Khamis, 4 November 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


TIPU AHLI SENDIRI?!

Posted: 04 Nov 2010 10:59 AM PDT

Salam 2 all.

Teman udah banyak kali kabo yang PKR ni parti yang penuh dengan politik pembohongan dan cakap tak serupa bikin! Dan semua itu adalah hanya kerana satu sahaja matlamat: Anwar berangan nak jadi Perdana Menteri! Dan mengapa Anwar begitu beriya-iya nak jadi PM? Teman berharap bukan bertujuan untuk menutup segala "masalah peribadinya?!".

Matlamat menghalalkan cara, itulah falsafah politik Anwar. Dari strategi belaiu memperkudakan ABIM lalu menyertai UMNO, cara beliau memperkudakan ahli UMNO dan jentera Kerajaan untuk mendapatkan kuasa, sehinggalah sekarang beliau memperkudakan PAS, DAP dan golongan Reformis untuk memenuhi agenda politik beliau.

Saya masih ingat ramai kepimpinan PAS daripada puak ABIM dahulu menceritakan bagaimana mereka merasakan telah dipermainkan dan diperkudakan oleh Anwar apabila beliau menyertai UMNO. Tapi namanya Melayu, mereka mudah lupa dan kini rela diperkudakan semula!

Dan politik pembohongan serta cakap tak serupa bikin ini amat jelas dalam proses pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Zaid Ibrahim, Nurul Izzah, Gobalakrishnan dan ramai lagi kepimpinan kanan dan ahli akar umbi PKR telah menyuarakan perasaan tidak puashati mereka dengan proses pemilihan PKR sekarang. Dan tema masalahnya sama sahaja: pembohongan politik dan cakap tak serupa bikin!

Mangsa terbaru politik kotor ini ialah calon Timbalan Presiden daripada puak ABIM iaitu Mustafa Kamil Ayob. Beliau telah melahirkan rasa kekecewaan dan dukacitanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh lamanweb pro Anwar iaitu MalaysiaKini hari ini.

Teman siarkan kenyataan itu dibawah. Bagi ahli dan penyokong PKR gunakanlah otak dan fikirkanlah sendiri. Kalau calun dari puak agama pun berfikiran saperti Mustafa, bayangkanlah apa jenis parti yang sedang saudara/i dokong dan sokong. Ketuk kepala dan tanyalah akal.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
27 ZulQaedah 1431
04 Oktober 2010

#################
(Dari MalaysiaKini bertarikh 04 Nov 2010)

Mustaffa desak gantung JPP, tangguh pemilihan PKR

4 Nov, 10 5:29pm

Naib presiden PKR yang bertanding jawatan timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendesak supaya jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan.

"Sehingga kita yakin sepenuhnya badan atau jawatankuasa pemilihan ini mengambil tindakan yang proaktif membaiki kelompangan yang ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, ejen seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim mendesak supaya dihentikan pemilihan parti itu kerana mendakwa berlakunya penyelewengan yang serius di empat cabang yang mengadakan pengundian memilih pucuk pimpinan parti itu pada 29 Oktober lalu.

Sambil menyifatkan proses pemilihan parti amat mendukacitakan, Mustaffa berkata tindakan ini perlu, supaya ianya tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses pemilihan parti 2010 seterusnya.

"Kita juga pernah menyuarakan bantahan sebelum ini, dalam peringkat proses pencalonan dan pemilihan cabang terhadap JPP," katanya.

Katanya, bantahan itu dibuat disebabkan banyaknya berlaku masalah dan ketidakseragaman dalam melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan yang sepertimana yang ditetapkan oleh JPP sendiri.

"Secara jelasnya, walaupun terdapat banyak bantahan yang telah dikemukakan, sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dan keputusan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut, walaupun terdapat syarat dan peraturan tidak yang secara jelas tidak dipatuhi," katanya.

Permasalahan itu, tambahnya, terus berlarutan sehingga ke proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang sedang berjalan dan akan berakhir pada 21 November ini.

"Ketelusan terhadap JPP ini terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak, dengan beberapa insiden, salahlaku yang telah berlaku secara jelasnya, di mana terdapat kaedah pengendalian tidak bersikap profesional dan bersifat condong sebelah pihak.

"Ini termasuk, soal penjumlahan undi yang diumumkan tidak konsisten, terutamanya keputusan yang melibatkan kedudukan jawatan timbalan presiden," tambahnya.

Sambil menggesa supaya JPP digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan, Mustaffa pihaknya telah menyiapkan memorandum cadangan bagi penambahbaikan JPP untuk diserahkan kepada presiden PKR dan pengerusi JPP.

"Kami juga menegaskan, bentuk tindakan yang kami lakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti itu di atas, malah juga untuk menjaga keharmonian dan kepentingan parti ini.

"Hasrat baik pendekatan parti untuk memberi kuasa memilih kepada kepada setiap anggota pastinya tergugat dan terhalang, sekiranya badan atau jawatankuasa yang dilantik tidak dapat berperanan dengan sebaiknya.

"Kita tidak mahu anggota parti sendiri ditipu dan dizalimi oleh kerana kepentingan pihak tertentu, sepertimana apa yang kita perjuangkan untuk memberi keadilan untuk semua," katanya sambil mendesak supaya suara akar umbi dikembalikan dalam PKR.

Tiada ulasan: