Jumaat, 19 November 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


3 hari ceramah berturut-turut di Kuala Krau

Posted: 19 Nov 2010 09:05 PM PST

Alhamdulillah, 3 ceramah yang akan diadakan di Kuala Krau mulai 1hb Disember 2010 akan diadakan dan penceramah-penceramah jemputan telah pun memberikan persetujuan:
1hb Disember 2010 jam 8.00 malam di Kg Penderas. Penceramah Jemputan adalah Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat, Negeri Pahang; Felicia Ling, seorang peguam dan Timbalan Ketua PKR Cabang Cheras.
2hb Disember 2010 jam 8.00 malam di Kg Pian. Penceramah Jemputan adalah Zakaria Hamid, Ketua PKR Cabang Lipis yang juga Anggota MPP PKR Pusat.
3hb Disember 2010 jam 8.00 malam di Kg Paya Pelong. Penceramah Jemputan adalah Bob Manolan, AJK AMK Pusat dan Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang.
Mereka akan digandingkan dengan penceramah-penceramah tempatan termasuk Yusri Ahon, Ramli Lugan, Jahidin Husin, Daud Busu, Syafei Deris dan Haji Suhaimi Said, manakala Man Kadir akan bertindak selaku Pengerusi Majlis di kesemua Majlis tersebut.
Sementara itu pada 1hb Disember 2010 jam 4.00 petang akan diadakan Mesyuarat Biro Orang Asal PKR Kuala Krau di Kg Penderas; 2hb Disember 4.00 petang di Kg Lubok Wong dan 3hb Disember 4.00 petang di Kg Paya Pelong.
Jadual berbentuk harian ini akan diteruskan sehinggalah berlakunya Pilihanraya Umum ke-13.

Maisalamah binti Ahmad pulang ke rahmatullah

Posted: 19 Nov 2010 09:00 PM PST

Maisalamah binti Ahmad, yang telah dimasukkan ke Hospital Ahmad Sahah 2 hari lepas telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.00 pagi tadi dihadapan anaknya Nurhisham bin Othman.
Allahyarahmah adalah Ibu Mertua kepada Anita Karim, AJK Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau.
Anita memberitahu bahawa beliau dan suaminya bergilir-gilir berada di Hospital, pada waktu siang beliau dan suaminya akan berada disisi Ibu Mertuanya dan di sebelah malam digilirkan oleh adik ipar beliau, Nurhisham.
Jenazah akan disempurnakan di Kg Kuala Mai, Kuala Krau dan solat jenazah akan disempurnakan selepas solat Asar.
Moga-moga Allah mengrahmati rohnya.

Balakrishnan pulang ke rumahnya

Posted: 19 Nov 2010 03:14 PM PST

Sdr Balakrishnan A/L Pachiappan, AJK PKR Cabang Kuala Krau, yang kecederaan patah kedua-dua kakinya kerana kemalangan jalanraya telah kembali ke rumahnya dari Hospital Ahmad Shah, Temerloh, dan didalam keadaan masih tidak boleh berjalan.

Beliau telah menerima bantuan kerusi roda yang disumbangkan oleh masyarakat kaum India di Kuala Krau, dan sumbangan wang tunai darpada pimpinan PKR termasuk Fellicia Ling, Zakaria Hamid dan Haji Suhaimi Said serta Anggota-Anggota JK PKR Kuala Krau.

Pihak Yayasan Aman telah mengambil butiran mengenai Bala untuk bantuan tertentu. Bala boleh ditemui di rumahnya di Ladang Kuala Tekal, Kuala Krau.


Ibu Mertua Anita Karim koma di Hospital Ahmad Shah Temerloh

Ibu Mertua kepada Anita Karim, AJK PKR Kuala Krau, sedang berada dalam keadaan koma, di wad Kenanga 14, Hospital Ahmad Shah, Temerloh.

JK PKR Kuala Krau telah menziarahi beliau di wad tengah hari dan petang semalam, marilah kita sama-sama doakan agar beliiau sembuh dan pulih secepat mungkin.

Jadual PKR Cabang Kuala Krau hari ini

Posted: 19 Nov 2010 03:06 PM PST

20.11.10

Jam 4.00 petang

Mesyuarat Khas JK PKR Cabang

Agenda Khas

Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang


Jam 8.00 malam

Mesyuarat JK Biro Felda PKR Cabang

Di Rumah Ahmad Bila
No 34 Felda Jenderak Utara

2 Aktiviti/Program setiap hari menjadi sasaran PKR Kuala Krau

Posted: 19 Nov 2010 12:46 AM PST

Anggota-anggota parti di Kuala Krau telah memberikan persetujuan kepada saya selaku Ketua Cabang untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti di mluar kawasan Kuala Krau dan memberikan persetujuan jika saya melepaskan semua jawatan yang tidak ada kena mengena dengan organisasi PKR di Kuala Krau.
Abdul Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau pernah menyatakan bahawa saya tidak perlu mengambil bahagian aktif didalam gerakan parti diluar cabang Kuala Krau. Beliau pernah menyatakan bahawa penglibatan saya di luar Cabang tidak mendatangkan apa-apa kesan, tetapi penumpuan terhadap Kuala Krau boleh membawa perubahan.
Saya pun terasa sedemikian. Sejak saya sudah mengurangkan aktiviti di luar kawasan, banyak jadual dan program di Kuala Krau sudah dapat dilaksanakan.
Keanggotaan parti bertambah dengan baik, program parti dapat dilaksanakan hampir setiap hari, dan perubahan-perubahan jelas berlaku apabila penumpuan dilaksanakan.
Sehingga 11hb November 2010, program di Kuala Krau dapat dijalankan dengan lebih banyak, dapat mengadakan sehingga 2 program sehari.
Masih ada kampong-kampong tradisional yang masih belum dapat ditembusi perlu diberikan tumpuan agar parti dapat diterima dengan baik.
PKR kalah didalam Pilihanraya yang lalu dengan 1300 undi, dan dengan penambahan pengundi yang tidak begitu besar di DUN Jenderak, PKR memerlukan lebihkurang 800 undi untuk menang, dan 1000 hingga 1200 untuk menang selesa.
Kekuatan PKR di Kuala Krau terdapat di kawasan Pekan Kuala Krau dimana ujudnya pengundi-pengundi bukan Melayu, tetapi pengundi-pengundi bukan Melayu di Kuala Krau hanyalah menguasai kurang dari 5% dari keseluruhan pengundi-pengundi.
Untuk menang di kawasan DUN Jenderak ini, penumpuan perlu dibuat di kawasan Felda dan perkampongan tradisional.
Walaupun, PKR mempunyai sebuah Ranting di Felda Jenderak Utara, dengan keanggotaan menghampiri 120 orang, majoriti pengundi-pengundi disana masih memihak kepada BN. Dengan kerjasama melalui PAS, PR masih juga ketinggalan di kawasan Felda itu.
Di Felda Jenderak Selatan, senarionya hampir sama.
Maka menjadi satu tugas yang sangat besar kepada PKR-PAS untuk menarik lebih ramai pengundi di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan. Namun begitu kekuatan kedua-dua buah parti PR itu sudah nampak lebih bertenaga jika dibandingkan dengan kekuatan tahun 2008.
Di kawasan perkampongan tradisional Melayu, PKR Kuala Krau telah berjaya menubuhkan Ranting di Kg Jenderak, Kg Paya Luas, Kg Gong Halt dan Kg Dato Shariff Ahmad. Ranting-ranting ini perlu digilap bagi mempastikan berlaku pertambahan undi dikalangan pengundi-pengundi Melayu.
Kedudukan PR di Kg Gong Halt dan Paya Sok tampak lebih kukuh daripada BN dan di buah kampong inilah juga PKR berjaya mengatasi undi BN didalam Pilihhanraya yang lampau.
Kerjasama dengan PAS adalah sangat perlu untuk menghidupkan gerakan PR di Kg Kuala Mai, dan Kg Masjid.
Dengan aktiviti yang sedang berlangsung kini PKR mungkin boleh merebut DUN Jenderak daripada UMNO/BN didalam Pilihanraya yang akan datang.
Usaha memperkukuhkan jentera parti seperti menggilap semua Ranting-Ranting yang ada, mengadakan jentera Pilihanraya dan PACA akan membuahkan natijah yang lebih baik.
Untuk kerja-kerja inilah keanggotaan PKR di Kuala Krau telah meminta saya mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar kawasan Kuala Krau dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada memperkukuhkan organisasi dan kerja parti.
Dan sejak seminggu yang lalu, PKR Kuala Krau sudah pun menjalankan aktiviti turun padang dengan melawat kampong-kampong dan mengadakan ceramah-ceramah kelompok serta mengrekruit ahli-ahli baru dan gerakkerja mendaftarkan pengundi-pengundi baru.
PKR Kuala Krau sudah pun mengatur program 2 kali sehari dengan mengadakan ceramah-ceramah secara kelompok iaitu jam 4.00 petang di suatu kampong dan 8.00 malam di kampong yang lain. Program ini akan diteruskan sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya yang akan datang.
Sedmoga kerja berterusan ini diberkati dan motto kerja kami adalah: BUAT KERJA BELUM TENTU MENANG DAN TAK BUAT KERJA SUDAH TENTU TIDAK MENANG!

Tiada ulasan: