Rabu, 29 Disember 2010

Aminuddin Harun

Aminuddin Harun


Melawat adik Iman.

Posted: 28 Dec 2010 08:09 AM PST




Syukur alhamdullillah kepada adik Iman yang telah selamat menjalani pembedahan jantung berlubang pada hari Selasa , 21 hb Disember 2010 . Adik Iman juga telah selamat pulang kerumahnya semalam. [ 28 Disember ] . Pusat Khidmat Dun merakamkan terima kasih kepada pihak IJN dengan kejayaan pembedahan adik Iman serta berterima kasih atas bantuan dan sokongan perbelanjaan pembedahan yang dijalankan . 

Gambar di atas menunjukkan lawatan yang dilakukan oleh saya , isteri dan pegawai khas Dun . Kami dapat beramah mesra bersama keluarga dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi keperluan keluarga Iman disini . 

Semoga Allah merahmati adik Iman dan keluarga ini dan semoga beliau berjaya pada masa hadapan .

Tiada ulasan: