Anak Muda Kampung Nak Senang |
Pemimpin Umno ajar rakyat tak hormat peraturan jalanraya Posted: 23 Dec 2010 11:06 PM PST Macamana remaja nak hormat polis, nak hormat peraturan jalanraya di Malaysia ini kalau pemimpin Umno sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik apabila turun padang bertemu rakyat. Jangan salahkan remaja kita dan rakyat tidak memakai topi keledar. Gambar Menteri Besar N.Sembilan tak pakai topi keledar bawa motosikal di http://amkns.blogspot.com/2010/12/mb-nsembilan-ajar-mat-rempit-cara.html Gambar Timbalan Perdana Menteri tak pakai topi keledar membonceng motosikal di http://pasns.blogspot.com/2009/11/tim-perdana-menteri-tunjuk-contoh-naik.html *********** TAK HIRAU KESELAMATAN Berita Harian 24 Dis 2010 Kurang tindakan penguatkuasaan punca ramai tidak pakai topi keledar di Pekan Chaah SEGAMAT: Sengaja tempah bahaya! Itulah tindakan dilakukan kebanyakan penunggang motosikal di pekan ini terutama golongan remaja yang tidak mengendahkan peraturan pemakaian topi keledar sebagai pelindung keselamatan ketika menunggang kenderaan itu di jalan raya. Tinjauan Edisi Johor mendapati tidak kurang daripada 10 penunggang motosikal dipercayai dari kawasan perumahan berdekatan, sama ada yang menunggang bersendirian atau membawa pembonceng yang tidak memakai topi keledar, bebas berlegar-legar di tengah pekan ini. Apa yang menghairankan, mereka yang secara terang-terangan melanggar peraturan lalu lintas itu tidak merasa takut diambil tindakan oleh pihak berkuasa terutama terdapat Balai Polis Chaah, di sini berada betul-betul di tengah pekan terbabit. Masalah itu menimbulkan rungutan sebahagian besar orang ramai di pekan ini yang berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas penunggang motosikal yang mengingkari peraturan berkenaan bagi keselamatan nyawa mereka sendiri. Peniaga cendol, P Muthusamy, 54, berkata masalah berkenaan sebenarnya sudah berlarutan di pekan terbabit dan mengakui kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa menjadikan amalan berkenaan terus berleluasa hingga sekarang. "Ia sebenarnya pemandangan biasa di pekan ini sejak 10 tahun lalu. Sebahagian besar penunggang motosikal terutama yang tinggal berdekatan pekan ini tidak memakai topi keledar ketika membeli-belah di pasar dan berurusan di pejabat pos terletak di tengah pekan ini. "Memang ada balai polis di tengah pekan ini, namun saya jarang melihat pihak berkuasa bertindak terhadap penunggang motosikal itu malah mereka bebas lalu di depan balai polis berkenaan tanpa sebarang rasa takut dikenakan tindakan," katanya. Penduduk Marzuki Pariman, 44, menuntut supaya penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil pihak polis di pekan terbabit bagi membendung masalah berkenaan selain mendidik golongan penunggang motosikal supaya patuh kepada undang-undang jalan raya. "Saya berharap pihak polis di pekan ini dapat mengadakan sekatan jalan raya secara berterusan selepas ini bagi menahan dan mengenakan tindakan saman ke atas penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan keselamatan berkenaan sebagai pengajaran kepada mereka. "Walaupun nampak tegas, tindakan ini wajar diambil bukan saja bagi mendidik mereka supaya lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan malah lebih menghargai nyawa dan keselamatan diri mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Takhiraukeselamatan/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan