Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Kompleks Parkir, Projek Gajah Putih Kuala Terengganu?
- Buaya 3 meter di pantai Teluk Chempedak, Kuantan
- Kerajaan mesti bantu pelajar di Mesir, JIKA TIDAK?
- Orang Melayu MEREMPAT di bandar Terengganu
- Siapalah sudi dengar rintihan pemandu bot di Terengganu Kite?
Kompleks Parkir, Projek Gajah Putih Kuala Terengganu? Posted: 14 Dec 2010 01:56 AM PST Apakah kompleks tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya Kuala Terengganu dengan kos RM9 juta akan menjadi Projek Gajah Putih? Atau akan mengikut langkah bumbung stadium yang runtuh di Gong Badak? Tempat letak kereta bertingkat dijangka beroperasi awal 2011 KUALA TERENGGANU 14 Nov. - Tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya ini yang pertama seumpamanya di negara ini dijangka mula beroperasi awal tahun depan. Projek dengan kos lebih RM9 juta di Jalan Batas Baru itu menggunakan keluli, dibangunkan setinggi tiga tingkat dan boleh menampung 250 kenderaan pada satu-satu masa. Datuk Bandar, Datuk Adzlan Mohd. Dagang berkata, ia sebahagian daripada langkah proaktif bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan perdagangan yang paling menjadi tumpuan umum. ''Ia dapat menjimatkan penggunaan ruang tempat letak kereta sedia ada di lokasi itu sebanyak tiga kali ganda, di samping lebih selamat bagi pemilik kenderaan," ujarnya kepada pemberita di sini baru-baru ini. Tambah Adzlan lagi, teknologi itu dibawa masuk dari Guangzhou China dan bagi menguasai pengendalian operasinya itu kelak, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menghantar kakitangannya ke negara itu tidak lama lagi. "Apabila siap sepenuhnya kelak, bangunan ini seakan-akan pusat komersial atau ruangan pejabat yang mewah, namun ia hanya sebuah garaj bertingkat dan ruang dinding akan disewakan untuk pengiklanan. "Pengguna seakan-akan memasuki sebuah lif, itulah juga yang akan dialami oleh kenderaan mereka sewaktu dimasukkan ke dalam tempat letak kereta ini, "ujarnya. Kelebihan teknologi ini katanya, ia juga menjimatkan masa dan lebih sistematik kerana pengguna hanya perlu memasukkan kenderaan mereka ke dalam ruangan dan meninggalkannya di situ. "Dengan kaedah pembayaran melalui kad, kenderaan akan diangkat ke atas menggunakan kren hidraulik menerusi kawalan sistem komputer di bangunan berkenaan secara automatik. "Kenderaan pengguna akan dibawa ke ruang kosong di bangunan berkenaan yang terhindar daripada hujan," jelasnya lagi. Walaupun kemudahan mungkin menimbulkan kesangsian sebahagian warga bandar raya pada peringkat awalnya, katanya, ia suatu yang lumrah dan lama kelamaan mereka dapat menyesuaikan keadaan. "Apabila 'percubaan' ini menampakkan kemajuan dan keyakinan pengguna, kemudahan ini mungkin akan ditambah di lokasi yang lain, " jelasnya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_04.htm Sistem Parkir Automatik "Rotary Type" Cadangan mereka bentuk membina sistem parkir automatic "rotary type" di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu melibatkan 24 set sistem parkir untuk kereta biasa.Satu set boleh memuatkan 10 buah kereta (saloon car). Jumlah parkir adalah sebanyak 240 buah kereta. Kelebihan-kelebihan menggunakan sistem parkir automatic jenis "rotary" adalah :- Menjimatkan penggunaan tanah Dapat memuatkan 10 buah kereta dengan menggunakan luas dua buah kereta. Menjimatkan masa Pemilik hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang kosong tanpa perlu berpusing berkali-kali seperti di dalam parkir bertingkat biasa. Aspek keselamatan Pemandu khusunya wanita tidak perlu menaiki lif atau tangga atau berjalan jauh untuk keluar seperti di dalam bangunan parkir bertingkat biasa. Memudahkan Pemandu hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang yang tetap dan sistem akan memutarkan ruang parkir yang kosong untuk kenderaan seterusnya. Sistem parkir automatic "rotary type"di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu di jangka akan siap akhir tahun 2010 dan akan mula beroperasi pada awal tahun 2011. MBKT Friday November 19, 2010 First fully-automated car park to begin ops in January KUALA TERENGGANU: A high-tech car park system in Jalan Batas Baru, touted to be the first fully-automated complex in the country, is expected to be operational by January despite fears about its technical readiness. The Kuala Terengganu city council has quashed speculation about problems with the mechanical components used to hoist vehicles to the upper decks of the multi-storey car park. Mayor Datuk Mohd Adzlan Dagang said the carpark system was tested, tried and successfully implemented in China. "That is why we agreed to introduce the same concept, " he said here yesterday. Adzlan was commenting on widespread speculation that vehicles parked at the complex could be trapped for several weeks in the case of a technical hitch; until technicians from China arrived to rectify the problem. He said that such allegations were false, as the council had sent several of its technicians for training in China. "Furthermore, we can still revert to manual operation in the case of power interruption or in any other unforeseen circumstances," he said. He added that the car park was constructed to address the shortage of parking lots in the city. Adzlan said the idea of introducing the automatic four-tier car park complex here was mooted during the recent visit to China by state government officials. The multi-storey automatic car-park can accommodate 200 vehicles at one time. With the smart technology car park, drivers only had to stop their cars at a fixed point, and the sensor system would search for empty lots and move the cars to the appropriate spaces. The cars would be returned to the owners after they provide the registration numbers to the attendant. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/19/nation/7462000&sec=nation |
Buaya 3 meter di pantai Teluk Chempedak, Kuantan Posted: 14 Dec 2010 12:09 AM PST Gempar buaya tembaga muncul di Teluk Chempedak Utusan Malaysia KUANTAN 14 Dis. 2010 - Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Teluk Chempedak di sini gempar dengan kemunculan seekor buaya tembaga seberat 200 kilogram yang terdampar di persisiran pantai itu malam tadi. Reptilia sepanjang lebih tiga meter yang tersesat dari habitatnya itu ditemui terdampar di kawasan berbatu di tebing pantai tersebut. Penolong Pegawai Pertahanan Awam (JPAM) Kuantan, Mohamad Irwanis Seni berkata, seramai lapan anggotanya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8 malam tadi. - Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm |
Kerajaan mesti bantu pelajar di Mesir, JIKA TIDAK? Posted: 13 Dec 2010 07:53 PM PST Berita Harian 14 Dis 2010 PPIM mahu kerajaan bantu pelajar di Mesir KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil inisiatif menguruskan pinjaman kewangan kepada 4,784 pelajar persendirian Malaysia di Mesir yang terpaksa bergelut untuk meneruskan pengajian mereka ekoran kekangan kewangan. Setiausaha Kerjanya, Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun jumlah pelajar yang ditimpa bermasalah itu dilihat kecil, namun mereka juga adalah modal insan kepada pembentukan negara Malaysia yang maju dan berdaya saing. "Mereka sekarang berada dalam situasi tertekan, takkan kita mahu menambahkan bebanan mereka untuk mencari biasiswa ataupun pinjaman dalam masa ini, jadi PPIM berharap sangat agar menteri sendiri mengambil langkah sewajarnya. "Pembabitan Datuk Seri Mohamed Khaled secara terus mungkin dapat bantu pelajar kita di sana," katanya kepada Berita Harian, semalam. Beliau mengulas kenyataan Mohamed Khaled baru-baru ini yang menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi tidak mempunyai dana khas bagi membantu pelajar persendirian yang mengikuti pengajian di luar negara. Mohamed Khaled dilaporkan berkata, pelajar persendirian boleh memohon mendapatkan pinjaman daripada agensi lain seperti Amanah Raya Berhad (ARB), namun mereka perlu memenuhi kriteria ditetapkan antaranya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Nadzim, berkata berdasarkan aduan diterima PPIM baru-baru ini, ada kira-kira 300 pelajar yang sebahagiannya mengambil jurusan kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi terpaksa menamatkan pengajian mereka dan pulang lebih awal, Januari ini akibat tidak mampu membayar yuran pengajian. "Ada antara mereka ini diminta oleh pihak kerajaan untuk pergi dulu ke sana dan bantuan biasiswa ataupun pinjaman akan diberikan selepas itu... ada juga yang sudah menerima pinjaman tetapi ditarik balik. "Oleh itu, PPIM berharap Datuk Seri Mohamed Khaled tidak lepas tangan dan membantu membela nasib mereka," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPIMmahukerajaanbantupelajardiMesir/Article |
Orang Melayu MEREMPAT di bandar Terengganu Posted: 13 Dec 2010 07:31 PM PST Orang Melayu Di Kg Ladang Diinaya Dan Dizalimi ! Tiada Lagi Perkampung Melayu Di Kampung Ladang, Terengganu. MB janji sewa beli rumah flat - tetapi sekarang jadi sewa kekal. Bekas Mb Terengganu janji sewa rumah rm126 sebulan- sekarang ni - rm300 ( kos rendah )- rm850 ( kos sederhana ) Rumah Yang Bertapak Di Tanah Kerajaan - Hanya Dibayar Pampasan Rm6000 ( Tanah Dan Rumah Apa Sekarang Ni Yang Berharga Rm6000? ) Sekarang Yang Tidak Berumah Berteduh Di Surau Tok Pelam! Cerita sepenuhnya pada pautan berikut http://farizmusa.blogspot.com/2010/12/v-behaviorurldefaultvml-o.html |
Siapalah sudi dengar rintihan pemandu bot di Terengganu Kite? Posted: 13 Dec 2010 06:37 PM PST JETI di Sungai Kemaman yang terbiar sejak 10 tahun lalu perlu dipanjangkan untuk kemudahan pengusaha bot penambang. Pengusaha bot sukar berlabuh kerana air cetek Rayu jeti disambung Berita Harian 14 Dis 2010 CHUKAI: Pengusaha bot penambang yang mengangkut penumpang dari jeti Sungai Kemaman ke kapal yang berlabuh di perairan Kemaman di sini, merayu kerajaan memanjangkan jeti sedia ada hingga ke tengah sungai bagi memudahkan bot rapat ke jeti pada bila-bila, termasuk ketika air surut. Jeti yang asalnya digunakan pengusaha feri untuk mengangkut penumpang dan kenderaan dari bandar ini ke Kuala Kemaman, tidak lagi digunakan hampir 10 tahun lalu sejak pembinaan jambatan, kini digunakan pengusaha bot penambang mengangkut kelasi kapal yang berlabuh di laut untuk membeli-belah di bandar ini. Pengusaha bot penambang, Zulkifli Mohd Nor, 50, berkata kebanyakan anak kapal yang berlabuh di perairan Kemaman, terutama di kawasan Pelabuhan Telok Kalong menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk pergi dan balik ke kapal mereka. "Sejak empat tahun lalu, kami gunakan semula jeti ini untuk mengangkut anak kapal yang berlabuh di laut Kemaman. Namun, kami hadapi masalah bila air surut, bot tidak dapat berlabuh rapat ke jeti. "Justeru, kami merayu pihak berkuasa berkaitan untuk memanjangkan jeti ini. Kami kira lima meter lagi sudah memadai. Sekarang bila air surut kami tidak dapat rapat ke jeti, sekali gus menyulitkan penumpang untuk turun naik bot," katanya ketika ditemui di sini. Rakannya, Zainudin Samin, 56, berkata selain anak kapal, mereka turut membawa pelancong terutama warga asing yang mahu melihat persekitaran bandar Chukai melalui Sungai Kemaman, Sungai Limbong dan Sungai Bukit Kuang. "Kalau Bandaraya Kuala Terengganu digelar sebagai bandar raya warisan pesisir air, bandar Chukai layak digelar bandar pesisir sungai, kerana sungai Limbong dan Sungai Bukit Kuang yang dikelilingi hutan bakau menjadi tarikan utama kepada pelancong," katanya. BELIAU BERKATA, SEORANG PELANCONG DARI AMERIKA SYARIKAT PERNAH BERTANYA KEPADANYA KENAPA PESISIR SUNGAI KEMAMAN TIDAK DIMAJUKAN SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN. "Saya sekadar menjawab akan dimajukan tak lama lagi termasuk, penambahbaikan pada jeti ini," katanya. Zainudin berkata, bot tidak boleh rapat ke jeti ketika air surut adalah antara masalah yang perlu diberi perhatian segera, jika pihak berkuasa merancang untuk memanfaatkan nilai komersial yang ada di kawasan berkenaan menerusi kegiatan pelancongan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wilayah_Rayujetidisambung/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan