Jumaat, 3 Disember 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


MB N.Sembilan ajar Mat Rempit cara tunggang motosikal

Posted: 03 Dec 2010 05:34 AM PST


Inilah yang dinamakan kepimpinan melalui tauladan. Mat-Mat Rempit seluruh 1Malaysia terutamanya di 1N.Sembilan harus mencontohi Menteri Besar N.Sembilan, Dato Seri Mohamad Hasan cara menunggang motosikal. Bukan Mat-Mat Rempit sahaja harus mencontohi MB N.Sembilan ni, polis-polis yang mengiringi MB di belakang MB pun mesti mencontohi cara MB bawa motosikal. Kalau tidak pelajar sekolah yang baru nak ambil lesen motosikal akan gagal dalam ujian JPJ kerana keliru cara menunggang yang betul. Cara MB kah, atau cara polis belakang MB.

Sebelum ini pun Timbalan Perdana Menteri telah menunjukkan cara membonceng motosikal. Cerita lanjut di http://pasns.blogspot.com/2009/11/tim-perdana-menteri-tunjuk-contoh-naik.html


KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

*****************
Program bukti kerajaan bela nasib rakyat
Utusan Malaysia 3 Dis 2010


Mohamad Hasan menunggang motosikal mengelilingi Kampung Sawah dan Kampung Stesyen untuk bertemu dengan penduduk kampung ketika mengadakan lawatan rumah ke rumah Program Pemimpin Bersama Rakyat DUN Rantau, semalam.

-------------------------------------------------------------

REMBAU 2 Dis. - Penduduk di kawasan Kg. Kuala Sawah dan Kg. Stesyen di sini hari ini melihat program Pemimpin Bersama Rakyat Kampung ke Kampung Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Malah mereka yang ditemui Utusan Malaysia melihat program yang dilakukan ini sekali gus dapat menyalurkan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk untuk diambil tindakan segera.

Bagi Saedah Yasin, 70, kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ke rumahnya diibaratkan sebagai mimpi jadi nyata selain berasa gembira dengan kehadiran beliau ke rumahnya.

''Sebelum ini saya mempunyai masalah rumah yang bocor serta lantai yang bermasalah. Perkara ini telah saya ajukan kepada pihak berwajib dan ia dapat diselesaikan dengan dengan cara terbaik oleh pihak kerajaan.

''Tetapi saya tidak sangka pula Menteri Besar akan datang ke rumah saya selain memberikan bantuan kepada saya. Bagi saya ini merupakan saat yang paling mengembirakan dalam hidup saya," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ramlah Silong, 71 berkata, sebelum ini dia pernah meminta pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah rumahnya yang kerap kali dimasuki air kerana mengalami masalah bumbung bocor dan memerlukan pengubahsuaian.

''Sekarang ini bukan sahaja rumah saya telah dibaiki malah saya juga menerima bantuan projek perumahan rakyat (PPR) yang kini saya diami bersama keluarga.

''Saya amat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri," katanya.

Sementara Mohd. Ali Wahid pula memberitahu, program seperti ini perlu diteruskan kerana ia merupakan salah satu cara bagi pemimpin mengetahui apa juga masalah yang dihadapi rakyat secara lebih dekat.

''Saya fikir ia adalah cara terbaik yang mana walaupun dasarnya ada dan diketahui tetapi mereka (pemimpin) mahu ia dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan orang ramai mendapat hasilnya.

''Bagi saya, cara ini lebih baik untuk dilakukan di semua kawasan lain kelak," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
ri

Tiada ulasan: