Sabtu, 13 November 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mesyuarat Jawatankuasa PKR Kuala Krau

Posted: 13 Nov 2010 10:58 PM PST

Anggota-Anggota Jawatankusa PKR Cabang Kuala Krau
===
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau yang bersidang pada 14hb Nov 2010 di Pejabat PKR Kuala Krau adalah seperti berikut:
1. Mesyuarat mencadang nama 4 orang pemimpin-pemimpin Cabang untuk dipilih oleh pimpinan Pusat menjadi calon DUN Jenderak; Setiausaha akan menghantarkan nama-nama mereka dengan profail masing-masing kepada Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.
2. Kursus PACA akan diadakan pada 11hb Disember 2010 dan pihak Setiausaha akan menghubungi JPRP untuk mengendalikan Kursus tersebut.
3. Jamuan Makan Malam Kiambang Bertaut dengan jamuan ala-kampong akan diadakan dengan sasaran kehadiran 500 orang dan tarikhnya akan ditetapkan sebaik sahaja mendapat penetapan dari Presiden Parti Keadilan Rakyat.
4. Mesyuarat meluluskan 17 permohonan untuk anggota baru PKR untuk dihantar ke pejabat PKR Negeri Pahang.
5. Mesyuarat bersetuju melantik Sdr Razak Hussain, selaku Pengarah Pilihanraya, dengan dibantu oleh Sdr Ramli Lidup; Sdr Ramli Lidup sebagai Ketua Penerangan; Sdr Srinivasan sebagai Naib Ketua, Pn Khalia (Lia) selaku Setiausaha dan Sdr Ahmad Bila selaku Pengerusi Biro Felda PKR Cabang Kuala Krau.

Tiada ulasan: