PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Kenyataan Ketua AMK NS berkenaan isu pengundi hantu di Pemilihan Rembau Posted: 02 Nov 2010 09:17 PM PDT Saya merasa amat kesal dengan kejadian yang telah berlaku. Kejadian sebegini memberi imej dan tanggapan buruk kepada PKR. Sepatutnya pemilihan ini boleh dijadikan satu contoh terbaik dan menunjukkan ketelusan dan semangat demokrasi yg didukung oleh Parti. Saya berharap tiada perkara yg serupa berulang di Cabang-Cabang lain yg masih belum mengadakan pemilihan. Bagi saya biarlah kita bertanding secara sihat dan jangan sesekali menggunakan taktik kotor dan jijik untuk menewaskan musuh seperti yang dilakukan oleh umno dan BN yang akhirnya menunjukkan kebodohan sendiri. Apa ertinya kemenangan jika sekiranya kemenangan itu hasil dari penipuan. Berkaian dengan individu yang ditangkap iaitu Zamri Vinoth yang menggunakan identiti orang lain, ini nampaknya seperti ada suatu yang telah dirancang. Beliau adalah Ketua AMK Cabang Rasah. Bagaimana seorang Ketua Cabang boleh hadir bagi tujuan mengundi di Cabang Rembau. Justeru itu atas prinsip keadilan,ketelusan dan menjunjung semangat demokrasi, saya berharap jawatankuasa Jawatankuasa Pemilihan Pusat ( JPP) dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap keputusan pemilihan Cabang Rembau termasuklah menggantung keputusan tersebut jika difikirkan perlu. Sementara itu Biro Disiplin parti seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan termasuk memecat kerana beliau bukanya ahli biasa sebaliknya individu berjawatan dalam parti. Rebin Birham Ketua AMK Negeri Sembilan. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan