Isnin, 22 November 2010

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Nurul Izzah naib presiden PKR paling kanan

Posted: 21 Nov 2010 10:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar menjadi naib presiden PKR paling kanan kini apabila beliau memenangi undi terbanyak dalam pemilihan PKR yang berakhir semalam.

Beliau mendapat undi tertinggi iaitu 13,170 mendahului naib presiden sekarang Tian Chua yang mendapat 11,460, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (8,891) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Othman (8,477) yang turut terpilih.

Sebagaimana dijangka, Azmin Ali memenangi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 19,212 mengalahkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden. Bagaimanapun, PKR berhak melantik dua lagi ke jawatan itu.


Berikut jumlah Undi yang diterima mereka:

Nurul Izzah - 13,170
Tian Chua - 11,460
Fuziah Salleh - 8,891
Dr Mansor Othman - 8,477
Dr Xavier Jayakumar - 6,984
Gobalakrishnan - 6,721

Sebanyak 17 calon bertanding merebut jawatan itu.

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan. Keputusan ini bermakna, kecuali Tian Chua, semua naib presiden yang terpilih merupakan muka baru.

Buat pertama kali juga, terdapat penyertaan wanita mengisi kerusi nombor tiga itu, bahkan bukan satu, tetapi dua wakil.

Bagaimanapun, tiada kaum India terpilih mengisi jawatan itu walaupun mereka dikatakan mewakili 35 peratus daripada keseluruhan anggota PKR.

Satu-satunya penyandang yang mempertahankan jawatan itu R Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang tewas kali ini. Bagaimanapun, masih terdapat dua kuota lantikan untuk kerusi itu.

Bagi pemilihan sayap Pemuda dan Wanita, difahahamkan dua penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan Zuraida Kamaruddin berjaya mempertahankan masing-masing.

Lantik Rosmah menteri agar tidak ‘kacau’ kerajaan

Posted: 21 Nov 2010 09:53 PM PST

IPOH, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak 'mengacau' pentadbiran negara.

"Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

"Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang," tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"Insya Allah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women.

"Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.

Menurt Khalil, sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi dengan membuat kenyataan yang langsung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri Perdana Menteri.

"Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit, kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh dikeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

"Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian 'Permata' Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM111 juta dalam Bajet 2011, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk prasekolah yang belum nampak hala tujunya.

Azmin Desak Pimpinan KEADILAN Bersihkan Parti Daripada Trojan Horse, Pengkhianat

Posted: 21 Nov 2010 09:00 PM PST




SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali mahu parti mengambil tindakan tegas dan berani menyahkan segala anasir 'Trojan Horse' dan musuh dalaman parti selesai sahaja Kongres Nasional Ke-7 minggu depan.

Merujuk kepada bekas Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar parti setelah usaha menyerang dan melemahkan parti dengan mengguna media milik Umno-Barisan Nasional gagal, Azmin menegaskan sudah tiba masanay KEADILAN membersihkannya daripada semua anasir dakam yang berindak sebagai gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

"Selepas sahaja selesai Kongres Nasional kita mahui Biro Politik mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang tidak setia kepada parti. Kita mahu tahu apakah tindakan wajar yang akan diambil terhadap 'Trojan Horse' dan pengkhianat dalam parti.

"Demokarasi dan kebebasan adalah sifat yang lahir daripada manusia yang dilahirkan bebas dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa. Bagaimanapun kedua-dua nilai ini perlu diikat dengan disiplin, muafakat dan kesetiaan. jangan kita gunakan demokrasi dan kebebasan untuk menghancurkan perjuangan keramat yang dibina di atas gerakan rakyat yang mahukan perubahan kepada sistem zalim yang dicipta Umno dan Barisan Nasional.

"Sementara ada kelemahan harus kita bawa berbincang dalam semangat kekeluargaan. Parti ini bukan lahir di istana tetapi hasil kemahuan rakyat yang mahu meruntuhkan ketidakadilan, penindasan Umno-BN. Parti ini lahir daripada sanubari rakyat yang bangun menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan semangat dan prinsip inilah yang akan kita pertahankan," tegas Azmin pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' yang dihadiri lebih 2,000 penyokong di Dewan Auditorium MBSA di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata tindakan Zaid mendesak agar Ketua Umum KEADILAN mengundurkan diri adalah suatu langkah yang tidak boleh diterima akal mahupun disukai oleh anggotaparti dan rakyat Malaysia.

"Kalau setakat minta saya undur diri saya boleh terima lagi tetapi meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur ini sudah amat keterlaluan.

"Kepimpinan beloiau bukan sahaja diperlukan oleh rakyat Malaysia dalam usaha membawa perubahan malah seluruh dunia melihat dan mengharapkan beliau sebagai seorang tokoh reformis.

"Biarlah orang seperti Zaid berteriak di luar sana tetapi kita mahu menyatakan zaman sekarang ialah zaman kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kepada beliau kita sandarkan kemudi untuk membawa kita kepada zaman yang lebih cemerlang dan hebat dalam masa terdekat," kata beliau.

Tambah Azmin serangan bertubi-tubi terhadap KEADILAN di dalam media Umno-BN menunjukkan ia sebuah aprti yang kuat.

"Kalau kita sebuah parti nyamuk masakan mereka mahu menghabiskan sumber kewangan yang begitu banyak menyerang kita, sebab kita parti yang kuat maka itu mereka tidak henti-henti membaut tohmah terhadap KEADILAN. Mereka tahu kekuatan kita datangnya dari rajyat bawahan kerana inilah Najib berkata Umno akan pertahankan Putrajaya habis-habisan. Kita katakan kepada Najib dan Rosmah, Putrajaya bukan milik mereka berdua, kita akan kembalikan Putrajaya kepada rakyat tidak lama lagi.

Selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, Azmin berjanji akan terus mempertahankan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid sebagai peneraju pentadbiran negeri dan memantapkan Selangor sebagai kubu kuat KEADILAN.

Tiada ulasan: