena mengadakan perbincangan dengan gabungan PROTES terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya," katanya dihubungi Malaysiakini.

Mungkir janji

Sementara itu, Penyelaras PROTES Dr Hatta Ramli berkata gabungan itu kecewa kerana kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak menaikkan harga barangan utama keperluan rakyat tahun ini.

NONEBeliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.

"PROTES akan bincangkan langkah seterusnya kemudian," katanya kepada Malaysiakini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Di Pulau Pinang, setiausaha PAS negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata parti itu sedang memantau kesan kenaikan harga 4-dalam-1 itu sebelum bertindak.

Katanya, sebagai langkah awal, pihaknya menyokong cadangan ketua penerangan PAS, Idris Ahmad yang meminta supaya semua cawangan PAS di seluruh negara menggantung kain rentang membantah kenaikan itu.

"Yang penting, orang nak tahu, orang nak tengok kesan daripada kenaikan harga itu," katanya sambil menambah ia lebih berkesan daripada demontrasi.

NONEIni kerana, katanya, demonstrasi hanya diadakan "di tempat tertentu, fokus tidak sampai dan memerlukan ramai orang supaya ada kesannya".

Menurut Mohd Fadzil, kos bagi menyediakan kain rentang tersebut murah dan ia boleh diletakkan di tempat tumpuan orang ramai seperti di masjid, pasar awam atau jalan yang menjadi tumpuan rakyat.

"Kain rentang diletakkan di kawasan strategik kerana ia lebih berkesan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang tidak sedar atau tidak mengetahui kesan kenaikan tersebut," katanya.

Secepat mungkin

Beliau bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada ketua penerangan negeri supaya mengarahkan kawasan dan cawangan menaikkan kain rentang itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata cadangan tersebut "baik dan lebih berkesan" sebagai menimbulkan kesedaran kepada rakyat berhubung kenaikan harga 4-dalam-1 itu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 37'Ia mudah dibuat dan menaikkan sepanduk di kawasan strategik di kawasan tertentu di negeri ini... Kita akan laksanakan secepat mungkin kerana isu ini masih baru," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan menggantung kain rentang, bukan satu perkara baru kerana sebelum ini, PAS negeri itu pernah berbuat demikian mendesak DUN Perak dibubarkan.

Beliau akan menyelaras cadangan Idris itu kepada seluruh kawasan di negeri itu yang mempunyai kira-kira 800 cawangan.

Bagaimanapun, pihaknya juga akan berbincang untuk mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut sekiranya perlu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 22Manakala setiausaha PKR Perak Datuk Abdul Halim Husin berkata bersetuju dengan kempen tersebut kerana mendakwa media arus perdana "tidak membuat hebahan berhubung kenaikan harga bahan api dan makanan tersebut".

"Saya menyokong sebarang usaha untuk menghebahkan perkara ini. Kerajaan sebut rakyat didahulukan, tetapi pelaksanaannya berlaku sebaliknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Hebahan bantahan itu melalui kain rentang (perlu) kerana kesan (kenaikan) diterima oleh orang ramai".

Konvensyen Pakatan

Abdul Halim menjangkakan kenaikkan harga itu akan dibicangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini, yang mana beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 17Beliau juga setuju supaya diadakan demontrasi membantah kenaikan tersebut bagaimanapun, perkara tersebut perlu kepada perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan tersbut sebagai cara "untuk menunjukkan kerajaan tidak efisen dalam pengurusan penradbiran negara".

Bagi DAP Perak pula, naib pengerusinya A Sivanesan berkata beliau menyokong demontrasi diadakan bagi membantah kenaikan harga itu, sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat.

'Kita tidak ada opsyen. Kita bukan demonstrasi suka-suka. Selama ini kita buat demonstrasi, satu pasu bunga pun tak pernah pecah.

Apa salah berdemo?

"Apa salahnya (berdemonstrasi). Kita bukan berada di Kashmir. Kita berhimpun dengan satu tujuan untuk mendapatkan perhatian kerajaan," katanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 16Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata beliau akan menggantung sendiri kain rentang di kawasannya dan akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat DAP negeri dua minggu lagi.

"Bukan sahaja murah malah ia untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kerana rakyat tidak ada saluran (untuk membantah). Hanya melalui gantung kain rentang.

"Saya mahu mengajak Melayu dalam Umno atau India dalam MIC mengambil bahagian (dalam usaha ini)," katanya ketika dihubungi.

a sivanesanIni kerana, kata Sivanesan (kanan), rakyat berpendapatan sederhana menerima kesan daripada kenaikkan itu lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan di buka awal tahun depan.

Sementara itu, Penyelaras Suara Anak Malaysia (Suaram), E Nalini berkata beliau bersama tujuh orang ahlinya bersiap sedia untuk memantau keadaan di lokasi jika demonstrasi itu diadakan.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e naliniMenurutnya Suaram menyokong sebarang langkah sama ada menaikan kain rentang, poster atau demonstrasi untuk menyedarkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.

"Kita akan pantau anggota polis dan meminta bantuan daripada wakil NGO lain untuk berada di lokasi demonstrasi serta balai polis sekiranya ada orang awam ditahan dalam demonstrasi tersebut," katanya kepada Malaysiakini.


Sumber: Malaysiakini

Tumpu kalahkan Umno BN dulu

Posted: 09 Dec 2010 12:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Semua pihak mestilah menumpukan keutamaan untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan jangan tersasar dengan isu-isu tidak relevan dan tidak matang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam hal ini, adalah sangat tepat penegasan (Presiden PAS) Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bahawa apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat (PR) boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat.

"Ada isu yang tidak relevan buat masa ini dan ada pula yang belum matang untuk diperdebatkan. Yang paling penting dan paling relevan ialah usaha habis-habisan untuk mengalahkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Mahfuz percaya, banyak perkara yang masih belum matang untuk dibangkitkan boleh diselesaikan dengan penuh hemah berdasarkan prinsip demokrasi dan perundingan yang seimbang dan bertanggungjawab.

"Bagi PAS, setiap kali kita berunding dengan mana-mana pihak pun, kita berpegang tegas dengan tujuan perjuangan kita untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya sambil memberikan pertimbangan kepada realiti semasa.

"Malah, Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa memberi pertimbangan kepada realiti semasa sehingga dibantah oleh sahabat-sahabat tertentu kerana menganggap baginda terlalu bertolak ansur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz begitu yakin, pendirian tegas untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya akan membawa kesejahteraan kepada semua pihak kerana Islam bukan sahaja ajaran yang sangat rasional dalam hubungan sesama manusia malah ia adalah rahmat bagi seluruh alam.

"Apa yang penting, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam dengan tingkah laku, perbuatan dan amalan politik kita dan jangan melakukan tindakan yang menyebabkan Islam dituduh akibat persepsi terhadap kita," katanya.

Presiden PAS baru-baru ini menegaskan bahawa PR bergerak secara kolektif.

"Apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat

"Ketua bukan semesti PAS, bukan semesti PKR, tidak semestinya... kemungkinan ada orang Umno yang masuk PAS, ada orang Umno yang masuk PKR ada tokoh-tokoh mereka atau daripada kalangan kita sendiri yang jadi pemimpin," katanya.


Sumber: Harakah Daily

MPK : Masalah banjir Kota Alam Shah bakal berakhir

Posted: 09 Dec 2010 12:35 AM PST


KLANG, 9 Dis – Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi jaminan, masalah banjir yang sering dialami penduduk sekitar Kota Alam Shah bakal berakhir tidak lama lagi.

Ia berikutan MPK akan mengambil beberapa langkah untuk penyelenggaraan parit dan longkang yang menjadi punca utama kepada masalah berkenaan.

Pihak Berkuasa Tempatan itu menjelaskan kewujudan pusat komersil dikawasan itu turut menyumbang kepada masalah banjir tersebut.

Majlis Perbandaran Klang menggariskan beberapa pelan jangka pendek dan rancangan jangka panjang dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

Sebelum ini rungutan penduduk mengenai isu banjir telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri November lalu.


Sumber: Selangorkini

Kerajaan Malaysia Dicengkam Israel

Posted: 09 Dec 2010 12:30 AM PST


KUALA LUMPUR 9 DIS: Rasa terhutang budi kerajaan Malaysia terhadap perunding rejim Zionis, Apco Worldwide mengakibatkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen gigih untuk menghukum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menjadi tembok penghalang Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemubual Tv Selangor di lobi parlimen berkata agenda merapatkan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat telah tersasar dari objektif sehingga mengakibatkan negara dicengkam Israel tanpa disedari.

"Tetapi sudah sampai kepada peringkat kerajaan begitu jauh sehingga pemimpin termasuk isteri Perdana Menteri telah terikat dengan Apco," jelas beliau.

Pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendedahkan dokumen-dokumen Apco yang berkisarkan tindakan terdesak kerajaan Malaysia memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat selain mendedahkan syarikat itu membiayai program isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi sehingga bulan September tahun ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata kesan langsung daripada usaha itu mengakibatkan Malaysia diheret supaya akur dengan kehendak Amerika Syarikat dan Israel sekaligus memaparkan imej buruk kepada negara-negara Islam yang membenci rejim itu.

Justeru beliau menyifatkan Malaysia telahpun tunduk kepada Apco apabila mengambil keputusan tergesa-gesa untuk menghukum Anwar tanpa memberi peluang Ketua Umum itu membela diri.

"Tindakan terhadap Datuk Seri Anwar adalah tindakan mempertahankan Apco," tegas beliau.

Selain itu Mahfuz khuatir sekiranya Malaysia begitu tunduk kepada perunding antarabangsa itu mungkin mereka akan bertindak mendedahkan rahsia negara termasuk pemimpin-pemimpin tanahair.

Beliau mengambil contoh kejadian yang berlaku dalam pendedahan laman web kontroversi 'Wikileaks' yang mengaibkan nama baik Malaysia dengan mengaitkan dua syarikat tanah air dalam skandal kewangan dunia.

Ditanya adakah tindakan kerajaan terhadap Datuk seri Anwar adalah untuk menutup mulut beliau, Mahfuz setuju.

"Ya. Ini sudah tentu usaha untuk menutup kejahatan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno," ujarnya.


Sumber: TVSNEWS

Konvensyen BN Cuba Tutup Kelemahan Sendiri- Ann Weng Seng

Posted: 09 Dec 2010 12:25 AM PST


SHAH ALAM 9 DIS : Perhubungan mesra antara parti komponen yang kononnya cuba ditonjolkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Konvensyen Barisan Nasional(BN) baru-baru ini seolah cuba menutup kelemahan dan keretakan perhubungan sesama mereka.

Bermula dengan 'permintaan' Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek yang mahu Umno tidak bersikap seperti 'Big Brother' dan penggunaan frasa keramat Umno 'ketuanan Melayu', tampak bagaimana hubungan kedua parti utama BN ini tidaklah selancar dan semesra seperti senyuman dan laungan 1 Malaysia yang ditunjukkan di TV dan akhbar.

Hari ini Ahli Umno dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi membidas sikap 'tidak sensitif' Chua yang menurutnya memberikan pendapat yang 'kurang' relevan dalam perjuangan BN.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Ann Wan Seng berpendapat hal ini menunjukkan betapa perlunya politik negara ini bergerak ke arah politik tanpa perkauman.

Menurutnya ketika dihubungi TV Selangor, sikap terlalu memperjuangkan bangsa masing-masing menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan antara Parti Komponen Utama BN.

"Tranformasi politik yang dilakukan itu ialah untuk memecahkan tembok perkauman itu. Selagi mana tembok perkauman ini tidak diatasi, selagi itulah kerjasama yang terjalin antara parti-parti dalam BN itu hanya sekadar untuk kekuasaan mereka dan bukannya ke arah memastikan wujudnya masyarakat yang harmoni dan dapat hidup dengan saling memahami antara satu sama lain," katanya.

Dalam Konvensyen Ahad lalu, Najib mendesak ahli-ahli BN supaya melakukan perubahan agar tidak dijauhi rakyat kerana mereka telah memerintah sejak sekian lama.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata konvensyen sehari yang dihadiri kira-kira 2,340 anggota perwakilan daripada 13 parti komponen BN, rakan-rakan BN dan badan bukan kerajaan (NGO) bertemakan "1Rakyat, 1Negara, 1Wawasan" itu telah meningkatkan semangat mereka untuk melakukan pembaharuan dalam parti.

Namun Ann menganggap parti BN tidak bergerak kerana konsensus ahlinya sebaliknya, berdasarkan suara dan 'arahan' hanya dari satu pihak iaitu Umno dan bertentangan dengan konsep kerjasama antara perikatan BN.

"Kalau kita tengok dasar dan konsep kerjasama dalam BN itu, meletakkan setiap parti itu berada pada landasan ataupun kedudukan sama. Tapi apa yang berlaku hari ini, seolah-olah menunjukkan Umno mendominasi segala perkara dan keputusan BN dan ini yang menyebabkan parti lain terpinggir," katanya.

Justeru, Ann menganggap hal ini menyebabkan Chua, dalam usaha meningkatkan imej dirinya terpaksa menyuarakan suara hati masyarakat Cina kerana tidak mahu MCA ketinggalan sokongan kaum mereka dalam pilihan raya akan datang.

"Barangkali disebabkan Chua Soi Lek ini perlu menyalurkan perasaan dan sikap orang Cina yang sebenarnya iaitu mereka mahukan kaum Cina itu diberikan hak keadilan sebagai sebahagian dari negara ini di mana banyak hak orang Cina diketepikan selama ini seperti berkaitan ekonomi, pemberian biasiswa dalam bidang pendidikan dan sebagainya," jelasnya.

Ann Juga menganggap betapa konvensyen ini bukanlah penyelesaian masalah, sebaliknya menunjukkan betapa Umno masih lagi berleluasa dalam melakukan semua polisi BN walaupun banyak lagi parti dilihat berada dalam 'gabungan' ini.

"Hakikatnya, banyak dari parti-parti itu adalah parti yang kecil, parti yang tidak diberikan kedudukan yang sewajarnya. Sebab itulah ada parti yang tidak diberikan banyak kerusi, kerusi terlalu sedikit. Jadi hal ini yang buat saya rasa akan wujud banyak lagi krisis walaupun tidak secara terbuka antara parti dalam BN," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Kes Mata Lebam, Nazri kata Keputusannya Isnin Depan

Posted: 09 Dec 2010 12:20 AM PST


SHAH ALAM 9 DIS: Putrajaya akan mengumumkan keputusan sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru, Isnin depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah "muktamad" lapor The Malaysian Insider.

Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998. Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.

"Kami akan menyampaikan pendirikan peringkat menteri Isnin ini dan itu akan menjadi keputusan muktamad berhubung perkara itu," kata beliau sambil berkata, tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut.

Nazri berkata kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa kes mata lebam sudah ditutup adalah "tepat."

"Hishammuddin tidak salah dalam mengatakan ia sudah ditutup. Kes itu sudah lama ditutup. APa yang yang berlaku baru-baru ini ialah wujudnya maklumat terbaru.

"Kami akan menjawab minggu depan, tunggu dan lihat," kata Nazri. Kelmarin, Lim mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata lebam Anwar sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah.

Lim mempersoalkan sama ada Hishammuddin merampas tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawatannya Nazri agar mengendalikan perkara berkenaan, dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.

"Adakah beliau menyebabkan jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat dakwaan baru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?" kata Lim.

Ahli politik veteran ini merujuk kepada satu surat yang diterima daripada Hishammuddin pada 2 Disember lalu di mana menteri itu menafikan wujudnya sebarang percanggahan dalam kes mata lebam 1998 melibatkan Anwar dan mengisytiharkan kes itu tidak perlu dibuka semula meskipun adanya dawkaan terbaru bukti-bukti telah dipalsukan oleh seorang bekas pegawai penyiasat.

Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.

Nazri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain.

Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim pada 14 April lepas.

Hishammuddin dalam respons bertulis kepada pertanyaan Lim mengenai perkara itu ketika sesi perbahasan Bajet 2011 juga memberitahu Lim, Ahli Parlimen Ipoh Timor bahawa, Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan pemeriksaan mereka ke atas siasatan lama dan mendapati tiada sebab untuk mengesyorkan bahawa bukti palsu telah diberikan.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin menegaskan, meskipun Mat Zain mendakwa tetapi surat terbukanya tidak mempunyai elemen-elemen yang memerlukan sebarang siasatan susulan polis.


Sumber: TVSNEWS

Isu Ketuanan Melayu Dipolemik Apabila Umno Tergugat

Posted: 09 Dec 2010 12:15 AM PST


SHAH ALAM 9 DIS - Isu 'Ketuanan Melayu' telah dipolemikkan dengan begitu dahsyat sekali setelah Umno gagal menjaga hak dan kepentingan orang Melayu walaupun negara sudah 53 tahun mencapai kemerdekaan.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi TV Selangor berkata banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin Umno telah menunjukkan orang Melayu jauh ketinggalan kebelakangan daripada bangsa-bangsa yang lain maka hari ini peranannya dipertikaikan.

"Saya ingin tegaskan, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menolak institusi Raja-Raja Melayu yang mana peranannya sebagai raja berpelembagaan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Sumber: TVSNEWS

"Ini selaras dengan permuafakatan bersama yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pemimpin parti iaitu Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR),"katanya.

Ujarnya, ketiga-ketiga pemimpin utama di dalam PR telah bermuafakat yang mana mereka telah menandatangani satu perfahaman atau piagam bersama bagi menjaga hal-hal yang berkaitan dengan Hak Keistimewaan Orang Melayu di bawah Artikel 152 dan juga institusi raja-raja Melayu yang dipertahankan di negeri-negeri serta di peringkat persekutuan.

"Pada saya, tidak timbul soal memperlekehkan kedudukan raja-raja Melayu. Kita perlu ingat dan rakyat juga perlu memahami bahawa sebenarnya, yang bersungguh-sungguh cuba menghapuskan kekebalan dan imuniti Raja-Raja Melayu adalah pada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kononnya, ingin mempertahankan Melayu tetapi merekalah yang daripada awal dan secara konsisten menyerang institusi tersebut dengan pelbagai alasan.

"Kalau tidak percaya...kita minta mereka rujuk hansard Parlimen pada tahun 1993 di mana isu kekebalan dan imuniti raja-raja dibahaskan dan pemimpin Umno pada ketika itu dengan lantang mengkritik Raja-Raja Melayu secara terbuka," ujarnya.

Justeru, Shamsul dalam nada yang kesal berkata tindakan pemimpin Umno itu telah memberikan imej buruk terhadap institusi itu di kaca mata masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Cina, India dan pelbagai lagi kaum yang lain.

Tambah beliau, semenjak PKR, PAS dan DAP ditubuhkan, tidak pernah sekali PR membahaskan dengan tujuan menghina atau mengkritik institusi raja-raja Melayu.

Shamsul mengulas isu tersebut, selepas media pro Umno berkali-kali mengeluarkan artikel ucapan Raja-Raja Melayu berhubung isu ketuanan Melayu.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titahnya, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak kerajaan negeri Melayu.

Konvensyen PR: Meninggalkan Retorik Perkauman

Posted: 09 Dec 2010 12:10 AM PST


KUALA LUMPUR 9 DIS: Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada pertengahan bulan ini akan menjadi pencetus momentum perjuangan parti itu mengorak langkah menjana perubahan meninggalkan retorik perkauman kerajaan Barisan Nasional(BN).

Justeru rakyat semakin lantang menolak kemahuan politik yang diperlekeh kerajaan sedia ada setelah masa yang begitu lama diberi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang ditemui media di lobi parlimen berkata, konvensyen yang akan berlangsung pada 19 Disember nanti akan memberi tumpuan kepada proses mengubah taraf hidup rakyat dalam pelbagai aspek.

Tian menyifatkan PR tidak akan melengahkan perubahan kerana rakyat telahpun menghantar mesej jelas pada pilihanraya lalu menuntut dimensi kehidupan lebih baik.

"Maksudmya ramai pemimpin-pemimpin di kalangan Barisan Nasional sedar tentang masalah ini tetapi mengapa janji demi janji selepas banyak peluang yang diberi sehingga hari ini menampakkan tiada kesungguhan dan kemahuan politik. Ini kerana kepentingan yang terikat dalam sistem kronisme dan kepimpinan Umno-BN menjadikan agak mustahil untuk melakukan perubahan," kata beliau kepada TV Selangor.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, kerajaan Umno-BN gagal dalam merancang pertumbuhan ekonomi sihat dan mampan justeru tidak mementing daya saing dan kreativiti sebilangan besar masyarakat di negara ini.

Malah beliau berkata kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan mengenepikan konsep keadilan sosial selain membuka ruang kepada golongan berpendapatan rendah untuk bersama menikmati kekayaan negara menerusi pengagihan yang saksama.

"Kita tidak teragak-agak menyatakan penyelesaian kepada masalah-masalah baikpun ekonomi, masyarakat dan politik sudah ada dan ramai di kalangan kita sudah ketahui. Memang rakyat pun sangat berharap perubahan ini boleh berlaku," kata Tian lagi.

Justeru kata beliau kerajaan gabungan PKR, PAS dan DAP akan mempertingkatkan aspek pengedaran maklumat tetap bagi menyelaraskan persepsi masyarakat terhadap isu yang dipropagandakan media Umno-BN selain memperluas jaringan hubungan antara rakyat.

Tambahnya, usaha mempamerkan kejayaan dan komitmen Pakatan Rakyat akan digerakkan secara komprehensif secara berterusan sehingga menjelang pilihanraya akan datang.

Selain itu Tian mengakui ramai di kalangan pemimpin Barisan Nasional menyedari kekusutan politik dalaman Umno justeru memperlihatkan ada pemimpin-pemimpin komponen secara berterus-terang mengesyorkan kelemahan dan masalah dominasi Umno termasuk rasuah dan ketidakseimbangan pembangunan.

"Walaupun ada campurtangan kerajaan, kita tetap berjaya melaksanakan perubahan asas dengan melaksanakan program yang menekankan kesejahteraan dan keadilan. Kita perlu perbanyakkan penerangan kepada rakyat," ujar beliau lagi.

Di sebelah pagi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan kepada media bahawa Konvensyen PR akan membincangkan peningkatan aspek ekonomi, pendidikan, membanteras gejala rasuah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat kini bagi negeri-negeri di bawah jajahan pemerintahan Pakatan Rakyat.


Sumber: TVSNEWS

Mesyuarat JK Hak Dan Kebebasan Parlimen Seperti Mahkamah Kangaroo

Posted: 09 Dec 2010 12:05 AM PST

kangarooKUALA LUMPUR Dis 9 - Imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa tercalar di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional apabila mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dilabel sebagai 'mahkamah kangaroo'.

Gelaran itu yang diberikan oleh anggota bebas parlimen Australia, Senator Nick Xenophone susulan usaha jawatankuasa itu untuk menggantung Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa dipanggil pembelaannya berkaitan isu Apco- 1Malaysia-One Israel.

Semasa mengadakan sidang media di lobi parlimen bersama Anwar semalam, Xenophone berkata beliau mendapati keengganan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Ketua Oposisi itu mempertahankan dirinya adalah suatu yang amat mengejutkan.

"Saya sedar akan kewujudan jawatankuasa ini kerana saya tahu di Senat kami pun terdapat jawatankuasa yang sama. Saya amat terkejut dan hairan anda mempunyai sebuah jawatankuasa yang tidak membenarkan anggota dewan yang dituduh tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Mungkin anda biasa dengan ungkapan mahkamah kangaroo di Australia, ini bagi saya adalah lebih teruk daripada mana-mana mahkamah kangaroo," kata beliau.

Xenophone berkata adalah perkara dan persefahaman lumrah di parlimen dalam mana-mana negara Komanwel bahawa mana-mana anggota dewan yang didakwa melakukan kesalahan haruslah di beri hak pembelaan.

Beliau juga menyentuh mengenai perjalanan perbicaraan pertuduhan liwat terhadap Anwar yang menurutnya terdapat kelompongan dalam menegakkan keadilan.

"Perbicaraan Anwar telah mendapat perhatian meluas di Australia berhubung ketidakadilan dalam proses mahkamah dan dalam hal yang sama jika pihak kami juga melakukan perbuatan yang sedemikian kami juga mahu Malaysia membuat teguran, jadi sebab itu saya berada di sini.

"Saya ke sini bukan sahaja untuk memerhati prosiding perbicaraan tetapi juga memberi sokongan sebagai anggota bebas.

Bercanggah dengan kenyataan pimpinan Umno-BN, Xenophine berkata Anwar sangat dihormati oleh Parlimen Australia kerana perjuangan beliau untuk demokrasi dan keadilan.

"Saya percaya isu di sini ialah keadilan kerana Australia dan Malaysia adalah sahabat lama dan karib. Apabila sudah lama berkawan kadangkala anda perlu beritahu satu sama lain mengenai apa yang benar.

Xenophone menegaskan lebih 60 ahli parlimen Australia telah menandatangani surat sokongan terhadap Anwar dan isu perbicaraan beliau akan dibangkitkan semula dalam parlimen negaranya Februari depan.

"Perlu saya tekankan petisyen sokongan terhadap Anwar daripada ahli-ahli parlimen pihak kerajaan dan juga oposisi adalah sesuatu yang jarang berlaku dan menakjubkan. Jarang sekali sokongan menyeluruh seperti ini diperolehi," ijar beliau lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Dakwaan Terhadap Khir Toyo Hanya Sekelumit Dosa Terhadap Rakyat Selangor

Posted: 09 Dec 2010 12:00 AM PST

faekah1KUALA LUMPUR 9 Dis - Dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian tanah lot banglo dikenakan terhadap Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak mengambarkan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan mantan Menteri Besar Selangor itu.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin , ia juga tidak memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menangani penyakit utama negara yakni rasuah malah jauh sekali membersihkan kekotoran yang terpalit dan sebati pada Umno.

"Apatah lagi kesalahan Dr Khir bukan semudah yang digambarkan. Selain SPRM, kes ini juga melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai.

"Begitu juga dengan bayaran duti setem. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius.

"Rakyat merasakan pendakwaan terhadap Mohd Khir ke mahkamah semata-mata sandiwara politik yang sering dimainkan Umno dan Barisan Nasional bagi menutup salahguna kuasa yang lain," kata Faekah dalam kenyataannya semalam.

Kata beliau pendakwaan ini lebih kepada memberi laluan mudah bagi pimpinan Umno untuk melantik Pengerusi Negeri yang baru.

Ia juga satu helah untuk Umno Selangor menonjolkan imej bersih dengan mengganti pemimpinnya yang sudah hilang kredibiliti.

"Ingin ditegaskan, rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan Umno menangani masalah rasuah.

"Rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Negeri Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus. Puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Akibatnya ia hanya menguntungkan syarikat kroni dan projek pula terbengkalai begitu sahaja. Ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai pula menjadi bankrup," tegas Faekah.

Tambahnya lagi antaranya adalah projek Alam Perdana yang melibatkan hartanah seluas lebih 7,000 ekar juga terbengkalai; puluhan ribu pembeli rumah menggigit jari sehingga ke hari ini.

Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran Umno-BN.

"Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau.
"Mendakwa Dr Khir tidak bermakna mereka kini sedang di dalam proses pemutihan dan pemimpin yang bakal dipilih menerajui UMNO Selangor harus diberikan peluang. Pilihlah sesiapapun, rakyat Selangor telah membuat keputusan.

"Dosa dan perbuatan rasuah mereka terbongkar selepas Selangor diambil alih Kerajaan Pakatan Rakyat yang kini berhempas pulas membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan. Memang sukar namun hampir separuh masalah tersebut telah berjaya diselesaikan walaupun baru bertapak di Selangor kurang dari 3 tahun. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan," ujar beliau.


Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: