Ahad, 21 November 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ada lagikah anggota PKR yang tinggal?

Posted: 21 Nov 2010 07:29 PM PST

Kalau dibaca komen-komen diakhbar-akhbar dan media pro-UMNO/BN, sudah tidak ada lagi anggota yang tinggal didalam PKR kecuali Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sahaja. Ada berita keluar parti beramai-ramai, ada berita anggota-anggota tidak mahu lagi bergerak dalam PKR, ada berita demonstrasi besar-besaran oleh anggota-anggota menentang PKR, pendek kata semua berita-berita itu menunjukkan kepada kehancuran Parti Keadilan Rakyat.
Adakah berita-berita negatif ini meninggalkan kesan? Mari kita lihat dari segi pandangan orang orang UMNO sendiri.
Semalam saya berpeluang ngeteh dengan beberapa orang UMNO di Kuala Krau. Mereka sengaja datang dekat saya yang sedang berborak mengatur program untuk Cabang Kuala Krau dengan rakan-rakan daripada ranting-ranting PKR Cabang ini.
"Eh, pedooh je, citer dlm Utusan dan Berita Harian tu, kome pun meloye membacenye. Pedooh aje."kata seorang Guru Sekolah yang juga seorang AJK UMNO Cawangan.
"Kome dari dulu lagi doh, bile Zaid tu masuk Keadilan, kome kate, Hibihlah Keadilan kene koyok Zaid, kome pun doh tak ndok die tu, dia tu pedooh je."
"Tengok Kuala Krau ni sudoh lah,"kata seorang lagi ahli UMNO, "sape nok keluor PKR, bertamboh lagi ade! Orang kampong koi dah pandang PKR macam penyelamat. PKR komplen hei geran tanah, kome dah dapat geran tanah, PKR komplen hei air, kami dapat air paip, PKR komplen jalan tak elok, kami dapat jalan yang lebih elok...."kataya, "dulu-dulu sebelum PKR ada disini, kuusemangat, hapoh pun tak dapat, kome orang UMNO bising, tak dipedulinye, tapi bile PKR bising, die kena dengor, sebab kalau tak dengor, kaloh undi esuk."
Memang betul, sejak akhir-akhir ini, semakin ramai ahli-ahli UMNO masuk PKR diperingkat Ranting di Kuala Krau ini. Orang-orang UMNO semakin berjinak dengan PKR kerana mereka telah lihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa pemimpin-pemimpin PKR disini tak henti-henti turun padang, bercakap dan berjuang untuk orang kampong walaupun pemimpin-pemimpin PKR disini bukanlah wakil rakyat dan bertugas secara sukarela.
Kalau inilah gambarannya di Kuala Krau, maka itulah gambarannya diseluruh Negara. Yang riuh rendah dengan cerita-cerita negatif itu hanyalah dimuka-muka surat dan dada-dada akhbar dan stesyen-stesyen televisyen yang konserbatif yang pro-UMNO/BN sedangkan cerita-cerita mereka itu sudah tidak dipakai lagi oleh rakyat termasuk oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Pemilihan didalam PKR sudah berakhir

Posted: 21 Nov 2010 06:44 PM PST

Alhamdulillah, pemilihan didalam PKR sudah berakhir, namun, pelbagai masalah timbul apabila dikatakan berlaku ketidaktelusan, penipuan oleh JPP, dan pengkhianatan.
Ini adalah pemilihan pertama kali dilakukan oleh sebuah parti politik dengan sistem 1anggota 1undi. Sistem ini mengharapkan agar pimpinan peringkat Cabang dan Pusat tidak lagi hanya dipilih oleh segelintir para perwakilan, kerana perwakilan yang menghadiri Perhimpunan diperingkat Kawasan/Bahagian/Pusat tidak mengundi mengikut keputusan mesyuarat agung cawangan-cawangan. Cawangan-cawangan memandatkan wakil-wakil mereka mengundi calon A, tetapi wakil mereka mengundi calon B mengikut kehendaknya sendiri.
Maka dengan sistem 1anggota 1undi, ahli-ahli sendiri boleh mengundi sesiapa yang dia mahu samada diperingkat Cabang atau peringkat Pusat.
Sistem ini juga dapat mengatasi masalah politik wang kerana jika seseorang calon itu menghadiahkan wang kepada Ketua Cabang, wang itu tidak akan sampai kepada ahli-ahli yang begitu ramai, maka politik wang akan menjadi sia-sia hanya untuk keperluan Ketua-Ketua Cabang yang menerima wang itu sahaja, atau kepada beberapa orang JK yang juga menerima faedahnya sedangkan anggota-anggota diperingkat akar umbi tidak akan menerimanya.
Sistem 1anggota 1undi ini mahu mengajar rakyat (anggota-anggota parti) erti demokrasi sebenar, bahawa demokrasi itu adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin-pemimpin.
Dengan sistem 1anggota 1undi ini juga melembutkan pemikiran dan pandangan pemimpin-pemimpin agar mereka turun padang, peringkat awal ini adalah untuk bertemu seramai mungkin anggota-anggota diperingkat akar umbi dan seterusnya dengan pengalaman ini, akan turun padang dengan acapnya menemui rakyat akar umbi.
Ada juga komplen bahawa ada pemimpin-pemimpin tertentu diperingkat Pusat yang amat sukar hadir ke program-program peringkat cabang. Mereka berada dalam "comfort zone" bahawa jika tak turun ke Cabang-Cabang pun, mereka tetap jadi pemimpin asalkan mereka dapat mengujudkan hubungan yang mesra dengan hanya Ketua-Ketua Cabang.
Comfort Zone mereka kali ini sudah tergugat. Jika mereka tidak turun padang dan bertemu dengan peringkat akar umbi, maka jangan diharap lagi mereka akan mendapat undi percuma daripada anggota-anggota akar umbi. Inilah kebaikan 1anggota 1undi.
Mengenai kelemahan bahkan penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh JPP seperti yang dituduh dengan adanya bukti-bukti, perkara ini tidak boleh terhenti dengan hanya selesainya pemilihan.
Siasatan mesti dijalankan. Ada dua mertabat untuk meneruskan siasatan. Perkara pertama untuk mengenali sesungguhnya kelemahan-kelemahan agar sistem ini dapat diperbaiki menjadi sistem yang boleh dijadikan contoh kepada semua parti politik. Perkara keduanya untuk mengatasi kelemahan jentera yang mengendalikan Pemilihan ini.
Cukup bermasalah bagi hanya dibuka satu pusat pengundian bagi satu kawasan Parlimen yang begitu luas menyebabkan kesukaran untuk anggota-anggota keluar mengundi melainkan pihak pimpinan Pusat menyediakan kos pengangkutan untuk anggota-anggota yang bertebaran itu keluar mengundi.
Contohnya, Cabang Kuala Krau meliputi satu kawasan yang menghampiri 1/2 Negeri Melaka, Pusat Pengundian hanya diadakan di Pekan Kuala Krau. Cabang tidak mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan semua pengundi, dan keupayaan Cabang itu mengeluarkan hampir 200 orang pengundi dari keseluruhan ahlinya sudah boleh dianggap satu kejayaan. Tetapi jika ada bantuan kos pengangkutan, rasanya tak kurang dari 1000 ahli boleh dikeluarkan untuk turun mengundi.
Jumlah kurangnya anggota dapat keluar mengundi hendaklah diambil kira dari segi kemudahan pengangkutan yang terbatas. Berbeza dengan Pilihanraya Umum, yang begitu banyak tempat-tempat mengundi, dan setiap parti politik pula terlibat mengangkut pengundi-pengundi.
Mungkin kelemahan ini dapat diatasi dengan setiap DUN boleh diadakan sekurang-kurangnya 2 pusat mengundi agar lebih ramai anggota-anggota dapat keluar mengundi.
Timbul juga masalah yang boleh merenggangkan hubungan antara calon-calon dengan calon-calon serta kakitangan calon-calon. Untuk mengatasi masalah ini, tempoh pilihanraya itu tidak perlu berpanjangan hingga sebulan, tetapi dipendekkan dengan pengundian peringkat Cabang dan pengundian peringkat Pusat dibuat serentak.
Calon-calon pula tidak perlu mengadakan kempen bersendirian berlebih-lebihan tetapi semua calon dikumpulkan dan diperkenalkan didalam Perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh parti, cukup dengan 2 atau 3 kali perjumpaan disetiap Negeri dan calon-calon itu jika mahu bolehlah mengedarkan profail-profail diri dan tujuan asas dia bertanding.
Kempen yang sebenarnya ialah dalam masa 3 tahun antara satu Pemilihan dengan satu Pemilihan yang baru, dan calon-calon yang mungkin dipilih oleh ahli-ahli akar umbi adalah mereka yang tak ringan tulang dan yang sentiasa turun padang keseluruh Negara. Kalau disoalkan bahawa pemimpin-pemimpin itu tidak mampu untuk turun padang ke seleuruh Negara, jawapannya adalah mudah, iaitu pemimpin-pemimpin itu tidak layak diundi ke pringkat pusat kerana apabila mereka menang mereka tidak berupaya untuk turun padang keseluruh Negara.
Alhamdulillah, PKR telah berjaya meletakkan batu asas untuk demokrasi yang tulen, dan saya merasakan bahawa selepas ini mana-mana parti politik yang masih bertegak diatas sistem perwakilan akan menjadi parti politik yang lemah dan tidak berasaskan roh demokrasi yang luas.

Tiada ulasan: