The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 18 Nov 2010 10:56 PM PST Ini cerita seorang manusia beristeri dua. Sama-sama muda, satu handsome dan satu lagi pretty, mereka berdua menjadi idaman, si lelaki idaman ramai kaum wanita dan si wanita idaman ramai kaum lelaki. Takdir. Mereka berkahwin dan dianggap couple yang perfect. Mereka membina perniagaan bersama, berjaya membeli sebuah kedai, mereka berniaga disana. Tidak ada anak, mereka ambil anak angkat, satu lelaki dan satu wanita. Hidup mereka nampak dari luar sebagai kehidupan yang baik. Entah bagaimana, tiba-tiba sisuami berkahwin satu lagi atas alasan mahukan anak sendiri. Mereka berkahwin di luar Negara kerana tidak mendapat keizinan dari isteri yang tua. Rezeki. Dengan isteri baru, sisuami mendapat 5 orang anak. Sisuami sudah tidak meghiraukan isteri tuanya. Tinggallah isteri tua bersama-sama anak-anak angkat, tidak diperdulikan lagi oleh sisuami. Isteri mandul, katanya. Hiduplah sisuami dengan isteri muda. Mereka beli rumah baru, kereta baru. Sedangkan isteri tua tidak ada kereta pun. Segala pendapatannya adalah untuk isteri muda dan anak-anak. Alangkah tersiksanya kehidupan isteri tua. Takdir. Suami jatuh sakit. Isteri tua tidak dapat melawat suami. Isteri muda tidak memperdulikan kebajikan suami. Akaun bank suami...kad diberikan kepada isteri muda, sehinggalah kering kontang wang didalam akaun bank. Takdir. Sisuami meninggal dunia, dan terdapat wasiat bahawa semua hartanya diberikan kepada isteri muda termasuk rumah kedai yang dibeli bersama antara sisuami dan isteri tua. Merayulah isteri tua kepada isteri muda supaya rumah kedai yang dua tingkat itu diserahkan kepadanya bahagian bawah, dan isteri muda boleh ambil bahagian atas. Tidak. Isteri muda tidak izinkan. Sisuami sudah wasiatkan. Terpaksa. Menuntutlah siisteri tua Harta Sepencarian dengan menggunakan khidmat peguam. Si isteri muda berbekal dengan WASIAT. Isteri tua berbekal hak HARTA SEPENCARIAN. Kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah. Apa pandangan saudara-saudara? Sementara saudara-saudara tercari-cari jawapan dengan membaca Undang-Undang Keluarga Islam dan Hukum Syarak mengenai Wasiat dan Harta Sepencarian, saya ingin menasihatkan kepada mana-mana pasangan khususnya suami-suami agar tidak mendedahkan isteri-isteri kita kepada perkara-perkara seumpama ini. Kini suami sudah mati. Kasihanlah kepada isteri-isteri yang kena berperang antara satu dengan yang lain. Isteri adalah tanggungjawab suami. Kalau ada harta, bahagi-bahagikanlah harta itu seadilnya semasa hidup agar mengelakkan perbalahan. Wasiat tidak menghabiskan harta, hanya 1/3 sahaja harta yang diwasiatkan itu boleh dilepaskan kepada yang dinyatakan didalam wasiat. 2/3 lagi masih perlu diagih-agihkan mengikut hukum faraid. Harta sepencarian mendahului lebihan wasiat itu. Suami yang adil sudah tentu akan memberikan harta-hartanya mengikut yang sewajarnya. Untuk dapat berlaku adil kepada isteri-isteri, maka, sangat wajart si suami itu meneympurnakan Hibbah, satu bentuk pemberian kepada mereka yang akan ditinggalkan. Hibbah adalah konsep dimana apabila seseorang itu masih hidup, apa juga hartanya adalah hak dia semata-mata dan apabila ia meninggal dunia, maka yang dinamakan didalam Hibbah itu mendapat hak masing-masing. Hibbah juga boleh berlaku tidak adil jika sisuami itu hanya menamakan salah seorang isteri sahaja didalam Hibbahnya. Maka kesudahan nasihat saya ialah supaya sang laki-laki usahlah berkahwin lebih dari satu jika tidak boleh berlaku adil, berlaku adil semasa hidup dan berlaku adil kepada mereka yang bakal ditinggalkan apabila sang suami itu meninggal dunia. |
Program berterusan PKR Cabang Kuala Krau Posted: 18 Nov 2010 07:37 PM PST Mesyuarat Jawatankuasa Khas PKR Cabang Kuala Krau Tempat Pejabat PKR Cabang Kuala Krau Masa 4.00 petang Tarikh 20.11.10 Mesyuarat Jawatankuasa Biro Felda PKR Cabang Kuala Krau Tempat Felda Jenderak Utara Masa 8.00 malam Tarikh 20.11.10 Mesyuarat Jawatankuasa Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau Tempat Kg Penderas, Kuala Krau Masa 4.00 petang Tarikh 1hb Disember 2010 CERAMAH KELOMPOK Tempat Kg Penderas, Kuala Krau masa 7.00 malam Tarikh 1hb Disember 2010 (DATO FAUZI ABDUL RAHMAN/FELLICIA LING DIUNDANG UNTUK BERCERAMAH) CERAMAH KELOMPOK Tempat Kg Lubok Wong, Kuala Krau Masa 4.00 petang Tarikh 2hb Disember 2010 CERAMAH KELOMPOK Tempat Kg Pian, Kuala Krau masa 7.00 malam Tarikh 2hb Disember 2010 CERAMAH KELOMPOK Tempat Rumah Achan Kg Paya Pelong, Kuala Krau Masa 4.00 petang Tarikh 3hb Disember 2010 CERAMAH KELOMPOK Tempat Rumah Manan Kg Paya Pelong Masa 7.00 malam Tarikh 3hb Disember 2010 MAJLIS DIALOG Tempat Felda Jengka 11, Kuala Krau masa 8.30 malam Tarikh 4hb Disember 2010 (Isu perahan KPG) Peguam-peguam yang akan hadir adalah Latheefah Koya, T.Kumar dan kemungkinan YB Sivarasa Pada Tarikh yang sama Dialog Peneroka Felda di Felda Jengka 6 jam 11.00 pagi (PKR Maran) di Felda Jengka 9 Dialog Peneroka Felda jam 3.00 petang 5, 6 dan 7hb Disemeber 2010 PKR Cabang Kuala Krau bersantai ke Cameron Highlands. KURSUS SEHARI SUNTUK PACA DAN PILIHANRAYA dengan kerjasa JPRP 11.12.10 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang di Kg Penderas (Dianggarkan 80 orang peserta akan menyertainya) (PRGORAM SETERUSNYA TERTAKLUK KEPADA KEADAAN BANJIR) |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan